Anda di halaman 1dari 24

c) Era Dasar

a) Era Pasca b) Era Dasar


Pembangunan
Kemerdekaan Ekonomi Baru
Nasional
(1957-1970) (1970-1990)
(1991-2000)

d) Era e) Era
Pembangunan Transformasi
Berasaskan Kerajaan
Pengetahuan
(2011- seterusnya)
(2001-2010)
a) Era Pasca Kemerdekaan
Matlamat utama transformasi desa adalah untuk membangunkan
prasarana fizikal dan membekalkan kemudahan asas secara meluas
kepada rakyat menerusi pembangunan in situ.

b) Era Dasar Ekonomi Baru


Strategi pembangunan desa berfokuskan kepada usaha untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dan
kerangka DEB menerusi program pembangunan wilayah.

c) Era Dasar Pembangunan Nasional


Program perindustrian desa mula disebarluaskan

d) Era Pembangunan Berasaskan Pengetahuan


Pembangunan modal insan merupakan elemen penting dalam era ini.
Proses perubahan desa atau transformasi desa boleh berlaku
melalui:
1) Saling kebergantungan desa-bandar
2) Pembandaran desa
3) Perancangan desa (Pusat Pertumbuhan desa)
4) Perindustrian desa
5) Pemodenan sosioekonomi desa
Untuk memperoleh bekalan makanan untuk penduduk
bandar dan bekalan bahan mentah untuk industri
perkilangan di bandar.
Bandar berperanan membekalkan keperluan barangan
dan perkhidmatan kepada penduduk luar bandarb
Banyak penduduk yang tinggal di desa dan bekerja di
bandar kerana kos hidup seperti sewa rumah dan harga
barangan harian di desa lebih murah.
Jaringan pengangkutan seperti jalan raya dan kereta api
antara bandar dengan kawasan desa.
Pembekal tenaga kerja kepada bandar.
1) Pusat pentadbiran daerah
Terletaknya pelbagai pejabat kerajaan yang memudahkan
urusan seharian penduduk desa sekitar seperti urusan
pembayaran cukai tanah, urusan tanah, dan perniagaan.

2) Pusat pengumpulan hasil keluaran desa


Pusat pengumpulan, memproses dan menyimpan barangan
yang diperlukan sama ada oleh penduduk bandar atau
penduduk desa berdekatan.
Penduduk desa menjual hasil tanaman dan ternakan mereka
kepada pembekal di bandar untuk menambahkan pendapatan
penduduk desa.
3) Pusat pembekal barangan
Wujudnya kedai yang menjual keperluan pertanian seperti
baja dan racun serangga serta membekalkan bekalan
kepada kedai runcit di bandar.

4) Pusat perkhidmatan sosial


Menawarkan khidmat kewangan, pendidikan, perubatan
moden, khidmat bantuan nasihat/guaman, perkhidmatan
pos, balai polis, bomba dan pejabat penerangan.

