Anda di halaman 1dari 98

Kursus : PPW 2113-Pengajian Malaysia

Bab 1 : Topik - Latar belakang


sejarah awal negara

Disediakan oleh: Asmawati Abd Hamid


1
1.0 Pengenalan Masyarakat Awal

Zaman Batu Awal (Paleolitik)

Kira-kira 35,000 tahun lampau


Petempatan tertumpu di Semenanjung Tanah
Melayu, Thailand, Burma, Filipina & Pulau Jawa.
Gua batu kapur (keselamatan), dekat dengan
sungai & tasik.
Kegiatan- memburu, bertukang & menghasilkan
senjata (batu).
Bukti- Gua Badak & Kota Tampan, Perak, Gua
Niah, Sarawak & Tingkayu, Sabah.
Penemuan Peking man/Java man/Neanderthal/cro-
magnon
2
Spesies Manusia Zaman
Paleolitik

3
4
Zaman Batu Tengah
(Mesolitik)
Kira-kira 11,000 tahun lampau
Sebahagian masih tinggal dalam gua batu
kapur, sebahagian lagi membina petempatan
di pinggir laut (Selat Melaka, Selat Sunda,
Laut China Selatan dll.)
Kegiatan- memburu & menangkap ikan di
samping memperkenalkan kegiatan bercucuk
tanam & sistem barter (hasil laut & hutan,
tembikar)
Bukti- Gua Cha, Gua kecil, Gua Gomantang,
Gua Niah, Gua Kepah & Jenderam Hilir.
5
Alatan masyarakat
Mesolitik

6
Zaman Batu Baru (Neolitik)
Kira-kira 5,000 tahun yang lampau.
Petempatan di pesisir pantai (masih ada yang
tinggal dalam gua).
Kegiatan- menangkap ikan, memburu,
bercucuk tanam & memperkenalkan kegiatan
perdagangan (hasil laut, ikan, siput, kerang dll.
Hasil hutan, damar, rotan, cendana, kayu
gaharu, gading dll.)
Kehidupan lebih teratur, penciptaan kapak,
pisau, beliung, perahu, barang perhiasan, cat
tembikar.
Kepercayaan tentang hal ehwal kelahiran &
kematian. 7
Zaman logam (gangsa-besi)
Kira-kira 2,500 tahun yang silam
Membina petempatan di kawasan terbuka;
pinggir sungai, pesisir pantai.
Penciptaan alatan besi bagi menggali,
menebas & menebang pokok.
Kegiatan utama- memburu, bercucuk tanam,
pungut hasil hutan, menangkap ikan,
menternak, melombong & berdagang.
Kehidupan lebih tersusun- mula berpegang
teguh kepada adat & kepercayaan tertentu
(menanam mayat dalam tanah, keranda kayu)
8
Bukti- Penemuan 2 jenis alatan gangsa iaitu
gendang & loceng di Sg. Lang, Selangor &
Batu Buruk, Selangor (pusat dagangan luar).

Penemuan alat besi (tulang mawas) yang


dipercayai digunakan untuk mengorek tanah &
melombong di Raub.
Penemuan keranda kayu di Sg. Lang & kubur
batu kepingan di Batu Ubin, Perak.

Petempatan lain- Sg. Tembeling, Pahang, Sg.


Terengganu, Sg. Langat, Selangor & Sg. Muar,
Johor
9
Alatan logam

10
A satirical 1871 image of Charles Darwin as an ape reflects
part of the social controversy over whether humans and
apes share a common lineage and the mocking of evolution
theory

11
Peralihan Era Masyarakat
Melayu
Masyarakat Prasejarah
Zaman Batu Zaman logam

Sistem Beraja Awal


Hindu/Budha Kerajaan Kuno

Kesultanan Melayu Melaka


Pertembungan
Agama Islam
Budaya

12
Kerajaan-kerajaan kuno yang
wujud di Nusantara sekitar 1-7
Masihi
Funan - Delta Mekong
Srivijaya - Sumatera
Melayu Champa Indo China (Vietnam)
Tun-Sun Selatan Thailand
Langkasuka - Pantai Timur Sem. Malaysia
Pan-Pan Pantai Timur Sem. Malaysia
Kataha Kedah (Tua)
Chih-Tu - Pantai Timur Sem. Malaysia
Kutei Kalimantan Timur
Majapahit - Sumatera
Gangga Negara-Beruas/Manjung
Singhasari Jawa Timur
Tarumanagara Jawa Barat

13
HIPOTESIS TEMPAT ASAL ORANG
MELAYU
1. ASIA TENGAH
Perpindahan dari utara ke selatan
cth, Yunnan, Assam, Campa.
Melayu Proto (2500 SM)-
Sarasin/Geldern
Membawa kebudayaan Neolitik
Bukti, penemuan beliung2 batu
bersegi panjang & kapak di Sg
Irrawadi Sg Hwang Ho. 14
Melayu Deutro
Berhijrah ke Selatan kira-kira 1500 SM &
membawa kebudayaan logam
Mempunyai pengetahuan dalam bidang
astronomi & pelayaran.
Petempatan di pesisir pantai bersebaran
ke seluruh kepulauan Melayu.
Pandai bermasyarakat belayar ke pulau2
berdekatan & akhirnya mbentuk bangsa
Melayu & Indonesia sekarang.

15
2. NUSANTARA
Menolak teori Asia tengah berdasarkan
kajian Bahasa cth, W. Marsden- tidak ada
kekerabatan antara Bahasa Melayu
dengan Bahasa yg digunakan di Asia
Tengah.
Kajian arkeologi yg menunujukkan telah
terdapat manusia di Kepulauan Melayu
lebih lama dp Asia Tengah.
Bukti, penemuan Pithecanthropus
Mojokerta & Pithecanthropus Trinil di Jawa
yg berusia 670 000 & 600 000 tahun.
Perpecahan pentas Sunda & Sahul lebih 16
Peking Man (Sinanthropus Pekinensis)
hanya berusia 500 000 tahun.
Manakala dr sudut geografi, Nusantara
merupakan sebuah daratan yg luas
dikenali sbg Pentas Sunda.
Akibat pencairan glasier daratan ini
terpecah & membentuk kepulauan kecil
iaitu, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau
Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan
& pulau-pulau kecil yg lain di sekitar
Indonesia. 17
18
Laluan Migrasi Manusia Keluar
dari lemabah
Afrika
Menghala ke
Sungai
Nil

Melintasi Laut
Merah

19
1.1 Kesultanan Melayu Melaka
(1400-1511M)
Pengasasan
Putera raja Palembang yang melarikan diri
ke Temasik setelah diserang Majapahit
(Parameswara).
Temasik di bawah naungan kerajaan
Ayudhya (Siam) dipimpin oleh Sang Aji.
Parameswara mengalahkan Sang Aji &
bertapak di Temasik sehingga 1398 namun
Ayudhya menyerang balas menyebabkan
Parameswara berundur ke Muar &
akhirnya tiba di Melaka. (sebuah
perkampungan nelayan). 20
Antara sumber bertulis yang menceritakan
tentang kerajaan Melayu:
Suma Oriental Tom Pires (1512-1515)
The Malay Annals/Sejarah Melayu/Sulalatus
Salatin Tun Sri Lanang (1565) edited by
R.O Winstedt
Hikayat Hang Tuah (circa 1700)
Hikayat Abdullah Munshi Abdullah (1849)
Tuhfat al-Nafis Raja Ali Haji (1885)
The Malay Sketches - Frank Swettenham
(1895)
Malaysia, (Nations of the Modern World) 21
Latar belakang Parameswara

Parameswara dilahirkan pada 1344


berketurunan Raja Sailendra (anak
Ranamenggala & Putri Sarawardani) yang
pernah menjadi pemerintah Srivijaya.
Pada tahun 1377 Srivijaya telah ditawan
Majapahit & Parameswara yang menjadi
pemerintah Jawa Timur enggan tunduk di
bawah kuasa kerajaan Majapahit lalu
mengisytiharkan diri & kerajaannya bebas.
Tindakan ini menimbulkan kemarahan
Majapahit lalu menyerang Palembang. 22
Perkembangan politik Melaka tahap awal

- Parameswara menyediakan kelengkapan


perahu & pelabuhan yang membolehkan
Melaka muncul sebagai sebuah tapak
perdagangan antarabangsa.
- 1403, seorang duta China (Yin Ching) tiba
dengan membawa hadiah dpd Maharaja
Yung Lo kepada Parameswara.
- 1405, utusan Melaka mengiringi Yin Ching
kembali.
- 1409, Laksamana Cheng Ho menghadiahi
23
alat2 kebesaran sebagai tanda pengiktirafan
Sistem pemerintahan kerajaan Melaka

Mengamalkan sistem beraja di mana raja


atau Yang di-Pertuan di kedudukan paling
tinggi.
Setelah memeluk Islam raja bergelar Sultan
dan Syah.
Sultan berkuasa mutlak.
Kuasa dan hak raja diperteguh dengan
konsep seperti taat setia, derhaka, daulat,
tulah & nobat.
Wujud protokol di raja seperti penggunaan
bahasa istana . 24
Sistem pemerintahan kerajaan Melaka

Bil Pemerintah Tahun


1 Parameswara/Iskandar Syah 1400-1414
2 Sultan Megat/Mahkota Iskandar Syah 1414-1424
3 Sultan Muhammad Syah 1424-1444
4 Sultan Abu Syahid 1444-1445
5 Sultan Muzaffar Syah 1445-1456
6 Sultan Mansur Syah 1456-1477
7 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488
8 Sultan Mahmud Syah 1488-1510/1513-1528
9 Sultan Ahmad Syah 1510-1513

25
Sistem Pembesar 4
lipatan
Sultan
Pembes
ar 4
Pembesar 8
Pembesar 16
Pembesar 32
26
Fungsi pembesar utama
KKM
Jawatan Fungsi
Bendahara Menteri utama/penasihat utama sultan/mesti
berketurunan raja @ pertalian rapat dengan sultan
Penghulu Bendahari Mengawal perbendaharaan negara/pungut cukai & hasil
negeri.
Temenggung Ketua undang2/pendakwa raya
Laksamana Diplomat/pahlawan perang
Syahbandar Pegawai pelabuhan
Hulubalalang besar Panglima perang
Ulama Ketua agama
Mandulika Pentadbir wilayah
Seri Bija Diraja Pentadbir Wilayah

27
Wilayah Pegangan Pembesar
Melaka
Pembesar Wilayah Pegangan

Bendahara Bentan, Muar

Laksamana Siantan, Sungai Raya

Penghulu Bendahari Kampar, Sening Hujung

Seri Bija Diraja Singapura

28
Empayar Melaka

29
Pemandangan Pelabuhan Melaka yang Pesat
dengan Kapal-kapal Pedagang Sekitar Abad ke-15

30
Faktor Kegemilangan Melaka
Faktor semulajadi, ekonomi & politk
- Terletak di pertengahan jalan
perdagangan utama (dr. India ke China)
- Terlindung daripada angin monsun.
-Kekayaan hasil hutan (kayu wangi,
damar,rotan).
- Perlombongan emas/bijih timah
- Kekayaan hasil laut, cowrie dijadikan
matawang.
- Hubungan rapat dengan kerajaan China.
- Kewujudan sistem perundangan Hukum
Kanun Melaka & Undang -undang laut
Melaka. 31
Peta Penyebaran Agama Islam di Nusantara

32
Kejatuhan Empayar Melaka
Kelemahan pemerintah Melaka
Sultan Mansur Syah mengabaikan
doktrin keadilan, Sultan Alaudin Riayat
Syah tidak meluaskan tanah jajahan &
tiada bendahara yang berwibawa
selepas Tun Perak.
Kelemahan dalam sistem pertahanan
Sikap pembesar tempatan yang
mengenakan cukai berlebihan kepada
pedagang. 33
Peristiwa penaklukan Melaka oleh
Portugis
1488 Bartholomew Diaz berjaya membuat
pelayaran sehingga ke cape of
Good Hope, Afrika.
1498 Vasco da Gama membuat pelayaran
ke Calicut, India.
1503 Portugis telah membina sebuah
petempatan perdagangan di
Cochin, Indochina.
1509 Alfonso dAlbuquerque telah dilantik
sebagai wizurai Portugis di India &
telah mengutuskan satu rombongan
ke Melaka.
1510 Portugis menakluk Goa & membina 34
pusat pentadbiran di wilayah
Peristiwa penaklukan Melaka oleh
Portugis (samb.)
Kedatangan angkatan Portugis ke Melaka yang
pertama diketuai oleh Diego Lopez de Sequiera
seorang Fidalgo Portugis untuk berdagang
(1511).
Pada mulanya dilayan baik oleh Sultan Mahmud
tetapi tidak disenangi oleh saudagar2 Gujerat
yang beragama Islam telah menghasut
Bendahara Tun Mutahir supaya tidak berbaik
dengan Portugis.
Orang bendahara telah menangkap Ruy de
Araujo & beberapa orang Portugis lain.
Albuquerque menuntut Melaka untuk:
- Membebaskan tawanan, membayar ganti
rugi & membenarkan Portugis membuat kota
di Melaka. 35
Pengasasan Kerajaan Johor
Diasaskan oleh Raja Ali anak kepada
Sultan Mahmud (dr Melaka) yang pada
mulanya bersemayam di Bentan
sehinggalah Bentan diserang oleh
Portugis kemudian lari ke Pahang &
berkahwin dengan puteri Pahang (Kesuma
Dewi).
Berpindah ke Johor & ditabalkan di Johor
sebagai Sultan Alaudin Riayat Syah
(1530-an). 36
Pengasasan Kerajaan
Perak
Raja Muzaffar kepada Sultan Mahmud
yang pada asalnya dilantik sebagai Raja
Muda di Bentan tetapi telah diturunkan
takhta atas permintaan ibu tirinya yang
ingin menaikkan anaknya Raja Ali.
Raja Muzaffar berkecil hati & lari ke Perak
& ditabalkan menjadi Sultan Perak yang
pertama (Sultan Muzaffar Syah-1520-an)

37
Pengasasan Kerajaan Negeri
Sembilan
Diasaskan oleh Raja Melewar (1773),
seorang raja dari Minangkabau &
menggunakan gelaran Yamtuan Negeri.
Sebelum baginda telah ramai raja dari
Minangkabau yang dipanggil untuk
menduduki takhta namun telah
disingkirkan (cth, Raja Kasah & Raja Adil)
N.9 asalnya sebuah negeri naungan
kerajaan Johor.
N.9 satu2nya negeri Melayu yang
menggunakan adat matrilineal (Adat
38
Pengasasan Negeri Pahang
Sultan Mansur Syah menghukum
anaknya Raja Muhammad buang
negeri ke Pahang setelah membunuh
anak Bendahara (Tun Besar) dalam
permainan sepak raga di mana
bolanya telah terkena destar baginda.
Menjadi Sultan Pahang yang pertama
dengan gelaran Sultan Muhammad
Syah (1500 circa) & telah berkahwin
dengan puteri Kelantan (Mengindera
Puteri) 39
Pengasasan Kerajaan
Selangor
Selangor asalnya berada di bawah kuasa
kerajaan Johor.
Daerah Selangor dikuasai oleh Opu
Bugis 5 Bersaudara (terlibat dalam
kancah politik kerjaan Johor-Riau) iaitu
anak kepada Putera Daeng Rileklek dr.
Sulawesi Selatan (Daeng Perani/Daeng
Menambun/Daeng Merewah/Daeng
Chelak/Daeng Kemasi).
Anak Daeng Chelak (salah seorang Opu
Bugis) Raja Ali telah ditabalkan sebagai
Yamtuan di Johor oleh itu puteranya yang
seorang lagi Raja Lumu mohon kepada
40
Pengasasan Kerajaan
Terengganu
Diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin Tun
Habib yang berketurunan keluarga
Bendahara dari Johor telah ditabalkan
menjadi raja Terengganu oleh Raja Tua
Daeng dari kerajaan Johor.
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud
Syah II (1688) berlaku perang saudara
antara Bendahara Padang Saujana
dengan Laksamana Paduka Raja
(laksamana telah difitnah & terbunuh).
Anak laksamana telah melarikan Tun
Zainal ke Pattani & dibesarkan di Pattani
sehinggalah kembali ke Johor semasa
41
Pengasasan Negeri
Kedah
Agak kabur walaupun antara negeri
tertua.
Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
menyatakan pemerintah2 awal Kedah
berasal dari Gumrun Parsi yang
memakai gelaran Maharaja bermula
dengan Derbar Raja.
Satu lagi sumber Hikayat Merong
Mahawangsa mendakwa kerajaan
Kedah berasal dari Raja Rom bernama
Merong Mahawangsa & raja Kedah
yang ke-7 dari dinasti ini Raja Phra Ong
Mahawangsa ialah Raja Kedah pertama
42
Pengasasan Negeri
Kelantan
Hikayat Seri Kelantan dan
Riwayat Kelantan menunjukkan
Kelantan pernah ditadbir oleh
Dinasti Jembal dan berakhir
setelah Sultan Omar mangkat
pada tahun 1721 dan takhta
diberikan kepada menantunya
Long Bahar.
Long Yunus merupakan pengasas
43
Pengasasan Negeri Perlis
Perlis menjadi sebuah negeri yang
berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam
melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai
Raja Perlis (berasal daripada
Hadhramaut).
Bermula dari tarikh itu, Perlis yang
asalnya sebuah daerah jajahan Kedah
bertukar menjadi sebuah negeri naungan
yang berdaulat.
44
Hubungan Negeri-negeri Melayu
dengan Siam
Siam & Burma merupakan 2 buah kuasa yang
saling bersaing untuk menguasai negeri2 Melayu.
Kedudukan Siam di Semenanjung Tanah Melayu
lebih kukuh apabila mengalahkan Burma &
menganggap negeri2 Melayu seperti Kedah,
Kelantan, Terengganu, Perak & Selangor sebagai
wilayah naungan & takluknya.
Hubungan ini mula wujud apabila negeri2 Melayu
menghantar bunga emas sebagai tanda
pengakuan terhadap kekuasaan Siam.
Contohnya, Kedah sering menghantar bunga
emas kepada Siam kerana tidak mahu Siam
campur tangan dalam hal ehwal negeri namun,
Siam mengambil kesempatan dengan
mengancam Kedah. Siam memaksa Kedah 45
Topik : 2 - Era Kolonial

