Anda di halaman 1dari 17

PERPUSTAKAAN YANG MENARIK DI DUNIA

E-BUKU SKRAP
BIODATA

MUHAMMAD IKMAL HAKIM BIN NOR AMDAN


5 DINAMIK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN
10 PERPUSTAKAAN YANG MENARIK DI DUNIA
SUMBER RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, pertamanya
saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu saya yang telah banyak membantu
dalam menyediakan buku skrap ini. Seterusnya saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada pihak
sekolah yang telah memberi peluang kepada saya untuk
menyertai pertandingan e-buku skrap ini. Ini adalah
merupakan peluang terbaik saya untuk menimba
pengalaman dalam menyertai pertandingan amnya. Saya
berharap e-buku skrap ini dapat memberi sedikit ilmu
pengetahuan kepada yang membacanya, Insyaalah.
Sekian Terima Kasih.
PENGENALAN
Bagi mereka yang suka membaca buku, perpustakaan adalah
tempat yang dianggap sebagai tempat lepak tetap. Sekiranya tiada
perpustakaan yang berdekatan dengan kawasan rumah, sudah pastilah
kedai buku yang berhampiran akan menjadi tempat destinasi. Walaupun
tidak membeli buku atau majalah, peluang untuk membaca buku yang
menetapi selera masing-masing akan membuatkan seseorang tu leka
dengan masa yang berlalu. Tambahan sekiranya terdapat pesta buku di
sekitar kawasan anda pasti membuatkan tumpuan anda terarah kepada
pesta buku.
Jika diberi peluang, pastinya setiap individu yang suka membaca
buku ingin melawati setiap perpustakaan di setiap tempat.
Bagi memberi gambaran jelas kepada anda tentang perpustakaan-
perpustakaan yang menarik dan mesti dilawati, saya senaraikan
perpustakaan yang perlu dilawati oleh anda.
Perpustakaan Strahov di Prague, Republik Czech

Dikenali sebagai antara perpustakaan


tercantik di dunia, perpustakaan Strahov ini
terletak di dalam kompleks istana Clementium.
Terdapat 2 dewan iaitu Dewan Theological
dan juga Dewan Philisophical yang dibina
pada kurun ke-18.
Ditambah dengan pelbagai buku-buku purba,
manuskrip lama yang jarang dijumpai,
bangunan ini juga dilengkapi dengan lukisan-
lukisan di dinding dan juga siling serta
barangan-barangan antik yang diperolehi dari
seluruh pelusuk dunia yang menambahkan lagi
keunikan perpustakaan ini.
Perpustakaan Stuttgart di Stuttgart, Jerman

Bangunan berbentuk kiub ini adalah diinspirasi


oleh reka bentuk Pantheon di Rome dan
mempunyai 9 tingkat. Dengan rekabentuk
moden dan ringkas akan membuatkan para
pengunjung perpustakaan ini tidak mudah
meninggalkan tempat ini.
Direka untuk memberi rasa selesa dan
suasana yang membantu pembaca,
perpustakaan ini telah dicat dengan
menggunakan cat putih di keseluruhan
bangunan ini. Warna selain itu adalah
daripada warna buku itu sendiri.
Perpustakaan DiRaja Portugis
di Rio de Janeiro, Brazil
Dibina pada kurun ke-19, perpustakaan ini
adalah tempat bagi 350,000 sehingga
400,000 buku dan merupakan koleksi terbesar
bagi orang Portugis di luar negara Portugal.
Perpustakaan ini dikenali kerana reka bentuk
Neo-Manueline, yang memberi gambaran
gaya Gothic-Renaissance yang pernah
berkembang pada suatu ketika dahulu di
zaman penjajahan Portugis.
Perpustakaan ini dipenuhi dengan buku-buku
yang kebanyakan daripadanya adalah koleksi
unik buku sejak kurun ke-16.
Perpustakaan George Peabody
di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat
Perpustakaan ini ditaja oleh George Peabody.
Beliau merupakan seorang businessman dan
seorang banker yang banyak memberi sumbangan
dan kebajikan yang membuatkan beliau
dianugerahkan Congressional Gold Medal dan
merupakan seorang Freeman di Kota London.
Peabody membina perpustakaan ini sebagai
hadiah kepada penduduk Baltimore.
Direka pada kurun ke-19, oleh arkitek Edmund
Lind, perpustakaan ini dikenali kerana terdapat
atrium yang tinggi yang dibina menggunakan
kaca. Bangunan ini mempunyai 5 tingkat dan
dipenuhi dengan buku-buku dan bumbung
bangunan ini disinari dengan cahaya semulajadi
seperti matahari dan bulan.
PERPUSTAKAAN Admont Abbey Library, Austria