5) Pusat pertemuan
Tempat pertemuan bagi desa-desa yang berdekatan.
Semasa mendapatkan keperluan atau menjual hasil
tanaman di pasar malam dan pasar tani kemungkinan
mereka dapat bertemu dengan sahabat handai atau saudara
mara yang sekian lama berpisah
Satu strategi kerajaan untuk membandarkan kawasan-kawasan desa.
Petempatan desa dilengkapkan dengan segala kemudahan serta
perkhidmatan asas yang terdapat di bandar.
Pembandaran desa berlaku melalui pembangunan bandar baharu,
peningkatan peduduk, fungsi, dan kemudahan desa secara in situ,
serta akibat rebakan bandar yang berdekatan.
Kawasan desa akan dibekalkan dengan:
a)bekalan elektrik dan air utiliti b)sistem perhubungan telekomunikasi
c)jaringan pengangkutan yang cekap d)kemudahan pendidikan dan kesihatan
Kelengkapan dibekalkan kekawasan desa bertujuan:
a)membolehkan penduduk desa menjalani kehidupan termasuk aktiviti
ekonomi seperti penduduk bandar
b)menikmati kehidupan bandar
Program membandarkan kawasan desa dapat dilaksanakan menerusi
strategi berikut:
a)mewujudkan bandar baharu di kawasan pembangunan wilayah
b)membandarkan pekan-pekan yang berpotensi
c)mewujudkan bandar industri sejajar dengan program
penyelarakan industri desa
d)konsep pembandaran simpang
Pembandaran desa melibatkan kawasan luar bandar di sempadan
yang mempunyai ciri-ciri:
a)bandar kecil bebas cukai: Bukit Kayu Hitam di Kedah
(sempadan negara), Rantau Panjang di Kelantan (sempadan negara),
dan Bandar Kuah di Pulau Langkawi (pulau pelancongan).
b)bandar industri pemprosesan gas asli dan tenaga seperti Kerteh di
Terengganu
c)pusat kemajuan sosioekonomi kampung-kampung tradisional seperti
Pengkalan Hulu di Perak dan Jeli di Kelantan.
Strategi dalam dasar urbanisasi Malaysia yang dapat dikaitkan
dengan pembandaran desa iaitu:
a)memperkenalkan konsep membandarkan kampung-kampung
kampung-kampung kecil yang terletak berdekatan akan dikelompokkan
untuk dijadikan bandar kecil.
bertujuan untuk mewujudkan kegiatan industri kecil dan sederhana
(IKS), perniagaan, pertanian (komersial) secara berpusat dan in situ.
b)mempercepatkan proses pembandaran di luar bandar
Contoh bandar baharu dikawasan pembangunan wilayah ialah Bandar
Jengka di Wilayah Jengka, Bandar Muadzam Shah di Wilayah DARA.
c)menaik taraf pekan-pekan berpotensi
Pekan-pekan yang berpotensi dinaik taraf menjadi bandar kecil atau
sederhana, terutamanya di kawasan strategi seperti di persimpangan
jalan utama.
Pekan-pekan yang terletak di koridor ekonomi (NCER, ECER dan
WPI) diberi keutamaan untuk dibangunkan.
Merujuk memusatkan dan meningkatkan fungsi dan peranan pusat
petempatan desa supaya menjadi penjana pertumbuhan
sosioekonomi desa iaitu meningkatkan peranan bandar kecil.
Sebagai nadi dan pemangkin pembangunan dan pemodenan
penduduk miskin di desa.
Pusat pertumbuhan desa bukan sahaja disediakan dengan pelbagai
kemudahan dan infrastuktur tetapi turut ditempatkan dengan
pelbagai aktiviti ekonomi seperti pusat pemasaran, pemprosesan
hasil, pusat perkhidmatan dan sumber maklumat.
Penduduk di sekitar pusat pertumbuhan desa akan tertumpu untuk
menjalankan aktiviti ekonomi dan mendapatkan perkhidmatan serta
maklumat untuk menambah baik ekonomi mereka.
Contoh Bandar Jengka merupakan bandar baharuyang terletak di
dalam Wilayah Jengka yang berfungsi sebagai pusat pertumbuhan
ekonomi wilayah tersebut. Bandar ini berfungsi sebagai:
a)pusat pentadbiran keran terletaknya pejabat Lembaga Kemajuan
Wilayah Jengka
b)pusat perniagaan kerana terdapat deretan kedai runcit sebagai
pembekal keperluan
c)pusat kewangan kerana terdapat pelbagai bank
d)pusat perkhidmatan sosial kerana terdapat pejabat pos, pejabat
TNB, JKR, TM, Jabatan Bekalan Air dan pusat-pusat rekreasi.
Ciri-ciri pusat pertumbuhan desa:
a)dapat menampung saiz penduduk yang sekurang-kurangnya 2500 orang
b)sebuah petempatan penduduk yang terancang dan tersusun contohnya
taman perumahan luar bandar. Bertujuan untuk memudahkan
ketersampaian perkhidmatan dan barangan serta proses pembauran inovasi.
c)guna tanah yang tersusun. Lokasi atau tapak bina guna tanah dirancang
dan ditempatkan secara berpusat atau berkelompok untuk memudahkan
capaian perkhidmatan kepada penduduk. Sebagai contoh zon untuk ruang
niaga, pusat perkhidmatan sosial,IKS, kemudahan pendidikan (rendah dan
menengah) dan pengangkutan awam.
d)pusat kegiatan ekonomi penduduk setempat seperti pusat pemasaran
hasil pertanian dan perikanan, pusat pengumpulan pemprosesan, dan
pengedaran barangan siap kepada penduduk sekitar dan pusat penyebaran
