Anda di halaman 1dari 35

pg. 1 www.adshero.

net
Social Media Powerhouse
Ketahui Bagaimana Untuk Menjana Trafik Yang Besar Dan Keuntungan Daripada
Facebook

Penafian
Ebook ini ditulis untuk tujuan perkongsian maklumat sahaja. Semua usaha bagi
memastikan ebook ini lengkap dan tepat telah dilakukan sebaik mungkin.
Bagaimanapun, mungkin terdapat kesalahan ejaan ataupun isi kandungan.
Malah, ebook ini hanya menyediakan maklumat yang telah dikemaskini sehingga
tarikh ebook diterbitkan sahaja. Oleh itu, ebook ini hanya sesuai dijadikan sebagai
panduan umum dan bukan sebagai rujukan muktamad.
Tujuan ebook ini ditulis adalah untuk mendidik. Penulis tidak menjamin bahawa info
yang terdapat dalam ebook ini lengkap sepenuhnya dan tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang kesilapan ataupun kecuaian.
Penulis juga tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas sebarang
kerugian mahupun kerosakan yang diterima mana-mana individu atau entiti
disebabkan oleh ebook ini sama ada secara langsung ataupun tidak.

Syed Gaddafi
https://www.facebook.com/syedgaddafi.cdl/

pg. 2 www.adshero.net
Isi Kandungan
Bab 1 : Pengenalan dan Sebab Utama Anda Perlu Gunakan Facebook
Bab 2 : Apakah Konten Yang Pengguna Facebook Akan Suka Dan Mahu Untuk
Kongsikan?
Bagaimanakah Anda Boleh Memanfaatkan Facebook?
Apakah Jenis Konten Yang Selalu Mendapat Like Dan Share?
Apakah Jenis Artikel Dan Post Yang Akan Dibaca Pengguna Facebook?
Jadi, Apakah Yang Berkesan?
Bab 3 : Taktik Komen Hit and Run, Penggunaan FB Pages,FB Ads dan banyak lagi
Membina Facebook Page
Membuat Posting Ke Page Sendiri
Biarkan Peminat Menguruskan Selebihnya
Bab 4 : Bagaimana Mencari Page Dan Group Yang Tepat Untuk Kongsi Konten
Anda
Mencari Facebook Group
Membuat Posting Ke Dalam Group
Luaskan Capaian Kepada Page Facebook Yang Lain Dan Lakukan Cross Promoting
Bab 5 : Mula Jana Keuntungan Anda!

Bab 6 : Mengoptimumkan Penggunaan Facebook Page, Menjalankan Split Test Dan


Penggunaan Tools Tambahan
Apa Itu Split Test?
Tools Facebook Yang Berkesan Untuk Mengoptimumkan Facebook Page Anda

pg. 3 www.adshero.net
Bab 1 : Pengenalan Dan Sebab Utama Anda Perlu Gunakan Facebook
Facebook merupakan salah satu website yang terbesar dan berjaya di internet.
Malah dari segi jumlah pengguna, Facebook merupakan website kedua terbesar
selepas platform Google.

Andai kata jumlah pengguna aktif Facebook itu di ibaratkan sebagai populasi
sesebuah negara, maka Facebooklah negara yang terbesar di dunia.

Selain itu menurut kajian terkini oleh Shareaholic, kira-kira 24% daripada
keseluruhan sumber trafik datangnya daripada Facebook.

Secara mudah, 24% itu adalah 1 per 4 daripada keseluruhan pergerakan trafik di
internet. Ini bermakna jika anda tidak buat sehabis baik untuk mencuba dan
memasarkan diri di media sosial, anda sudah terlepas peluang untuk mendapatkan
1 per 4 daripada trafik yang ada. Besar bukan jumlah tersebut?

Terdapat juga anggaran yang lebih konservatif daripada Define Media Groups yang
meletakkan peratusan aliran trafik dari Facebook adalah sebanyak 16% sahaja.
Namun ia masih jumlah yang besar.

Berikut adalah statistik yang lebih menarik. Tahukah anda bahawa Facebook
mempunyai lebih 890 juta pengguna aktif setiap hari? Dan kebanyakkan daripada
jumlah pengguna tersebut akan klik dua hingga empat external link?

Itu telah menghasilkan 1.8 hingga 3.6 billion referral setiap hari. Anda patut mencari
peluang bagaimana untuk mendapatkan walau sedikit daripada jumlah referral yang
ada.

Facebook bukan sahaja menakjubkan dari sudut statistik semata-mata. Daya tarikan
Facebook juga ada pada ciri-ciri yang disediakan. Apa maksudnya?

Secara mudah, Facebook sangat hebat dari sudut fungsi yang disediakan terutama
dalam membolehkan pengguna meletakkan sasaran bagi aktiviti pemasaran yang
dijalankan.

pg. 4 www.adshero.net
Secara asas, sememangnya Facebook menjana 16% hingga 24% daripada
keseluruhan aliran trafik ke website luar. Namun hanya sesetengah website ataupun
niche sahaja yang menerima jumlah aliran trafik yang tinggi. Facebook dilihat lebih
berkesan untuk menarik trafik ke website konten selagi mana mempunyai potensi
untuk viral.
Contoh Buzzfeed yang dikira sangat berjaya dan menjana keuntungan mengakui
bahawa mereka hanya menggunakan Facebook dan media sosial bagi menarik
trafik.

Dengan situasi Google yang sering menukar algorithm secara berkala, Facebook
dilihat lebih stabil bagi menjamin kejayaan strategi jangka masa panjang.

Facebook juga memberi kuasa mutlak bagi anda tentukan siapakah yang boleh
melihat konten anda dan bagaimana anda akan memasarkannya kepada audien.

Dalam erti kata lain, anda boleh target audien anda dengan hanya menentukan
umur, jantina, lokasi, minat dan banyak lagi.

Ditambah pula dengan saiz audien yang besar, Facebook merupakan pilihan
platform marketing yang terbaik untuk anda.

Tapi anda perlu tahu, walaupun Facebook adalah tool yang besar dan
berkesan bagi tujuan pemasaran anda, ini tidak bermakna anda boleh terus
buat akaun, goyang kaki dan mengharapkan result yang gempak.

Jika anda benar-benar mahu berjaya di Facebook, anda memerlukan strategi yang
rapi bagi mengenalpasti apa yang akan berkesan dan apa yang sebaliknya.
Anda perlu sedar bahawa Facebook mempunyai ekosistemnya yang tersendiri.

Jadi sesetengah strategi unik perlu digunakan manakala sesetengah lagi perlu
dielakkan. Teruskan membaca dan anda akan dilengkapkan dengan skil dan
kemahiran yang diperlukan untuk memastikan Facebook benar-benar memberikan
pulangan kepada anda.

pg. 5 www.adshero.net
Bab 2 : Apakah Konten Yang Pengguna Facebook Akan Suka Dan Mahu Untuk
Kongsikan ?

Anda perlu menggunakan pendekatan psikologi bagi memastikan Facebook


berkesan untuk anda. Secara khususnya anda perlu faham psikologi pengguna
Facebook yang sangat berbeza dari web trafik yang lain.

Apakah yang menarik perhatian pengguna Facebook? Apakah pula konten yang
tidak akan mendapat sambutan? Apakah yang membuatkan pengguna suka dan
kongsikan sesuatu konten di Facebook?

Penting untuk anda menjawab persoalan ini bagi menentukan jenis konten yang
akan viral seterusnya memudahkan anda memilih jenis kempen ataupun produk
yang tepat di platform Facebook.

Bagaimanakah Anda Boleh Memanfaatkan Facebook?

Kita telah melihat bagaimana berkuasanya Facebook sebagai tool marketing dan
kenapa anda perlu menggunakannya. Dengan angka statistik yang telah kami
kongsikan, anda tidak patut ragu-ragu lagi untuk melabur lebih masa dan bajet bagi
tujuan marketing melalui Facebook.

Dalam masa yang sama, penting juga untuk anda tahu apakah limitasi dan
kekurangan Facebook. Referral dari Facebook sebenarnya agak berkualiti rendah
kerana pengguna yang datang dari Facebook hanya melihat paparan konten website
anda dalam satu mukasurat sahaja pada satu-satu masa.

Berbanding pengguna yang datang dari google search, mereka akan melihat
paparan website 2 ke 2.5 muka. Pengguna yang terus menaip url website anda pula
biasanya akan melihat sehingga 3-5 muka surat.

Kenapa?

Rata-rata pengguna Facebook secara mobile, mereka akan menjumpai website


anda melalui Facebook Browser. Mereka ini lebih cenderung untuk kembali semula
ke Facebook berbanding terus meneroka website anda.

pg. 6 www.adshero.net
Selain itu, posting dan iklan anda sebenarnya mengganggu pengguna Facebook.
Apabila seseorang melawat page anda melalui carian di Google atau menaip URL
website anda dalam navigation bar secara langsung, ini bermakna mereka benar-
benar sedang mencari anda dan akan terus tertarik untuk membaca posting dan
konten di website anda.

Dibandingkan dengan Facebook, pengguna membuka Facebook ketika masa


lapang untuk mendapatkan update kenalan mereka, bukan untuk melihat posting
konten dan iklan anda.

Dengan memahami tabiat ini, anda akan mendapat gambaran yang tepat tentang
bagaimana untuk mendapatkan perhatian pengguna seterusnya anda dapat
“mengambil kesempatan” terhadap situasi ini.

Sebagai permulaan, anda patut muat-naik posting yang lebih pendek dan santai di
Facebook. Cuba perhatikan Facebook anda sekarang, bukankah kebanyakan page
yang mendapat sambutan adalah jenis santai tetapi sampai?

Dalam masa yang sama, ini bermaksud anda perlu meletakkan matlamat anda
dengan Facebook. Facebook bukanlah platform yang sesuai untuk anda kongsikan
maklumat mengenai bidang anda secara berjela-jela yang mana pada akhirnya
hanya anda seorang sahaja yang faham posting anda.

Apa yang anda perlu lakukan di Facebook adalah meningkatkan kesedaran tentang
kewujudan jenama anda dan bina kepercayaan.

Anda akan berpeluang meningkatkan lagi jumlah like, share dan follower hingga
akhirnya anda akan dikenali oleh lebih ramai pengguna.

Dengan cara ini anda berpeluang untuk mendapatkan emel atau lead untuk
menjalankan marketing melalui emel yang mana anda boleh cuba idea-idea baru,
berkomunikasi dengan audien anda dan mendapatkan maklumbalas yang
diinginkan.

Dengan rangkaian pengguna yang besar, Facebook berperanan sebagai gula


pemula bagi menjalankan langkah pertama untuk membina hubungan. Facebook
juga berperanan untuk membina komunikasi dua hala dengan audien. Sebab itulah
Facebook bukanlah tempat yang sesuai untuk menjual.

pg. 7 www.adshero.net
Apakah Jenis Konten Yang Sering Mendapat Like Dan Share?

Perkara lain yang perlu anda telitikan adalah jenis konten yang mendapat sambutan
di Facebook. Apakah yang anda boleh post dan share yang akan membuatkan
orang bercakap-cakap tentang jenama anda?

Anda mungkin boleh mencipta konten sendiri ataupun anda cuba gali apakah yang
sedang trending pada masa kini melalui tools seperti BuzzSumo. Akan tetapi adalah
lebih baik jika anda sendiri mampu kenalpasti apakah yang sedang trending di
Facebook untuk disesuaikan dengan konten website anda. Jadi, anda pasti boleh
survive di Facebook.

Sekali lagi ditegaskan, keupayaan ini bergantung kepada kemampuan anda untuk
kenalpasti keperluan psikologi pengguna Facebook atau secara tepat lagi adalah
anda tahu mengapa orang boleh berminat untuk share sesuatu post.

Tahukah anda bahawa kebanyakan orang like atau share sesuatu di Facebook
dalam keadaan mereka sendiri belum habis membaca atau tanpa membaca
langsung konten tersebut? Ini adalah hasil satu survey ringkas yang telah
dijalankan.

Cuba fikir semula, tujuan apa anda selalu gunakan Facebook personal anda?

Apakah perkara terakhir yang anda share di Facebook? dan apakah faktor yang
mendorong anda melakukan perkara tersebut?

Adakah kerana link yang anda lihat itu kelihatan menarik jadi anda buka dan
baca kemudian share supaya rakan anda juga dapat manfaatnya…

Ataupun anda sekadar ternampak, rasa ia menarik kemudian terus klik like dan
share sambil tergelak kecil dan merancang akan membaca post itu kemudian?

Percayalah, kebanyakan orang tidak akan membaca semula konten itu kerana
terlupa dan sebagainya.

pg. 8 www.adshero.net
Persoalannya, kenapa mereka like dan share jika mereka tidak membacanya?
Situasi ini disebabkan 2 faktor :
• Komunikasi
• Medium Ekspressi Diri

Komunikasi
Semua orang tahu Facebook adalah platform untuk berkomunikasi. Jadi secara
teorinya segala kegiatan di Facebook adalah untuk memudahkan pengguna
berkomunikasi. Malah segala option dan tool yang dibina di Facebook adalah untuk
memastikan proses berkomunikasi menjadi kondusif.

Contohnya Facebook membolehkan anda share sesuatu posting dengan rakan anda
dengan cara tag ataupun share. Pasti anda pernah lakukannya bukan?

Sebagai contoh jika anda terjumpa artikel “Cabaran Yang Hanya Orang Bekerja Dari
Rumah Akan Faham”, anda mungkin akan share artikel tersebut dengan rakan yang
sedang bekerja dari rumah.

Ataupun jika anda terbaca artikel “Mengapa Buaya dan Alligator Bukan Dinosor”,
anda pasti akan share post tersebut kepada rakan anda yang mati-mati mengatakan
buaya dan alligator adalah dari jenis dinosor.

Mungkin anda buat begitu untuk memulakan perbualan dengannya atau


menunjukkan kepada rakan bahawa anda sedang teringatkan dia. Kadangkala,
sesuatu konten dikongsi hanya untuk mempertahankan sesuatu hujah.

Jadi bagaimanakah anda mampu memancing konten anda supaya digunakan oleh
pengguna Facebook? Mudah saja.

Tentukan individu khusus yang berkaitan dengan konten yang anda tulis. Tuliskan
sesuatu yang berkaitan dan kongsikan pada mereka. Bila anda buat orang tersebut
rasa konten itu berguna untuk dia, pasti konten itu akan berguna untuk orang lain
juga.

Strategi lain adalah tulis dengan mendalam sesuatu perbincangan ataupun


perbezaan pendapat yang anda pernah hadapi sebelum ini.

pg. 9 www.adshero.net
Kadangkala, pengguna akan post sesuatu konten untuk tatapan orang ramai.
Kebiasaannya, anda post sesuatu di wall anda untuk memulakan perbincangan
dengan menggunakan Facebook sebagai public forum.

Mungkin anda terjumpa artikel tentang “ Bagaimana Ahli Politik Menaikkan Gaji
Sendiri” dan anda rasa itu sudah keterlaluan. Anda pasti akan terus share konten
tersebut untuk memulakan perbincangan isu tersebut bagi mengetahui apakah
respon ahli keluarga dan kawan yang lain.

Bermakna, pengguna Facebook juga berpotensi share sesuatu yang sebenarnya


mereka tidak bersetuju atau tidak suka.

Oleh itu, tanggapan bahawa penguna hanya share sesuatu konten kerana mereka
suka adalah salah!

Jadi, bagaimana anda boleh reka konten yang akan mendapat sambutan sebegini
seterusnya mendapatkan banyak share?

Triknya adalah menghasilkan konten yang membawa kepada dua pendapat yang
berlawanan seterusnya menarik dua kumpulan audien yang berbeza yang akan
mempertahan pendirian masing-masing.

Maksudnya lebih baik anda buat konten yang sedikit kontroversi supaya mendapat
respon pengguna daripada membuat konten yang tidak akan mendapat sambutan
langsung di Facebook.

pg. 10 www.adshero.net
Medium Ekspresi Diri

Kita telah mengetahui bahawa pengguna share sesuatu konten di Facebook kerana
menganggap rakan mereka mungkin akan tertarik sama ataupun share sesuatu
dengan harapan dapat memulakan perbualan dan berkomunikasi dengan orang lain.

Faktor lain orang akan share sesuatu adalah untuk mengekspresi diri sendiri.
Dengan berbuat begitu, mereka berpeluang menonjolkan diri ataupun kerana konten
tersebut melambangkan diri mereka.

Mengaku sajalah bahawa Facebook adalah tempat orang cenderung mengagumi diri
sendiri dan salah satu perkara yang orang selalu buat adalah menunjuk-nunjuk
betapa menariknya mereka dan indahnya kehidupan yang sedang dijalani.

Sebagai contoh orang sering upload gambar percutian atau post sesuatu yang akan
buat mereka nampak bijak.

Orang juga sering berkongsi artikel berkenaan politik untuk menyatakan yang
mereka menyokong apa yang diperjuangkan hingga kelihatan seolah-olah mereka
kenal benar dengan ahli politik tersebut.

Sama juga anda mungkin akan kongsi artikel berkenaan bekerja dari rumah jika itu
yang sedang anda alami sekarang kerana anda hendak orang lain tahu seperti
apakah situasinya.

Dalam senario ini anda mungkin terus share artikel tersebut tanpa membaca
keseluruhan isi kerana ia nampak kena dengan diri padahal anda sebenarnya tidak
membaca artikel tersebut sehingga habispun. Boleh jadi rumusan artikel tersebut
sebenarnya bercanggahan dengan pendirian anda!

pg. 11 www.adshero.net
Apakah Jenis Artikel Dan Post Yang Akan Dibaca Pengguna Facebook?
Jadi kebanyakan konten di Facebook sebenarnya tidak dibaca sehingga habis. Jadi
apakah yang diperlukan untuk menghasilkan posting yang pengguna akan klik?

Dan walaupun post anda tidak dibaca langsung, apakah yang anda boleh lakukan
untuk pastikan ianya mendapat share?

Ada dua tool utama bagi trik ini iaitu pemilihan tajuk dan penggunaan gambar.

Gunakan Clickbait
Perasan tak kebanyakan konten yang trending di Facebook adalah tergolong dalam
kategori menggunakan clickbait? Maksudnya tajuk konten tersebut memang sengaja
direka untuk memancing orang klik.

Memang sepatutnya sesuatu konten itu perlulah mempunyai tujuan tapi dalam kes
ini semua itu kita letak tepi dulu elemen seperti konten itu berinfomasi, tepat
mahupun berguna. Asalkan orang akan klik, itu lebih utama.

Dan taktik itu selalunya berkesan!


Jadi apakah teknik untuk menjadikan sesuatu tajuk itu clickbait?

Selalunya matlamat utamanya adalah untuk mengambil kesempatan di atas rasa


ingin tahu pembaca dengan menimbulkan sesuatu persoalan ataupun memulakan
sesuatu isu yang saspen dengan unsur tajuk yang tergantung.

Seperti contoh anda gunakan ayat seperti :


“Anda tidak akan percaya apa yang seterusnya akan jadi dalam video ini”

Kadangkala anda juga boleh gunakan tajuk dengan konsep penceritaan dari
perspektif orang pertama seperti
“Nasib baik saya baca hingga ke perenggan kedua!!”

Trik halus yang lain adalah buat satu senarai poin artikel kemudian jadikan salah
satu poin berunsur lebih menarik dari poin lain seperti contoh :
“Ini adalah Top 10 Cara Untuk Jimatkan Masa Di Tempat Kerja, No. 2 Telah
Mengubah Hidup Saya ! “

pg. 12 www.adshero.net
Keseluruhan artikel ini memang berinformasi tetapi dengan penambahan trik
bahawa poin kedualah yang paling menarik kerana “berhasil mengubah hidup
anda” akan mampu menarik perhatian pembaca untuk tahu lebih lanjut.

Dengan harapan bahawa pembaca yang telah ditarget akan teruja untuk tahu
apakah poin kedua itu lalu terus klik pautan artikel walhal jika tidak ditambah trik
tersebut, mereka mungkin tidak akan berminat pun kerana merasakan tiada apa
yang istimewa pada tajuk artikel tersebut.

Walaupun tajuk berunsur clickbait selalunya berkesan namun anda tetap perlu
berwaspada menggunakannya.

Anda mungkin akan menerima reaksi yang sinis dari pembaca yang
menganggap ini adalah clickbait semata-mata. Tambahan pula pengguna
Facebook sekarang sudah tahu taktik clickbait yang sering digunakan jadi
mereka akan lebih berhati-hati sebelum klik sesuatu link.

Masalah utama sekarang adalah kebanyakan clikbait sering mengecewakan kerana


tidak menjurus ke arah apa yang dijanjikan. Katanya seolah-olah akan membawa
kepada konten yang mind-blown tetapi isi sebenar hanyalah biasa-biasa saja.
Bahkan ada juga link yang tidak berkaitan langsung dengan konteks artikel!

Jadi apa yang anda patut buat?

Triknya adalah cuba perhalusi ayat anda supaya tidak diragui dalam masa yang
sama masih dapat menarik minat dan rasa ingin tahu pembaca dengan menawarkan
sesuatu isu yang menarik dan belum pernah diperkatakan.

Kita sering terbaca tajuk artikel seperti “10 Cara Untuk Mendapatkan Six Pack”
ataupun “Bagaimana Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar”.

Kita sudah sering menjumpai tajuk artikel seperti yang disebutkan dan sudah berasa
muak dengannya. Jadi jika anda pemilik website Fitness, anda perlu elakkan tajuk
cliche seperti berikut jika anda mahu orang klik konten anda.

pg. 13 www.adshero.net
Cuba tulis artikel berkenaan suatu supplemen kesihatan baru yang orang belum
pernah dengar.

Ataupun tentang suatu latihan senaman yang digelar “cardio acceleration”.

Bagaimana pula dengan topik “Apakah Kelebihan Parkour Bagi Kesihatan Anda”
serta “Apakah Cara Lain Yang Anda Dapat Gabungkan Martial Arts dengan Weight
Training?”

Jadi apa yang anda cuba tawarkan memang betul-betul sesuatu topik yang baru dan
segar bagi sesiapa yang memang minat topik tersebut.

Tak perlu menipu atau trik berlebihan untuk membuatkan konten anda trending.
Bukan sekadar tajuk yang gempak tetapi isi kandungannya juga relevan dengan
tajuk serta lain daripada yang lain. Inilah langkah penting dalam menghasilkan artikel
yang berkualiti tinggi.

Penggunaan Imej

Selain penggunaan tajuk yang menarik, penggunaan imej yang tepat juga akan
mendorong orang klik konten anda. Selepas tajuk, imejlah yang akan menjadikan
konten anda lebih menonjol.

Dengan sekilas pandang, imej yang baik memberi gambaran jelas tentang isi artikel
anda sama ada berunsur menghiburkan, lawak, beremosi ataupun mengujakan
dengan cara tersendiri.

pg. 14 www.adshero.net
Jadi tentukan betul-betul apakah elemen menarik dan imej yang paling tepat pada
konten anda yang akan memancing pembaca.

Apakah imej yang confirm akan menarik perhatian orang bila ia lalu di newsfeed
mereka?

Apakah imej yang bila orang pandang saja akan terus terasa mahu like dan share?

Antara contoh imej yang menarik adalah meme. Meme adalah imej yang terhasil
daripada sesuatu trend sama ada sedutan filem ataupun sekadar imej lucu viral di
internet.

Dengan menggunakan imej meme ini, anda hanya perlu menambah sebaris dua
ayat untuk meringkaskan poin anda dengan cara yang melucukan.

Selalunya meme akan terikat kepada sesuatu formula jadi anda akan menjumpai
pengulangan imej dan struktur yang sama berulang kali. Sebagai contoh meme “The
most interesting man in the world” selalunya bermula dengan “I don’t always..” diikuti
dengan “But when I Do..”

Meme selalunya mudah dikenali kerana berunsur lucu, menjentik fikiran dan trendy.
Jika anda boleh guna satu meme yang akan menjurus ke arah sesuatu yang orang
lain akan setuju dan sokong, percayalah konten anda akan mendapat banyak like
dan share.

pg. 15 www.adshero.net
Walaubagaimanapun untuk menggunakan imej sebagai tool bagi menarik orang like
dan share anda selain meme, anda juga boleh gunakan imej yang lucu,
memeranjatkan, menarik perhatian ataupun menyembunyikan sesuatu cerita di
sebalik gambar tersebut.

Penggunaan Video

Why not cuba tambahkan video ke newfeed anda? Perasan tak video akan play
secara automatik di Facebook dan selalunya mendapat sambutan yang tinggi dari
penonton?

Ibaratnya anda berbual dengan orang lain sambil menonton TV,perbualan masih
boleh berlaku walaupun mata masing-masing terus lekat di skrin TV kan?

Atau contoh lain anda mula menonton rancangan “Mael Totey” pada lewat malam
hingga hampir ke penghujung. Walhal pada mulanya anda tidak merancang pun
untuk tidur lewat.

Video sangat hebat dalam memukau orang supaya terus menontonnya hingga ke
akhir bagi mengukuhkan mesej yang mahu diketengahkan lebih-lebih lagi jika
disertakan muzik latar dan skrip penceritaan yang menyentuh emosi.

Walaupun teknik ini kurang berkesan untuk orang klik terus ke akaun anda tetapi
setidaknya orang akan mula sedar kewujudan jenama anda. Ada juga yang akan
terus like dan share page Facebook anda setelah terlihat video tersebut, maka ini
boleh dijadikan strategi yang bernas.

pg. 16 www.adshero.net
Jadi, Apakah Yang Berkesan?

Ada pelbagai perkara yang perlu diperhalusi untuk membuatkan konten anda
berkesan di Facebook. Point utamanya adalah..
Konten haruslah :
• Lucu dan menyeronokkan
• Ringkas dan padat
• Menarik dan unik
• Bermakna dan mempunyai target pembaca yang spesifik
• Trending dan berkaitan isu terkini
• Emosional atau sensetif

Konten yang :
• Menggunakan imej berunsur lucu dan menarik perhatian.
• Tajuk yang clickbait.
• Tajuk yang mempersonakan.
• Menggunakan video

pg. 17 www.adshero.net
BAB 3 : Taktik Komen Hit and Run,Penggunaan Fb Pages, Fb Ads dan Banyak
Lagi
Sekarang anda sudah tahu apakah jenis konten yang selalunya perform di
Facebook.

Persoalan seterusnya adalah bagaimanakah cara post sesuatu konten yang efektif
semaksimumnya? Apakah sebenarnya jenis posting yang akan berkesan dan
bagaimanakah cara untuk mendapatkan capaian audien semaksimumnya?

Membina Facebook Page

Langkah paling utama adalah bina Facebook Page anda.

Page inilah yang akan melambangkan jenama anda di Facebook dan apa yang akan
anda post.

Sudah semestinya anda tidak patut menggunakan akaun peribadi untuk tujuan
bisnes kerana anda tidak akan dapat mempromosikan perniagaan anda seoptimum
mungkin bahkan imej syarikat juga akan bercelaru.

Dalam masa yang sama, mempunyai page Facebook untuk bisnes akan
memberikan beberapa kelebihan kepada anda.

Anda akan mendapat follower tanpa perlu friend dengan mereka di akaun peribadi.
Dalam masa yang sama Facebook pages juga membolehkan anda membuat
pengiklanan yang anda inginkan pada masa akan datang.

Anda akan mempelajarinya dengan lebih lanjut kemudian tetapi ini adalah cara yang
hebat untuk mendapatkan follower seterusnya menjana jualan. Facebook page anda
adalah tool yang sangat berguna, jadi pastikan anda memanfaatkannya.

pg. 18 www.adshero.net
Kelebihan lainnya adalah :
• Pastikan anda telah mempunyai logo yang bagus untuk bisnes dan website
anda. Jika belum ada, cuba reka segera. Logo ini sangat penting untuk
diselaraskan di kesemua akaun sosial media bisnes anda mahupun platform
bisnes offline supaya setiap saluran mempunyai sinergi yang tinggi.

• Pastikan anda mempunyai cover page yang berkaitan dengan jenama anda.

• Tambahkan link website di Facebook anda. Jika anda mempunyai blog,


sertakan link Facebook anda di setiap posting untuk memudahkan pengguna
follow. Dengan cara ini, pengguna boleh subcribe website atau blog anda
untuk mengikuti update terkini berulang kali pada masa akan datang.

Membuat Posting Di Page Sendiri


Banyak masa yang anda perlu luangkan untuk menyusun posting di Facebook page
anda.

Lebih baik tidak mempunyai Facebook page daripada mempunyai Facebook


page yang tidak aktif. Pastikan Facebook page anda kekal aktif walaupun
menulis posting biasa-biasa sahaja.

Kelebihan lain posting secara berkala adalah untuk membuktikan bahawa terdapat
individu yang real menjalankan bisnes di sebalik jenama anda selain menunjukkan
yang syarikat anda mudah didekati serta interaktif.

Ini akan meningkatkan keyakinan orang untuk membeli produk atau servis anda.

Ketahuilah juga bahawa segala proses komen dan posting sebenarnya boleh
diautomatikkan.

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan software IFTTT. IFTTT boleh
didapati di IFTTT.com dengan maksud “If This, Than That”.

Kegunaan lain IFTTT adalah menghubungkan akaun Facebook anda dengan akaun
Twitter anda.

Jadi anda tidak perlu pening untuk luangkan lebih masa di setiap akaun sosial media
untuk buat akaun-akaun anda itu kelihatan aktif.

pg. 19 www.adshero.net
Tool popular lain adalah “Buffer” yang boleh disilihgantikan dengan “Hootsuite”.

Kedua-dua tool ini menyediakan option untuk meletakkan giliran pada setiap posting
di Facebook page anda. Ini bermakna anda boleh tetapkan satu hari untuk tulis
banyak konten kemudian post konten tersebut secara berkala mengikut waktu yang
dikehendaki.

Ini akan menjimatkan banyak masa anda untuk memastikan Facebook page anda
tidak sunyi ataupun terbiar begitu sahaja. Lebih-lebih lagi semasa anda pergi bercuti.

Cubalah gunakan teknik “hit and run” ini di setiap posting anda supaya Facebook
page anda sentiasa hidup dengan perkongsian konten yang menarik dan bermakna
bagi follower anda.

Dalam masa yang sama, anda akan menarik orang untuk pergi ke media sosial lain
atau website anda dengan harapan lebih ramai audien yang bertukar menjadi
pelanggan anda.

Komen “Hit and Run” dan Membuat Posting

Cara lain untuk mendapatkan perhatian bagi posting anda adalah dengan post
sesuatu di page ataupun group lain.

Dengan cara ini anda dapat mengakses jumah audien yang besar yang mempunyai
minat yang sama seterusnya page atau group tersebut menjadi lubuk untuk anda
jalankan marketing.

Malangnya kebanyakan page atau group di Facebook tidak akan membenarkan


sebarang posting dari akaun yang bukan admin. Jadi anda perlu cari page ataupun
group yang membenarkan sesiapa sahaja membuat posting di sana.

Jadi apa yang anda boleh buat adalah komen pada posting atau gambar di page lain
untuk meningkatkan kesedaran mengenai page anda bahkan page anda mungkin
akan mendapat like baru.

Ingat,setiap kali seseorang melihat jenama anda,itu adalah exposure percuma.


Ini merupakan salah satu cara yang baik untuk menghebahkan kewujudan jenama
anda.

pg. 20 www.adshero.net
Jadi cuba cari bahagian komen yang aktif dan libatkan diri dalam perbincangan
mereka. Ini berpotensi menarik lebih ramai like kepada page anda.

Cuba perhatikan ruangan komen di mana-mana page yang popular. Kadangkala ada
komen yang akan mendapat beratus-ratus like daripada pembaca lain.

Cari Facebook page contohnya Jakie Chan, post gambar anda bersama beliau
ataupun reka satu meme yang mengaitkan beliau ataupun post satu quote beliau
yang popular. Anda pasti akan menarik ramai orang ke page anda.

Inilah yang kebanyakan orang lupa tentang Facebook.

Anda tidak perlu pun melakukan promosi luaran secara gila-gila. Kadangkala
dengan menyertai sesuatu discussion akan lebih berkesan mempromosikan brand
anda secara tidak langsung.

Anda perlu bertindak selari dengan karakter jenama anda serta sentiasa post
sesuatu yang menarik dan berguna supaya orang akan sedar kepakaran,
pengetahuan dan nilai jenama anda.

Anda boleh cuba untuk membuat jualan secara terbuka di komen ataupun page
orang lain tetapi percayalah komen anda akan dipadam oleh admin.

pg. 21 www.adshero.net
Gunakan Facebook Ads

Strategi lain untuk menjana pendapatan dan mencipta kesedaran tentang jenama
anda adalah dengan menggunakan Facebook Ads.

Kenapa ia penting?

Secara kasarnya Facebook Page anda akan mencapai “organic reach” pada kadar
1-2%. Maksudnya jika anda mempunyai 100 orang follower di Facebook, hanya satu
ke dua sahaja dari mereka yang akan melihat setiap posting anda.

Jika anda mempunyai 1000 follower, dalam 10-20 view sahaja yang anda akan
dapat bagi setiap posting.

Sudah tentu follower anda akan dapat lihat konten anda jika mereka melawat page
anda. Tetapi hanya sebahagian kecil follower sahaja yang dapat melihat posting
anda di newsfeed mereka melainkan anda lakukan usaha tambahan bagi
mempromosikannya.

Inilah yang facebook ads lakukan iaitu membenarkan posting anda sampai kepada
senarai setiap follower anda malah kepada bukan follower juga.

Facebook ads boleh muncul dalam pelbagai format sebagai contoh “Page
Post”, promosi page facebook( bagi meningkatkan like), gambar atau video.

Jika anda menjual produk, kini anda boleh mempunyai iklan multi-item yang akan
mempamerkan semua barang jualan anda dalam bentuk paparan jenis carousel.

Perkara yang hebat berkenaan Facebook ads adalah anda boleh meletakkan target
audien anda berdasarkan umur, jantina, lokasi, minat, pekerjaan, status
perkahwinan dan banyak lagi.

Dengan cara ini anda tidak akan membazirkan duit untuk mengiklankan produk pada
golongan yang tidak ada kaitan dengan produk anda.

pg. 22 www.adshero.net
Lebih menjimatkan lagi, Facebook Ads mempunyai ciri CPC iaitu “Cost Per Klik”.

Ini bermakna anda hanya perlu membayar kos iklan kepada ads setelah iklan anda
diklik oleh pengguna sahaja. Jadi jika iklan anda tidak menarik pelanggan langsung,
anda tidak perlu membayar apa-apa kepada FB ads. (Walaubagaimanapun, iklan
anda akan menjadi lebih mahal jika ianya kurang menarik)

Selain itu ciri seperti CPA (Cost Per Action) juga ada di FB ads. Anda boleh memiih
untuk bayar iklan hanya setelah pengguna klik iklan anda dan memberikan respon
yang diinginkan.

Ini bermakna anda hanya membayar untuk mendapatkan orang yang sememangnya
berpotensi dan sesuai menjadi likers page anda.

Anda juga boleh gunakan FB Ads dan bayar kos iklan hanya apabila ada orang
menebus baucar promosi anda.

Dengan cara ini ROI(return of investment) anda akan lebih terjamin dan anda boleh
mendapat data hasil iklan yang lebih terperinci mengikut usaha yang telah dilakukan.

Cara terbaik menguruskan Facebook adalah gabungkan posting biasa dengan


posting iklan. Gunakan kedua-duanya untuk meningkatkan populariti facebook page
anda. Sebagai balasan, Facebook page yang popular akan meningkatkan populariti
post asal dan post iklan.

pg. 23 www.adshero.net
Biarkan Peminat Menguruskan Selebihnya
Jangan lupa bahawa bukan anda seorang saja yang boleh post konten di Facebook.

Kita telah melihat jenis konten yang sering mendapat share dan ingat, apabila orang
komen atau like posting anda, mereka akan dilihat oleh orang lain di network anda.

Setiap kali seseorang like atau komen posting anda, ruang untuk menarik lebih
ramai audien akan terbuka seterusnya mencetuskan lebih banyak like, komen dan
share.

Inilah faktor mengapa sesuatu konten boleh menjadi viral.

Tapi ini bukanlah satu-satunya cara untuk mempergunakan fan anda bekerja untuk
anda. Anda perlu galakkan mereka untuk kongsi konten anda secara terus dari blog
atau website anda juga.

Caranya mudah, tambahkan butang share kepada media sosial di setiap posting
blog atau website anda.

Dengan cara ini, mereka yang enjoy konten website atau blog anda boleh terus
share kepada rakan mereka yang lain. Ini memudahkan posting lama anda sentiasa
dikongsi semula.

Dengan cara ini, anda berpotensi untuk viral di Facebook walaupun sebenarnya
follower asal page anda tidaklah begitu ramai.

Terdapat pelbagai plugin yang anda boleh gunakan di website WordPress untuk
menambah fungsi ini. Salah satu yang paling terkenal dan banyak fungsi adalah
“Shareaholic”.

pg. 24 www.adshero.net
Bab 4: Bagaimana Mencari Page Dan Group Yang Tepat Untuk Kongsi Konten
Anda

Seperti yang kita telah bincangkan di bab sebelum ini iaitu antara cara terbaik untuk
membolehkan post anda dilihat oleh audien sasaran adalah dengan post di
Facebook page atau group yang lain.

Dengan cara ini anda dapat memilih audien berdasarkan kecenderungan mereka
dan anda boleh menumpang manfaat daripada usaha keras pemilik asal page atau
group tersebut.

Anda akan dapati bahawa kebanyakan page Facebook dibina oleh pemilik asal
untuk tujuan promosinya tersendiri. Jadi, anda mungkin tidak dapat menambah
konten anda sendiri melainkan telah mendapat keizinan pemilik asal atau anda
dilantik menjadi admin.

Tetapi tidak mengapa, anda masih boleh join group tersebut. Dengan cara ini anda
dapat mengambil bahagian dalam segala perbincangan group tersebut termasuk
meninggalkan link bisnes anda secara tidak langsung jika anda mahu.

Mencari Facebook Group

Persoalannya adalah bagaimana anda patut mencari sesuatu group baru?

Salah satu caranya adalah dengan menaip kata kunci nama group yang diingini
pada searching box di Facebook yang selalunya akan memaparkan apakah jenis
carian anda seperti orang, tempat dan sebagainya.

Selalunya anda hanya perlu taip kategori bisnes anda ataupun niche.

Anda mempunyai website atau bisnes dalam niche fitness? Search saja “fitness” dan
anda akan melihat segala paparan berkaitan fitness.

Anda juga boleh memilih elemen lain yang berkaitan niche anda seperti “gym”
ataupun “larian”.

pg. 25 www.adshero.net
Jika niche anda adalah penulisan, anda boleh search “penulisan fantasi”

Group yang besar mempunyai kelebihan reach yang lebih luas dan membantu
konten anda dilihat ramai orang manakala group yang lebih kecil berguna dalam
memastikan posting anda sentiasa wujud lebih lama di bahagian atas newsfeed
bagi tempoh yang lebih lama.

Cara yang terbaik adalah cuba di kedua-dua jenis group.

Jangan takut untuk cuba masuk ke dalam group yang mungkin agak berbeza
dengan niche anda kerana ini akan menarik audien baru dan membuatkan konten
anda lebih bervariasi.

Sebagai contoh jika topik anda adalah parkour ataupun larian bebas, maka anda
boleh cuba promote ke dalam group martial art kerana kesemuanya daripada
cabang yang sama iaitu kesihatan.

Anda mungkin boleh menulis artikel khusus berkenaan “parkour sebagai cabang
martial art” ataupun “pengaruh martial art di dalam parkour”.

Menggabungkan dua topik yang agak berbeza selalunya akan lebih mendapat
sambutan kerana terhasilnya idea yang baru dan original.

Jika anda masih berasa sukar untuk mendapat idea dalam memilih group Facebook
yang sesuai, kaedah lain yang anda boleh guna adalah pergi ke butang Facebook
Discover.

Ia membolehkan anda melihat group yang friend anda sertai ataupun melihat group
yang dicadangkan untuk anda (recommended group).

pg. 26 www.adshero.net
Buka newsfeed anda, pergi ke option di menu sebelah kiri untuk menyemak “New
Group”. New group adalah group terkini yang anda baru sertai.

Selain itu, anda juga boleh lihat local group ( berguna untuk bisnes setempat),
ataupun suggested group (untuk mencari konten yang sama dengan niche anda)
ataupun friend group. Menariknya, Friend Group membolehkan anda mengetahui
group yang disertai oleh friend anda.

pg. 27 www.adshero.net
Jadi mudah untuk anda teroka di manakah page yang anda boleh post konten anda
tanpa risiko posting dipadam admin.

Sebagai contoh group Alumni Universiti yang tidak berasaskan perniagaan, anda
mudah untuk menjumpai kelab ataupun persatuan yang mungkin berkaitan bisnes
anda seterusnya anda dapat mempromosikan produk anda.

Jangan ragu-ragu untuk mula mempromosikan bisnes anda kepada rakan-rakan.

Akhir sekali, trik yang anda boleh pakai juga adalah semak ahli atau fan sedia ada
anda untuk mengetahui apakah group lain yang mereka sertai.

Ini adalah strategi yang berkesan kerana anda boleh mengetahui minat lain follower
ataupun fan anda. Jadi sekiranya anda dapat kesan banyaknya jumlah follower dari
group itu, anda boleh kumpulkan rekrut baru daripada group yang sama.

Membuat Posting Ke Dalam Group

Jadi, cipta sesuatu konten atau komen yang berkaitan setelah menyertai sesuatu
group Facebook yang relevan dengan niche ataupun bidang anda. Simple!

Jika anda tulis artikel berkenaan Bruce Lee dan share di group martial art, secara
teorinya anda akan dapat ribuan visitor baru ke pages anda serta merta!

Cuma risikonya adalah post anda mungkin akan dipadam.

Jadi anda kena fikirkan cara lain untuk mempromosikan diri anda secara halus
dalam masa yang sama diterima di group tersebut.

Gunakan peluang yang ada untuk tunjukkan pengetahuan, kepakaran dan nilai
anda.

Anda hanya perlu mengetengahkan konten terbaik anda sekali sahaja untuk
membina kepercayaan. Janganlah lebih-lebih,tetapi pastikan apa yang anda beri
lebih dari apa yang mungkin anda akan dapat.

Bisnes adalah berkenaan manfaat apa yang anda boleh tawarkan, begitu juga
dengan Facebook.

pg. 28 www.adshero.net
Luaskan Capaian Kepada Page Facebook Yang Lain Dan Lakukan Cross
Promoting

Antara konsep lain yang popular dalam digital marketing sekarang adalah
penggunaan “influencer marketing”.

Kaedahnya ringkas sahaja iaitu cari influencer yang sudah mempunyai follower yang
ramai dan kongsikan konten anda dengan mereka daripada anda membuang masa
mengumpul follower di page sendiri untuk kongsikan konten anda pada masa akan
datang.

Dengan kaedah ini anda dapat menjimatkan masa dan kos membina follower anda
tetapi terus kepada menjana keuntungan.

Jadi, individu yang membuka jalan seperti ini digelar influencer seterusnya nama
strategi ini adalah influncer marketing.

Pastikan anda telah sediakan sesuatu untuk ditawarkan kepada mereka. Mungkin
tidak semestinya dalam bentuk upah tetapi boleh juga dengan jaminan
mempromosikan bisnes mereka di page anda pula.

Taktik ini akan menguntungkan kedua belah pihak.

Jika anda bertuah dan terjumpa pemilik page yang tepat, mereka mungkin berbesar
hati untuk mempromosikan konten anda secara percuma!

Hasilkan sesuatu posting yang mempunyai kaitan dan manfaat kepada mereka
supaya mereka akan sudi untuk share di platform mereka.

pg. 29 www.adshero.net
Bab 5 : Mula Jana Keuntungan Anda!

Kebanyakan pembaca ebook ini pasti sudah mempunyai platform bisnes online yang
sudah berfungsi dan tidak mempunyai masalah dalam menjana pendapatan.

Untuk anda yang masih tidak tahu bagaimana untuk menjana pendapatan secara
online, penerangan ringkas ini mungkin akan membuka mata anda.

Jual Produk
Cara yang paling obvious untuk dapatkan duit adalah dengan cara menjual produk.

Anda boleh jual produk di website anda sendiri dengan menggunakan platform
e-commerce ataupun jual secara langsung dengan menggunakan platform lain
seperti Shopee dan Lazada.

Produk tersebut mungkin hasil tangan anda sendiri ataupun anda jual semula produk
yang anda telah borong ataupun anda jual produk digital.

Anda mampu menjana banyak keuntungan dengan menjual ebook, software dan
kursus online dengan mencipta satu landing page anda sendiri di mana keseluruhan
webpage dicipta untuk menjual satu produk sahaja.