Memaparkan seni bina gaya Baroque, perpustakaan ini adalah salah satu biara tertua & terbesar di
dunia yg menempatkan 70,000 jilid buku. Lukisan dinding & arca telah dihasilkan oleh artis zaman
Baroque, Bartolomeo Altomonte & Joseph Stammel
PERPUSTAKAAN Tianjin Binhai Library, China

Digelar sebagai ‘The Eye’, perpustakaan 5 tingkat ini memiliki sfera di tengah-tengah bangunannya
selain memiliki pemandangan unik dari luar yg menyerupai mata gergasi.
PERPUSTAKAAN Stockholm Public Library, Sweden

Direka oleh arkitek terkenal Sweden, Gunnar Asplund & ditubuhkan pada tahun 1928, perpustakaan
awam Stockhol ini merupakan ikon bandar yg paling dikenali kerana bentuk silindernya. Juga
perpustakaan pertama di Sweden yg memiliki rak terbuka
Perpustakaan José Vasconcelos
di Bandar Mexico, Mexico
Direka oleh Alberto Kalach, perpustakaan ini diperbuat daripada
konkrit dan struktur kaca. Apa yang menarik adalah rak-rak buku
diletak seolah-olah rak ini terapung di udara dan terdapat rangka
tulang ikan paus besar yang digantung di tengah-tengah
perpustakaan ini. Digelar sebagai Megabiblioteca (perpustakaan
mega) di Mexico, rak buku perpustakaan ini mempunyai reka bentuk
yg unik kerana ditindankan secara simetri. Dipadankan dgn dinding
lutsinar yang memberikan ilusi seakan-akan rak terapung.
Perpustakaan ini dinamakan José Vasconcelos, iaitu seorang ahli
falsafah dan ahli politik. Vasconcelos merupakan figura penting di
dalam budaya Mexico dan merupakan pelopor bagi kempen
membaca di sana.
Apa yang dapat disimpulkan adalah kebanyakan perpustakaan
mempunyai ciri-ciri unik tersendiri yang salah satunya dapat
menarik lagi ramai pembaca ke perpustakaan. Mengambil contoh
perpustakaan Stuttgart, dengan rekabentuk yang luas dan menarik
sebegitu pasti memberi keselesaan dan suasana yang membantu
pembacaan.
PERPUSTAKAAN The Library of Trinity College
Dublin, Ireland
Perpustakaan kolej ini terdiri drpd beberapa bangunan
perpustakaan & yang paling terkenal adalah Old Library.
Direka oleh Thomas Burgh antara tahun 1712 – 1732. Ia
menyimpan 200,000 buku lama, artifak & manuskrip
sejarah
PERPUSTAKAAN Bibliotheca Alexandrina, Egypt
Direka oleh firma Norway, Snøhetta, Bibliotheca Alexandrina terletak
di pantai laut Mediterranean di Alexandria, Mesir. Mempunyai rak
untuk 8 juta buku & juga menempatkan pusat persidangan, 4
muzium, 4 galeri seni, 15 pameran tetap planetarium & makmal
pemulihan manuskrip.
sumber rujukan
https://btpnsel.edu.my/2022/05/10-perpustakaan-tercantik-di-dunia/

https://iluminasi.com/bm/10-perpustakaan-paling-cantik-yang-perlu-dilawati-sepanjang-hidup.html
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai