Anda di halaman 1dari 2

Penduduk-Penduduk Lot 598

Kg Seri Kesinai
Padang Besar, Perlis. 

20hb September 2022


 
Kepada

Y.A.B. Dato’ Seri Azlan bin Man


Menteri Besar Perlis
 
Per: Permohonan Perumahan Alternatif untuk Penduduk Lot 598,
Kg Kesinai, Padang Besar
 
Kes terhadap kami yang difailkan oleh En Wan Husin b Wan Choh, telah sampai ke tahap
penghabisannya. Kami telah menerima notis pengosong terakhir dalam masa 14 hari dari
tarikh notis iaitu 12hb September 2022 di mana, sekiranya engkar, kami akan diusir secara
paksa melalui tindakan mahkamah dan polis. (Salinan notis peguam di Lampiran 1).

Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah bahawa kami harus mengosongkan tanah ini
sebelum 10hb Ogos 2021. Namun begitu, kami telah merayu kepada tuan tanah untuk
memanjangkan tempoh itu kerana masalah covid dan PKP serta masa untuk mencari tanah
alternatif. Tuan tanah telah memberi kami sehingga hujung tahun 2021 untuk
mengosongkan tanah ini. (Salinan Perintah Mahkamah dan salinan surat peguam tuan tanah
adalah di Lampiran 2 ) 

Pada masa tersebut, kami telah mencari tanah alternatif untuk diluluskan oleh pihak
berkuasa yang berlokasi di dua tempat iaitu di kawasan Jabatan Veterinar, Padang Besar dan
lot kerajaan di sekitar kampung kami. Kami telah memperpanjangkan permohonan kami
kepada pihak berkuasa dan masih menunggu maklum balas permohonan kami. (Salinan
surat-surat di Lampiran 3)
 
Dato Seri, kami, penduduk Lot 598 bukan orang yang berada, dan kami tidak mempunyai
rumah di luar Kg Seri Kesinai. Pengusiran ini akan meningkatkan beban kewangan bagi kami
kerana kami kena cari rumah sewa dan ada kemungkinannya kos pengangkutan ke tempat
kerja dan sekolah akan meningkat. Ini akan menjejaskan kualiti kehidupan kami dan juga
pendidikan anak-anak kami kerana pendapatan kami yang sangat kecil terpaksa diagih untuk
menampung sewa rumah dan pengangkutan.
 
Kami juga telah merayu pada YAB untuk mewujudkan satu skim perumahan kos rendah
sewa beli untuk penduduk Kg Kesinai. Ada lot-lot tanah di belakang Kg Kesinai yang milik
kerajaan ataupun tanah swasta yang masih belum dibangunkan. Jika kerajaan boleh
mengunapakai lot kerajaan atau membeli 2 lot (lapan ekar) daripada pemiliknya, maka satu
skim perumahan teres untuk 80 keluarga boleh dilaksanakan, dan ini akan menyelesaikan
masalah ketiadaan rumah yang penduduk-penduduk Kg Kesinai akan menghadapi
pengusiran - kerana selepas En Wan berjaya mengusir kami, sudah tentu pemilik lot-lot
bersebelahan akan melakukan usaha yang sama terhadap penduduk yang bertapak di lot-lot
itu.
 
Kami berharap pihak Kerajaan Negeri akan bersimpati dengan satu golongan rakyat
daripada lapisan B20 dan membantu kami mengendalikan cabaran yang kami hadapi dalam
satu tempoh masa di mana pendapatan kami terjejas oleh kemunduran ekonomi yang
disebabkan oleh wabak Covid.
 
Kami berharap YAB boleh menetapkan satu tarikh awal secepat mungkin untuk berjumpa
dengan segolongan wakil kami untuk berbincang rayuan kami.
 
Terima kasih.   

Yang benar,

………………………………… …………………………………………

………………………………… …………………………………………

………………………………… …………………………………………

Anda mungkin juga menyukai