Anda di halaman 1dari 1

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan
pengharapan, memohon ihsan san RahmatMu, agar Engkau anugerahkan
kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan
kepada En Marwazi bin Markum yang akan bersara, menamatkan
perkhidmatannya sebagai seorang penjawat Awam MARA. Moga baginya
selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta
dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya Munzilar Rahmah Wa Ya Fatihal Barakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan


keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan
sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan
BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah
mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik,
pemimpin dan bapa yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, dan kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa,
pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai seorang warga MARA yang berwibawa.

Allahumma Ya ‘Aalim Wa Ya Qadhial Hajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan


bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan
generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia
dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang


diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati.

Anda mungkin juga menyukai