Anda di halaman 1dari 2

NAMA:ARRON ADUS

A) Jelaskan konsep tranformasi desa.


-Perubahan sosioekonomi desa melalui permodenan guna tanah, kemudahan asa,
pengangkutan, komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

B) Huraikan bagaimanakah 4 strategi pembangunan desa dilaksanakan. (12 M)

-Pembangunan insitu. Program pembangunan wilayah secara in situ ialah


pembangunan fizikal desa. Dibangunkan dari segi kemudahan asas, program
perumahan termiskin dan menyediakan pusat pertumbuhan ekonomi desa.

-Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Pembangunan yang menggabungkan


segala tenaga, sumber berpotensi dan agensi kerajaan. Kawasan-kawasan pertanian
yang kecil digabungkan , ditambah dengan prasarana baagi meningkatkan
produkaktiviti dan mempelbagai tanaman.

-Pembangunan wilayah. Menbangunkan kawasan yang dikenalpasti secara khusus


bagi menjana sumber alam yang berpotensi terutama sumber tanah.

-Perindustrian desa. Menyelerakkan pusat-pusat industri ke kawasan luar bandar


berdasarkan potensi sumber yang ada pada kawasan ini.Melalaui program ini desa
akan menjadi pusat perindustrian yang baru.Contohnya,industri asas tani , kraf
tangan dan sebagainya.

C) Jelaskan proses perubahan desa.(10 M)

-Saling kebergantungan desa-bandar. Saling berhubung antara petempatan desa


dengan bandar. Hubungan ini ditunjukkan melalui interaksi penduduk yang terjadi
melalui kunjungan penduduk desa ke bandar. Peningkatan ekonomi di bandar
menyediakan peluang pakerjaan kepada penduduk , kemudahan perkhidmatan dan
sebagainya.Desa pula, mengumpul , pengedaran dan pemasaran hasil-hasil hutan
ataupun pertanian.Hal ini demikian, menunjukkan betapa pentingnya
kebergantungan desa dengan bandar bgi meningkatkan ekonomi.

-Pemodenan ekonomi desa. Perubahan desa juga berlaku melalui pemodenan


sosioekonomi melalui program pembangunan sosial , penyelerakkan perindustrian
ke desa dan sebagainya.Program pembangunan sosial dilaksanakan dengan
membina kemudahan pendidikan dari pra sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi
di luar bandar , kemudahan kesihatan di naik taraf , pengangkutan dan perhubungan
dan sebagainya.

-Perancangan desa.Meningkatkan peranan bandar kecil untuk memusatkan dan


meningkatkan fungsi serta peranan petempatan desa.Penduduk yang tinggal di
sekitar pusat pertumbuhan desa akan bertumpu untuk menjalankan aktiviti ekonomi
dan mendapatkan perkhidmatan serta maklumat untuk meningkatkan ekonomi
mereka.

Anda mungkin juga menyukai