Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PENGHULU JUSOH Kod Sekolah: KBAA046

NOORUL MUHIROH BINTI MAD JAZID


1. Nama Guru
EMPAYAR 3:HIKAYAT SAKA
2. Judul 3. Bidang: SEJARAH
KETURUNA RAJA
4. Tarikh Pembentangan 1/10/23 5. Masa:7.45-1.15 petang

6. Tempat Pembentangan
DEWAN SK PENGHULU JUSOH
7. Sinopsis

Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan
amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris
tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan,
hidupnya akan lebih tenteram.

Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat
rencananya.

“Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri,
ada sahaja yang kenal siapa diriku!”

Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang
sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas
dengan percaturan puak yang mabuk kuasa.

Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan
jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara.

“… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!”

Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah
air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya
sendiri?
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1.Kepimpinan yang hebat.


2.menguasai dan mempelajari ilmu yang sangat banyak.
3.menerapkan kehidupan yang sederhana .

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Mengajar murid cara berkepimpinan yang baik.


Sirah tentang tokoh kepimpinan dalam Islam setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOORUL MUHIROH BINTI MAD JAZID ) ( )

Anda mungkin juga menyukai