Anda di halaman 1dari 71

UNIT 1

Pengenalan Kepada
Perubahan
PENGENALAN KEPADA
PERUBAHAN

Prof. Madya Dr. Jegak Uli


Objektif

Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat:

1. Memahami konsep perubahan dan pemikiran


peningkatan/penambahbaikan berterusan.
2. Membezakan berbagai jenis perubahan.
3. Mengenal pasti punca tekanan perubahan.
4. Memahami perubahan penting berlaku dalam
dekad ini.
5. Mengenal pasti kuantum perubahan mengikut jenis
perubahan
Apa Itu Perubahan?

Definisi Umum Perubahan: Kamus


Untuk menjadi
berbeza,
berlainan atau
tidak sama
bererti membuat suatu atau menjadi berbeza dengan
jelas atau nyata dan
mencadangkan sama ada melibatkan transmutasi
(penukaran) ciri yang radikal atau menggantikan dgn
sesuatu yg lain.
Perkataan Seerti dengan
Perubahan (sinonim)
1. Penukaran (alteration)

Mencadangkan perubahan kecilan


seperti perubahan wajah, rupa
tetapi identiti asal masih dikekalkan.
Perubahan jenis ini berupa face lift atau
pembedahan muka dan
Tujuannya adalah supaya sesuatu benda,
produk atau perkhidmatan sentiasa kelihatan
baik, berseri, muda atau cantik.
2. Pengubahsuaian (modification)

Menunjukkan perubahan bentuk kecilan atau


minor sahaja dan
Bertujuan untuk
Menghad (limit),
menyederhana (moderate) atau
meredakan keadaan.
3. Variasi (variation)

Mencadangkan perubahan yang tidak rata,


tidak teratur, tidak tetap dan tidak pada masa
yang tertentu (irregular).
Atau
Perubahan tidak berlanjut-lanjut atau tidak
terus-menerus (intermittent change ) sela
menyela: sebentar ada sebentar tidak ada.
4. Transformasi (tranformation)

Bermakna pertukaran atau perubahan


dalam bentuk (in form)
Terutamanya dalam
fungsi (function) atau
sifat (in nature)
5. Penggantian (convertion)

Mencadangkan perubahan yang


lebih kuat
supaya
padan atau
sesuai dengan fungsi baru
6. Metamorfosis (metamorphosis)

Perubahan
bentuk atau
rupa
7. Revolusi (revolution)

Perubahan secara menyeluruh


8. Regenerasi (regeneration)

Pembaharuan
9. Inovasi (Innovation):

Idea baru yang digunakan untuk memulakan


atau memperbaiki
satu proses,
produk atau
Perkhidmatan
Sesuatu yang baru pembaharuan.
10. Peningkatan/Penambahbaikan
(Improvement)
Suatu yang lebih baik atau membuat sesuatu yang lebih baik dan
menunjukkan
Pemajuan (progression).
Peningkatan (upgrading).
Satu pembaikan/kebaikan (a betterment)
pertambahan/peningkatan dari segi kebaikan.
Peningkatan dalam nilai pertambahan dari segi nilai/satu
perubahan atau pertambahan supaya membuatnya lebih bernilai.
Peningkatan dalam keulungan pertambahan keunggulan dalam
kualiti dan keadaan - mewakili tahap atau darjah keunggulan
yang lebih tinggi
Penggunaan yang berfaedah (Profitable use)

Definisi Buku Teks (1)

Bartol & Martin (1994):


Perubahan adalah sebarang pertukaran/pindaan
kepada keadaan sekarang/kini atau situasi sekarang
Definisi Buku Teks (2)

Harigopal (2001):
Perubahan adalah
membuat suatu yang atau menjadikan suatu lebih berbeza,
berlainan;
memberi atau bermula untuk mengadakan bentuk berlainan.
Ia juga bermaksud tidak puashati dengan apa yang lama dan
percaya kepada yang baru.
Perubahan pada umumnya ialah satu tindakan yang
diambil
terhadap ancaman penting atau
peluang yang timbul/muncul di luar organisasi (Harigopal,
2001).
Definisi Buku Teks

