Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN KOLAM

16400 MELOR, KOTA BHARU


KELANTAN DARUL NAIM
TEL : 09-7532142 FAX : 09-7532143
e-mail : skkolam@gmail.com

KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE 2016
PERINGKAT SEKOLAH

1.0 Muqadimah

Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar
dengan misi dan visi sekolah yang digarap oleh pihak sekolah maka ,gagasan perlu dititik
beratkan oleh setiap insan yang bergelar guru.

Menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan


perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak perlu menggembling tenaga
bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan
sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar sentiasa
bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah
kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.

2.0 Objektif

1. Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan menanam


keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2016.
2. Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran
yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-kurangnya berada pada tahap lulus.
3. Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKK dan seterusnya
guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya yang berkaitan
dengan pelajaran.
4. Melahirkan murid-murid SKK yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
5. Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka, guru-guru dan
sekolah.

3.0 Tema
"Tunjuk Ajar Ku Sifu"

4.0 Anjuran
Bimbingan Dan Kaunseling Sk Kolam

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmi Pelancaran Program Mentor Mentee oleh Tuan Guru Besar Puan Nurmizan Bt
Musanneh

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan sepanjang hari persekolahan bermula jan - oktober.

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kolam

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kolam .

9.0 Komitmen

Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen
terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan terdiri daripada seorang
murid untuk seorang guru.

9.0 Tatacara

1. Perjumpaan diadakan sebulan sekali samada pada awal atau akhir bulan mengikut keperluan
dan ruang masa yang ada pada mentor masing-masing. Atau hari dan waktu yang dirasakan
sesuai.Masa perjumpaan adalah selama 30 minit.

i) Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )


ii) Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau perkembangan pelajaran
Mentee.

2. Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan, bolehlah diubah ke
tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah memberitahu Mentee jika ada sebarang
perubahan hari perjumpaan.

3. Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.


10.0 Peranan Mentor

1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya apa jua
masalah berkaitan pelajaran dan lain-lain dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman dan keyakinan
untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada Mentee.
4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk mengetahui
perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga bertanyakan jika ada hal-hal
peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.
5. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
6. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.

11.0 Peranan Mentee

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:

1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.


2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk
dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.
3 Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan hati yang terbuka
dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
5. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam UPSR.

12.0 Penilaian

1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian, peperiksaan


semester dan UPSR Mentee.

2. Perkembangan sakhsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga
berdasarkan laporan guru-guru lain.

3. Berpandukan rekod perjumpaan semasa-kesemasa bersama Mentee.

13.0 Struktur Organisasi


(Lampiran A)

14.0 Pembahagian Mentor Mente


(Lampiran B)
15.0 Rekod Perjumpaan
(Lampiran C)

16.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.
Lampiran A

JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE SK KOLAM


2016

PENASIHAT : PN.NURMIZAN BT MUSANNEH


(Guru Besar)

PENGERUSI : EN.MOHD ROZI B MOHD NAWI


(PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI : EN.TARMIZI B ABD KADIR


(PK HEM)

SETIAUSAHA : UST.ZULKIFLY B ISMAIL


(GBK)

N/ SETIAUSAHA : CHE NURFADILAH BT ISMAIL

AHLI JAWATAN KUASA :

EN.RAHIMI B ABD RAHMAN

EN.MOHD ZUKRI B MAMAT

EN.ABDULLAH B MOHAMAD

EN.MOHD ZAMANI

PN.ZAWAHIR BT MOHD NOR

PN.WAN NARIZAN BT WAN MALIKI

NORIZAN BT MUHAMAD
SULIT

MAKLUMAT DIRI PELAJAR

Nama :

No SB : Tarikh Lahir :

Bangsa :

Alamat :

Kenderaan Ke Sekolah & Jarak :

Cita-cita Bila Dah Besar :

Hobi : Idola :

Insan Yang Paling Disayangi :

Perkara Yang Paling Dibenci :

Jumlah Adik Beradik : Nama Bapa :

Pekerjaan Bapa :

Nama Ibu :

Pekerjaan Ibu : Pendapatan Sebulan :

Penyakit :

Rekod Kelakuan Sekolah :

Masalah Dalam Keluarga :

Keputusan UBB 1 :

Bahasa Malaysia I (Kefahaman) :


Bahasa Malaysia II (Penulisan) :
Bahasa Inggeris :
Matematik :
Sains :

Harapan Dalam UPSR :

