Anda di halaman 1dari 4

paAwalan pe……………….

A. Bentuknya
1. pe…………….
2. pem…………
3. pen………….
4. peng………..
5. peny………..
6. penge………

B. Tugasnya
1. untuk membentuk kata nama terbitan
peniaga --- Semua peniaga mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
pembantu --- Pembantu rumahnya dibayar RM 1200 sebulan.
penanda --- Air perlu diisikan sampai paras penanda.
petanda --- kilat yang sabung-meyabung merupakan petanda ribut akan datang.
penunjuk --- Saya boleh menjadi penunjuk jalan kepada kamu.
petunjuk --- Pemandu jalan sangat sedikit yang mematuhi petunjuk jalan.
pengganti --- Siapakah yang dapat menjadi pengganti pemain itu?
pengebom --- Kapal terbang pengebom itu berjaya menjalankan misinya.
peninju --- Peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi.
petinju --- Dia bangga benar seperti petinju yang menang di gelanggang.
penyakit --- Ayahnya menghidap penyakit kronik.
pesakit --- Dia dirawat sebagai pesakit luar.
2. Untuk membentuk kata adjektif
penyayang --- Dia mempunyai ibu yang penyayang.
peramah --- Jiran yang peramah itu.tentu bertegur-sapa dengan saya apabila kami
bertemu.
pemalu --- Oleh sebab pemalu orangnya, kakak belum berkahwin.
pemalas --- Orang yang pemalas susah mencapai kejayaan.
penakut --- Adiknya yang penakut tidak berani tidur bersendirian.
C. maknyanya
1. pelaku
pelatih --- Pelatih bola sepak itu datang dari England.
pengecat --- Pengecat itu diberi upah setiap hari.
penyapu --- Penyapu –penyapu itu mula bekerja sejak dinihari.
perisik --- Tingkah-lakunya sentiasa dipantau oleh polis perisik.
pemerhati --- Komen pemerhati politik itu menarik perhatian sidang pembaca.
pengunjung --- Para pengunjung tidak dibenarkan mengambil foto di dalam muzium.
2. orang yang suka atau suka melakukan / tabiat
pendiam --- Dia pendiam bukan penyombong.
pengantuk --- Pelajar yang pengantuk itu ditegur oleh cikgu.
pemabuk --- Ayahnya yang pemabuk itu bergaduh dengan emaknya lagi.
penangis --- Usah usik adiknya yang penangis itu.
penagih --- Pihak polis berjaya menangkap semua penagih dadah di kawasan ini.
perokok --- Larangan merokok itu mesti dipatuhi oleh semua perokok.
penidur --- Kakaknya yang penidur itu belum bangun lagi walaupun sudah
tengah hari.
3. orang yang bersifat
pembengis --- Raja yang pembengis itu telah digulingkan.
pemboros --- Kita harus berjimat-cermat dan jangan menjadi pemboros.
pengganas --- Dua orang pengganas komunis telah dibunuh dalam operasi itu.
pengasih --- Ibu yang pengasih akan menjamin keharmonian keluarga.
pengotor --- Dia enggan berkongsi bilik dengan rakannya yang pengotor.
pemarah --- kita harus berhati-hati apabila bercakap dengan orang yang pemarah.
pemurah --- Bahan-bahan makanan itu diderma oleh orang yang pemurah.
periang --- Kawannya yang periang memeriahkan suasana.
penyabar --- Ibunya yang penyabar berdiam saja.
penyedih --- Jangan jadi orang yang penyedih.

4. alat atau sesuatu yang digunakan untuk


penukul --- Penukul yang digunakannya berat sekali.
pencakar --- Ayah mengumpulkan sampah-sarap dengan pencakar.
penapis --- Penapis minyak keretanya mesti ditukar.
penggali --- Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.
pembakar --- Minyak tanah digunakan sebagai bahan bakar kapal terbang.
pencegah --- Minyak disapu sebagai pencegah nyamuk.
pemancar --- Sebuah pemancar televisyen didirikan di puncuk bukit.
pemangkin --- Pemandangan semula jadi yang indah nian menjadi pemangkin
perkembangan sektor pelancongan.
pemacu --- Sektor pengangkutan perlu dikembangkan sebagai pemacu
pembangunan
ekonomi.
perangsang --- Penemuan bijih emas menjadi perangsang pembangunan di kawasan
ini.
5. sesuatu yang menyebabkan jadi.
pendingin --- Air batu kering sangat berguna sebagai pendingin kerana tidak
meninggalkan cecair.
pengasih --- Pemuda itu meminta ubat pengasih daripada bomoh.
pengeras. --- Bomoh itu menggunakan pengeras untuk menangkap buaya.
penguat --- Pelajar itu tidak mahir dalam penggunaan kata penguat.
perosak --- Belalang merupakan sejenis serangga perosak.
penyelamat --- Pasukan penyelamat telah tiba di tempat kejadian.
6. sukatan
a. saiz
sepemeluk --- Besarnya pokok itu sepemeluk.
b. masa
sepenanak --- Sabarlah sepenanak nasi kita sampai.
sepemakan --- Saya menunggunya sepemakan sirih.
c. jarak
sepelontar --- Dia berdiri sepelontar dari saya.
sepemanah ---- Rumahnya sepemanah dari sekalah.
sepelaung ---- Mereka berada di tempat yang sepelaung dari kami.

Anda mungkin juga menyukai