Anda di halaman 1dari 1

PERINGATAN MESRA

AMALAN BERJIMAT CERMAT


UNTUK PELAJAR
Pelajar diingatkan supaya berjimat cermat setelah menerima pinjaman / biasiswa . Keperluan
seperti bayaran yuran pengajian diutamakan bagi mengelak ianya tidak tertangguh. Perancangan
perbelanjaan sara hidup di universiti dilaksanakan secara berhemah untuk persediaan sebelum
berlakunya sesuatu diluar jangkaan dan kecemasan. Berbelanja untuk perkara yang tidak penting
dan mewah perlu dielakkan . Antara cara pengurusan kewangan pelajar univesiti yang boleh
dikongsi bersama adalah seperti berikut:

1
Sentiasa catat duit keluar masuk dan semak resit setiap kali pembelian
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka
dengan keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan
itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan tersebut.

2
Rancang belanjawan anda sendiri dan beli barangan yang diperlukan sahaja
Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan
pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan
wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.

3
Simpan wang yang tidak digunakan
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh
dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu dibayar seperti yuran persatuan dan
sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja

4
apabila semester sudah tamat.
Elakkan berhutang
Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan
berbelanja lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi
utang mula menagih hutang dari anda.

5
Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain
Disebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu didahulukan. Pada minggu
pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang

6
jika ada perbelanjaan mengejut.
Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak
Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang
boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.

7
Sertai aktiviti kampus
Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti
disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dengan aktif dalam persatuan,

8
kelab dan sebagainya. Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok dan jangan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan
dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat
dikurangkan.

The National University


of Malaysia

Pesanan Ikhlas dari Unit Kebajikan Pelajar, Pusat Khidmat Siswa, Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai