Anda di halaman 1dari 3

Rujukan Kriteria

Keterampilan
1. Pemakaian yang kemas, mengikut kod pakaian formal, seluar tidak gantung
(lelaki), skirt tidak terlalu pendek atau belahan panjang (perempuan), pemakaian
necktie (lelaki)
2. Rambut kemas, rambut tidak menutupi dahi (lelaki), tidak berwarna dan berikat
(perempuan)
3. Pemakaian anting-anting sepasang sahaja (perempuan)
4. Kasut bertutup (perempuan) dan kasut kulit (lelaki)

Disiplin
1. Mengikuti dan mematuhi peraturan sekolah
2. Tidak lewat datang ke sekolah
3. Tidak melanggar peraturan sekolah
4. Menjaga tingkah laku
5. Menjaga disiplin pelajar lain

Sikap
1. Bersosial dengan pelajar lain dengan baik dan akrab
2. Tidak bersikap sombong atau tinggi diri
3. Jujur dan amanah
4. Menjaga tingkah laku diri
5. Mengambil berat terhadap keperluan pelajar
6. Membantu sesiapapun yang memerlukan bantuan
7. Tidak berat sebelah dan pilih kasih

Adab
1. Mengucapkan selamat pagi kepada Pensyarah, pekerja sekolah, guru perdana dan
rakan-rakan
2. Menghormati Pensyarah, pekerja sekolah, guru perdana dan rakan-rakan
3. Bertutur dengan baik dan sopan
4. Tidak bersikap kurang ajar terhadap orang lain

Kerjasama
1. Dapat bekerjasama dengan Calon MPP yang lain
2. Dapat memberi sokongan dalam menjalankan tugasan
3. Saling memberi sokongan dan semangat dalam menjalankan tugas
4. Memberi kerjasama setelah mendapat arahan
5. Saling mengingati jadual bertugas dan tempat bertugas

Komunikasi
1. Berani untuk berkomunikasi dengan semua orang
2. Berkomunikasi secara sopan dan baik dengan MPP lain
3. Penyampaian maklumat yang jelas dan cekap
4. Berani menjadi medium menyampaikan aduan

Ketepatan masa
1. Menepati masa bertugas
2. Tidak lewat datang ke sekolah
3. Menepati masa perjumpaan (jika ada)
4. Pengurusan masa yang baik

Teguran
1. Menerima teguran daripada pensyarah dan Senior MPP
2. Berani memberi teguran berkaitan disiplin dan keterampilan pelajar lain
3. Mengambil tindakan untuk mengubah diri selepas ditegur
4. Menegur dengan cara yang baik dan tidak dengan cara yang kasar

Pelaksanaan tugas
1. Menjalankan tugas mengikut jadual
2. Menjalankan tugas mengikut tempat bertugas
3. Menepati masa bertugas
4. Mengawal pelajar semasa rehat (untuk bertugas di kantin)
5. Memeriksa keterampilan pelajar (bertugas awal pagi)

Kepekaan arahan
1. Bertindak setelah mendapat arahan
2. Mengikuti arahan yang diberi secara teliti
3. Tidak mengingkari arahan
4. Bertindak seturut arahn yang diberikan
5. Tidak bertindak sesuka hati tanpa arahan

KELULUSAN PENILAIAN

1. Kriteria hanya diambil kira jika ditandakan Memberangsangkan & Memuaskan


2. Kriteria tidak diambil kira jika ditandakan Tidak Memuaskan & Tidak
memberangsangkan
3. Tahap lulus penilaian adalah 7/10 dan calon yang lulus layak menjadi MPP Kohort
10 2023/2024

Anda mungkin juga menyukai