Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah


pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada
peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di
Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-maktab
Perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan
rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai ko-
kurikulum secara formal dan tidak formal adalah
bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri
secara menyeluruh dan bersepadu demi
mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan
untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-
ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat
dan negara selaras dengan ajaran Islam.
MATLAMAT PPIM
Menerusi Penggubalan kurikulum yang
komprehensif dan pelaksanaan secara gabung jalin
dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai
matlamat seperti berikut:

 Mengimbangkan antara perkembangan


intelektual, social, fizikal dan spiritual puteri-
puteri melalui penyemaian, penyuburan dan
pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
 Mengukuhkan perhubungan dan pertalia
silaturrahim dalam kalangan puteri-puteri.
 Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di
dalam pelbagai gerak kerja kokurikulum
sekolah, institusi, maktab, kolej dan universiti.
 Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
 Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka
dan menyeronokkan.
 Meningkatkan Kerjasama dan sumbangan dua
hala antara sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat, khasnya masayrakat setempat.
OBJEKTIF PPIM
Objektif pada peringkat sekolah rendah dan
menengah ialah:

 Melahirkan satu masyarakat muda yang:


 Taat kepada Allah, Raja dan Negara.
 Berilmu
 Berakhlak mulia
 Berbakti kepada masyarakat.

 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak,


rohani dan jasmani supaya menjadi insan
Kamilah, berilmu, mengajar dan
memperkenalkan Islam supaya kelak hidup
mereka berasaskan jalan yang diterima Allah
SWT dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa
dan Bangsa.

 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti


sendiri, progresif dan diterima masyarakat.

 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi


muda dan menghormati generasi tua.
LOGO PPIM
BENDERA PPIM

Merah samar- Keharmonian dan kelembutan


Hijau – Agama di mana taqwa sebagai teras
Putih – Kesucian
Kuning – Ketaatan dan kesetiaan
MOTTO / COGANKATA

BERILMU
BERIMAN
BERAMAL
LAGU PUTERI

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira,


Tetap Taat Kepada Allah dan Raja,
Berkorban Untuk Agama Dan Negara,
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia.

Berusaha Mencari Pengetahuan,


Berbakti Membuat Kebajikan,
Belajar Mencapai Kemajuan,
Bersemangat Penuh Keimanan.

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira,


Tetap Taat Kepada Allah dan Raja,
Berkorban Untuk Agama Dan Negara,
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia.
IKRAR PUTERI

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI


PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA, BERIKRAR AKAN:

 Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah,


guru dan ibu bapa.
 Memperkukuhkan iman dan
memperbaiki akhlak.
 Membangunkan diri dengan sempurna.
 Mengukuhkan silaturrahim sesama
puteri.
 Berkhidmat untuk keluarga,
masyarakat dan negara.
SULUH KATA
P – Patuh kepada ibu bapa
U – Ugama/agama berteraskan Al Quran
dan Hadis
T – Taat kepada Allah dan Rasul
E – Erat ukhwah islamiyah
R – Rela berbakti kerana Allah
I – Iman dipupuk ilmu dituntut
I – Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan
kepada Allah ia kembali
S – Solat ditunai setiap waktu
L – Larangan Allah dijauhi
A – Akhlak mulia pengukuh iman
M- Muslimah mukminah rakyat
seperjuangan

Anda mungkin juga menyukai