Affliate Sales

Anda tidak mempunyai produk sendiri? Tidak mahu melabur dengan memberi
peralatan gudang?

Maka anda boleh cuba jualkan produk orang lain. Anda akan dapat komisen
daripada jualan produk seperti ebook, produk fizikal dan banyak lagi.

Melalui affiliate, anda mampu menjana pendapatan sehingga 60% dengan jualan
pelbagai jenis produk.

Kadangkala anda boleh mendapat sehingga hampir RM100 hanya dengan menjual
satu produk sahaja. (Affiliate produk digital saya boleh menjana keuntungan 70%)

pg. 30 www.adshero.net
Kebiasaannya Affliate sales dijalankan dengan menggunakan emel dan Facebook
personal, jadi anda gunakan Facebook personal/page anda untuk mendapatkan
emel dan lead yang ada untuk menjana pendapatan.

Pengiklanan
Jika anda telah memiliki website yang mampu menarik ribuan visitor sepanjang hari,
anda boleh membuka slot pengiklanan. Anda boleh menambah fungsi AdSense iaitu
sejenis pengiklanan CPC yang sama seperti Facebook Ads di Facebook. Tetapi kali
ini anda sebagai pemilik websitelah yang akan menjana keuntungan dari iklan orang
lain di website anda.
18
Jadi Sosial Media Influencer
Jika anda mampu mengumpul ramai follower facebook, anda telah mempunyai aset
yang berguna.
Dengan menjadi sosial media influencer, anda berpeluang menonjolkan kemampuan
anda untuk ditawarkan kepada orang lain.
Anda juga boleh membuka tawaran untuk mempromosikan produk orang lain secara
berbayar ataupun paid review. Dengan begitu sahaja anda sudah membina satu
bisnes yang menguntungkan di Facebook.

pg. 31 www.adshero.net
Bab 6: Mengoptimumkan Penggunaan Facebook Page, Jalankan Split Test Dan
Penggunaan Tools Tambahan

Sehinga tahap ini anda pasti sudah ada skil asas untuk mula survive di media sosial
anda.

Bahkan anda juga sudah mempunyai asas bagaimana menjana keuntungan melalui
apa yang anda pelajari tadi.

Apa yang tinggal hanyalah anda mengasah kemahiran tersebut untuk


mengoptimumkan usaha anda hingga mencapai keuntungan maksima.

Bagaimana anda boleh lakukannya?

Apa Itu Split Test?


Asas kepada split test adalah anda jalankan eksperimen. Secara spesifiknya anda
membandingkan dua versi ads yang sama, post yang sama atau komen yang sama
untuk menilai manakah yang paling berkesan.

Kebiasaannya dua versi itu adalah satu posting yang sama kecuali beberapa detail
sebagai pembolehubah. Dengan cara ini anda akan tahu apakah yang perlu diubah
dan apa yang perlu dikekalkan.

Dari masa ke masa, split test membolehkan anda menambah baik kempen anda
menjadi sempurna.

Facebook sendiri mempunyai tools untuk anda menjalankan split test dengan
mudah.

Untuk landing page anda, gunakan tool Optimizely untuk menjalankan split test.

Sudah tentu anda juga mampu melakukan penambahbaikkan dari masa ke masa
selagimana anda mempunyai rekod yang teliti. Merekodkan data adalah kunci
kejayaan setiap cabang digital marketing.

pg. 32 www.adshero.net
Tools Facebook Yang Berkesan Untuk Mengoptimumkan Facebook Page Anda

Ada cara lain anda boleh optimize dan analisa performance Facebook page anda.

Contohnya menggunakan mediatoolkit yang akan memaparkan secara terperinci


yang mana satukah posting anda yang paling perform dan dari manakah datangnya
setiap like di posting anda.

Dengan cara ini, anda boleh ketahui apakah yang berkesan dan apa yang tidak.
Selepas itu, anda hanya perlu hasilkan lebih banyak posting yang berkesan
mengikut analisa yang dberikan.

Fanpage Karma (fanpagekarma.com) juga menawarkan fungsi yang sama bagi


membenarkan anda melihat performance Facebook page anda secara keseluruhan.

Aspek lain yang juga berkesan adalah menyelaraskan cara posting dan konten yang
akan anda post.

Kita sudah mengetahui bagaimana kegunaan IFTTT, Hootsuite dan Buffer mampu
menjadikan setiap proses automatik dan menjimat banyak masa anda.

Kita juga telah mengenal secara ringkas Buzzsumo yang menjadi gudang tersebar
segala top trending konten bagi sesetengah niche.

Ini sangat membantu untuk anda kenalpasti apakah isu yang sedang trending dalam
bidang anda dan anda hanya perlu post ke page anda.

Secara tidak langsung anda hanya perlu mengikut langkah Facebook marketer lain
yang sudah berjaya.

Shareaholic pula terbukti berguna dengan membenarkan pembaca ataupun pelawat


berkongsi konten bagi pihak anda.

Selain itu, berbaloi untuk install apps ini di mobile device anda untuk membolehkan
anda membuat posting di mana sahaja anda berada.

pg. 33 www.adshero.net
Anda pasti mempunyai telefon yang telah diinstall dengan media sosial anda, mudah
untuk anda mengambil foto dan terus kongsikan di Facebook untuk membuatkan
page anda kekal aktif dengan penambahan perkara baru.

Fikirkan juga untuk menyelaraskan segala platform marketing anda kerana semakin
banyak perkara yang diselaras semakin mudah untuk anda konsisten.

Akhir sekali, pastikan anda terus membuat posting, melakukan penambahbaikan,


menganalisa data dan teruskan mencuba!

Sesungguhnya Facebook yang menakjubkan ini memerlukan masa, kesabaran dan


praktis yang berterusan.

Jika anda telah pun baca sehingga muka surat ini, bermakna anda memang betul-
betul nak belajar dan berjaya dalam dunia online marketing.

pg. 34 www.adshero.net
Akhir kata, saya harap ebook ni dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Saya mohon doa dari anda supaya saya lebih kuat untuk memberi manfaat kepada
lebih ramai orang lagi.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w


bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya
kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi
manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang
berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-
lainnya)

Follow Saya Di :

Facebook Personal : https://www.facebook.com/syedgaddafi.cdl/


Facebook Page : https://www.facebook.com/gaddafi14
Instagram : https://www.instagram.com/syed.gaddafi/
YouTube : https://www.youtube.com/user/4teenification
Website : www.adshero.net (coming soon)
Telegram : t.me/adsherotribe

pg. 35 www.adshero.net

Anda mungkin juga menyukai