Anda di halaman 1dari 11

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

(UASA)
TAHUN EMPAT : JANUARI 2023

Nama Murid : ____________________________________________________________

Kelas : ____________________________________________________________

PENDIDIKAN KESIHATAN

JANUARI 2023

1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Bulatkan jawapan kamu pada pilihan
yang diberi. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian bulatkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.

1
BAHAGIAN A ( 30 SOALAN )

1 Berikut merupakan kepentingan pengambilan sarapan pagi, kecuali

A Menambah berat badan.

B Memberi kecergasan badan.

C Memberi tenaga kepada tubuh.

D Meningkatkan kemampuan otak.

2 Berikut merupakan padanan yang betul bagi menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri,
kecuali

A Berat badan bertambah Mengambil makanan yang seimbang.

B Ketiak berpeluh dan berbau Mandi menggunakan sabun sekurang-kurangnya 2


kali sehari.

C Muka berjerawat Mengurangkan makanan yang mengandungi


Minyak.

D Bentuk badan berubah Memakai pakaian yang menampakkan susuk


badan.

3
 Memakai pakaian yang sesuai.
 Mengamalkan diet yang seimbang.
 Mengambil makanan yang seimbang.

Pernyataan di atas merujuk kepada cara menghargai perubahan diri jika _______________________.

A muka berjerawat.

B bentuk badan berubah.

C berat badan bertambah.

D ketiak berpeluh dan berbau.

2
4 Apakah kepentingan maklumat pada pelabelan produk makanan ?

A Sebagai makluman jenama sesuatu produk makanan.

B Sebagai rujukan bagi kandungan bahan yang digunakan.

C Rujukan jika terdapat masalah berkaitan dengan produk makanan.

D Mengandungi maklumat yang melambangkan status makanan dari segi mutu dan keselamatan.

5 Berikut merupakan cara berterima kasih kepada ibu bapa, kecuali

A Menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua.

B Meninggalkan mereka di rumah orang-orang tua.

C Membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah.

D Memberikan hadiah kepada mereka semasa hari istimewa.

6 Apakah kesan alkohol terhadap fizikal manusia dalam jangka masa panjang?

A Kebersihan diri terabai.

B Mengalami muntah yang berterusan.

C Bertengkar dan merosakkan barang-barang.

D Menyebabkan penyakit kronik seperti sakit jantung.

7 Rahim sering dibuli oleh rakan di sekolah.

Dia berasa takut untuk ke sekolah setiap hari.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Rahim?

A Melakukan aktiviti riadah.

B Berehat dan menenangkan fikiran.

C Berkongsi masalah dengan guru dan ibu bapa.

D Membalas balik tindakan yang dilakukan oleh rakan.

3
8
 Tidak boleh melihat kejayaan orang lain.
 Tidak boleh menerima kenyataan jika orang
lain lebih hebat daripada diri sendiri.

Pernyataan di atas merujuk kepada punca konflik dan stress iaitu __________________.

A sikap iri hati.

B masalah keluarga.

C tiada keyakinan diri.

D sombong dan angkuh.

9 Apakah ciri-ciri rakan sebaya yang negatif yang perlu kita hindari?

I Sering melanggar peraturan sekolah.

II Menghisap rokok dan dadah.

III Melakukan kegiatan vandalisme.

IV Tidak menghormati ibu bapa, guru dan rakan sebaya.

A I, II, dan III

B I, III dan IV

C II, III, dan IV

D I, II, III dan IV

10 Berikut merupakan kepentingan bantu mula, kecuali

A Memudahkan tugas doktor.

B Mencegah jangkitan kuman.

C Mengelak kecederaan serius.

D Mengurangkan kesakitan mangsa.

4
11
 Akibat terkena hentakan.
 Menjadi bengkak.
 Berwarna biru kehitaman.

Pernyataan di atas merujuk kepada jenis kecederaan ringan iaitu _____________________.

A luka

B calar

C lebam

D terseliuh

12 Berikut merupakan perubahan fizikal seorang perempuan apabila akil baligh, kecuali

A Tumbuh jerawat

B Punggung melebar

C Tumbuh bulu ketiak

D Suara menjadi garau

13 Mengapakah sarapan yang sihat sangat penting bagi seorang pelajar?

I Meningkatkan kemampuan otak.

II Memberi tenaga kepada tubuh sebelum memulakan hari.

III Memberi kecergasan badan yang berpanjangan.

IV Membantu mengawal berat badan yang seimbang.

A II, III dan IV

B I, III dan IV

C I, II dan IV

D I, II dan III

5
14 Berikut merupakan peranan rakan sebaya, kecuali

A Menjadi pendengar yang setia.

B Memberi nasihat jika telah melakukan kesalahan.

C Membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran.

D Mengajak melakukan perkara yang tidak berfaedah.

15 Berikut merupakan cara untuk mencegah penyakit diabetes, kecuali

A Mengamalkan gaya hidup yang sihat.

B Mengekalkan berat badan yang unggul.

C Mengamalkan pemakanan yang seimbang.

D Membuat pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.