Disediakan oleh: Asmawati Abd Hamid


46
Era Pendudukan Portugis
(1511- 1641)
Pentadbiran Portugis di Melaka disusun oleh
wizurainya Alfonso De Albuquerqe yang
membina sebuah kota (A Famosa).
Sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan yang
diketuai oleh Kapten Kota Melaka (a.k.a Gabenor
Selatan) yang dilantik oleh Raja Portugal dp
Fidalgo (bangsawan Portugal).
Kapten dibantu oleh Kapten Angkatan Laut.
Tentera diketuai oleh Kapten Jeneral yang
dibantu oleh Feitor.
Undang-undang diletakkan di bawah Ketua
Hakim
Majlis Penasihat yang terdiri dp Hal Ehwal Militer,47
Sistem Pentadbiran
Perdagangan Portugis
Kapal-kapal pedagang wajib bayar cukai
6 hingga 10 % dp hasil dagangan.
Setiap pedagang perlu mendapatkan pas
kebenaran untuk berdagang terlebih
dahulu.
Portugis monopoli barang2 dagangan
utama, tetapi membeli barang tersebut
dengan harga yang rendah & menjualnya
dgn harga yang tinggi.
Diskriminasi terhadap pedagang Islam. 48
Kesan Pendudukan Portugis
Selepas 130 tahun di Melaka Portugis
jatuh di tangan Belanda dengan bantuan
Johor pada tahun 1641.
Kelahiran Masyarakat Serani hasil
perkahwinan campur orang Portugis
dengan orang tempatan.
Pengenalan tulisan roman (rumi)
Penyerapan perkataan daripada bahasa
Portugis seperti jendela, almari, tuala dll.
49
Pendudukan Belanda (1641-
1824)
Kepesatan perdagangan mendorong
pedagang2 Belanda bergabung
membentuk Syarikat Bersatu hindia Timur
(Vereenigde Oost-Indische Compagnie) @
V.O.C (1602).
1619, Belanda berjaya menguasai Betawi
(P. Jawa) & membuka pelabuhan Betawi
sebagai alternatif kpd pedagang sehingga
mengurangkan populariti Melaka.
Melancarkan serangan ke atas Melaka
berkali2 bagi melenyapkan pengaruh
50
Pentadbiran Perdagangan
Belanda
Selepas menguasai Melaka Belanda
(V.O.C) telah mengenakan dasar:
a) Mewajibkan setiap kapal pedagang
mendapatkan pas kebenaran berdagang
untuk berdagang di Melaka.
b) Memonopoli perdagangan bijih timah di
negeri2 Melayu (terutama di Perak,
Selangor, & Sg. Ujong) dengan
menandatangani perjanjian dengan
dengan raja-raja Melayu. 51
Belanda di Perak
Sultan Muzaffar Syah II telah membenarkan
Belanda menjalankan perdagangan timah di
perak (1639).
Setelah menguasai Melaka VOC menuntut
monopoli penuh & hasil rundingan wakil VOC
John Truijtman dengan Aceh mendapat
kebenaran dari Aceh setelah VOC menyekat
perdagangan luar di Kuala Sg Perak.
VOC mendirikan loji di Kuala Perak.
Belanda melalui residennya Johan Hensel
meminta harga yang rendah (30 rial) & tidak
52
disetujui oleh pembesar Perak menyebabkan
Belanda di Selangor
Di Selangor sebahara bijih timah dijual
dengan harga 38 rial.
Orang Bugis yang menguasai Daerah Linggi
(laluan ke Sg Ujong) oleh itu Belanda telah
menyerang Linggi sehingga Linggi terpaksa
menandatangani perjanjian dengan Belanda
(1758) di mana Klang, Linggi & Rembau
mesti menjual semua hasil timah kepada
Melaka.
Dalam masa yang sama British juga telah
mula berkunjung ke selangor untuk
berdagang kain, candu & membeli bijih timah.
1770-an Sultan Ibrahim berbaik2 dengan
53
Kejatuhan Melaka kepada
British
Perang Napoleon meletus pada tahun 1793
hingga 1814. Bagi mengelakkan wilayahnya jatuh
ke tangan Perancis Raja belanda William of
Orange, menandatangani surat-surat KEW
dengan kerajaan british pada tahun 1795.
Persetujuan menurut surat-surat Kew 1795:
a. Belanda menyerahkan semua tanah
jajahanya di Timur kepada British
secara sementara.
b. Brtitish dikehendaki memulangkan tanah
jajahanya kepada Belanda apabila
perang Napoleon berakhir.
Persaingan 2 kuasa ini memaksa mereka
menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
(Perjanjian London-1824)
54
Faktor-faktor campur tangan
British ke atas pentadbiran negeri-
negeri Melayu
Faktor ekonomi Revolusi Perindustrian
Kebimbangan campur tangan kuasa-
kuasa asing
Keadaan Anarki - perebutan takhta &
daerah dlm kalangan putera raja serta
pertikaian antara kumpulan kongsi gelap
Cina (Ghee Hin & Hai San)

