Anda di halaman 1dari 10

PENGURUSAN KEDIAMAN

SINOPSIS

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui aktiviti-aktiviti pengurusan


rumah tangga dan kemahiran pengurusan bilik darjah untuk menghasilkan analisis
tugasan dan mengaplikasikannya.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, anda dapat;

i. Menghasilkan analisis tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan rumah


tangga.

ii. Mengaplikasi aktiviti-aktiviti pengurusan rumah tangga mengikut


analisis tugasan

iii. Mengaplikasi kemahiran pengurusan bilik darjah.

KERANGKA TAJUK

PENGURUSAN
KEDIAMAN

Mengaplikasi aktiviti
Menghasilkan pengurusan
kediaman
Analisis Tugasan

Kemahiran
Pengurusan Kediaman
7.0 Pengenalan

Pengurusan rumah tangga adalah berkaitan dengan aktiviti menguruskan


rumah atau tempat kediaman seperti membersih, mengemas, menganginkan
menyapu dan menyusun atur perabut dan peralatan dalam sesuatu ruang yang
terdapat di dalam rumah .

7.1 Analisis Tugasan Aktiviti-Aktiviti Pengurusan Rumah Tangga

a) Aktiviti amalan kebersihan ruang/bilik

Terdapat pelbagai jenis ruang dalam sesebuah rumah. Setiap ruang


mempunyai fungsinya, contoh :-

- ruang anjung adalah tempat untuk bersantai atau berehat bersama


keluarga

- ruang istirehat adalah ruang berehat bersama keluarga

- ruang tamu adalah ruang untuk melayan tetamu dan sahabat handai

- ruang makan adalah ruang untuk makan bersama keluarga

- ruang dapur adalah ruang untuk memasak

- bilik tidur adalah ruang untuk tidur dan merehatkan badan

- bilik air atau tandas adalah ruang untuk membuang air besar dan kecil
serta membersihkan diri

Habuk adalah salah satu punca kekotoran di rumah kita. Oleh itu untuk
membersihkannya adalah dengan cara

- mengirai : mengirai alas meja

- menyebat : menyebat hamparan kecil

- memberus : memberus alas kaki

- menyapu lantai :- penyapu rami (lantai konkrit, terazo, marmar)

- penyapu lidi (lantai papan & konkrit)


- penyapu plastik (mozek & konkrit)

- mengesat atau mengelap : dengan kain pengesat lembap

- menyedut habuk : dengan pembersih vakum (permaidani, sofa, celah


lantai)

- mengemas katil atau ruangan bilik : menyusun atur cadar dan meja solek

b) Amalan kebersihan di dapur

 sinki
 dapur
 kain pengesat
 lantai
 peti ais
 peralatan dapur

Perbincangan
Bincangkan bagaimana untuk mengamalkan
kebersihan di dapur dengan menggunakan
analisis tugasan

a) Aktiviti amalan kebersihan ruang/bilik

Perbincangan
Senaraikan aktiviti untuk membersih dan
mengemaskan ruang atau bilik. Sediakan analisis
tugasan untuk mengaplikasikan aktiviti tersebut

b) Aktiviti amalan kebersihan dapur


Perbincangan

Sediakan analisis tugasan untuk mengaplikasikan


aktiviti mencuci dan mengemas peti ais di ruang
dapur

c) Amalan Makanan Sihat

Perbincangan
Sediakan satu makanan ringkas untuk sarapan.
Sediakan analisis tugasan untuk mengaplikasikan
aktiviti tersebut

7.3 Mengaplikasi kemahiran pengurusan bilik darjah

Pengurusan bilik darjah sering menjadi isu bagi guru yang belum lama
ditempatkan di sekolah.Kanak-kanak sekarang berbeza dengan kanak-kanak
dahulu. Mereka adalah aktif,kelihatan seperti hiperaktif,ada yang nakal dan suka
bermain,sementara yang lain mempunyai masalah pembelajaran. Murid ini
sebenarnya menganggu implementasi rancangan pengajaran dan pembelajaran
harian anda. Untuk mengatasi masalah ini,saya perlu memperlengkapkan diri
dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

7.3.1 Konsep pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang


digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina
keadaan bilik darjah yang kondusif secara berkesan dan menghadapi tingkah laku
murid.

7.3.2 Faktor Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah


Untuk memainkan peranan pengurus yang berkesan, anda perlu tahu
kesukaran situasi bilik darjah dan apakah faktor-faktor yang boleh membantu untuk
menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat. Seperti yang kita lihat, terdapat
beberapa factor yang menyumbang kepada suasana tersebut.

Antaranya termasuklah susunan fizikal dan tempat duduk bilik darjah,


persekitaran sosial dan emosi semasa di dalam bilik darjah.

a)    Faktor Fizikal

Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran


fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Sebagai
seorang guru, dalam kebanyakan kes anda bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap penampilan dan keselesaan bilik darjah anda. Contoh, anda akan pastikan
lampu bilik darjah cukup terang dan peredaran udara baik. Anda meminta murid
anda menjaga kebersihan dan menghiasi bilik darjah. Sudah tentu murid anda
seronok belajar dalam bilik darjah yang selesa.

