Anda di halaman 1dari 37

Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.

my

TAHNIAH & SALAM PEKENALAN

Asas BUAT DUIT dengan FACEBOOK MARKETPLACE

Notis dan Penafian

Hak Cipta
Ebook asas Buat Duit dengan Facebook Marketplace ini adalah Hak Cipta
Terpelihara © Cikgu Tengku melalui web rasmi www.FbMarketplace.my

1
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

Peraturan Umum

Penulis telah cuba sedaya-upaya dalam menghasilkan ebook ini secara


lengkap. Walaubagaimanapun penulis sendiri tidak menjamin ketepatan
isi bagi setiap isi kandungan di dalam ebook ini sepanjang masa kerana
kesan dari teknologi yang berubah dengan cepat.

Penulis tidak bertanggungjawab diatas kerugian atau pun kerosakan yang


terjadi oleh pembaca secara langsung atau tidak langsung yang timbul
daripada penggunaan maklumat yang ada di dalam ebook ini.

Ebook ini tidak dimaksudkan untuk digunakan sebagai sumber undang-


undang, nasihat, perniagaan, perakaunan, kewangan, ataupun sebarang
perubatan. Pembaca disarankan untuk mencari perkhidmatan profesional
khusus yang kompeten dalam bidang tersebut.

Tidak ada jaminan yang dibuat. Pembaca bertanggungjawab diatas


segala penggunaan maklumat yang disenaraikan dalam ebook ini.
Penulis berhak untuk membuat sebarang perubahan tanpa notis. Penulis
juga tidak bertanggungjawab atau kewajipan (liability) apapun atas nama
pembaca ebook ini.

Ebook ini ditulis oleh penulis berdasarkan pengalaman beliau. Ebook ini
tidak menjanjikan anda terus kaya selepas membacanya. Hasilnya
mungkin berbeza untuk setiap individu. Ianya bergantung kepada usaha
& tindakan anda sendiri. Seperti sedia maklum “Fast Action, Fast Result!”

2
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

Salam Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada anda kerana sudah mula membaca ebook


asas ‘Buat Duit dengan FB Marketplace’. Saya dapati masih tiada
ebook atau buku rujukan mengenai FB Marketplace di pasaran Malaysia.
Sedangkan FB Marketplace adalah platform jual beli popular masa kini.

Potensi platform ini harus diambil kesempatan oleh semua rakyat


Malaysia dengan segera kerana ‘peraturan berniaga’ di FB Marketplace
belum ‘cukup ketat’ lagi buat masa sekarang.

Maka oleh itu, saya ambil inisiatif bagi menghasilkan ebook ini secepat
mungkin untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang memerlukan.

Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri berbisnes di


platform FB Marketplace. Ia bukanlah 1 jalan ‘untung segera’, tapi setiap
hari pasti ada ‘eksperimen’ yang saya jalankan untuk naikkan jualan.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan, semuanya dapat


diatasi. Namun saya dapati, ramai orang di luar sana yang cepat berputus
asa apabila bisnes mereka di FBM kurang menjadi atau kurang berhasil.

Ebook ini ditulis dengan penyampaian yang ringkas lagi padat dan
disertakan dengan gambar-gambar untuk dijadikan contoh. Semoga
dengan penyampaian begini, mudah untuk pembaca sekalian mengikuti
perkongsian yang ingin disampaikan.

4
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

Tidak kira pembaca mahu berbisnes dengan FB Marketplace secara


sepenuh masa ataupun separuh masa, ebook ini tetap boleh dijadikan
rujukan.

Saya mendoakan supaya setiap pembaca ebook ini mendapat manfaat


dan mencapai apa yang dihajati. Semoga kejayaan bisnes di platform FB
Marketplace menjadi milik kita bersama! Terima kasih.

- Cikgu Tengku

Guru Pemasaran Digital


www.CikguTengku.com

5
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

TAJUK UTAMA MUKA


SURAT
1. Pengenalan: Apa itu Facebook Marketplace? 8
2. Apa Kelebihan Menjual di Facebook Marketplace? 9

3. Kenapa Menjual di FB Marketplace Lebih Mudah? 11

4. Bagaimana Nak Menjual di Facebook Marketplace? 13

5. Kategori Barang Yang Boleh Dijual di FB Marketplace 19

6. Barang Yang Tidak Boleh Dijual di FB Marketplace 27

7. 5 Kegunaan FB Marketplace Untuk Bisnes Anda 33


8. PRA-PELANCARAN 2 JAM: Ebook Strategi Rahsia 39
Buat Duit dengan Facebook Marketplace ADVANCE
9. KUPON DISKAUN 50%: Claim Disini (300 unit sahaja) 40

6
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

Rata-rata, rakyat Malaysia sudah pun mempunyai akaun Facebook dan


kebanyakkan dari mereka menggunakan platform tersebut untuk
mempromosikan barang jualan mereka.

Banyak sebenarnya manfaat yang boleh kita dapat melalui Facebook.


Membuat keputusan untuk berniaga di Facebook merupakan satu
keputusan yang bijak.

Kini, ramai yang sudah mula menceburkan diri untuk mengiklankan


produk mereka melalui Facebook Ads iaitu iklan yang berbayar. Ramai
juga yang sudah peroleh pendapatan hanya dengan menggunakan iklan
berbayar sahaja.

Namun, bagaimana pula dengan nasib mereka yang tidak mempunyai


pendapatan yang besar untuk laburkan duit mereka kepada iklan
berbayar?

Jangan risau, Facebook juga telah menyediakan satu platform dimana ia


merupakan platform percuma dan mempunyai banyak manfaat yang
boleh dicapai.

Platform yang dimaksudkan di atas ialah Facebook Marketplace. Rata-


rata pengguna masih belum memanfaatkan lagi Facebook Marketplace
ini kerana mereka tidak sedar akan kelebihan yang ada jika mereka
mula menjual di Facebook Marketplace.

Anda ingin belajar dan tahu dengan lebih mendalam tentang Facebook
Marketplace? Anda wajib baca perkongsian yang ada di dalam ebook
Panduan Lengkap Facebook Marketplace versi Malaysia ini sehingga
habis.

Semoga perkongsian ini dapat menambah baik sumber pendapatan


anda dan menambah nilai yang baik dalam kehidupan seharian anda.

7
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

PENGENALAN: APA ITU FACEBOOK MARKETPLACE?

Facebook Marketplace ni umpama sebuah shopping mall dimana para


pelanggan hanya perlu duduk di rumah sahaja dan buat pembelian
hanya di hujung jari.

Bukan itu sahaja, Facebook Marketplace juga merupakan platform untuk


membeli dan menjual barang secara langsung terus ke Messenger. Ini
lebih memudahkan kedua belah pihak untuk membuat jualan dan juga
pembelian.

Sebelum itu, Facebook Marketplace telah diperkenalkan pada tahun


2016 dan dalam masa lebih kurang 1 tahun, iaitu pada tahun 2017
pengguna Marketplace makin bertambah dengan mendadak berkali-kali
ganda dan meninggalkan beberapa lama web lain seperti pinterest.

Menarik bukan?

Facebook Marketplace ini ternyata lebih mudah untuk “close sale”


kerana pelanggan sudah tahu apa yang mereka perlukan dan
pelanggan akan membeli secara direct melalui Messenger.

Apabila pelanggan sudah mesej anda di messenger, banyak komunikasi


akan berlaku sebelum terjadinya urusan jual-beli.

Oh ya, Facebook Marketplace telah digunakan lebih daripada 70 buah


negara dan 800 juta pengguna setiap bulan. Ini kerana, ianya mudah
untuk digunakan. Hanya akses di Facebook app tanpa perlu download
software lain.

