Anda di halaman 1dari 1

DOA UNTUKMU PALESTIN

َّ ‫الر ْح َٰم ِن‬


‫الر ِح ْي ِم‬ َّ ِ‫س ِم هللا‬ ْ ‫ب‬
‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬
َ ‫علَى‬
َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوال‬،‫ َوال َعا ِقبَةُ ِل ْل ُمت َّ ِقي َْن‬،‫ب ال َعالَ ِمي َْن‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِِّ ‫هلل َر‬
‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِعي َْن‬ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫َو‬

Ya Allah bagi-Mu puja dan puji, Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta
perbendaharaan antara kedua-duanya . Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW.

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berhimpun untuk
menjayakan MINGGU SOLIDARITI UNTUK RAKYAT PALESTIN PADA PAGI YANG
BERBAHAGIA INI DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BENDAHARA AZMAN 1
DAN 2. Kami juga bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana dikurniakan Negara Malaysia
yang aman dan sejahtera.

Ya Allah. Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu dengan penuh pengharapan agar


dapat menyelamatkan saudara-saudara kami kaum muslimin yang ditindas di bumi
Palestin khususnya di Gaza dan di mana sahaja mereka berada. Ya Allah! sayangi dan
kasihilah mereka, keluarkanlah mereka dari penindasan serta kesempitan yang mereka
alami selama ini. Ya Allah! Dengan kuasa-Mu Ya Allah, jadikanlah sebab perjuangan
dan doa kami semua, kau kembalikan tanah mereka yang dirampas. Kau hapuskanlah
kezaliman yang ada di muka bumi ini. Berikanlah keadilan kepada mereka yang
dianiaya serta dizalimi. Ya Allah! Anugerahkanlah kemenangan kepada saudara kami
kaum muslimin di Palestin. Berikanlah kepada pejuang pejuang Islam serta rakyat
Palestin kekuatan serta kesabaran menghadapi kekejaman musuh.

Ya Allah! Binalah semula keamanan di bumi Palestin dan kembalikannya ke pangkuan


kaum Muslimin.

‫ور ِهم اللهم بَ ِ ِّد ْد ش َْملَ ُهم و فَ ِ ِّرقْ َج ْمعَهم‬


ِ ‫أعداءنَا و نَعُوذُ بِك ِمن ش ُُر‬
ِ ِ ‫اللهم ا َِّن نَجْ عَلُك فى نُ ُح‬
‫ور‬
َ ‫ش ِتِّتْ َك ِل َمتَهم و َز ْل ِز ْل أ َ ْقدَا َمهم و‬
, ‫ يا ُم ْنت َ ِقم‬, ‫ يا جبَّار‬, ‫س ِلِّ ْط عليهم َك ْلبًا ِمن ِك َالبِك يا ق َّهار‬ َ ‫و‬
ِ ‫سحاب يا َه ِاز َم األحزاب ا‬
‫ِهزمهم‬ َ ‫ يا هللا اللهم يا ُم ْن ِز َل الكتاب يا ُمجْ ِر‬, ‫ يا هللا‬, ‫يا هللا‬
َ ‫ى ال‬
‫ص ْرنا عليهم‬
ُ ‫ِهزمهم وان‬
ِ ‫ِهزمهم ا‬
ِ ‫ا‬
Ya Allah, Jinakkanlah hati-hati kami, perbaikilah hubungan antara sesama kami,
tunjukkanlah kami jalan-jalan kesejahteraan, bulatkanlah permuafakatan kami,
permudahkanlah segala urusan kami, selamatkanlah kami daripada kesesatan, dan
hindarikanlah kami dari kecelakaan yang zahir mahupun batin. Moga-moga sekolah
kami bertambah harmoni dan makmur.

Anda mungkin juga menyukai