Anda di halaman 1dari 5

MODUL LATIHAN PENGURUSAN PERAKAUNAN & KEWANGAN

MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.1 PERAKAUNAN & SUBBIDANG PERAKAUNAN

Pengenalan:

• Perekodan urus niaga kewangan secara sistematik termasuk prestasi


perniagaan, kedudukan kewangan, perancangan dan analisis kewangan

Simpan Kira dan Perakaunan

URUS NIAGA PERNIAGAAN

mengenal
merekod melaporkan
pasti

PERAKAUNAN menganalisis mentafsir merancang

menilai merumus

SIMPAN KIRA PERAKAUNAN

Proses perakaunan meliputi Proses perakaunan yang - Perakaunan mencakupi bidang


Aktiviti mengumpul,menyimpan, meliputi aktiviti mengumpul, yang lebih luas meliputi
Merekod dan melapor rekod2 menyimpan, merekod dan aktiviti mengumpul,
Perakaunan. melapor rekod-rekod menyimpan, merekod,
perakaunan. melapor, menganalisis,mentafsir,
merancang, menilai dan merumus maklumat
kewangan perniagaan.

Page 1 of 5
Kitaran Perakaunan :

• Tatacara penyediaan rekod perakaunan bermula dokumen perniagaan hingga


catatan penutupan

DOKUMEN PERNIAGAAN
catatan
buku
penutup &
catatan
penyata
pertama
kewangan

imbangan lejar &


duga imbang
terlaras duga

pelarasan

BIL PROSES KITARAN PENERANGAN


1 Dokumen sumber Bukti bertulis dari urusniaga
2 Buku catatan pertama Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan
buku tunai runcit
3 Lejar Catatan dari BCP direkod ke lejar
menggunakan sistem catatan bergu
4 Imbangan Duga Senarai baki b/b dari semua akaun
Untuk menguji ketepatan catatan bergu
5 Pelarasan Pelarasan seperti hasil, belanja, susut nilai,
peruntukan hutang ragu dan
ketinggalan
catatan dilaraskan pada hari imbangan
dalam Jurnal Am
Untuk mendapat angka terkini baki akaun
Senarai baki akaun termasuk akaun
6 Imbangan Duga yang
terselaras diselaraskan pada tarikh imbangan
7 Catatan penutup Menutup semua akaun hasil dan belanja
dalam Jurnal Am dan lejar berkaitan
Akaun hasil dan belanja ke APUR
8 Penyata kewangan Disediakan untuk mengira untung rugi
Melihat kedudukan kewangan pada akhir
tempoh perakaunan

Page 2 of 5
Subbidang perakaunan :

a. Perakaunan Kewangan
• Menyediakan penyata kewangan yang akan digunakan oleh pengguna
dalaman dan luaran

b. Perakaunan Pengurusan
• Menyediakan maklumat untuk pengguna dalaman seperti untuk
kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran

c. Pengauditan
• Memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan disediakan
dengan tepat dan betul serta penyata kewangan yang menepati
piawaian

d. Percukaian
• Merancang hal percukaian, menyediakan penyata cukai bagi syarikat dan
menasihati tentang hal-hal percukaian.

Professional

• Seseorang yang ada kepakaran mengurus kewangan , membuat laporan


kewangan serta minat dan komitmen yang tinggi dalam satu bidang
perniagaan

Profesion Perakaunan

• Akauntan, juruaudit, pengurus dana, penasihat kewangan, pegawai kewangan

Ciri-Ciri Akauntan sebagai Pemimpin

• Integriti - jujur dengan pihak luar, tidak ada kenyataan palsu dan mengelirukan

• Kredibiliti – menyampaikan maklumat secara adil dan objektif

• Akauntabiliti – bertanggungjawab melaksanakan tugas

Page 3 of 5
Perkembangan Proses Perakaunan Secara Manual dan Perisian Berkomputer

 USB dan SAGE

Kelebihan Perisian komputer Kepentingan Sistem maklumat perakaunan


Berkomputer Maklumat Perakaunan
• Hanya boleh diakses oleh • Kumpul dan simpan data
orang yang tertentu • Proses data untuk menjana
• Mempunyai fungsi data maklumat Maklumat Perakaunan
sokongan dalam cakera padat • Sediakan kawalan untuk
• Pembetulan kesilapan dapat menjaga keselamatan aset
dilakukan dengan mudah • Juruaudit dapat memahami
sistem untuk menjana
Penyata Kewangan
• Merancang hal-hal pencukaian

1.3 PENYATA KEWANGAN

penyata
kewangan

akaun perdangangan & akaun


untung rugi penyata kedudukan
kewangan

Ciri -ciri kualitatif :

Ciri kualitatif asas

a) Kerelevanan
o Relevan dengan keperluan pengguna

b) Perwakilan benar
• Bebas dari kesilapan , tiada unsur berat sebelah dan tidak mengelirukan

Ciri kualitatif bertingkat

Page 4 of 5
a) Kebolehbandingan
• Maklumat tahun semasa boleh dibandingkan dengan tahun lepas

b) Kebolehfahaman
• Mudah difahami, jelas, maklumat tambahan mesti ada nota

c) Kebolehsahan
• Maklumat dijamin boleh dipercayai

d) Pemasaan
• Penyediaan tepat pada masanya, kelewatan menyebabkan tidak relevan

Pihak yang menyediakan Penyata Kewangan

1. Pemilik – disediakan sendiri kerana mampu mengendali dan mengurus rekod


kewangan

2. Pekerja – majikan mengupah pekerja mengurus dan mengendalikan akaun

3. Pihak luar- disediakan oleh akauntan bertauliah luar untuk mengendali laporan
kewangan melalui maklumat kewangan yang dibekalkan peniaga kepada mereka

Page 5 of 5

Anda mungkin juga menyukai