Pettigrew (1985):
Perubahan dalam sesuatu organisasi berlaku kerana
perlu mengambil tindakan terhadap
kejadian atau peristiwa perniagaan dan ekonomi, dan
juga reaksi kepada persepsi proses pengurusan, pilihan dan
tindakan.
Pengurus melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku
menjadi isyarat kepada keperluan untuk perubahan.
Pemikiran Penambahbaikan/Peningkatan
Berterusan

Organisasi perlu sentiasa maju dan berubah


mengikut perkembangan masa dan
melaksanakan penambahbaikan/peningkatan
berterusan (continuous improvement) secara
proaktif untuk menjamin kemajuan dan
penerusan atau kelangsungan organisasi.
Dalam perkataan lain, pemikiran
penambahbaikan berterusan perlu menjadi
sebahagian daripada budaya organisasi.
Penambahbaikan/Peningkatan
berterusan
Satu usaha yang dirancang secara
berterusan dan
satu strategi organisasi jangka masa panjang
yang menggunakan kreativiti bagi memperbaiki
pelbagai sistem dalam organisasi
sebagai reaksi kepada ancaman penting dan peluang yang
muncul daripada dalam dan luar organisasi
untuk meningkat kualiti dan nilai produk dan perkhidmatan
ke satu tahap keunggulan yang lebih tinggi dan
seterusnya menghasilkan peningkatan dalam keberkesanan,
kecekapan, pengeluaran, keuntungan dan daya saing
organisasi.
Jenis Perubahan
1. Perubahan Akibat Kejadian atau
Peristiwa (Happened Change)

Tidak disangka.
Berlaku disebabkan oleh faktor luar yang tidak
boleh dikawal.
Mempunyai kesan yang mendalam dan paling
teruk kepada organisasi.
Contoh: kejadian penurunan nilai mata wang
(currency devaluation).
2. Perubahan Reaktif
(Reactive Change)
Tindakan kepada satu peristiwa atau satu siri
peristiwa.
Perubahan adaptif yang terhad kepada sistem kecil
atau sebahagian daripadanya.
Rekreasi juga merupakan reaktif tetapi melibat
keseluruhan organisasi.
Contoh: Perubahan dibuat apa bila
permintaan meningkat/turun,
masalah/krisis muncul/timbul atau berlaku.
3. Perubahan Ramalan
(Anticipatory change)

Perubahan yang dilaksanakan akibat jangkaan


atau ramalan satu peristiwa.
Dalam meramal perubahan tersebut,
organisasi mungkin menyesuaikan diri (tune in)
satu perubahan kecilan atau menyusun
semula organisasi (reorient itself).
4. Perubahan Berencana
(Planned Change)

Perubahan operasi yang dirancang untuk


mengambil tindakan kepada permintaan
atau tuntutan dari luar dan dalam.
Perubahan dibuat secara pilihan yang
teratur dan terancang.
Contoh: Pengecilan (downsizing) untuk
mengurangkan kos dan
meningkatkan keuntungan.
5. Perubahan Kecilan
(Incremental Change)
Perubahan dituju kepada peringkat mikro dan
difokuskan kepada
unit,
unit kecil/komponen dalam satu organisasi.
Perubahan adalah
perlahan (gradual),
kecil dan
berbentuk adaptif/penyesuaian dan
membantu dalam perlaksanaan perubahan yang lebih
besar.
6. Perubahan Operasi
(Operational Change)

Peningkatan
kualiti,
kuantiti,
ketepatan masa (timeliness),
kos seunit operasi/pengeluaran bagi produk
atau perkhidmatan
tetapi objektif atau tujuan organisasi
tidak berubah.
7. Perubahan Strategik
(Strategic Change)

Perubahan kepada semua atau hampir


kesemua
komponen organisasi
termasuk strategi.
Melibatkan perubahan sistem keseluruhan
(systemwide)
Contoh:
penukaran stail pengurusan
Perubahan dalam tujuan dan misi organisasi.
8. Perubahan hala Tuju
(Directional Change)

