Anda di halaman 1dari 12

1

BUKU PANDUAN KRS CHS

2
LAGU ILMU IMAN AMAL

Kadet Remaja Sekolah,

_______________________________________,

Bersatu menjulang, keamanan Negara,

________________________________________.

Marilah kita membina peribadi,

________________________________________,

Ke arah kecemerlangan diri,

________________________________________.

Remaja, sambutlah cabaran,

________________________________________,

Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,

________________________________________.

Remaja, hayati budaya,

________________________________________,

Kekalkan di hati, dan jiwamu,

________________________________________.

MATLAMAT

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, dan


berketrampilan, selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan Negara ke arah
menjayakan Wawasan 2025.
3
OBJEKTIF

1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cinta akan agama, bangsa dan
negara.

2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki


ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif
dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

3. Membina dan mengembangkan kefahaman ,kesedaran dan kepekaan dalam


kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan
integrasi dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

4. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan


mengamalkan akhlak mulia serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

5. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pegetahuan,


pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

PERATURAN-PERATURAN KRS

Setiap ahli KRS:

 Diwajibkan untuk menghadiri setiap aktiviti KRS.

• Sesiapa yang tidak dapat hadir mesti menulis surat dan hantar
kepada Setiausaha KRS dengan sebab yang munasabah.

4
• Sesiapa yang tidak hadir lebih daripada 3 kali akan diberikan
SURAT AMARAN. Jika tidak hadir berturut-turut selama 9
kali,ahli tersebut harus menulis surat menarik diri daripada KRS
dengan sebab yang munasabah.

 Jika sesiapa yang ingin balik awal semasa aktiviti KRS sedang dijalankan,
ahli tersebut perlu memberitahu D.O. yang bertugas pada hari tersebut
dengan memberikan alasan yang munasabah.

 Menghormati AJK KRS dan setiap ahli KRS pada setiap masa.

 Menepati masa untuk setiap aktiviti KRS.

 Memberikan kerjasama yang penuh semasa aktiviti dijalankan dan menyertai


semua aktiviti dengan aktif dan penuh bersemangat.

 Mengikuti arahan yang diberi semasa aktiviti sedang dijalankan.

 Menggunakan bahasa yang sopan semasa berinteraksi dengan setiap orang.

 Memakai pakaian seragam penuh KRS (FULL-U) pada hari Rabu pertama
setiap bulan manakala memakai pakaian seragam (HALF-U) pada setiap hari
Rabu yang berikutnya.

 Memakai pakaian seragam yang ditentukan untuk setiap aktiviti atau acara
khas.

 Memakai lencana kolar KRS pada kanan pakaian seragam sekolah pada
setiap masa.

 Tidak boleh melibatkan diri dalam kes disiplin dan haruslah sentiasa menjaga
nama baik KRS. Jika tidak, ahli yang berkenaan akan didenda.

 Tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik KRS kecuali dibenarkan oleh
AJK KRS atau guru penasihat.

 Membawa dan memakai aksesori yang lengkap pada setiap aktiviti yang
dijalankan.
5
 Diwajibkan untuk mengisi borang maklumat ahli pada awal tahun untuk
diiktiraf sebagai ahli KRS yang sah. Ahli baharu yang belum mengisi borang
perlu berjumpa dengan Ketua Sumber Kemanusiaan untuk mengisikan
borang tersebut.

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

1. Gotong-royong
2. Kem Tahunan
3. Kem Pertauliahan
4. Pertandingan Kawad Kaki Hari Sukan Sekolah
5. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah
6. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri
7. Majlis Mesyuarat Agung Tahunan KRS
8. Pertandingan Memasak
9. Majlis Perpisahahan
6
SUKATAN PELAJARAN KRS

1. Kawad Kaki
2. Perkhemahan
3. Pertolongan Cemas
4. Orienteering
5. Kebombaan
6. Komunikasi
7. Tali-temali
8. Ikhtiar Hidup
9. Alam Sekitar
10. Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

MARKAH GERKO

Kehadiran Penglibatan Pencapaian Jawatan Yang


(50%) (20%) (20%) Disandang
(10%)

KEHADIRAN

1. Aktiviti biasa KRS akan diadakan pada setiap hari Sabtu, bermula dari jam
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari kecuali diumumkan bahawa tiada aktiviti
pada hari Sabtu yang berkenaan.
7
2. Latihan untuk pelbagai kemahiran KRS akan diadakan pada setiap hari
Jumaat pada masa yang berikut:
a. Sesi Pagi : 1.30 petang hingga 3.30 petang
b. Sesi Petang : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

3. Kehadiran adalah berdasarkan bilangan kehadiran anda untuk aktiviti biasa


KRS pada hari Sabtu.

4. Markah berjumlah 50 akan dibahagikan oleh bilangan aktiviti yang telah


kami mengadakan.Markah anda akan dikira mengikut bilangan aktiviti yang
anda hadiri dalam satu tahun.

PENGLIBATAN

1. Penglibatan bermaksud penyertaan dalam sesuatu pertandingan atau kem.


2. Penglibatan terdiri daripada 5 kategori:
a) Sekolah
b) Daerah
c) Negeri
d) Kebangsaan
e) Antarabangsa

PENCAPAIAN

1. Pencapaian bermaksud keputusan cemerlang yang telah anda dapati dalam


sesuatu pertandingan atau kem.
2. Pencapaian juga terdiri daripada:
a. Sekolah
b. Daerah
c. Negeri
d. Kebangsaan
e. Antarabangsa

8
JAWATAN YANG DISANDANG

1. Jawatan yang disandang adalah berdasarkan pangkat anda dan bukan posisi
anda dalam Ahli Jawatankuasa KRS.

2. Terdapat 6 pangkat dalam KRS:

a) Lans Koperal : 1 markah


b) Koperal : 3 markah
c) Sarjan : 5 markah
d) Staf Sarjan : 7 markah
e) Pegawai Waran 2 : 9 markah
f) Pegawai Waran 1 : 10 markah

PANGKAT KRS

9
10
KRS 1 KRS 10
KRS 2 KRS 11
KRS 3
KRS 4 KRS 12
KRS 5
KRS 13
KRS 6 KRS 14

KRS 7 KRS 15
KRS 8
KRS 9 KRS 16

KRS 1--- KRS 6 --- KRS 11---


KRS 2--- KRS 7 --- KRS 12---
KRS 3-- KRS 8 --- KRS 13---
KRS 4--- KRS 9 --- KRS 14---
KRS 5--- KRS 10--- KRS 15---
_ KRS 16---

11
Senarai Ahli Jawatankuasa Kadet Remaja Sekolah
Sesi 2020/2021

Ketua Komander: Pegawai Waran 2 Trileony Chin Joe Vern


Timbalan Ketua Komander I: Koperal Kua Sue Wern
Timbalan Ketua Komander II: Staf Sarjan Ha Shou Yi
Setiausaha: Kadet Puteri Siow Jing Ni
Penolong Setiausaha: Lans Koperal Lim Yan Siew
Bendahari: Kadet Putera Low Chuang Ming
Ketua Aktiviti: Lans Koperal Lee Sun Tong
Penolong Ketua Aktiviti: Koperal Joey Wee Jia Yee
Ketua Logistik: Kadet Putera Brian Ng Chi Min
Penolong Ketua Logistik: Lans Koperal Kok Hou Ren
Ketua Publisiti: Kadet Puteri Tan Hui Ler
Juruaudit: Kadet Puteri Hew Win Yan
Ketua Sumber Kemanusiaan: Kadet Puteri Ashley Wong En
Penolong Ketua Sumber Kemanusiaan: Kadet Putera Lee Sun Sen
Wakil Sesi Petang (L): Kadet Putera Peter Tee Woei Kang
Wakil Sesi Petang (P): Kadet Puteri Klarise Ng Xue Yan

12

Anda mungkin juga menyukai