Anda di halaman 1dari 2

Situasi 1

Kelas anda telah menerima seorang murid baharu pada hari ini. Namun, murid
baharu itu kelihatan sedih kerana masih belum membiasakan diri tinggal di asrama
dan di sekolah baru. Sebagai rakan sekelas, anda dan rakan-rakan perlu memujuk
dan memberikan kata-kata semangat kepadanya. Tuliskan perbualan antara anda
dan rakan-rakan kepada murid baharu itu.

Situasi 2

Dua orang rakan anda telah melanggar peraturan sekolah dengan membawa telefon
bimbit ke sekolah. Mereka meminta anda dan rakan-rakan supaya tidak
membertahu hal tersebut kepada guru-guru. Apakah tindakan yang sepatutnya anda
dan rakan-rakan lakukan? Tuliskan perbualan tersebut dengan lengkap.

Situasi 3

Pada waktu kelas persediaan (prep), beberapa orang rakan anda hanya berbual-bual
kosong dan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Mereka
menyatakan bahawa mereka ingin meniru kerja sekolah yang telah anda siapkan.
Sebagai seorang rakan, anda perlu menasihati rakan-rakan anda supaya tidak
melakukan perbuatan tersebut. Tuliskan perbualan tersebut.

Situasi 4

Seorang rakan anda baru sahaja kematian ibunya minggu lepas. Apabila datang ke
sekolah, dia kelihatan sedih dan tidak bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran. Anda dan rakan-rakan risau melihat perubahan rakan anda itu. Anda
perlu memberi nasihat dan motivasi supaya dia kembali bersemangat. Tuliskan
perbualan tersebut.
Situasi 5

Seorang rakan anda telah terpilih dalam sebuah pertandingan pidato. Namun, dia
tidak yakin dan gementar untuk bercakap di hadapan orang ramai. Dia mengambil
keputusan untuk menarik diri daripada menyertai pertandingan tersebut. Sebagai
seorang rakan, anda perlu memberikan nasihat dorongan kepadanya supaya tidak
menarik diri. Tuliskan perbualan tersebut dengan lengkap.

Situasi 6

Beberapa orang rakan anda telah ditangkap oleh guru disiplin ketika mereka
sedang menghisap rokok di belakang bangunan sekolah. Mereka telah dikenakan
hukuman rotan. Namun, rakan-rakan anda tidak berpuas hati dan telah meluahkan
perasaan marah terhadap guru disiplin itu semasa di dalam kelas. Sebagai
pengawas sekolah, anda perlu menasihati dan menegur perbuatan mereka dengan
cara yang berhemah. Tuliskan perbualan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai