Anda di halaman 1dari 11

CERPEN BAWOD

Sinopsis
Hujan lebat menyebabkan air Sungai Layong melimpah. Keadaan ini menyebabkan Beluntung berasa risau kerana Bawod dan
Tuyog tidak kelihatan. Dia mengambil keputusan untuk mencari kedua-dua ekor haiwan peliharaannya tetapi ditegah oleh ibunya.
Pada keesokan pagi setelah banjir surut, Beluntung keluar mencari Bawod dan Tuyog. Dalam usaha mencari Bawod dan Tuyog,
Beluntung terserempak dengan seekor ular hitam. Dia melangkah cepat meninggalkan tempat itu lalu menuju ke sungai untuk
membasuh kakinya yang berlumpur. Akhirnya, Beluntung berjaya menemui Tuyog dan Bawod yang kesejukan di sebalik pohon
nangka.

Beluntung menunggang Tuyog ke sekolah kerana terpaksa melintasi enam batang sungai. Bawod juga akan turut serta
dan kedua-dua ekor haiwan peliharaannya itu akan ditambat di luar Kawasan sekolah. Beluntung tidak mengendahkan ejekan rakan
sekelasnya yang mengatakan dia menunggang kerbau ke sekolah. Dia diam sahaja. Tanpa Tuyog dia tidak dapat ke sekolah. Hal
ini menyemarakkan semangat Beluntung untuk berjaya dalam pelajaran.

Pada suatu pagi, Bawod memasuki kelas Beluntung dan menimbulkan kemarahannya. Beluntung ke tempat Tuyog dan
Bawod ditambat pagi tadi. Beluntung kembali ke kelas. Dia terdengar Tuyog menguak lemah dan disusuli oleh suara Bawod.

Beluntung mempercepat langkahnya menuju ke tempat tambatan Tuyog dan Bawod. Dia mendapati leher Tuyog terjerut
hampir tidak dapat bernafas. Rupa-rupanya, Bawod masuk ke kelas kerana ingin memberitahu peristiwa Tuyog sukar bernafas
kerana tali telah melilit leher Tuyog. Beluntung berasa kesal kerana memarahi Bawod. Apabila dia kembali ke kelas, dia mendapati
bukunya berselerak akibat perbuatan Basil. Dia hampir bergaduh dengan Basil, namun dileraikan oleh Cikgu Rambuyat. Dia teringat
kembali pesanan ibunya yang menyuruhnya agar bersaing dalam pelajaran dan tidak bergaduh di sekolah. Beluntung bertekad untuk
cemerlang dalam pelajaran.

Pada suatu hari, Beluntung menyertai pertandingan lumba kerbau di Kampung Layong. Beluntung yang menunggang
Tuyog menang dalam pertandingan tersebut. Dia mahu menggunakan wang kemenangannya itu untuk membeli seekor kambing
sebagai peneman Bawod yang belakangan ini hanya ditambat pada pohon nangka. Beluntung berasa ayahnya pasti gembira atas
kemenangannya dalam pertandingan tersebut. Dia juga teringat akan peristiwa pada minggu lepas. Ayahnya berasa girang kerana
dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam.

Beluntung mendapati ramai orang kampung berada di hadapan rumahnya. Beluntung yang risau akan ibunya yang sakit
turun dari belakang Tuyog lalu berlari ke rumahnya. Dia berasa lega kerana ibunya sedang memasak di dapur. Beluntung berdiri
kehairanan di hadapan tetamu-tetamu di rumahnya. Dia mencari-cari bapanya untuk mendapatkan kepastian. Akhirnya, persoalan
itu terjawab apabila bapanya memberitahu bahawa kenduri kesyukuran diadakan kerana Beluntung lulus dalam peperiksaan. Apabila
mendengar bunyi Bawod menjerit, Beluntung berlari mendapatkannya. Beluntung terjatuh lalu tidak sedarkan diri. Setelah sedar,
Beluntung dimaklumkan bahawa Bawod telah disembelih untuk kenduri tersebut. Beluntung melutut di hadapan Bawod dan
menangis-nangis sekuat-kuatnya. Tetamu yang hadir berasa hairan melihat perlakuan Beluntung itu. Dalam kesedihan, dia
memberitahu tetamu dan bapanya bahawa Bawod seperti manusia, dia merupakan sahabatnya. Orang ramai memujuk Beluntung
dan bapanya menghampirinya dan memeluknya.
TEMA
Tema cerpen ialah persahabatan antara manusia dengan haiwan, contohnya Beluntung bersahabat baik dengan
kambing (Bawod) dan kerbau (Tuyog) peliharaannya. Dia sering bersama-sama dengan binatang itu; memberi makan,
membawa binatang itu ke sekolah, dan berasa risau apabila binatang itu tidak kelihatan.

Beluntung
• Prihatin – bimbang akan keselamatan Bawod dan Tuyog semasa banjir.
• Seorang anak yang taat akan pesanan ibu bapa.
• Cekal – cekal menuntut ilmu walaupun terpaksa mengharungi enam batang sungai ke sekolah.
• Sayang akan haiwan – menganggap Bawod dan Tuyog sebagai sahabat sejati.
• Bijak – mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam.

Bawod
• Kambing peliharaan Beluntung yang takut akan air.
• Gigih menyeberangi sungai walaupun takut akan air.
• Suka berlari mengejar kanak-kanak.
• Dikorbankan untuk kenduri kesyukuran.

Tuyog
• Kerbau peliharaan Beluntung.
• Menjadi pengangkutan Beluntung ke sekolah.
• Menjadi johan dalam pertandingan lumba kerbau.
• Taat akan perintah tuan.
PERISTIWA PERSOALAN PERWATAKAN LATAR MASYARAKAT NILAI PENGAJARAN
Beluntung gigih menempuh dugaan dan Persoalan Beluntung – masyarakat yang ____ Kita mestilah ______________
perjalanan yang jauh untuk ke sekolah demi _____________ dalam seorang murid yang ___________ dalam ____________________ untuk
lulus dalam peperiksaannya. menimba ilmu _____________ menimba ilmu menimba ilmu pengetahuan
pengetahuan pengetahuan supaya dapat mencapai cita-cita.

Bawod –
Bawod akhirnya berjaya menyeberangi sungai Seekor kambing yang
dan menemani Beluntung dan Tuyog ke ____________
sekolah.

Beluntung turun mencari Bawod dan Tuyog Persoalan Beluntung – Masyarakat yang Kita haruslah sentiasa bersikap
pada awal pagi unyuk mengetahui keadaan _____________ seorang yang _______ _____________terhadap _______________ terhadap
mereka setelah banjir surut. Apabila melihat terhadap haiwan __________________ haiwan haiwan.
Bawod yang menggigil kesejukaan, Beluntung
segera mengumpul ranting-ranting kayu dan
bambu kering untuk menyalakan api bagi
memulihkan keadaan Bawod.

Beluntung tidak mahu menyusahkan kedua- Persoalan belajar hidup Beluntung – Kita perlulah belajar hidup berdikari
dua orang tuanya, sebaliknya dia bersendirian ______________ seorang yang _______
ke sekolah dengan bantuan Tuyog yang
digunakan sebagai kenderaan dalam
menempuh jalan yang berlumpur dan air
sungai yang deras.

Beluntung sedar bahawa betapa pentingnya Persoalan ___________ Beluntung – Kita sewajarnya ___________
pendidikan untuk mengubah hidupnya. ______________ untuk seorang yang _________ ________________________
Beluntung belajar dengan rajin agar boleh mengubah hidupnya. ____________________ untuk lulus dengan cemerlang
menjadi budak yang pandai dan mendapat dalam peperiksaan.
keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.

Penduduk Kampung Layong menghadiri majlis Persoalan ___________ masyarakat yang Kita sepatutnya mengamalkan
kenduri kesyukuran sempena meraikan ____________________ mengamalkan ________ __________________________
kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah dalam kalangan ____________________ dalam kehidupan.
enam dan mereka bergotong-royong penduduk kampung dalam melakukan aktiviti.
menyediakan makanan untuk majlis tersebut. masyarakat yang Kita hendaklah _____________
bekerjasama dalam
mengadakan sesuatu ________________ melakukan
majlis sesuatu aktiviti agar ikatan
silaturahim terus terjalin.
Praktis 1

Praktis 2
1. Berdasarkan petikan, mengapakah Beluntung tidak membawa Bawod bersama dengannya?
A Bawod akan berlari mengejar kanak-kanak.
B Bawod takut akan kanak-kanak yang berada di situ.
C Bawod akan berasa gelisah lalu sukar untuk dikawal.
D Bawod akan mengganggu Tuyog untuk berlumba.

2. Berikut ialah dua latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas kecuali
A Padang
B Kampung Layong.
C Sungai.
D Bawah pokok nangka.

3. Pilih pernyataan yang paling tepat untuk menunjukkan bahawa Beluntung seorang yang penyayang.
A Beluntung teringat akan nasib Bawod yang ditambat pada pohon nangka.
B Beluntung berhasrat membeli seekor kambing untuk menemani Bawod.
C Beluntung berasa berdebar-debar sebelum pertandingan bermula.
D Beluntung sentiasa bersama Bawod dan Tuyog.
Praktis 3

Anda mungkin juga menyukai