Anda di halaman 1dari 6

MODUL SKETCH & PAINT CHALLENGE

MODUL SKETCH & PAINT CHALLENGE

Tarikh 9 – 13 Ogos 2021


Tempoh 1 minggu
Sasaran Tahun 1 hingga Tahun 6

Definisi Aktiviti Sketch & Paint Challenge merupakan satu pertandingan secara
maya iaitu melakar dan mewarna dengan menyambung bentuk
nombor 8 supaya menjadi seekor haiwan imaginasi secara kreatif.
Rasional Aktiviti ini adalah membantu untuk mengembangkan aspek kreativiti
murid dan menyuburkan budaya pemikiran kritikal dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui aktiviti ini juga mampu
menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi terhadap penghasilan
sesuatu karya. Selain itu juga, murid dapat mengetahui potensi
kecenderungan diri serta potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.
Objektif 1. Meningkatkan kreativiti dan estetika dalam pembelajaran serta
merangsang daya imaginasi
2. Memperkembangkan bakat, potensi, kreativiti,keyakinan dan
semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan
murid melalui aktiviti yang dipertandingkan.
3. Menjelaskan pemerhatian tentang haiwan imaginasi melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan secara kreatif
4. Memperkembangkan potensi dan kemahiran ICT.
Nota Rujuk lampiran nota dan tugasan

Aktiviti 1. Murid membaca dan memahami nota pada Lampiran 1.


2. Murid membaca tugasan pada Lampiran 2.
3. Murid mula merancang dan melaksanakan tugasan.
4. Menghantar penyertaan dalam pautan google form yang diberi
MODUL SKETCH & PAINT CHALLENGE

LAMPIRAN 1

HAIWAN IMAGINASI
MODUL SKETCH & PAINT CHALLENGE

Apa itu haiwan imaginasi

1. Haiwan imaginasi yang ingin dilukis adalah berdasarkan ciri-ciri khas bagi
melindungi diri daripada musuh atau cuaca melampau.

2. Antara contoh ciri-ciri khas haiwan imaginasi yang boleh dibuat adalah seperti
berikut:
- sepit yang besar dan tajam.
- sengat yang mengeluarkan bisa.
- corak yang menyerupai mata palsu.
- otot kaki yang kuat.
- berduri tajam.
- mengembungkan badan yang berduri tajam.
- beracun.
- menyemburkan dakwat hitam.
- menggulungkan diri.
- bercangkerang keras.
- mengeluarkan bau yang busuk.
- bersisik keras.
- bertanduk tajam.
- mengembangkan duri tajam pada badan.
- memutuskan anggota badan.
- memasukkan anggota badan ke dalam cangkerang.
- bersayap
- berbulu tebal.
- berbulu pelepah yang pendek dan padat.
- lapisan lemak yang tebal.
- bercuping telinga yang besar.
- bercuping telinga yang kecil.
- berbonggol.

3. Haiwan imaginasi tersebut boleh mempunyai salah satu atau lebih ciri-ciri khas
berikut atau ciri-ciri lain mengikut kreativiti murid masing-masing.
MODUL SKETCH & PAINT CHALLENGE

Cara penyuntingan gambar secara digital

A.) Perisian Microsoft Paint dalam laptop/komputer.

Berikut ialah langkah asas bagi menggunakan perisian Microsoft Paint:

1. Boleh rujuk pada pautan ini https://youtu.be/SQIT4SkqlKE atau


imbas QR code di sebelah cara menggunakan perisian Paint.

2. Cara untuk masukkan template Sketch & Paint yang telah disediakan dalam
perisian paint adalah seperti berikut:

(i) Muat turun template Sketch & paint pada pautan iklan Bulan Sains & Teknologi
https://tinyurl.com/cetaksketchpaint dalam group telegram.

Template Sketch &


Paint Challenge

(ii) Copy template Sketch & paint > Buka perisian Paint > paste template > mula
melukis menggunakan tools yang ada > simpan bahan dalam format png/jpeg

3. Murid bebas untuk untuk menggunakan sebarang perisian yang sesuai untuk
membuat aktiviti Sketch & paint secara digital.
MODUL SKETCH & PAINT CHALLENGE

B.) Aplikasi Picsart dalam telefon pintar

Berikut ialah langkah asas bagi menggunakan aplikasi Picsart:

1. Muat turun aplikasi Picsart dalam Play store atau App Store ke telefon pintar.

2. Muat turun template Sketch & paint pada pautan iklan Bulan Sains & Teknologi
https://tinyurl.com/cetaksketchpaint dalam group telegram.

3. Selepas muat turun > open with > pilih aplikasi photo editing yang ada dalam
telefon pintar (picsart) > sunting gambar mengikut kreativiti masing-masing
menggunakan tool yang terdapat dalam aplikasi tersebut > save dalam photo
gallery.

4. Boleh rujuk pada pautan ini https://youtu.be/Ryv17EwQy5A


atau imbas QR code di sebelah cara membuat suntingan
gambar menggunakan aplikasi Picsart.

5. Murid bebas untuk untuk menggunakan sebarang aplikasi yang sesuai untuk
membuat aktiviti Sketch & paint secara digital.
MODUL SKETCH & PAINT CHALLENGE

LAMPIRAN 2

Iklan pertandingan Sketch & Paint Challenge:

Hantar hasil lukisan dalam pautan google form ini https://tinyurl.com/v9858 atau
http://gg.gg/v9858 untuk mendaftarkan penyertaan. (seperti rajah di bawah)

Hantar penyertaan
sebelum
14 Ogos 2021

Anda mungkin juga menyukai