Berlaku dalam keadaan persaingan sengit,


perubahan dalam polisi kerajaan dan
strategi perdagangan/perniagaan yang gagal.
Berkaitan dengan soalan hala tuju organisasi.
Perlu lakukan
analisis persaingan,
pengurusan maklumat dan
sistem pengurusan kawalan yang cukup.
9. Perubahan Dasar/Asas
(Fundamental Change)

Mendefinisikan semula
hala tuju dan
misi kini organisasi
disebabkan
kegagalan kepimpinan,
masalah moral kakitangan atau
keuntungan rendah.
10. Perubahan Menyeluruh
(Total Change)

Membentuk satu visi baru,


mencapai satu keterbalikan (turnaround)
menterbalikkan keadaan.
Satu rombakan besar/drastik kepada sistem
yang sedia ada.

11. Perubahan Transformasi
(Transformational Change)
Perubahan melibatkan keseluruhan organisasi atau
hampir kesemuanya disebabkan oleh
ancaman yang besar untuk pemajuan, penerusan atau
kelangsungan organisasi.
Melibatkan perubahan orientasi.
Contoh:
Dari berorientasikan produk ke teknologi/pelanggan;
pemusatan ke tidak berpusat (centralized to decentralized);
pengurusan birokratik kepada kemanusiaan/strategik;
manual ke automasi/robotik;
revolusi budaya (cultural revolution).
12. Perubahan Revolusi
(Revolutionary Change)

Perubahan strategi dan reka bentuk


(design) organisasi yang mendadak.
Melibatkan tiga perkara:
(a) membentuk visi yang jelas dan kredibel
dan strategi baru untuk mencapai visi,
(b) menggerak kakitangan secara individu
dan berkumpulan dan
(c) menyediakan sumber diperlukan,
sokongan struktur dan proses.
13. Rekreasi
(Recreation)

Membuka atau merombak struktur yang lama


dan membina satu yang baru.
Satu metamorfosis bukan sahaja menjadi
lebih baik tetapi berlainan/berbeza.
Tekanan Perubahan

Setiap organisasi terdedah atau mengalami dua


bentuk daya atau tekanan perubahan:
1. Tekanan Luaran dan
2. Tekanan Dalaman
Gambarajah 1. Punca Tekanan
Perubahan: Luaran & dalaman
Tekanan Perubahan yang berpunca
dari luar

1. Tekanan Politik
2. Tekanan Ekonomi
3. Tekanan Teknologi
4. Tekanan Kerajaan
5. Peningkatan Persaingan Global
6. Perubahan Keperluan dan Cita Rasa
Pelanggan
1. Tekanan Politik
Peralihan negara dari europa timur
ke demokrasi dan
satu ekonomi pasaran,
pembukaan ekonomi Asia Tenggara,
keruntuhan Soviet Union adalah antara contoh
perubahan politik
Yang mendatangkan kesan atau akibat secara tidak
langsung dan
kesan ini meluas kepada seluruh dunia dan membawa
kelimpahan perubahan yang pelbagai.
2. Tekanan Ekonomi
Ketidakpastian trend masa depan ekonomi adalah penyebab utama
perubahan. Contohnya,
peningkatan dan penurunan kadar faedah,
penurunan pengeluaran,
ketidakpastian akibat inflasi atau deflasi,
pelaburan kapital yang rendah,
turun naik harga minyak (petrol),
resesi, dan
penurunan keyakinan pelanggan (consumer confidence)
ada kesan yang ketara kepada keadaan ekonomi yang berlainan dan
juga mempengaruhi organisasi dari segi jumlah pulangan yang
bakal/mungkin diperolehi.
3. Tekanan Teknologi
Dunia sedang disifatkan oleh perubahan teknologi yang dramatik.
Pemajuan teknologi, terutamanya dalam
bidang komunikasi dan teknologi komputer telah merevolusikan tempat
kerja dan
juga telah membantu untuk pembuatan pelbagai produk dan
perkhidmatan.
Pemajuan atau peningkatan teknologi telah menyumbangkan
pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Keberkesanan organisasi sangat bergantung kepada kecanggihan
teknologi yang digunakan bagi membantu pengeluaran hasil atau
perkhidmatan.
Dengan bantuan teknologi organisasi boleh meningkatkan kuantiti dan
kualiti produk dan perkhidmatan.
4. Tekanan Kerajaan

