Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

PENUBUHAN KELAB REKA CIPTA

PEMOHON:

JAWATANKUASA PENAJA KELAB REKA CIPTA


SK KOTA RENTANG 06000 JITRA KEDAH
(KECIL TAPI HEBAT)

PADA:

09 MAC 2017
RINGKASAN EKSEKUTIF

NAMA KELAB/PERSATUAN
Kelab Reka Cipta SK Kota Rentang
PELAJAR

SINOPSIS
1. Mencungkil bakat yang terpendam dalam diri
pelajar.
2. Menggalakkan pelajar mempratikkan apa yang
telah dipelajari dalam kelas.
3. Mewujudkan perpaduan antara pelajar.
OBJEKTIF 4. Menghargai usaha saintis yang telah
memudahkan kehidupan manusia.
5. Menghargai kurniaan yang diberi Tuhan untuk
kesenangan manusia.
BERNAUNG DI BAWAH

Dibuka kepada semua pelajar. Permohonan menjadi ahli


adalah dengan memaklumkan kepada barisan ajk
PENYERTAAN / SASARAN ataupun menuliskan nama pada notis yang diedarkan dari
kelas ke kelas.

PENGARAH , SETIAUSAHA &


BENDAHARI
PENASIHAT Pn . Rusfawangi Binti Bidin

SK Kota Rentang 06000 Jitra, Kedah Darul Aman


ALAMAT & NO. 04-7322681
PERHUBUNGAN kba2011.ppdkotasetar@gmail.com

KATEGORI KELAB
KERTAS KERJA CADANGAN

PENUBUHAN KELAB REKA CIPTA SK KOTA RENTANG

1 PENGENALAN

Dunia sekarang berada dalam era teknologi maklumat dimana ia amat memainkan peranan
yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan
hasrat negara kita, Malaysia berhasrat untuk berada seiring dengan negara yang maju
teknologinya. Justeru itu, demi mencapai hasrat tersebut, murid-murid yang masih berada di
bangku persekolahan perlu disemaikan raasa ingin tahu dan cinta terhadap kemajuan dan
pembangunan. Murid-murid sebagai generasi muda harus dilatih untuk menyumbangkan
tenaga dan pemikiran bagi menghasilkan reka cipta yang boleh memberi manfaat kepada
manusia.
sehubungan dengan itu, Kelab Reka ipta perlu ditubuhkan bertujuan untuk
menambahkan kegiatan dalam bidang pendidikan di sekolah. Melalui penubuhan kelab ini,
perkembangan sosial, minat, dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan
mental murid.

2 MATLAMAT

Seperti kita sedia maklum, reka cipta ini adalah merupakan proses penghasilan produk baru
atau pengubahsuaian (meningkatkan kualiti) sesuatu produk sedia untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna. Tujuan reka cipta dibuat adalahh untuk memudahkan
berbagai kerja atau untuk membantu menyelesaikan berbagai masalah pengguna. Dalam
usaha mempertingkatkan kebolehan rakyat kemahiran rakyat,kelab ini berhasrat untuk
menjadikan sekolah ini setaraf dengan sekolah bestari dimana dapat menghasilkan
pembelajaran yang menyeronokkan murid. Melalui penubuhan kelab ini antara matlamat
yang dapat dicapai ialah :

1. Menggalakkan pelajar berfikir secara kristis dan kreatif.


2. Menambahkan ilmu pengetahuan tentang sains dan teknologi.
3. Memupuk semangat bekerjasama.
3 OBJEKTIF

Matlamat kelab reka cipta dapat direalisasikan melalui objektif-objektif yang berikut:

1. Mencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar.


2. Menggalakkan pelajar mempratikkan apa yang telah dipelajari dalam kelas.
3. Mewujudkan perpaduan antara pelajar.
4. Menghargai usaha saintis yang telah memudahkan kehidupan manusia.
5. Menghargai kurniaan yang diberi Tuhan untuk kesenangan manusia.
6.

