Anda di halaman 1dari 2

Teks Sajak ( RASULLULLAH

12 Rabiulawal tahun gajah


Bersamaan 20 April 570 Masihi
Lahirlah seorang nabi yang terakhir
Di kota Madinah yang suci

Rasullulah.
Apa khabarmu,Ya Rasulullah
Aku merindukanmu Ya Rasullullah.
Adakah kau sedang merinduiku

Ya Rasullullah.
Sakitku menanggung apa yang pernah kau tanggung
Malah sakitku hanya sekelumit
Sedang Engkau Ya Rasullulah
Menanggung segunung ujian yang menyakitkan

Namun Ya Rasullullah
Engkau tidak pernah mengeluh, tidak pernah berhenti,tidak juga pernah mengalah
Demi islam Engkau rela berkorban

Ya Rasullullah
Pesankan pada kami umatmu
Agar kami tidak berpaling
Berpaling dari menyambung perjuanganmu

Ya Rasullullah
NamaMu yang agung
Melembutkan hati dan biacar manusia yang menyebut namaMu
Aliran kasih sayangMu tidak terhingga
Mengalir dalam sanubari kami
Betapa cintaNya kau pada kami

Ya Rasullullah
KernaMu aku bercinta
KernaMu aku berkasih sayang
Bercinta dan berkasih sayang di dalam jalan dakwah dan perjuangan ini.
Nilai Murni Penyuluh Hidup

Sejambak kasih,seharum kasturi buat saudara peneraju agenda,


Kombinasi kehakiman yang pintar laksana,
Guru-guru pemangkin intelek bangsa,
Seterusnya teman-teman segandingan.

“Nilai Murni Penyuluh Hidup” frasa indah tajuk pidato saya pada hari ini.

Nilai jujur,jujur,amanah,adil,bijaksana dan umpanya terkandung maksud


yang diperlukan oleh fitrah manusia.
Kasih sayang dan percaya antara satu lain terbina atas asas ini.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati allah sekalian,

Kesedaran tentang nilai murni perlu disemai dan dibajai dari zaman
kanak-kanak lagi.
Ibu bapa,guru dan masyarakat berperanan dalam memberi teladan
kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengamalkan nilai
mengamalkan nilai murni yang ditonjolkan.
Ini kerana,mereka ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan nilai-nilai
yang baik.Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Hadirin sekalian,

Sebagai orang islam,nilai islamik menjadi sumber ukur tara dijadikan


pedoman.
Percakapan tidak membolehkan pembohongan berlaku kerana ianya
satu dosa.

Oleh itu,kita seharusnya ingat mengingati bahawa nilai murni dapat


menjadikan seseorang itu dihormati dan ianya merupakan asas atau
jambatan kepada pelajar yang masih di bangku sekolah dalam
membentuk perwatakan dan disiplin diri yang tinggi dan mulia.

Sekian dari saya wabillahi taufiq wal hidayah

Anda mungkin juga menyukai