Pembatalan kawal selia (deregulation)


Undang Mencegah Pecah Amanah (anti-trust
laws)
Cukai mencegah pembuangan barang murah
(anti-dumping duties)
Pelindungan kepada perusahaan dalam negeri
(protectionism)
A. Pembatalan kawal selia
(deregulation)

Pengurangan peraturan kerajaan dan


peningkatan program ekonomi tidak berpusat
(decentralized)
seperti usaha penswastaan organisasi awam.
Tujuannya adalah untuk meningkat kecekapan
serta kualiti perkhidmatan di samping
memberi penekanan terhadap
keberkesanan kos dan
juga keuntungan.
B. Undang Mencegah Pecah Amanah
(anti-trust laws)

Diadakan untuk mengurangkan amalan


dagangan (trade practices) yang tidak adil.
Kerajaan US mendakwa Syarikat Microsoft
C. Cukai mencegah pembuangan
barang murah (anti-dumping duties)

Cukai
atau penalti yang dikenakan kepada
mana-mana negara oleh rakan dagang akibat
pengurangan kos,
cukai dan
lain-lain yang dianggap tidak adil.
D. Pelindungan kepada perusahaan
dalam negeri (protectionism)
Sementara kebanyakan negara mengamalkan
perdagangan bebas (free trade), tetapi sebenarnya
sebaliknya berlaku.
Persaingan yang sengit telah memaksa setengah
kerajaan mengambil berbagai tindakan untuk
melindungi beberapa perniagaan dan firma perniagaan
negara masing-masing dalam bentuk
tarif,
cukai import,
kuota kuantiti dan
pelbagai subsidi kerajaan.
5. Peningkatan Persaingan Global

Untukpenerusan dan perlangsungan


organisasi, syarikat perlu
menembusi pasar global dan
bersaing dengan syarikat antarabangsa atau
menubuhkan persekutuan strategik (strategic
alliances) berbagai bentuk.
6. Perubahan Keperluan dan Cita
Rasa Pelanggan
Salah satu sebab yang membawa kepada perubahan sesuatu
organisasi adalah revolusi pelanggan.
Organisasi perlu peka kepada tindak balas pelanggan dalam
memenuhi
kehendak,
keperluan dan
keinginan mereka.
Cita rasa pelanggan berubah akibat
bertambahnya pendapatan,
pelbagai jenis dan
jenama barangan yang ditawarkan,
faktor demografi dan sebagainya.
Tekanan Perubahan yang Berpunca
dari Dalam

1. Dinamik Sistem
2. Proses Pentadbiran yang Tidak Mencukupi atau Lengkap
3. Harapan Individu atau Kumpulan
4. Perubahan Berfokus Penstrukturan
5. Perubahan Teknologi
6. Perubahan Berfokus Orang atau Manusia (Person-
focused Change)
7. Isu Keuntungan (Profitability Issues)
8. Desakan Sumber yang Terhad
1. Dinamik Sistem
Sistem kecil dalam sebuah organisasi adalah sentiasa
berinteraksi secara dinamik.
Faktor yang mempengaruhi kerjasama yang rapat dan
perhubungan antara pelbagai sistem kecil dalam
konteks organisasi termasuk:
teknologi,
politik dalaman,
kumpulan/klik dominan,
perhubungan dalaman yang formal dan tidak formal.
2. Proses Pentadbiran yang Tidak
Mencukupi atau Lengkap
Setiap organisasi berfungsi melalui satu set
prosedur,
undang/adat/atur (rules) dan
peraturan (regulation).
Setengah prosedur, undang/adat/atur (rules) dan
peraturan mungkin
ketinggalan zaman (obsolete) dan
tidak berkesan atau lengkap untuk kegunaan dan tuntutan
masa kini.
Ini menjadi tekanan untuk membawa perubahan.
3. Harapan Individu atau Kumpulan

Harapan individu dan kumpulan


bukan sahaja berbeza
malah sentiasa berubah atau
bertukar dan
boleh mendatangkan percanggahan di antara
harapan kakitangan dengan
hala tuju organisasi.
4. Perubahan Berfokus
Penstrukturan
Perubahan yang menukar komponen asas struktur organisasi atau
reka bentuk keseluruhan bertujuan untuk
mengurangkan kos dan
meningkatkan keuntungan.
Contoh penstrukturan seperti
pengecilan,
desentralisasi (menghapuskan pemusatan),
mereka semula kerja dll.
Peningkatan persaingan global telah mendesak organisasi menjadi
lebih leper (lean) dan
berjimat cermat/lokek (mean).
5. Perubahan Teknologi

Penggunaan teknologi baru mempengaruhi


sistem kecil dalam organisasi.
Sebagai contoh pemajuan teknologi komputer
telah merevolusikan
reka bentuk,
pembangunan dan
pembuatan produk.
6. Perubahan Berfokus Orang atau
Manusia (Person-focused Change)
Perubahan ini melibatkan perancangan sumber
manusia sebuah organisasi melalui
peningkatan kebolehan (competence) dan
hasil pekerjaan (performance)/prestasi kerja.
6. Perubahan Berfokus Orang atau
Manusia (Person-focused Change)
Semua perubahan ada implikasi terhadap pengurusan sumber
manusia.
Sebagai contoh pengenalan teknologi baru boleh menghasilkan
perubahan berfokus orang seperti
(a) penggantian (replacement) di mana/kerana seorang kakitangan
itu tidak boleh dilatih lagi),
(b) penukaran ke kerja lain dan
(c) latihan dan pembangunan kakitangan.
Atau boleh mengakibatkan pembentukan polisi pengambilan dan
pemilihan kerja yang baru bersesuaian dengan perubahan
teknologi dan keperluan teknologi.
6. Perubahan Berfokus Orang atau
Manusia (Person-focused Change)
Dengan adanya atau ketiadaannya kakitangan yang
berkemahiran tertentu akan menentukan
rancangan perluasan atau
perkembangan organisasi,
pelaburan dalam produk atau perkhidmatan baru dan
keuntungan.
7. Isu Keuntungan (Profitability
Issues)

Satu
tekanan perubahan yang kuat dan boleh
mengakibatkan:
penstrukturan organisasi (pengecilan atau di saiz
semula) dan
perekayasaan semula organisasi (reengineering)
yang ada kaitan dengan isu keuntungan seperti
kehilanganhasil pendapatan (loss of revenue) dan
bahagian pasaran (loss of market share) dan
pengeluaran rendah.
8. Desakan Sumber yang Terhad
Sumber termasuk
wang,
bahan,
jentera,
kakitangan,
maklumat, dan
teknologi.
Kehabisan dan kekurangan atau ketiadaan sumber
mengakibatkan tekanan perubahan yang kuat bagi
mana-mana organisasi.
Perubahan Penting Berlaku dalam
Dekad Ini

1. Globalisasi Pasaran
2. Perubahan Teknologi
3. Kerjasama Politik/Penyusunan Semula Politik
(Political realignment)
4. Perubahan Demografi
5. Perubahan Cita Rasa Pengguna/Pelanggan
6. Penstrukturan Organisasi
1. Globalisasi Pasaran

Syarikat bersaing dalam pasaran antarabangsa


dan syarikat tempatan terdedah kepada
persaingan asing.
2. Perubahan Teknologi

Mempengaruhi kedua-dua produk dan proses.