4 CADANGAN NAMA PERSATUAN / KELAB / JAWATANKUASA

Berikut adalah cadangan nama kelab yang ingin ditubuhkan iaitu : Kelab Reka Cipta Sk Kota
Rentang

5 MOTTO / TEMA

Moto kelab reka cipta yang dicadangkan ialah Kreatif , Inovatif dan Kritis dengan harapan
dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar, serta membolehkan mereka
untuk mempraktikkan di dalam kelas.

6 KEAHLIAN

1. Dibuka kepada semua pelajar.


2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan memaklumkan kepada barisan ajk ataupun
menuliskan nama pada notis yang diedarkan dari kelas ke kelas.

7 ORGANISASI PENTADBIRAN
Penaung : En Mohd Basri Bin Baharom

Penasihat : Pn Rusfawangi Binti Bidin

Pengerusi : En Shahriman Bin Abu Bakar

Tim. Pengerusi : Pn Azreena BintiBasir

Setiausaha : Nor Shafikah Binti Rozali

Tim. Setiausaha : Rehan Hazifah Binti Adanan

Bendahari : Mohamad Ali Mursyid Bin Hamzah

8 LOGO (WAJIB)

Berikut merupakan logo yang dihasilkan dan akan diguna pakai sebagai logo kelab reka
cipta.

9 RANCANGAN AKTIVITI
1. Perjumpaan mingguan di luar waktu rasmi sekolah
2. Lawatan ke Proton City
3. Pertandingan Reka Cipta peringkat sekolah
4. Pameran Reka Cipta
5. Menghasilkan model melalui bahan terbuang (guna semula)

10 PERLEMBAGAAN / PERATURAN / SYARAT

PERATURAN-PERATURAN

1. Peraturan kelab adalah seperti peraturan sekolah.


2. Ahli-ahli boleh membawa barangan larangan seperti telefon bimbit sekiranya aktiviti
yang dijalankan adalah di luar sesi persekolahan.
3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dilaporkan kepda Pengawas sekolah.
Tindakan seterusnya akan ditentukan oleh Pengawas dan pihak pentadbiran
sekolah.

TINDAKAN DISIPLIN

1. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dilaporkan kepda Pengawas sekolah.


Tindakan seterusnya akan ditentukan oleh Pengawas dan pihak pentadbiran
sekolah.
2. Ahli-ahli yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pentadbiran sekolah akan
kehilangan keahliannya.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga pindaan


dilakukan.
2. Pindaan mana-mana bahagian dalam perlembagaan memerlukan sokongan majority
2/3 AJK.
3. Satu mesyurat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan semua AJK akan
diadakan untuk membincangkan pindaan perlembagaan tersebut.
4. Satu draft perlembagaan yang baru akan ditaip dan dicetak kemudian ditandatangani
oleh guru penasihat dan pengerusi setelah dipersetujui untuk disahkan.
11 KEWANGAN

1. Sumber kewangan utama adalah melalui yuran yang dibayar oleh AJK dan ahli kelab
iaitu RM 5 untuk satu tahun.
2. Kelab boleh memperoleh pendapatan melalui aktiviti yang dianjurkan.
3. Sumber kewangan juga diperoleh melalui yuran yang dibayar oleh pelajar untuk
sesuatu aktiviti yang dianjurkan.

12 PENUTUP / KESIMPULAN / HARAPAN

Harapan agar dengan tertubuhnya kelab ini dapat mengarap potensi murid dan idea murid
dan sebagai salah satu mekanisme untuk mengitar semula bahan dengan penghasilan
inovasi. Ini bukan sahaja dapat merangsang minda murid supaya lebih kreatif dan inovatif
tetapi dapat juga memupuk sikap ingin tahu dan kerjasama antara rakan sekumpulan.
Semoga dengan tertubuhnya kela reka cipta ini dapat mengembangkan bakat dan
kepuayaan mereka berfikir secara kreatif.

Anda mungkin juga menyukai