Apa yang paling best, setiap produk boleh memuat naik 10 keping
gambar bersama dengan detail barang yang dijual. Ini sangat
memudahkan anda untuk membina lagi “trust” dikalangan pelanggan.

Gambar yang cantik juga memainkan peranan yang penting untuk


memikat hati pelanggan untuk membeli.

8
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

APA KELEBIHAN MENJUAL DI FACEBOOK


MARKETPLACE?

1. Menjual dari Marketplace sangatlah mudah apatah lagi jika anda


adalah seorang usahawan yang baru bermula untuk berniaga dan
masih belum memiliki sistem & prasarana untuk penjualan. Anda
hanya perlu membuka akaun, memposting barang jualan anda
serta memberi keterangan tentang produk yang dijual.

2. Sistem marketplace telah banyak dipercayai oleh para pembeli


kerana jaminan transaksinya, rekomendasi, & banyak lagi pilihan
produk yang tersedia.

3. Para pembeli pasti akan melihat, membuka & memilih barang


termasuk melihat barang jualan anda.

4. Memaparkan inventori seperti sewa rumah, jual beli kereta,


barangan terpakai dan banyak lagi.

5. FB Marketplace juga boleh diiklankan secara berbayar supaya


iklan dapat disebarkan dengan lebih meluas.

6. Penjualan di FB Marketplace adalah percuma dan ini merupakan


salah satu peluang yang besar bagi para peniaga untuk
mengembangkan bisnes.

7. Segala penjualan di FB Marketplace juga perlu mengikut standard


komuniti yang telah ditetapkan. Seperti biasa, barang larangan
tidak dibenarkan untuk dijual.

8. Carian lebih mudah dan pelanggan boleh membeli mengikut


budget yang sedia ada.

9. FB Marketplace menawarkan cara mudah untuk para pembeli


kenal dengan brand ataupun produk yang anda jual.

9
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

10. FB Marketplace menawarkan cara mudah untuk para


pembeli kenal dengan brand ataupun produk yang anda jual.

11. Penjual di FB Marketplace dapat memasarkan produk dengan


lebih meluas secara percuma sahaja.

12. Facebook Marketplace memaparkan produk yang relevan dengan


pengguna, membantu perniagaan anda untuk mencari pelanggan
yang tepat.

13. Ini membantu memastikan produk anda dapat dilihat oleh pembeli
yang tepat, menghasilkan peluang yang lebih tinggi supaya lebih
ramai pembeli akan membeli produk anda.

14. Boleh peroleh badge “responsive” dan juga “recommended


seller”. Badge ini dapat bantu penjual untuk peroleh lebih banyak
sales dan juga trust.

10
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

KENAPA MENJUAL DI FACEBOOK MARKETPLACE


LEBIH MUDAH?

Facebook Marketplace telah membantu para peniaga untuk mendapat


audiens dengan lebih tepat dan sasaran yang betul selain hanya
menggunakan Facebook Ads sahaja.

Sehingga Oktober 2018, lebih daripada 800 juta orang di seluruh dunia
menggunakan Marketplace setiap bulan untuk mencari, membeli, atau
menjual barang.

Facebook Marketplace juga boleh membuat pilihan untuk post ke 10


group pada masa yang sama tanpa perlu post secara satu-satu. Sangat
leceh dan membuang masa.

Salah satu sebab mengapa menjual di Facebook Marketplace ini mudah


adalah kerana rakan di Facebook anda akan mendapat notifikasi jika
anda membuat iklan di Facebook Marketplace dan mereka juga boleh
menjadi pelanggan kepada barang jualan anda.

Facebook Marketplace juga boleh membuat iklan berbayar dan ini akan
memudahkan penjual untuk mendapat lebih ramai pelanggan yang
berpotensi.

