Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG

JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG

_______________________________________________________________________________

KERTAS CADANGAN

Tajuk:
Pembinaan 4 Gelanggang Petanque

Disedia dan Dibentang oleh:


Pn Sharifah Raudzah binti Syed Junid

Unit:
Koperasi

Tarikh Pembentangan:
18 Januari 2013

Tempat:
Bilik Pusat Sumber SMK Pasir Gudang
Status Kertas Cadangan Yang Dibentangkan:

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

____________________ Nama dan Cop Ketua Jabatan


(Tandatangan)

1. Nama Program Pembinan 4 Gelanggang Petanque


2. Pendahuluan Petanque sememangnya sinonim dengan Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa). Sehubungan
itu Angkasa akan terus menjadikan sukan petanque
sebagai acara rasmi pertubuhan koperasi itu selepas 22
kali menganjurkan temasya sukan itu sejak 1990.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah


berkata, konsep permainan sukan itu juga sejajar dengan
falsafah koperasi yang memerlukan kerjasama
berpasukan untuk mencapai kejayaan.

Katanya, keistimewaan sukan itu terletak pada


kehebatan pasukan yang bertanding melalui kekuatan
fizikal dan mental selain sesuai disertai semua peringkat
umur.

Angkasa akan berusaha memperkenalkan sukan yang


kurang popular itu di peringkat komuniti selain
menggalakkan penyertaan daripada koperasi sekolah
dan dewasa dalam pertandingan yang akan diadakan
setiap tahun.
3. Rasional Petanque boleh dianggap sejenis permainan yang
mudah dipelajari dan murah perbelanjaannya.
Sebagiamana sedia maklum, antara permainan yang
pernah dimainkan atau dilihat oleh kita semasa kecil
ialah permainan guli. Permianan petanque boleh
diibaratkan sebagai guli orang dewasa dan ianya mudah
untuk dimainkan. Badminton juga mudah dimainkan
pada peringkat permulaan tetapi menjadi lebih teknikal
dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menjadi
seorang yang profesional berbanding sukan petanque
yang boleh dimainkan pada semua jenis permukaan
kecuali simen dan tar serta tidak terikat dengan
gangguan angin. Dari segi bilangan pemain pula, sukan
petanque boleh dimainkan secara perseorangan, bergu
atau bertiga. Akhirnya, mudah-mudahan sukan petanque
menjadi sukan yang paling digemari dalam kalangan
masyarakat seluruhnya.
4. Isu Pihak sekolah telah menubuhkan Kelab Permainan
Petanque. Ramai pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab ini sehingga ahlinya hampir 50 orang. Malangnya
SMKPG tiada gelanggang khusus untuk bermain
petanque. Pelajar hanya menggunakan kawasan kecil
antara Koperasi dan Bilik SRT untuk berlatih dan
mengadakan pertandingan dalaman dan setiap tahun
menghantar wakil untuk peringkat daerah. Itu pun
hanya sebahagian kecil pelajar sahaja yang terlibat.
5. KRA & KPI Semua ahli Kelab Permainan Petanque dapat mencuba
dan merasai pengalaman bermain petanque bagi
mencari bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah.
6. Matlamat Semoga dengan adanya gelanggang petanque itu nanti
dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada ahli
di samping dapat mengerat dan mengukuhkan
kerjasama antara ahli. Melalui permianan ini juga dapat
mencungkil potensi diri ahli dalam melahirkan pemain
yang berkaliber.

7. Objektif 7.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat untuk


berjaya di dalam jiwa warga SMK Pasir Gudang

7.2 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan


antara ahli dan seterusnya dapat mengeratkan
perpaduan

7.3 Mewujudkan kerjasama antara ahli, warga sekolah


dengan pihak lain melalui perlawanan persahabatan
mahupun peringkat sekolah, daerah dan negeri.

7.4 Mencungkil kreativiti dan inovasi dalam kalangan


pelajar

7.5 Melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri


yang kental menghadapi abad ke-21.

8. Penganjur Koperasi SM Pasir Gudang JB Bhd

9. Tempat Kawasan lapang antara Makmal Bahasa dan Makmal


Komputer

10. Tempoh Perlaksanaan 5 hari

11. Kumpulan Sasaran Ahli Kelab Permainan Petanque khususnya dan Semua
Warga SMK PG amnya.
12. Sumber Kewangan
Anggaran Perbelanjaan SUMBER KEWANGAN DARIPADA KOPERASI

Anggaran Perbelanjaan 4 Gelanggang

12.1 Quary dust (20 tan x RM40) RM 800.00

12.2 Batu ¾ (30 tan x RM50) RM 1500.00

12.3 Kasaran (40 tan x RM50) RM 2000.00

12.4 Tembok (batu curve 2’) RM 600.00

JUMLAH RM 4900.00

13 Jawatankuasa Program Jawatankuasa Pembinaan gelanggang petanque

Pengerusi : Pn. Hajah Salleha Binti Abd Kahar


Pengetua Cemerlang

Timbalan : En. Mohd Suhaimi Bin Mat Isa


Pengerusi Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Saleha binti Wahab


Pen. Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : En. Muhammad Ali Bin Harun


Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 3 : Pn. Rodziah Binti Yahya


Penolong Kanan Petang

Penyelaras : Pn. Sharifah Raudzah binti Syed


Junid

Pen. Penyelaras : Pn. Fazura binti Abd Ghani

Setiausaha : Pn. Hidayah binti Sanusi


14 Penilaian Program
15. Proses Perlaksanaan
15.1 Membuat Kertas Cadangan (10 Januari 2013)
15.2 Mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi
Koperasi dalam Mesyuarat Koperasi kali
pertama 2013 (18 Januari 2013)
15.3 Mendapatkan sebut harga daripada beberapa
Kontrakror (20 – 25 Januari 2013)
15.4 Mengenal pasti kontraktor yang layak melalui
perbincangan dengan Pengerusi dan Timb.
Pengerusi (30 Januari 2013)
15.5 Kerja-kerja pembinaan dimulakan (1 Februari
2013)
15.6 4 gelanggang petanque dijangka siap
Sepenuhnya (5 Februari 2013)

16. Tentatif Program

17. Perincian Program

18. Penutup Diharapkan impian untuk mempunyai gelanggang


petanque sendiri yang berkualiti dan selesa akan
menjadi kenyataan. Semoga dengan adanya gelanggang
petanque yang baik dapat mencungkil potensi diri ahli
dan melahirkan lebih ramai pemain petanque yang
berkaliber dan berkualiti serta menaikkan imej SMKPG

Disediakan oleh , Disokong oleh , Disahkan oleh ,

__________________ ____________________ ____________________


PN SH RAUDZAH BT SY JUNID EN MOHD SUHAIMI B MAT ISA PN HAJAH SALLEHA BT ABD KAHAR
SETIAUSAHA KOPERASI PEN. KANAN KOKURIKULUM PENGETUA CEMERLANG
SMK PASIR GUDANG SMK PASIR GUDANG SMK PASIR GUDANG

Anda mungkin juga menyukai