16 Mengapakah maklumat pada label makanan sangat penting?

A Rujukan senarai nutrien yang terkandung dalam makanan.

B Penting untuk menunjukkan kandungan bahan sesuatu produk makanan.

C Penting sebagai rujukan jika terdapat masalah berkaitan dengan produk makanan.

D Penting dalam pemilihan dan penyediaan sajian makanan yang selamat dan berkhasiat.

17 Bagaimanakah cara untuk menghargai ahli keluarga untuk menjamin kesejahteraan keluarga?

I Memberi keceriaan dalam rumah.

II Memberi bantuan jika diperlukan sahaja.

III Mengamalkan sikap positif sesama ahli keluarga.

IV Meraikan hari ulang tahun bersama-sama.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

6
18 Antara jenis makanan berikut, yang manakah perlu makan secukupnya mengikut Piramid
Makanan Malaysia?

A Betik, Kobis dan Lobak

D Keropok dan kuih-muih

C Susu Segar dan kekacang

B Mee Goreng, Roti Gandum dan Nasi Goreng

19
 Menggunakan deodaran
 Mandi menggunakan sabun
 Memakai pakaian yang bersih

Pernyataan di atas merujuk kepada cara menghargai perubahan diri jika _____________________.

A muka berjerawat.

B berubah bentuk badan.

C berat badan bertambah.

D ketiak berpeluh dan berbau.

20 Apakah perubahan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak lelaki selepas akil baligh?

I Ketinggian meningkat

II Tumbuh bulu pubis

III Suara lebih lunak

IV Tumbuh jerawat

A I,II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

7
21 Seseorang itu dikatakan mengalami perasaan negatif apabila _________.

I marah

II gembira

III dendam

IV tenang

A I sahaja

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

22 Hubungan antara ahli keluarga penting dalam menentukan _________________ sesebuah


keluarga.

A kekayaan

B kegagalan

C keruntuhan

D keharmonian

23 “ Saya tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan baru-baru ini “

Penyataan di atas melibatkan perasaan _____________.

A bangga

B kecewa

C gembira

D tersinggung

24 Jika kita menaiki pengangkutan air, kita mesti memakai _________________.

A pelampung

B topi keledar

C jaket keselamatan

D tali pinggang keselamatan

8
25 Kita perlu menggosok gigi pada waktu __________________.

A pagi

B sekali sehari

C pagi ,tengah hari, dan sebelum tidur

D selepas bangun tidur dan semasa tidur

Rajah 1

26 Lambang di atas bermaksud kawasan di situ adalah _____________________.

A dilarang merokok.

B rokok harus dinyalakan.

C tidak dibenarkan bermain api.

D pengunjung dibenarkan merokok.

27 Tubuh badan yang bersih penting kerana ___________.

A berbau busuk.

B terhindar dari penyakit.

C semua orang tidak suka.

D mudah dijankiti penyakit kulit.

28 Karbohidrat ialah zat makanan yang ____________________.

A membina otak.

B menguatkan gigi.

C menguatkan tulang.

D memberi sumber tenaga.

9
29 Merosakkan harta benda awam merupakan salah satu ____________________.

A gejala baik

B gejala sosial

C gejala politik

D gejala bersopan

30 Kita boleh mengawal perasaan negatif dengan _______________________.

A berbual

B bersukan

C bergaduh

D berbohong

BAHAGIAN B ( 20 SOALAN )

A Susun perkataan di bawah.

(Jenis – jenis penyakit )

31 TIKAYPEN TUNGJAN = ________________________________________________________

32 SETEBDIA = __________________________________________________________________

33 TIKAYPEN HUAB GANGPING = ________________________________________________

34 MASA = _____________________________________________________________________

35 KANANTE HARAD INGGIT = ____________________________________________________

36 SEIRAK IGIG = ________________________________________________________________

10
B Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

berjoging berkhasiat Senaman

lapan kesihatan

37. Melakukan _____________ seminggu tiga kali untuk mengekalkan kecergassan badan.

38. Minum ________________ gelas air sehari.

39. Melakukan pemeriksaan _________________.

40. Makan makanan yang _______________________.

41. Melakukan aktiviti yang berfaedah seperti ________________, mengemas rumah dan berbasikal.

C. Tandakan BETUL( / ) atau SALAH ( X ) kepada pernyataan berikut.

42. Kita perlu bersenam dan mengambil makanan yang seimbang untuk
mendapatkan kesihatan yang baik.

43. Seorang ahli sukan tidak memerlukan kuantiti vitamin yang banyak.

44. Seorang lelaki akil baligh, sukar untuk melakukan aktiviti harian.

45. Lobak dan minyak ikan dapat meningkatkan kesihatan kulit mata.

46. Kita perlu berjumpa doktor setiap enam bulan atau setahun sekali
untuk pemeriksaan kesihatan.

47.Makan kenyang sebelum tidur adalah tabiat yang baik.

48. Kita akan sentiasa menjaga paras rupa untuk kelihatan menarik di
hadapan rakan-rakan.

49. Menyertai aktiviti sukan adalah cara yang baik untuk menjauhi dadah.

50. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyihatkan tubuh


badan kita.

11

Anda mungkin juga menyukai