Selain itu, pembeli boleh mencari barang yang mereka inginkan hanya
dengan memasukkan lokasi sama ada berdekatan dengan rumah
mereka atau pun jauh. Pembeli juga boleh mencari kategori serta harga
mengikut bajet mereka.

Oleh yang demikian, pembeli tidak akan membuang masa untuk buat
research terlalu lama kerana FB Marketplace akan bantu memudahkan
pencarian pembeli.

Mudah bukan?

Bukan itu saja, Facebook Marketplace memudahkan anda menemui,


membeli dan menjual barang, sama ada di komuniti anda atau dihantar
dari seluruh dunia. Pengiklan boleh menggunakan penempatan

11
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

Facebook Marketplace untuk menjangkau komuniti aktif orang yang


sudah berminat untuk membeli produk anda.

Anda boleh menggunakan format gambar dalam Artikel Segera


Facebook untuk mempamerkan produk, perkhidmatan atau jenama
anda. Pilih gambar produk yang menarik untuk mendorong orang tahu
secara detail mengenai produk anda, atau gunakan foto yang menarik
untuk menunjukkan keperibadian jenama anda.

Di bawah ini, saya sertakan contoh format template gambar mengikut


resolusi dan aturan Facebook sendiri yang sangat sesuai untuk
Facebook Marketplace.

12
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

BAGAIMANA MENJUAL DI FACEBOOK MARKETPLACE?

Untuk mula menjual di Facebook Marketplace adalah proses yang


sangat mudah, akan tetapi anda tetap perlu mengikut peraturan yang
telah ditetapkan oleh Facebook.

Jika anda melanggar peraturan itu, dikhuatiri anda tidak akan


dibenarkan beriklan di Facebook Marketplace lagi. Ini akan
menyebabkan kerugian yang besar kerana anda sudah terlepas peluang
ke’emas’an yang berbaloi,

Di bawah ini, saya sertakan langkah demi langkah untuk membantu


anda memulakan bisnes di Facebook Marketplace.

LANGKAH 1

• Buka akaun facebook anda dan klik icon “Marketplace”. Anda


disarankan untuk menggunakan laptop supaya ianya nampak lebih
jelas dan mudah.

13
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

LANGKAH 2

• Klik pada bahagian “Create New Listing” dan anda akan diminta
untuk memilih kategori barangan yang anda ingin jual.

14
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

LANGKAH 3

• Pilih kategori barang yang anda ingin jual. Apa yang menarik ialah,
anda juga boleh menjual barang-barang terpakai seperti perabot,
alatan rumah, kereta dan sebagainya.

15
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

LANGKAH 4

• Pertama sekali, anda perlu memuatnaik gambar produk jualan


anda. Gambar yang cantik & menarik boleh menggugat emosi
pembeli terutama kaum wanita.

• Hanya 10 gambar sahaja yang dibenarkan untuk dimuatnaik di


dalam Facebook Marketplace. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk
memuatnaik gambar yang paling terbaik.

• Senaraikan kelebihan dan detail tentang produk yang anda


pasarkan. Di bahagian ini, anda perlu memasukkan segala
keterangan tentang produk anda supaya pelanggan tidak akan
keliru dan boleh terus membuat keputusan untuk membeli produk
anda.

16
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

• Keterangan produk yang lengkap akan membantu menjawab


segala persoalan daripada pelanggan dan sesi jual-beli akan
menjadi lebih mudah tanpa perlu menjawab pelbagai soalan yang
muncul dari pelanggan.

LANGKAH 5

• Setelah anda mengisi segala keterangan tentang produk beserta


gambar, anda boleh lihat ‘listing preview’ diruangan sebelah
paparan laptop / PC anda.

• Ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas bagaimana iklan


anda akan dipaparkan kepada bakal pelanggan anda diluar sana.

STEP 6

17
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

• Setelah selesai mengikuti kesemua step, anda kini berada di step


yang terakhir dimana anda akan menentukan kemana hala tuju
iklan tentang produk anda. Selain daripada Marketplace, anda
juga boleh memilih mana-mana group yang anda ingin iklankan.

• Klik butang “Publish” dan barang jualan anda sudah berjaya


diiklankan. Anda hanya perlu tunggu approval daripada Facebook
sama ada barang anda boleh dijual ataupun tidak.

18
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

KATEGORI BARANGAN YANG BOLEH DIJUAL DI


FACEBOOK MARKETPLACE

Anda boleh menjual apa sahaja di Facebook Marketplace, selagi produk


anda tidak melanggar dasar pasaran Facebook. Kali ini, saya akan
senaraikan jenis-jenis barang yang boleh diiklan di Facebook
Marketplace.

1. KENDERAAN

• Terdapat pelbagai jenis kenderaan yang boleh diiklan di Facebook


marketplace seperti Boat, Kereta, Motosikal dan banyak lagi.

• Lihat gambarajah dibawah untuk melihat contoh iklan yang telah


berjaya dimasukkan ke dalam senarai jualan Facebook
Marketplace.

19
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

2. HARTA BENDA

20
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

• Kategori yang kedua ialah Harta Benda. Jika anda mempunyai


rumah untuk disewakan, anda juga disarakan untuk membuat iklan
di dalam Facebook Marketplace.

• Mengikut kajian, rumah yang diiklankan ke dalam Marketplace


lebih cepat dapat penyewa kerana mereka boleh memilih radius
kawasan yang mereka inginkan. Berkemungkinan tinggi, radius
yang dipilih itu berdekatan dengan tempat kerja mereka.

21
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

3. PAKAIAN

• Seperti yang ramai tahu, kuasa untuk membeli pakaian ini


selalunya tertumpu pada kaum wanita. Tapi, disebabkan musim
pandemik ini juga ramai yang takut untuk keluar ke pusat beli
belah.

• Facebook Marketplace merupakan salah satu tempat untuk


mereka cuci mata kerana Marketplace juga menawarkan khidmat
“Cash on Delivery”. Sangat mudah kan?

22
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

4. ALAT ELETRONIK / GAJET

• Gadjet juga merupakan barang yang mudah laris jika diiklankan di


dalam Marketplace. Nak tahu sebab apa? Sebab pelanggan boleh
berjumpa terus dengan penjual untuk melihat kondisi item tersbut.

• Terdapat pelbagai jenis alat eletronik dan gadget yang dibenarkan


untuk dijual di Facebook Marketplace. Sama juga seperti aplikasi
Mudah.my akan tetap, Facebook Marketplace ini 3 kali ganda lebih
mudah.

23
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

24
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

5. PERABOT

• Perabot juga menjadi salah satu senarai yang boleh dikatakan


ramai pembelinya. Pengalaman saya sendiri yang menjual kerusi
ofis, memang sampai tak terlayan.

• Bayangkan, saya membeli 200 biji kerusi ofis dan tak sampai 24
jam kerusi hanya tinggal 6 biji sahaja. Ini yang membuatkan saya
yakin bahawa Facebook Marketplace menjadi medium untuk
sesuatu jualan itu mudah laku.

25
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

26
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

SENARAI BARANG YANG TIDAK BOLEH DIJUAL DI


FACEBOOK MARKETPLACE

Berikut adalah beberapa contoh umum item yang tidak dapat dijual di
Facebook:

1. Bukan barang sebenar: Anda tidak dibenarkan menjual barang yang


bukan fizikal seperti servis cuci kereta, servis penghantaran, servis
lipat kain dan sebagainya.

27
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

2. Tiket: Anda tidak dibenarkan menjual sebarang tiket acara. Anda


hanya dapat menjual tiket / baucer di FB Marketplace dengan
kebenaran bertulis dari Facebook.

Penjualan semula tiket kapal terbang mahupun tiket bola sepak


adalah dilarang sama sekali. Ini bagi mengelakkan berlakunya kes
ulat tiket.

28
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

3. Deskripsi dan foto yang tidak elok: Ketika menjual di Facebook


Marketplace, gambar-gambar produk harus sopan dan sesuai
dengan deskripsi dan tajuknya.

Foto yang dilarang adalah untuk menjaga undang-undang yang telah


ditetapkan oleh Facebook kerana foto yang dilarang boleh
menjejaskan reputasi mereka.

Ianya juga tidak bagus untuk tatapan kanak-kanak. Jadi, sebelum


perkara yang buruk terjadi lebih baik dielakkan.

29
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

4. Haiwan untuk dijual: Menjual haiwan tidak diizinkan di Marketplace


atau membeli dan menjualnya. Ini termasuk posting tentang haiwan
untuk diadopsi.

Menjual atau mengadopsi haiwan seperti Kucing, Anjing, Hamster


dan lain-lain adalah dilarang sekerasnya oleh Facebook. Banyak kes
kekejaman yang berlaku terhadap haiwan yang banyak membuatkan
ramai pihak kurang senang.

Biasalah, ada yang dah tak larat nak jaga dibuang dan dibiar tepi
jalan. Sampai tahap kena langgar dengan kereta hingga mati pun
ada. Sangat tak patut!

30
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

5. Kesihatan: Barang-barang yang berhubungan dengan kesihatan


tidak diizinkan (Contohnya: Termometer, Supplement, Kotak First Aid
dan pelbagai lagi).

Barangan kesihatan ini tidak boleh didapati dengan mudah. Ia harus


mendapat kelulusan atau kebenaran dari pihak berkuasa dan
barangan seperti ini hanya boleh didapatkan di Klinik, Hospital
ataupun Farmasi.

Selalunya, barangan seperti ini mestilah berdaftar dengan Jabatan


Kesihatan Malaysia dan tidak boleh sewenang-wenangnya dijual oleh
orang yang tiada kelulusan.

31
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

6. Gambar sebelum dan sesudah: Barang yang dijual di Facebook


tidak dapat memaparkan gambar sebelum dan selepas (Contoh:
Gambar yang menunjukkan penurunan berat badan).

Kebanyakkan produk terutama produk supplement, boleh


membuatkan pelanggan mengalami efek yang negatif. Sebarang
ubat-ubatan yang boleh menguruskan badan tidak dibenarkan untuk
memasuki pasaran Facebook Marketplace.

Kenapa tak boleh?

Sebab, produk kurus selalunya mempunyai bahan yang terlarang dan


boleh mendatangkan penyakit berbahaya kepada pelanggan yang
membeli.

Mencegah lebih baik daripada merawat.

32
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

5 KEGUNAAN FACEBOOK MARKETPLACE UNTUK


BISNES ANDA

Brand
Awareness

Produk
Trust
Baru

Facebook Produk
Peribadi Top-Listing

33
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

1. BRAND AWARENESS

Di dalam sesuatu bisnes, penjenamaan produk perlu di ambil kira


kerana pembeli pada masa kini lebih gemar untuk membeli sesuatu
produk yang sudah dikenali. Bukan itu saja, penjual juga dapat
meningkatkan jenama barang yang dijual dikalangan pembeli dengan
lebih meluas.

Bagaimana nak jenama lebih dikenali?

Mudah saja, zaman teknologi sekarang ini sangat mudah untuk bagi
bakal pelanggan kenal dengan produk. Antara salah satu cara yang
boleh dilakukan ialah, anda boleh run ads untuk dapatkan lebih ramai
pelanggan di samping penjenamaan produk dapat dibina.

Apa yang menarik jika anda buat iklan berbayar ialah, anda tak perlu
pening kepala kerana ada Ad template yang Facebook telah sediakan.

Dengan cara ini, barang yang anda iklankan di Facebook Marketplace


akan mendapat perhatian bakal pelanggan dan produk anda akan lebih
mudah untuk dijual. InsyaAllah.

