Anda di halaman 1dari 1

Kamu tersesat di dalam hutan ketika menyertai aktiviti mendaki bukit.

Nyatakan 5 tindakan
yang akan kamu lakukan dalam situasi tersebut.

Sahabat kamu menghadapi masalah dalam keluarganya. Sebagai seorang sahabat yang
baik, nyatakan 5 perkara yang boleh kamu lakukan untuk mnbantunya.

Semasa dalam perjalanan ke kedai buku, kamu menyaksikan satu kemlangan jalan raya
yang baru sahaja berlaku. Nyatakan 5 tindakan yang akan kamu lakukan dalam situasi
tersebut.

Kamu seorang pengawas sekolah. Rakan baik kamu telah membawa telefon bimbit tanpa
kebenaran guru. Nyatakan 5 tindakan yang akan kamu lakukan.

Pada malam itu, kamu berseorangan di rumah kerana ibu dan bapa kamu menghadiri majlis
kesyurkuran rakan mereka. Kamu berasa amat takut kerana hujan lebat. Nyatakan 5
tindakan yang akan kamu lakukan bagi mengatasi perasaan tersebut.

Adik kamu menyertai pertandingan pidato di sekolahnya. Dia meletakkan harapan yang
tinggi untuk memenangi pertandingan tersebut. Namun, dia telah mendapat saguhati. Adik
pulang ke rumah dengan perasaan sedih. Nyatakn 5 tindakan yang akan kamu lakukan.

Ibu telah meminta kamu menemaninya ke pasar raya untuk membeli barang-barang
keperluan rumah. Namun, pada waktu yang sama kamu juga mempunyai kerja lain yang
perlu disiapkan dengan segera. Nyatakan 5 tindakan yang akan kamu lakukan.

Abang kamu sering dimarahi oleh ayah kerana sering pulang lewat. Abang kamu juga sering
melawan kata-kata ayah. Sebagai seorang adik, nyatakn 5 tindakan yang akan kamu
lakukan.

Kawan sekelas kamu menghadapi masalah kemurungan. Dia sering duduk bersendirian dan
menjauhkan diri daripada kawan-kawan lain. Sebagai seorang rakan, nyatakan 5 tindakan
yang boleh kamu lakukan untuk membantunya.

Anda mungkin juga menyukai