Penggunaan komputer mempengaruhi
reka bentuk dan
penghasilan produk atau barang-barangan.
3. Kerjasama Politik/Penyusunan
Semula Politik (Political
realignment)
Lahirnyabeberapa kelompok ekonomi baru
(new economic blocks) dengan berbagai label
atau nama:
pasaran bersama (common market),
persekutuan/perpaduan politik (Political alliances),
perkongsian perdagangan pintar (smart business
partnership),
kawasan perdagangan bebas (free trade area).
4. Perubahan Demografi

Penurunan etika kerja,


perubahan seksual dan
mores keluarga,
peningkatan penyertaan minoriti dan
wanita dalam tenaga buruh/kerja (work
force).
5. Perubahan Cita Rasa
Pengguna/Pelanggan
Pengguna kurang taat setia kepada satu produk atau
syarikat kerana mempunyai pilihan yang banyak.
Pengguna terlalu pemilih (too choosy) dan permintaan
berkelaluan (more demanding).
Pengguna lebih berpengetahuan kerana maklumat
yang banyak.
Media massa memainkan peranan yang besar dalam
menggerakkan keperluan dan kehendak orang ramai.
6. Penstrukturan Organisasi
Lebih kerap berlaku daripada dahulu.
Organisasi mengalami
pengecilan (downsizes),
disaiz semula (resize),
lebih leper/mipis/mendatar (flattened) dan sebagainya.
Persekutuan dibentuk.
Pergabungan atau percantuman syarikat/perniagaan meningkat.
Kakitangan sentiasa dalam tekanan untuk menghadapi
cabaran, menggunakan peralatan terbaharu dan
mengemas kini diri mengikut perubahan sistem dan
teknologi.
Pandangan Umum Terhadap
Perubahan
1. Perubahan itu berterusan (continuous) dan intrinsik
Perubahan bersifat kecilan tetapi berlaku berterusan.
Organisasi di lihat dalam keadaan fluks atau perubahan sentiasa
berlaku dalam organisasi.
Elemen/komponen dalam sistem dan sistem kecil sentiasa berubah
secara kecil-kecilan dan semuanya nampak atau kelihatan stabil.
2. Perubahan itu tidak berterusan (discontinuous) dan ekstrinsik .
Biasanya organisasi di lihat mempunyai struktur yang stabil dan
perubahan di lihat sebagai penyebab perpecahan atau kehancuran
(disruptive) yang memaksa/mendesak organisasi membuat
perubahan/pindaan atau penstrukturan.
Perubahan menyebabkan ketidakstabilan.
Pandangan Umum Terhadap
Perubahan

3. Perubahan mempunyai corak yang tertentu dan boleh


dijangka/ramal (predictable).
Corak perubahan itu berlaku dengan tetap dan stabil.
Perhubungan sebab-akibat (cause-effect) boleh dikenal
pasti atau ditentukan.
4. Perubahan itu kompleks dan tidak boleh dijangka
Perubahan sosial dan sistem organisasi lebih dinamik dan
kompleks.
Perhubungan sebab-akibat (cause-effect) tidak boleh dikenal
pasti atau ditentukan/diramal.
Pandangan Umum Terhadap
Perubahan

5. Perubahan di lihat bersifat dwipola (bipola):


Berterusan/tidak berterusan,
stabil/tidak stabil,
boleh diramal/tidak boleh diramal.
6. Penerusan (continuity) tanpa perubahan
menyebabkan keadaan tidak
bergerak/terhenti (stagnation),
kebosanan/kejemuan (boredom),
kekecewaan/kehampaan (frustration).
Pandangan Umum Terhadap
Perubahan

7. Perubahan tanpa penerusan atau kestabilan akan


mengakibatkan
konflik,
kekaburan (ambiguity),
tidak berupaya menguruskan (cope with) situasi
8. Kebolehan untuk
merancang,
melaksanakan dan
mengurus perubahan adalah faktor utama untuk
mengasingkan organisasi yang berjaya dan gagal
Kuantum Perubahan
Terdapat dua ekstrim kuantum perubahan: Rendah
Tinggi.
Dalam kontinum rendah-tinggi tersebut di atas,
kuantum perubahan juga boleh dibahagikan kepada
tiga kategori berikut:
perubahan kecilan,
sederhana dan
besaran.
Jenis perubahan juga boleh mencerminkan kuantum
perubahan seperti yang disajikan dalam Gambarajah 2
Gambarajah 2: Kuantum Perubahan

Anda mungkin juga menyukai