Anda di halaman 1dari 2

“BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM”

MENGADAP KEHADAPAN MAJLIS,

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA


PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUIZZADIN WADDAULAH
IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDEN SA ADUL KHAIRIL WADDIEN
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM,
ISTANA NURUL IMAN BANDAR SERI BEGAWAN
BA 1000 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

AMPUN BERIBU AMPUN,

PER : MENJUNJUNG PERKENAN MENUKAR MILIK RUMAH YANG BERALAMAT DI NO


20A SIMPANG 185-82,JALAN TUNGKU, KAMPONG KATOK, MUKIM GADONG A.
BE2319DI LOT 49497 EDR BD 41102 KG KATOK

Terlebih dahulu abis hamba Kebawah Duli Tuan Patik menjunjung ampun Kehadapan Majlis Kebawah
Duli Tuanku jika tidak menjadi kemurkaan Kebawah Duli Tuanku. Dan tujuan abis Hamba Kebawah
Duli Tuan Patik menyembahkan surat ini adalah seperti mana yang tersebut diatas iaitu menjunjung
perkenan bagi menjual rumah Hamba Kebawah Duli Tuan Patik yang beralamat di No 20A Simpang
185-82,Jalan Tungku, Kampong Katok, Mukim Gadong A. BE2319 di Lot 49497 EDR BD 41102
Kg katok

Disini Abis Hamba Kebawah Duli Tuan Patik sembahkan bahawa rumah dan tanah berkenaan adalah
didalam cagaran ke pihak Bank RHB Charge No 29/2014 29hb January 2014 Memo SUT vide
KPN/S.PPU/G/BM/2013 dan selama ini telah disewa yang mana hasil sewa berkenaan digunapakai
untuk pembayaran kepada pihak bank selama ini.

Diatas sebab tertentu penyewaan rumah berkenaan telah ditamatkan dan didapati penyewa sebelum ini
telah membuat pelbagai pengubahsuaian dan kerosakan terhadap rumah tersebut yang memakan kos yang
begitu mahal untuk diperbaiki.

Keadaan rumah berkenaan dan kos pembaikan yang tinggi membuatkan Abis Hamba Kebawah Duli Tuan
Patik berlapang dada untuk melepaskan dan menjual Rumah berkenaan dan Alhamdullillah ada seorang
hamba Allah(kenalan keluarga) yang sedia untuk membeli rumah Hamba Kebawah Duli Tuan Patik
berkenaan melalui loan di bank RHB.

Adapun salah satu tujuan Hamba Allah berkenaan membeli rumah berkenaan adalah kerana ingin
membantu meringankan bebanan Hamba Kebawah Duli Tuan Patik dan segala urusan dan perundingan
dengan pihak bank turut dibantu oleh Hamba Allah berkenaan.

Abis Hamba Kebawah Duli Tuan Patik sembahkan bahawa pada 31hb Mac 2021 Hamba Kebawah Duli
Tuan Patik telah menandatangani Memorandom of Transfer di Jabatan Tanah Kementerian
Pembangunan. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik telah dimaklumkan bahawa prosis akan mengambil 2
hingga 6 bulan namun sekarang genaplah penantian Hamba Kebawah Duli Tuan Patik selama 1 tahun 4
bulan. Kerosakan kerosakan dirumah berkenaan telahpun dibaiki oleh Hamba Allah berkenaan yang
mana telah menelan kos yang begitu tinggi
Jika Rumah dan Tanah tersebut tidak dapat dijual dalam tempoh yang diberikan maka pihak bank akan
terpaksa mengambil tindakan undang undang terhadap abis Hamba Kebawah Duli Tuan Patik yang
mana perkara tersebut akan menambahkan beban kepada diri dan keluarga Hamba Kebawah Duli Tuan
Patik. Dengan demikian Abis Hamba Kebawah Duli Tuan Patik balik balik bertanya di pejabat tanah dan
jawapan lazim yang diberikan ialah “Dalam Process”.

Selama ini monotorium dan deferment dari pihak bank disamping turut dibantu oleh hamba Allah
berkenaan membolehkan Hamba Kebawah Duli Tuan Patik membayar setiap bulan kepada pihak bank

Namun monotorium dan deferment telah tamat dan menyebabkan Hamba Kebawah Duli Tuan Patik akan
terpaksa membayar balik jumlah sepenuhnya yang mana Hamba Kebawah Duli Tuan Patik tidak
mempunyai kemampuan. Pihak bank sering memberi tekanan melalui penggilan telepon dan
whatsapp sehingga menjejaskan kesihatan dan keharmonian keluarga Hamba Kebawah Duli Tuan
Patik.

Hamba Allah berkenaan telah cuba berunding dengan pihak bank agar pembayaran bulanan
Hamba Kebawah Duli Tuan Patik dipotong dari Loan beliau setelah process tukar nama selesai.
Namun pihak bank tidak mahu berbuat demikian.

Abis Hamba Kebawah Duli Tuan Patik dan keluarga pada masa ini tinggal dirumah peninggalan suami
Hamba Kebawah Duli Tuan Patik diatas tanah LTS 410/1987 beralamat No 17, Simpang 355-21,
Kampong Tungku Gadong sejak tahun 1980an lagi yang mana rumah dan tanah tersebut pada mulanya
adalah atas nama Allahyarham Ayah kepada suami Hamba Kebawah Duli Tuan Patik sebelum ditukar
nama kepada suami Hamba Kebawah Duli Tuan Patik dan seterusnya kepada Hamba Kebawah Duli Tuan
Patik yang mana Abis Hamba Kebawah Duli Tuan Patik sekeluarga sedang menunggu untuk
memperbaiki rumah berkenaan setelah process MOT selesai.

Abis hamba Kebawah Duli Tuan Patik merayu dengan sesungguhnya agar permohonan abis hamba
Kebawah Duli Tuan Patik ini akan dapat diperkenankan untuk meringankan bebanan hutang hutang Abis
Hamba Kebawah Duli Tuan Patik dan keluarga

Akhirnya abis hamba Duli Tuan Patik sekali lagi berbanyak-banyak menjunjung kasih Kehadapan Majis
Kebawah Duli Tuanku dan hanya Allah Subahanahu Wataala sahaja yang dapat membalasnya.

Junjung Anugeraha,
Hamba Duli Tuan Patik Yang Taat Setia Menjunjung Perintah,

…………………………………….
Siti Khadijah binti Hj Ismail
No I/C: 00-110382
No 17, Simpang 355-21, Kampong Tungku Gadong
No Hp: +6737169960

Anda mungkin juga menyukai