Anda di halaman 1dari 2

Pertandingan STEMatric Challenge MASCAR 2022

Pengenalan
Dalam memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih kompetitif dan
cekap melalui asas sains teknologi dan inovasi, komponen STEM memberi nilai
tambah yang sangat tinggi dalam semua sektor. STEM merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pengaplikasian
pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam
konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Minat terhadap
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan
pelajar perlu dipupuk bagi memastikan negara mempunyai modal insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran, selari dengan keperluan negara
menjelang 2050. Pertandingan STEMatric Challenge MASCAR 2022
merupakan pertandingan kuiz yang dijalankan secara atas talian untuk
menyerlahkan keupayaan pelajar dalam mengintegrasikan teknologi
maklumat dan kemahiran subjek STEM.

Objektif pertandingan
1. Menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif dan kritis di kalangan
pelajar.
2. Memperkembangkan potensi dan kemahiran menganalisa masalah dan
meyelesaikan masalah.
3. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik.

Terma dan syarat pertandingan


1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar
program matrikulasi sahaja.
2. Penyertaan adalah secara individu.
3. Peserta hendaklah menggunakan e-mel MOE sahaja.
4. Peserta hanya layak mendaftar bagi dirinya sendiri dan pendaftaran bagi
pihak lain tidak dibenarkan.
5. Untuk mendaftar, peserta pertandingan akan memilih pautan mengikut
kolej masing-masing. Pautan setiap kolej akan diletakkan pada hari
pertandingan (23 September 2022) di dalam Google Site MASCAR di
bahagian Pertandingan STEMatric Challenge.
6. Fokus pertandingan adalah untuk menguji keupayaan peserta dalam
STEM.
7. Kuiz ini mengandungi 50 soalan STEM yang merangkumi soalan umum,
Sains dan Matematik.
8. Soalan-soalan yang diuji adalah dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu.
9. Soalan-soalan adalah dalam bentuk pilihan jawapan (MCQ).
10. Peserta dibenarkan menjawab satu kali sahaja.
11. Pertandingan akan berlangsung dalam tempoh 1 jam 30 minit pada tarikh
dan masa serentak di seluruh Malaysia.
12. Bagi tujuan menilai keupayaan diri sendiri, peserta diminta menjawab
soalan tanpa bantuan pihak lain.
13. Pertandingan akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti berikut :
Jumaat, 23 September 2022 (8.30 pm – 10.00 pm)

14. Keputusan akhir akan diumumkan pada 25 September 2022 (Ahad) di


dalam GS MASCAR 2022.

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mascar-2022/home

15. Semua peserta yang menyertai kuiz STEMatric Challenge layak mendapat
e-sijil penyertaan peringkat kebangsaan.
16. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan bilangan jawapan yang betul
dan masa menjawab terpantas.
17. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Rayuan atau pertikaian tidak
dilayan.
18. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn. Siti Rodhiyah Sapie di talian
012-5606786 atau Pn. Zarni Asnita Zakaria di talian 019-5660273.

Hadiah Pemenang
Sijil penghargaan pemenang akan diberikan kepada para pemenang
mengikut kategori berikut :
Emas : 80 e-sijil penghargaan
Perak : 120 e-sijil penghargaan
Gangsa : 200 e-sijil penghargaan

Anda mungkin juga menyukai