Anda di halaman 1dari 2

Al-Fatihah.

‫ِبْس ِم اللِه الَّرْح مـِن الَّر ِح ْيِم‬


‫َاْلَح ْم ُد ِ للِه َر ِّب اْلَع اَلِم ْي َن َح ْم ًدا ُيَو اِفى ِنَع َم ُه َو ُيَك اِفُئ َم ِز ْي َد ُه َياَر َّبَن ا َل َك اْلَح ْم ُد َك َم ا‬
‫ َالَّلُهَّم َص ِّل َو َس ِّلْم َع َلى َس ِّيِد َنا ُمَح َّم ٍد‬. ‫َيْنَبِغ ْي ِلَج َالِل َو ْج ِه َك ْالَك ِر ْيِم َو َع ِظ ْيِم ُس ْل َطاِنَك‬
‫َص َالًة ُتْنِج ْيَنا ِبَها ِم ْن َج ِم ْي ِع ْاَألْه َو اِل َو ْاآلَف اِت َو َتْقِض ْي َلَن ا ِبَه ا َج ِم ْي َع اْلَح اَج اِت‬
‫َو ُتَطِّهُر َنا ِبَها ِم ْن َج ِم ْيِع الَّسِّيَئاِت َو َتْر َفُع َنا ِبَه ا ِع ْن َدَك َأْع َلى ال ـَّد َر َج اِت َو ُتَبِّلُغ َن ا ِبَه ا‬
‫َأْقَص ى ْالَغ اَياِت ِم ْن َج ِم ْيِع اْلَخ ْيَر اِت ِفى اْلَح َياِة َو َبْع َد اْلَمَم اِت َو َع َلى َء اِل ِه َو َص ْح ِبِه‬
. ‫َأْج َم ِع ْي َن‬

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan.
Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam
serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah, pada hari yang penuh dengan
keberkatan ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu
bersempena dengan majlis perkahwinan …………………… dan ……….……………

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya
berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah
majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan


keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup
berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-
mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah
serta berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah
menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU, Maha suci
Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari
Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak
mengetahuinya.

Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua


pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada
sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang
dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa
mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini keintiman,
kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan
ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.

Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepada-Mu kami bermohon dan berharap. Amin amin rabbal
alamin.

Anda mungkin juga menyukai