Susunan bilik anda perlu membantu pengajaran dan pembelajaran serta


menolong mengekalkan disiplin. Susunan tempat duduk hendaklah menghala
kepada papan tulis kerana kebanyakan pengajaran bilik darjah berlaku di situ. Anda
juga perlu menyediakan pengorek pensil, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul
sampah dll. Letakkan kesemua ini di belakang atau tepi tumpuan utama murid anda
kerana perjalanan mundar mandir mereka boleh menganggu orang lain.

 b)    Faktor Sosial

Membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah


adalah contoh pencegahan amalan pengurusan bilik darjah. Peraturan merupakan
pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
oleh murid. Biasanya, peraturan ditulis dengan jelas dan minimum. Prosedur pula
adalah cara-cara pelaksanaan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain. Ia jarang ditulis, tetapi
pengurus bilik darjah yang berkesan menghabiskan masa yang cukup untuk
mengajar prosedur kepada murid sepertimana mereka mengajar bahan akademik.
Pergerakan murid keluar masuk bilik darjah, perbualan mereka, dan cara mengisi
masa lapang (berlaku apabila murid telah siap lebih awal atau sementara menunggu
sesuatu seperti bergerak ke bilik darjah lain ataupun menunggu waktu balik) adalah
antara aktiviti penting yang memerlukan peraturan untuk mentadbir tingkah laku dan
prosedur supaya sesuatu tugas dapat berjalan dengan berkesan. Dengan ini,
adakah sebarang kategori peraturan? Mari kita lihat sebahagian daripadanya:
 

Kategori peraturan: salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan orang


dewasa dan rakan sebaya. Ini bermakna bahawa murid perlu hormat, mesra, dan
bersifat membantu terhadap rakan-rakan mereka.

Kedua, peraturan berkaitan dengan tugas akademik: di sini murid akan bekerja
dengan gigih dan senyap; buat yang terbaik; dan sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh.

Ketiga, peraturan berkaitan dengan rutin bilik darjah. Ini bermakna murid perlu
mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Mereka
perlu duduk diam semasa didalam bilik darjah.

Keempat, peraturan berkaitan dengan kendiri. Murid perlu hormat diri sendiri;
kemas; menerima kesalahan sendiri dan orang lain; terus berusaha; dan yakin
mereka boleh buat semua tugas yang diberikan kepadanya.

Yang terakhir adalah peraturan keselamatan. Murid perlu menjaga diri masing-
masing, jaga keselamatan diri dan rakan-rakan mereka. Oleh itu, apakah antara
contoh rutin bilik darjah yang menjadi pencegahan?

Bilik darjah yang terurus melibatkan penggunaan masa di sekolah dan bilik darjah
secara berkesan. Salah satu daripada matlamat pengurusan bilik darjah adalah
meningkatkan kualiti masa dengan mengisi masa murid dengan tugasan. Ini
dilakukan dimana, guru perlu memberi aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan
minat muridnya. Apabila murid dapati tugasan tersebut mencabar dan menarik,
mereka akan memberi sepenuh tumpuan untuk disiapkan pada masa yang
ditetapkan.

 7.3.3 Susun atur peralatan di bilik darjah

Contoh Bilik Darjah

a)           Meja guru

Meja guru diletakkan di depan kelas dan berada di tepi kanan meja murid.
Kedudukan seperti ini adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid
Tahun lima. Meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu
berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Kedudukan meja guru di depan kelas dan berada di tepi kanan meja
murid ini juga  tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan
pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui
setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja individu
dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan
dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.

 
 b)          Kerusi dan meja murid
Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid
ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang
baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai
dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara
berdua-dua. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu,
susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid dengan guru. Pada masa
yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri dan pelajaran yang
diajar oleh guru.

 c) Sudut bacaan

Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di


sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan
murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi
suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku,
kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum
dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid
dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk
menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan.
Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh
dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas
digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh
mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk
mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat
Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan
dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di
dalam bilik darjah.

d) Pencahayaan dan pengudaraan


Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk
keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang
mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan
kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan.  Susun atur perabot dalam
bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap
untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu,
guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

 e)          Tempat simpanan bekal makanan

Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah
menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan
semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini
perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal
makanan dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang
meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid.
Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga
mengganggu tumpuan murid semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan
bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif.

f) Papan kenyataan

Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil
kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan
hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari
dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas
akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat
melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka
dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar.
Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua
murid

g )         Bakul sampah

Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana
murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.

 h)          Peti pertolongan cemas

Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti


pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai
peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya
kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan
segera apabila berlakunya kemalangan.

i) Jam dan Kalendar

Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa.
Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan
beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih
murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini.

j)     Rak guru

Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk
menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail,  termasuk untuk kegunaan murid.

Anda mungkin juga menyukai