Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Sebagai rumusan, organisasi memerlukan perubahan yang berterusan bagi memastikan

organisasi mampu bersaing dalam era globalisasi yang semakin mencabar.Kegagalan untuk

merancang dan menguruskan perubahan dalam sesebuah organisasi akan mengakibatkan

organisasi lenyap begitu sahaja.Selain itu, organisasi juga perlu peka terhadap sebarang

perubahan persekitaran kerana ia boleh memberi kesan terhadap organisasi.

Oleh itu, pembangunan organisasi atau organizational development (OD) diperlukan sebagai satu

bidang yang melaksanakan perubahan secara terancang dengan menggunakan sains tingkahlaku

atau sains sosial.Matlamat pembangunan organisasi (OD) ialah untuk mengubah bagi tujuan

penambahbaikan sesebuah organisasi secara keseluruhan, bermatlamat untuk meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan organisasi untuk membantu dalam pembangunan pekerja.

Kepentingan OD dilihat dapat membantu untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan

dalam Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat disamping membantu Pejabat Daerah Tanah Hulu

Langat untuk membuat perubahan dan membantu organisasi tersebut untuk mengubah cara

berfikir para pekerja dalam organisasi.Selain itu, pengamal pembangunan organisasi (OD) juga

dapat membantu Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat dalam mengurus dan mentadbir perubahan

terhadap era globalisasi yang kian mencabar sesuai dengan perubahan yang berlaku pada

persekitaran pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai