Anda di halaman 1dari 2

Yang berbahagia, Tuan Pengarah Hospital Seri Manjung, Dr Nordin bin Nasir.

Yang berusaha, Timbalan Pengarah Perubatan, Dr Mohd Fitri bin Mohd Noor.
Yang dihormati, delegasi auditor Pensijilan Hospital Mesra Ibadah yang
diketuai oleh Yang Berbahagia Ustazah Rosnoorhanan Binti Othman dari
Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Juga Yang Berbahagia Ustaz Mohd Rosli Bin Wahab dari Hospital Sultanah
Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Ustazah Noor Azlina Binti Ali dari
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Seterusnya ahli-ahli Jawatankuasa HMI HSM dan para penyelaras HMI HSM.

Dari Kuala Krai ke Kuala Terengganu,


Singgah sebentar di pekan Seremban,
Salam ukhuwah kepada para tetamu,
Semoga sihat sejahtera kami doakan.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang saya ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Alhamdulillah, puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana
atas limpah kurnia-Nya dapat kita bersama pada pagi ini dalam sebuah acara
yang julung-julung kali kita nantikan sekian lama, iaitu Audit Pensijilan
Hospital Mesra Ibadah.
Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Pada hari ini, kita menerima kehadiran tetamu-
tetamu auditor kita yang bakal menjalankan tanggungjawab audit pada hari
ini.
Selamat datang ke daerah Manjung, bandar maritim dan pelancongan negeri
Perak yang terkenal dengan ikan bilis mata biru.
Agenda:

1. Bacaan Doa oleh wakil Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Manjung,


Jabatan Agama Islam Negeri Perak:

2. Ucapan Pengarah Hospital, Penaung Hospital Mesra Ibadah HSM

3. Pembentangan oleh Dr Fitri, Pengerusi JK Hospital Mesra Ibadah HSM

4. Ucapan Ketua Auditor, Ustazah Rosnoorhanan Binti Othman

5. Sarapan pagi

Anda mungkin juga menyukai