Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS SUKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI

MSSMAN
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN BOLA SEPAK


1. KELAYAKAN
- Pertandingan ini adalah secara terbuka (lelaki sahaja) di bawah umur 18 tahun dan
kebawah.
- Setiap sekolah hanya menghantar satu pasukan sahaja untuk bertanding.
- Sebarang pertelingkahan atas status pemain ke atas mana-mana pemain akan
diputuskan oleh kesemua Pegawai Teknik dan keputusannya adalah muktamad.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
- Selain peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut
undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
FIFA berkuatkuasa terkini.
- Bola yang digunakan adalah bersaiz 5
- Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan berasaskan peraturan AM MSSMAN atau keputusan perbincangan
daripada kesemua PT yang telah dilantik.

3. MASA PERTANDINGAN
- Seperti yang tertakluk di dalam syarat am kejohanan.
- 15 minit masa pertama
- 5 minit rehat
- 15 minit masa kedua
- Tiada masa tambahan diperuntukan
- Penentuan penalti sekiranya keputusan perlawanan adalah seri.

4. FORMAT PERTANDINGAN
- Format pertandingan seperti yang termaktub dalam syarat am iaitu sistem kalah
mati. Pemenang akan mara ke peringkat setersunya.

5. PENGGANTIAN PEMAIN
- Tidak lebih daripada 7 (tujuh) pemain boleh diganti dalam satu perlawanan.
- Mana-mana pemain yang diganti tidak dibenarkan bermain semula dalam
perlawanan yang sama termasuk sepakan penalti.

6. PAKAIAN PEMAIN
- Semua pemain wajib memakai jersi pasukan mengikut warna masing-masing yang
telah termaktub dalam syarat AM MSSMAN.
- Wajib memakai kasut yang bersesuaian, stokin dan alas betis mengikut spesifikasi
yang dibenarkan.
- Setiap pemain wajib menutup aurat. Pemain yang memakai seluar pendek adalah
diwajibkan menggunakan ‘thight’.
- Kapten diharuskan memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan perlu
diberikan kepada pemain yang lain.
7. KESELAMATAN
- Setiap pasukan adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri.

8. KESALAHAN
- Bagi kesalahan 2 kad kuning dalam satu perlawanan, akan dikanakan kad merah
dan digantung 1 perlawanan.
- Bagi kesalahan terus kad merah dalam satu perlawanan akan digantung 2
perlawanan.

9. BANTAHAN
- Bantahan yang dibuat adalah berdasarkan kepada syarat AM MSSMAN.
- Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan
fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

10. PENGADIL
Pengadil perlawanan adalah yang telah dicadangkan oleh Pegawai Teknik dan
dipersetujui oleh jawatankuasa induk MSSMAN.

Anda mungkin juga menyukai