Anda di halaman 1dari 1

Al-Fatihah.

ِ‫الر ِحي ِْم‬


َّ ِِ‫مـن‬ َّ ِِِ‫بِس ِْمِِللا‬
ِ ْ‫الرح‬
ِ‫اربَّنَاِ ِلَ َكِ ِ ْال َح ْمدِ ِ َك َما‬
َ َ‫بِ ِ ْالعَالَ ِميْنَِ ِ َح ْم ًداِ ِي َوافِىِ ِنِعَ َمهِ ِ َوي َكافِئِ ِ َم ِز ْي َدهِ ِي‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْمدِِِللِِ ِ َر‬
ِِ‫سيِ ِدنَاِِم َح َّمد‬ َ ِِ‫علَى‬ َ ِِ‫س ِل ْم‬
َ ‫ص ِلِِ َو‬ َ ِِ‫ِِاَللَّه َّم‬.‫طانِ َك‬ َ ‫ع ِظي ِْمِِس ْل‬َ ‫يِِ ِل َجالَ ِلِِ َوجْ ِه َكِِاْل َك ِري ِْمِِ َو‬ ْ ‫يَ ْنبَ ِغ‬
ِِ‫ت‬ ِ ‫يِِِلَنَاِِِبِ َهاِِِ َج ِم ْي َعِِِ ْال َحا َجا‬
ْ ‫ض‬ ِ ‫صالَةًِِِت ْن ِج ْيِنَاِِِبِ َهاِِِ ِم ْنِِِ َج ِميْعِِِِاْأل َ ْه َوا ِلِِِ َواْآلفَاتِِِِ َوت َ ْق‬ َ
ِ ‫تِ ِ َوت َْرفَعنَاِ ِبِ َهاِ ِ ِع ْن َد َكِ ِأ َ ْعلَىِ ِالد ََّر َجا‬
ِِ‫تِ ِ َوتبَ ِل غنَاِ ِبِ َها‬ ِ ‫سيِئَا‬ َّ ‫ط ِه رنَاِ ِبِ َهاِ ِ ِم ْنِ ِ َج ِميْعِِ ِال‬ َ ‫َوت‬
ِِ‫صحْ بِ ِه‬َ ‫علَىِِ َءا ِل ِهِِ َو‬ َ ‫تِِ َو‬ ِ ‫تِِفِىِِ ْال َحيَاةِِِ َوبَ ْع َدِِ ْال َم َما‬ ِ ‫تِِ ِم ْنِِ َج ِميْعِِِ ْال َخي َْرِا‬ ِ ‫صىِِاْلغَايَا‬ َ ‫أ َ ْق‬
ِ ِِ. َ‫ع يْن‬ِ ‫أ َ ْج َم‬
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-
pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat
sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah, pada hari
yang penuh dengan keberkatan ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda
kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis
perkahwinan …………………… dan ……….……………
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya
berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan
berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke
akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan


keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup
berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-
mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan
solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada


kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah
satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah
iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka.
Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan
pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram
sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang,
persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.

Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepada-Mu kami bermohon dan berharap. Amin amin
rabbal alamin.

Anda mungkin juga menyukai