34
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

2. TRUST

Bila anda membuat iklan di Facebook Marketplace, kepercayaan


dikalangan pelanggan dapat dibina. Ini akan memudahkan barang
jualan untuk laku dengan cepat.

Bukan itu saja, produk yang anda jual akan lebih mudah untuk dapat
potential buyer. Kebanyakkan pembeli yang membeli di Facebook
Marketplace adalah serious buyer.

Sebab itu, Facebook Marketplace merupakan salah satu platform niaga


yang paling mudah, paling cepat dan paling disukai oleh para penjual.
Jika pelanggan ingin membeli barangan daripada anda, mereka hanya
perluk klik butang di dalam petak merah itu dan anda akan mendapat
notifikasi.

35
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

3. PRODUK TOP-LISTING

Tahukah anda, bahagian kedai di Marketplace juga akan memberikan


cadangan produk terbaik berdasarkan pilihan pengguna yang kerap
membeli di Facebook Marketplace. Berdasarkan pemerhatian saya
sendiri, produk seperti makanan, perabot, barangan rumah turut menjadi
pilihan para pengguna di Facebook.

Setelah Facebook menyenaraikan produk yang laris untuk dijual, anda


dapat mengetahui jenis produk yang popular dan mungkin itu juga akan
memberi idea kepada anda untuk menambah produk di dalam bisnes
anda.

Maklumat ini juga membantu anda membuat iklan yang berjaya kerana
anda sudah pun mempunyai data yang bagus daripada Facebook
sendiri.

36
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

4. FACEBOOK PERIBADI

Apabila anda membuat pilihan untuk menjual di Facebook Marketplace,


anda juga perlu perkemaskan Facebook peribadi anda supaya bila
pelanggan ingin membuat survey, mereka tidak akan merasa ragu-rtagu
lagi.

Apa yang boleh anda buat di Facebook peribadi ialah, anda boleh
kongsi di wall peribadi anda tentang testimoni pelanggan, gambar ketika
anda menghantar barang kepada pelanggan dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh membuat iklan untuk pelanggan yang pernah
membeli atau pelanggan yang sudah follow page bisnes anda
menggunakan Facebook peribadi.

Anda perlu membina ‘lookalike-audience’ atau ‘interest targeted


audience’ untuk masukkan di dalam Facebook Markeplace Ads. Bukan
itu saja, anda juga boleh follow up pelanggan yang pernah survey
barang yang anda jual ataupun yang belum atau sudah membeli.

Ini dipanggil sebagai teknik rapport supaya hubungan anda bersama


bakal pelanggan tidak berakhir begitu saja. Teknik ini dipanggil sebagai
“Teknik Memancing Pelanggan”.

37
Asas FACEBOOK MARKETPLACE @ www.FbMarketplace.my

5. PRODUK BARU

Anda mempunyai produk baru? Jangan risau.

Jika anda merancang untuk menjual produk baru, Facebook


Marketplace adalah tempat paling sesuai untuk anda “test market”.
Bukan apa, jika anda terus buat iklan berbayar berkemungkinan produk
anda tidak akan mendapat sambutan.

Cara yang terbaik ialah, anda iklankan di Facebook Marketplace secara


percuma dahulu, kemudian jika dapat sambutan barulah anda buat iklan
berbayar.

Pada masa itu, anda sudahpun mempunyai data kepada siapa yang
anda tujukan untuk membeli produk baru tersebut. Nak lagi menarik,
buat offer yang berbaloi supaya pelanggan rasa untung untuk memiliki
produk yang anda jual.

Last but not least, ulang ‘step’ yang sama sehingga anda mendapat
jualan. Mudah bukan? Guna saja platform percuma yang ada ini dan
jangan membazir modal anda.

Dapat sesuatu? Nak lebih lagi?

38

Anda mungkin juga menyukai