Anda di halaman 1dari 2

Latihan Respons Kristis dan Kreatif ( 5 markah )

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu


berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak
melebihi 30 patah perkataan.
Soalan 1

Pada suatu hari, kamu nampak rakan kamu membuang sampah ke dalam
longkang.
Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu lakukan?
Sebagai seorang rakan, saya akan melarang rakan saya membuang sampah
ke dalam longkang kelak 将来. Selain itu, saya akan menasihatinya supaya
membuang sampah ke dalam tong sampah.

Soalan 2

Kamu dan rakan-rakan sedang menyertai 参加 aktiviti perkhemahan 露营


di hutan rekreasi 休闲森林. Seorang rakan kamu terjatuh ketika
menjalani latihan kawad 操步. Kakinya luka dan berdarah.

Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu lakukan?


Sebagai seorang rakan, saya akan membawa rakan saya pergi berjumpa
dengan guru untuk membubuh ubat 敷药. Selepas itu, saya akan
membawanya pulang ke tapak perkhemahan.
Soalan 3

Kamu dan rakan-rakan sedang menjalani latihan sukan di padang sekolah.


Kaki seorang rakan kamu terseliuh 扭伤 ketika menjalani latihan lompat
tinggi.

Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu lakukan?


Sebagai seorang rakan, saya akan berjumpa dengan guru dan
memberitahunya keadaan rakan. Saya akan memberi kasih sayang kepada
rakan saya yang kesakitan.
Soalan 4

Adik kamu ingin mengambil mainannya di atas almari. Dia tidak cukup
tinggi. Dia menangis kerana dia inginkan mainan itu.
Sebagai seorang abang, apakah tindakan kamu?
Sebagai seorang abang, saya akan memujuknya supaya tidak menangis lagi.
Selepas itu, saya akan menolong adik saya untuk mengambil mainan yang
ada di atas almari itu.

Soalan 5

Pada suatu hari, kamu berjalan kaki pulang ke rumah selepas sesi latihan
bola sepak. Tiba-tiba, kamu nampak asap keluar dari salah sebuah rumah
jiran kamu.

Apakah tindakan 行动 yang akan kamu lakukan?


Saya akan melihat keadaan 情况 sebenar yang berlaku. Sekiranya berlaku
kebakaran, saya akan terus menelefon kepada pihak bomba untuk
memadamkan api dan pihak polis untuk mengawal lalu lintas.

Soalan 6

Kamu telah mendapat seorang adik baharu pada minggu lepas. Adik kamu
baru sahaja pulang ke rumah pada hari ini.

Sebagai seorang kakak, apakah tindakan yang akan kamu lakukan untuk
menolong ibu kamu?
Saya akan menolong ibu saya membancuh susu 泡奶 untuk adik saya.
Selepas minum susu, saya boleh memujuk adik saya untuk tidur. Saya juga
boleh menolong ibu menjaga adik pada masa lapang.

Soalan 7

Ayah kamu demam kerana terkena hujan semasa mengambil kamu pulang
dari sekolah.

Sebagai seorang anak yang prihatin 关心, apakah yang akan kamu lakukan?
Sebagai seorang anak yang prihatin, saya akan mengambil air dan ubat
untuk ayah. Saya juga akan mengingatkan ayah saya tentang waktu makan
ubat supaya dia cepat sembuh 痊愈.

Anda mungkin juga menyukai