Anda di halaman 1dari 5

SMK DATO’ DOL SAID

78000 ALOR GAJAH, MELAKA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)


BIL 4/2022
KERTAS KERJA PROGRAM BADAN CERGAS DAN
TEAM BUILDING

29 OKTOBER 2022 (SABTU)

ANJURAN
AJK LADAP SMK DATO’ DOL SAID
1.0 TAJUK

Program Badan Cergas Minda Sihat

2.0 PENDAHULUAN

Kesihatan dan kecergasan adalah faktor dalam menentukan kesejahteraan dalam kehidupan. Tubuh
badan yang sihat dan cergas dapat membantu dalam melakukan kerja dengan lebih cekap dan
bermutu. Warganegara yang cergas dari segi fizikal dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani dapat dilahirkan dengan adanya program seumpama ini bersesuaian dengan Hasrat
Pendidikan negara. Semua ini dapat diperolehi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti
melakukan aktiviti kecergasan.

Dengan adanya aktiviti kecergasan ini, hubungan antara warga SMK Dato’ Dol Said(SMKDDS)
dapat dipupuk dan dieratkan lagi. Sukan juga dapat merentasi sempadan antara kaum, agama dan
budaya serta terbukti dalam membina semangat setia kawan atau kerjasama.

Sehubungan dengan itu, program Badan Cergas Minda Cerdas bagi SMKDDS ini telah
dirancang untuk mencapai objektif tersebut. Program ini akan dijalankan melibatkan semua guru
dan staf daripada SMKDDS

3.0 OBJEKTIF

Beberapa objektif untuk program Badan Cergas Minda Cerdas iaitu

a) Meransang minda semua warga SMKDDS supaya sentiasa aktif, produktif, inovatif dan
bermotivasi.
b) Membentuk semangat bekerjasama dalam satu organisasi dan mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim di antara semua warga SMKDDS.
c) Memberi kesedaran kepada semua warga SMKDDS supaya mengamalkan gaya hidup
sihat.
d) Menggalakkan penglibatan yang lebih aktif di kalangan warga SMKDDS dan di dalam
aktiviti kecergasan.
e) Mewujudkan warga SMKDDS yang positif dengan melibatkan diri di dalam aktiviti yang
bermanfaat dan yang dapat meningkatkan kesihatan rohani dan jasmani.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru dan kakitangan sekolah SMKDDS .

5.0 TARIKH & MASA

Tarikh : 29 Oktober 2022

Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari

6.0 TEMPAT

Dewan Alamanda, SMK Dato’ Dol Said


7.0 TENTATIF PROGRAM

29 Oktober 2022- Sabtu

7.40 Pagi : Pendaftaran guru dan staf SMKDDS

8.15 Pagi : Pemeriksaan Kesihatan (Dewan Begonia)

9.00 Pagi : Senamrobik

9.30 Pagi : Permainan Berkumpulan( 3 Jenis)

10.30 Pagi : Rehat/Sarapan Pagi

11.00 Pagi : Ceramah motivasi dan Team Building

12.30 Tengahari : Makan tengahari dan Bersurai

8.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Tuan Haji Md Yazed Bin Yatim (Pengetua)

Naib Pengerusi : En Ahmad Ghazali Bin Alias (GPK Pentadbiran)

Penyelaras : Ritayuliana Binti Basri (SU LDP)

Pen. Penyelaras : Azdawirna Binti Md Yusop (Pen. SU LDP)

Pengacara Majlis En Zulkifli Bin Md Salleh - Bertindak sebagai moderator dan


pengacara majlis

Bacaan doa En Wan Anuar Bin Wan Ab - Membaca doa untuk program
Aziz
AJK Aktiviti (Senamrobik)/Lelaki - Menyediakan aktiviti kecergasan
Kecergasan En. Mohd Fareed Bin Yusof sepanjang program berlangsug.
En. Muhammad Ammar Bin
Ibrahim -Menyelia senamrobik
En. Halim Bin Na’aim

(Senamrobik/Perempuan)
Cik Nor Zalikha Bt Salleh
Cik Siti Nabilah Bt Abu
Hurairah
Cik Nuradila Bt Abdullah Sani

Permainan (3 Jenis) Menyediakan 3 jenis permainan untuk


En. Mohamed Yazed Bin program.
Mohamed
5 orang pelajar Sains Sukan
AJK Jemputan Barisan Pentadbir - Menjemput penceramah kesihatan
AJK Dokumentasi & Cik Nur Annis Bt Mohamad - Mengambil gambar sepanjang
Jurugambar Anuar program berlansung.
Cik Musharifa Faiqa - Menyiapkan laporan dokumentasi
AJK Makanan dan Pn. Nina Bt Abdul Malek - Menyediakan makanan daan
Minuman Pn Siti Aminah Bt Lihin minuman kepada semua peserta.
Pn Zuhailimuna Bt Muda
AJK Hadiah, Pn Azimah Bt Ahmad - Menyediakan hadiah, cenderahati
Cenderahati dan Sijil Pn Rosmila Bt Mohammad dan sijil kepada petugas kesihatan dan
Pn Norein Bt Md Sani penceramah.
AJK Buku Program Pn Nurul Emilisa Bt Ismail - Menyediakan buku program dan
Cik Fatin Syazwani tentatif program.

AJK Siaraya En. Hasbullah Bin Salam - Memastikan siaraya berjalan lancar
En. Hasratul Amir Bin Abd sepanjang program.
Razak

AJK Persiapan Tempat En Wan Muhammad Arif B. - Menyediakan tempat sebelum dan
Wan Azmi selepas program
En Mohd Rohaizad Bin Adli
AJK Kebersihan En. Roslan Bin Sulaiman -Memastikan keadaan tempat program
En Mohd Zaini B. Abdul Khalib bersih dan selesa.
Pekerja pembersihan -Menyediakan plastik sampah dan kain
lap.

9.0 SUMBER KEWANGAN

9.1 Sumbangan RM5 seorang daripada semua guru dan staf

9.2 Bantuan kewangan daripada PIBG

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL PERKARA UNIT JUMLAH


1. Hadiah (Tempat Pertama – Ketiga x 3
Permainan)
Tempat Pertama x 13 hadiah 1
Tempat Kedua x 13 hadiah 1
Tempat Ketiga x 13 hadiah 1

39 hadiah x 3 aktiviti RM156.00


2. Cenderahati (Petugas Kesihatan) 6
orang
6 x RM15 /seorang) 6 RM 90.00
3. Bayaran penceramah
6x RM100 6 RM600.00
3. Sarapan pagi
RM 3.50 x 150 orang 150 pek RM525.00
JUMLAH - RM 1371.00
12.0 PENUTUP

Diharapkan semua objektif tersebut dapat direalisasikan sepenuhnya agar program ini memenuhi
matlamat yang telah disasarkan. Semoga program Badan Cergas Minda Cerdas SMK Dato’ Dol Said
yang berfaedah ini berjalan dengan sempurna dan mendapat perhatian serta kerjasama daripada
semua pihak yang terbabit bagi mempertingkatkan lagi kesihatan dan kesejahteraan warga SMKDDS
dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani secara keseluruhannya

13.0 ULASAN PENGETUA

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Disediakan oleh,

………………………………………

(Ritayuliana Binti Basri)

Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan

Disemak oleh,

………………………………………

(En Ahmad Ghazali Bin Alias)

GPK Pentadbiran

Diluluskan oleh/ Tidak Diluluskan oleh,

…………………………………………………………….

(TUAN HAJI MOHD YAZED BIN YATIM)

Pengetua

SMK DATO’ DOL SAID

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai