Anda di halaman 1dari 2

MARA memograf

Kepada : Seperti di bawah

Daripada: Pengarah, Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan

Salinan Kepada :

Rujukan Kami Tarikh Rujukan Tuan Tarikh


IKM TSYA.500-7 ( ) 04 Januari
21 Jamadilakhir 1445

JABATAN ELEKTRIK
1. Sijil Tek. Kej. Elektrik Kuasa A1
2. Dip. Kompetensi Elektrik (Pendawaian) DCS

HARI PENILAIAN DAN PEMARKAHAN LEPASAN LATIHAN INDUSTRI


BAGI SESI JULAI – DISEMBER 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa ‘Hari Penilaian dan Pemarkahan Pelajar Lepasan Latihan Industri’
bagi Sesi Julai – Disember 2023 akan diadakan pada 09 Januari 2024 (selasa).

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan mengambil tindakan di bawah :

i. Melantik Pegawai Penilaian dan Pemarkahan


ii. Menerima Buku Log & Laporan Latihan Industri
iii. Membuat semakan, penilaian dan pemarkahan Buku Log
iv. Memastikan borang Skema Pemarkahan Kemahiran Insaniah Latihan Industri dilengkapkan
v. Laporan kemasukan pemarkahan Latihan industri hendaklah di ‘key-in’ di sistem UPP
sebelum atau pada 12 Januari 2024.

Bersama ini disertakan format skema pemarkahan Latihan Industri dan data penempatan
pelajar. Mohon tuan/puan menggunakan borang skema ‘softcopy’ yang dihantar melalui email
mara tuan/puan untuk melengkapkan pemarkahan tersebut.

Kerjasama dan tindakan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

JASMI BIN MARZUKI


Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan & Hal pelajar)
b.p Pengarah
IKM Tan Sri Yahaya Ahmad
Pekan, Pahang

‘Skills Towards Excellent Future’

Anda mungkin juga menyukai