maklumat dan inovasi baharu.
e)terdapat sistem dan jaringan pengangkutan yang menghubungkan pusat
pertumbuhan desa dengan bandar yang berdekatan dan kampung-kampung
sekitarnya.
Merupakan proses untuk memajukan desa-desa yang berpotensi
dengan aktiviti perindustrian yang diwujudkan secara aglomerasi
(kelompok).
Bertujuan untuk menjimatkan kos pengeluaran dan meningkatkan
kecekapan serta saling memperoleh faedah dari segi:
a)perkongsian infrastruktur ( jalan raya, bekalan elektrik dan
serta kemudahan telekomunikasi)
b)perkongsian buruh dan kepakaran
c)perkongsian teknologi
Faktor-faktor yang mempengaruhi penyelerakan industri dari bandar
ke desa;
a)Dasar kerajaan (polisi govenan)
> Dasar kerajaan untuk merapatkan jurang antara wilayah maju
dengan wilayah kurang maju. Limpahan pembangunan dari
wilayah maju dapat ditampung wilayah kurang maju dengan
menawarkan kos buruh dan tanah yang lebih murah.
b)Peluang pekerjaan
> Mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada
penduduk luar bandar. Meningkatkan pendapatan per kapita,
kualiti, dan taraf hidup penduduk.
c)Memangkinkan kemajuan sosioekonomi di desa dengan
pembangunan prasarana.
Merupakan fenomena baharu yang boleh dikecapi dan dinikmati
olen penduduk desa apabila kerajaan bersungguh-sungguh untuk
menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan desa.
Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur seperti pembinaan
jaringan pengangkutan, talian komunikasi, utiliti, pendidikan,
kesihatan, dan perubatan telah memungkinkan penduduk desa
menjalani kehidupan moden sebagaiman penduduk bandar.
Aktiviti ekonomi desa turut berlaku prose pemodenan dalam sektor
pertanian, penggunaan input-input seperti penggunaan jentera baka
bernih baharu hasil penyelidikan dan pembangunan, baja kimia,
racun serangga dan sebagainya.
Pelbagai input moden telah diserapkan ke dalam aktiviti desa:
a)dengan penyediaan kemudahan pendidikan menengah dan
teknik membolehkan penduduk desa bukan sahaja bekerja
sebagai petani, nelayan, atau penternak malah ada dalam kalangan
penduduk desa yang bekerja di kilang, kedai, bengkel,
pejabat dan sebagainya di desa atau di bandar yang
berdekatan.
b)kemudahan kesihatan dan perubatan disediakan oleh pihak kerajaan
menyebabkan pesakit desa pergi ke klinik atau hospital untuk
berjumpa doktor bagi mendapatkan perubatan.
Kesan transformasi desa terhadap guna tanah, penduduk, dan
sosioekonomi
1)Perubahan pola pekerjaan dan peningkatan pendapatan per kapita
a)memang tidak dapat dinafikan penduduk desa mengalami
perubahan struktur ekonomi daripada bergantung kepada sektor
pertanian beralih kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan
akibat pembangunan ekonomi
b)sektor-sektor ini telah menjanjikan pendapatan yang lumayan dan
tetap kepada penduduk. Kesannya pendapatan per kapita, kuasa
beli, dan tabungan penduduk desa meningkat dan aras kemiskinan
desa semakin berkurang.
2)Penambahan kemudahan asa dan peningkatan taraf hidup
a)perubahan bentuk pekerjaan daripada kegiatan pertanian
kepada perindustrian perkilangan, pendapatan penduduk
lebih stabil dan terjamin di samping keadaan dan tempat
kerja yang selesa.
b)adanya kemudahan infrastruktur, sosial, perhubungan,
pekerjaan dan peningkatan pendapatan isi rumah.
c)penambahan kemudahan asas seperti jalan raya
menyebabkan darjat ketersampaian antara desa dengan
bandar menjadi lebih tinggi dan perhubungan antara desa
dengan bandar menjadi lebih cepat dan mudah.
3)Perubahan guna tanah
a)menukarkan kawasan pertanian kepada bandar berbentuk
industri, perumahan dan perdagangan komersial
b)kepesatan sektor pembangunan di bandar dan peningkatan
jumlah penduduk memangkinkan sektor lain seperti
pengangkutan, jambatan, lebuh raya, dan pengangkutan
aliran ringan dibina.
c)perubahan guna tanah berkait rapat dengan pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi kawasan desa dan bandar.
d)contohnya perubahan guna tanah akibat daripada pembangunan
industri seperti yang berlaku di Tampai dan Larkin di bandar raya
Johor Bahru. Pembangunan industri yang oesat memyebabkan
beberapa kawasan perumahan baharu bagi menampung keperluan
tempat tinggal pekerja dibina seperti Bandar Baru UDA, Taman
Gembira, dan Apartment Datin Halimah.
Kerosakan alam sekitar fizikal (kesan negatif)
1) Peningkatan suhu setempat
a)penerbangan hutan dan pendedahan muka bumi menyebabkan suhu
di kawasan tersebut meningkat.
b)hutan tidak dapat menapis cahaya matahari dan mengekalkan
kelembapan udara

2) Hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus


a)dapat dikaitkan dengan kegiatan pembersihan hutan untuk pelbagai
aktiviti pembangunan seperti pembangunan pertanian di desa dan di
kawasan tanah tinggi.
b)hakisan yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan risiko kejadian
tanah runtuh. Di kawasan pembangunan terbiar wujud landskap gegalur
dan tanah tandus.
3) Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan
habitat, dan rantaian makanan
a)pembukaan kawasab hutan memberi kesan kepada flora dan fauna
b)pembukaa hutan menjadi ancaman kepada kepelbagaian biologi,
habitat hidupan liar, dan rantaian makanan.
c)kejadian haiwan liar seperti gajah memusnahkan tanaman
penduduk desa dan harimau membahan binatang ternakan
merupakan kesan daripada kemusnahan habitat dan putusnya
rantaian makanan di dalam hutan
1. Pencemaran udara
a)pelepasan asap daripada kenderaan dan kilang-kilang
perusahaan bertambah serius dengan berlakunya fenomena
pembakaran sampah secara terbuka
b)permintaan tinggi terhadap batu dan jubin yang akan
menyebabkan aktiviti kuari dilakukan.
2. pencemaran air
a)Penggunaan baja kimia, racun serangga, dan racun rumpai
menyumbang kepada pencemaran air
b)Pembuangan sisa buangan daripada kilang memproses kelapa
sawit dan getah ke dalam sungai yang akan merendahakan kadar
keperluan oksigen biokimia.
3) Pencemaran tanih
a)Penggunaan baja dan racun secara berlebihan atau tidak
mengikut sukatan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
kilang
b)Penggunaan baja kimia dan racun berlebihan akan menyebabkan
pencemaran tanih. Tanih yang tercemar amkan memberi kesan
sampingan terhadap organisma yang hidup didalam dan di
permukaan tanih
4) Pencemaran bau
a)Pembinaan kilang-kilang memproses buah kelapa sawit dan
getah, kawasan ternakan haiwan dan kawasan pelupusan sampah
mengeluarkan bau busuk yang meloyakan.
b)Kegiatan penternakan haiwan menyebabkan pencemaran bau
daripada najis haiwan dan serangan lalat ke atas petempatan
berhampiran

Anda mungkin juga menyukai