Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN CARA MENGATASI KELEMAHAN SISTEM KAWALAN

DALAMAN YANG WUJUD DALAM SYARIKAT

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi kelemahan sistem kawalan dalaman.


Bagi menangani kecurian data dan serangan siber yang menjejaskan sistem
kawalan dalaman syarikat, pendekatan yang komprehensif perlu diambil. Ini
termasuk langkah-langkah seperti peningkatan kesedaran keselamatan siber di
kalangan kakitangan dengan mengadakan sesi latihan dan pendedahan berkala
tentang ancaman yang mungkin dihadapi serta tindakan pencegahan yang perlu
diambil. Selain itu, penguatkuasaan dasar keselamatan data yang ketat juga
diperlukan, termasuk pengehadan akses, penggunaan kata laluan yang kuat, dan
penguatkuasaan alat keselamatan seperti VPN untuk akses jauh.

Seterusnya, langkah-langkah berikut boleh diambil untuk mengatasi


ketergantungan pada perisian Autocount dan kelemahan yang mungkin timbul
daripadanya. Pertama, memastikan pengurusan dan pemeliharaan data perniagaan
yang baik, termasuk memastikan data diselenggarakan dengan teliti dan dalam
format yang boleh diakses dengan mudah, dan memudahkan peralihan ke
perisian lain jika perlu. Kedua, format dan protokol data yang ditetapkan oleh
sistem Autocount memudahkan akses kepada pelbagai perisian perakaunan atau
pengurusan perniagaan lain, dan memudahkan pindah data jika diperlukan.

Syarikat boleh mengatasi kelemahan dalam sistem kawalan yang disebabkan oleh
penggunaan Excel untuk mengeluarkan invois dengan beberapa langkah.
Pertama, dengan mempertimbangkan untuk membuat templat invois yang
standard dan mudah diikuti jika keputusan untuk terus menggunakan Excel.
Langkah ini membantu mengurangkan risiko kesilapan dan memastikan
konsistensi dalam penerbitan invois. Selain itu, melakukan pemantauan dan
pemeriksaan berkala terhadap proses penerbitan invois. Hal ini dapat memastikan
bahawa ia dijalankan dengan betul dan mengesan sebarang isu atau kesilapan
yang mungkin timbul.

Anda mungkin juga menyukai