Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

SOALAN 5: PERIBAHASA

Latihan 1

Berdasarkan dialog di bawah ini, nyatakan peribahasa yang hampir sama


maksudnya dengan peribahasa yang bergaris.

Haziq: Saya mendapat tahu, adik kamu sudah lama tidak pulang ke kampung
dan telah membawa keluarganya balik ke sini.

Rafiq: Ya, betul. Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang


kerbau jua.

Haziq: Baguslah begitu.

Rafiq: Saya berasa simpati kerana dia akan dibuang kerja. Keadaannya ini
bagai telur di hujung tanduk kerana majikannya hendak menggajikan anak
buahnya yang baru balik dari luar negara.

Haziq: Bukankah dia sudah lama bekerja di sana?

Rafiq: Memanglah. Saya berharap agar majikannya tidak bersikap sudah dapat
gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
[6 markah]

Latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian isikan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut pada ruang kosong yang disediakan.

Puan Fariza mendidik anaknya, Irfan agar suka menabung sejak kecil lagi seperti kata
peribahasa (1) ……………….. Amalan menabung ini umpama (2) ………………...
Hal inidikatakan demikian kerana, wang tabungan tersebut boleh digunakan
ketika dia ingin menyambung pelajaran kelak. Dalam hal ini, Irfan perlulah bijak ketika
berbelanja dengan mengamalkan sikap (3) ………………..
[6 markah]
Latihan 3

Lihat gambar situasi di bawah ini dengan telitinya. Senaraikan tiga peribahasa yang
sesuai dengan gambar situasi itu dan nyatakan maksud peribahasa tersebut.

Latihan 4

Isi tempat kosong di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai dan nyatakan
maksud peribahasa tersebut.

1. Nek Tijah yang berusia 100 tahun itu tinggal di pondok usang setelah suami dan
dua anaknya meninggal dunia.

2. Farah yang _________________ itu sangat cepat memahami ajaran guru. Oleh
sebab itu, dia selalu mendapat markah tertinggi dalam semua mata pelajaran.

3. Jika hendak bercakap sesuatu kepada Pak Mail, kita perlu kuatkan suara kerana
Pak Mail itu __________________.

Anda mungkin juga menyukai