Ingin Melanjutkan Pelajaran Ke Sekolah Menengah : YA / TIDAK


Jika Ya / Tidak Kenapa ?
_____________________________________________

Lampiran B

PEMBAHAGIAN MENTOR DAN MENTEE

BIL. NAMA MENTOR NAMA MENTEE

1. NURMIZAN BT MUSNEH AHMAD HAZIQ DANISH AJMAL BIN


@MUSANNEF HASBULLAH

2. MOHD ROZI B MOHD NAWI AIN NUR AINNA BT ILIAS

3. EN TARMIZI B ABD KADIR AINUN ATHIRAH BT AZWIRA

4. SURIANI BT ISMAIL INTAN MARIAM SYUHADA BT AWANG


CHE SOH

5. ABDULLAH B MOHAMAD IZZAH ATHIRAH BT BAHARUDDIN

6. ANAS HAFIZUDDIN B ABD AZIZ MOHAMAD FAIZAL IMAN BIN MOHD


SHAHARIL

MUHAMMAD HAFEZ B ISMAIL

7. ASHAARI B MAT MOHAMAD SAFWAN BIN ZULATI

8. CHE RANI B ABDULLAH MOHAMAD SYAHMI FITRI B MOHD


ZULKERNAIN

9. CHE ROZILAH BT MOHD ALI MOHAMMAD ZURFIKAL BIN AMNI

10. FADZILAH BT HJ MUSTAFA MUHAMAD AMIER BIN KAMARUDDIN

11. FARAHDIBA BT FAUZEE MUHAMAD FAIZ ZAUKI BIN HASSAN

MUHAMMAD HAIQAL AZRIQ B MOHD


HAFIZ AZRUL

12. HARITHAH BT HUSSAIN MUHAMMAD AIDIL BIN MOHD ALIAS

13. HASSAN B ISMAIL MUHAMMAD ALIF NAJWAN BIN RADZI

14. KU ANUWAR B TUAN ISMAIL MUHAMMAD AZRIEN YUZRY B MOHD


ASRI

15. MAIDATUL AKHMA BT YAZID NOOR AZMARINI BINTI ALIAS

16. MAIZUL AINUN BT ISMAIL NOOR AZREENA BT ZAINUDDIN

17. MAISARAH BT MAT DAUD NOOR AZZIANTI BT AZIZ


NIK NORALISYA SOFEA BINTI NIK ISMAIL

18. MASARRAH BT IBRAHIM NOR AMALIN BT NORDIN

19. MARINAH BT IBRAHIM NUR ALEYA MAISARA BT SHANUK


HAZIKI

20. MOHD SAHRUDIN B MAMAT NUR AZIDATUL FITRIAH BINTI RAHIMI

21. MOHD RAKHI B MOHAMED NUR HIDAYAH ATIQA BINTI KADIR

22. MOHD ZUKRI B MAMAT NUR SYAFIQAH BT MOHD ZANANI

NUR AIMI NAJWA

23. NORHAMNEE ABDUL KADIR NUR SYAZALIYANA BT SYAMSUL

24. NURUL MAWADDAH BT AB


RAHMAN NURUL NAJIHA BT MAT SALLEH

25. NOOR AINI BT OMAR WAN ADAM BIN WAN MANSOR

26. NORIZAN BT MUHAMAD AHMAD AZIZI B KAMARUDIN

27. NUR FADILAH BT ISMAIL AHMAD BAIHAQIE BIN MOHD NOOR

28. RAHIMI B AB RAHMAN AHMAD NAZLI SHAH B AHMAD ZAUDIN

SITI HANAN FAKHRIAH BINTI HASSAN

29. SURYATI BT CHE SUDIN AINA SOFEA BINTI MOHD OSMAN

30. WAN NARIZAN BT WAN MALIKI MOHAMAD ADIB AIMAN B MUKHTAR

31. ZALEHA BT HASSAN MOHAMAD AIZZAD B MOHD ASRI

32. ZAWAHIR BT MOHD NOR MOHAMMAD ZULNAZMI BIN MOHAMMAD


FAREEDZ NIZAM

33. ZULKIFLY B ISMAIL MUHAMAD AZLAN ISKANDAR B BASIR

34. MOHD ZAMANI B YUSOFF MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD


RAFIDI
Lampiran C

REKOD PERJUMPAAN MENTOR MENTEE 2016

BULAN TARIKH BUTIRAN PERBINCANGAN PENYELESAIAN

JAN Sesi perkenalan antara mentor


menteePenjadualan
perjumpaan.Mentee
melengkapkan borang butir
peribadi.

FEB

MAC

APRIL

MEI
JUN

JULAI

OGOS

SEP

OKT

T/Guru Besar T/Tangan Mentor

------------------------- -----------------------------
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai