Anda di halaman 1dari 2

Permainan Tating Lawi Ayam.

Sepak Bulu Ayam merupakan sejenis permainan tradisional yang


dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sebuyam atau capteh

Cara Bermain.

Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih.


Sekiranya ia dimainkan secara berseorangan, pemain akan cuba
menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang
mungkin. Ini biasanya dikenali sebagai menimang. Menimang juga
boleh dimainkan lebih daripada satu orang, dan pemain bergilir
menimang bulu ayam, sementara pemain lain mengira berapa kali
sepakan dibuat.

Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan


terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti
permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu
ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Cara Membuat Bola

Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini.
Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam
(tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar,
kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm.
garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.
Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah
dicucuk paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam
sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan
getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk
mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh
digunakan sebelum ikatan dibuat.

Anda mungkin juga menyukai