55
Perincian dasar campur tangan British di
negeri-negeri Melayu
Kekayaan hasil bumi bijih timah/bijih besi/arang batu/emas
Bijih timah
- Daerah Larut dan Daerah Kinta (Perak)
- Lukut,Kuala Lumpur,Ampang dan Petaling Jaya (
Selangor)
- Derah Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
- Sungai Lembing dan Sungai Pahang (Pahang)
Emas
- Ulu Tembeling ( Pahang)
Revolusi Perindustrian
- Menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk
perusahaan mengetin makanan dan tempat untuk
memasarkan hasil keluran kilang mereka.
Terusan Suez dan kapal wap
- Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan
perjalanan dari England ke Tanah Melayu manakala
56
penggunaan kapal wap dapat mempercepat masa
Perincian dasar campur tangan British di
negeri-negeri Melayu
Bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia
Tenggara.
- Belanda telah meluaskan pengaruhnya ke Hindia
Timur(Indonesia),
Perancis di Indo-China dan Sepanyol di Filipina.
Pertukaran kerajaan
-Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan
kerajaan Britain daripada Parti Liberal
Desakan pedagang
- Pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan
pergaduhan antara kongsi gelap telah menyebabkan
para pedagang mendesak kerajaan British untuk
campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan
mereka. 57
Pendudukan Pulau Pinang
Sejak tahun 1685, British telah mula mencari tapak
strategik di Selat Melaka sebagai pengkalan.
Francis Light menemui Sultan Kedah (Muhammad
Jiwa) namun tidak berhasil.
1784 Francis Light menemui Sultan Abdullah
Mukarram Shah yang menghadapi konflik politik &
telah bersetuju dengan cadangan itu & mensyaratkan
Syarikat Inggeris memberi pertolongan kpd kerajaan
Kedah utk menghadapi musuh-musuhnya, terutama
Siam. Beliau dibayar ganti rugi 30,000$ Sepanyol
melalui perjanjian Inggeris-Kedah (1786).
1786 Francis Light menaikkan Union Jack di Pulau
Pinang.
Keengganan British utk kotakan janji menyebabkan
Kedah menyerang P.Pinang namun Kedah kalah &
terpaksa menyerahkan Seberang Perai (Province
58
Pendudukan Singapura
Pada 6/2/1819 Stamford Raffles berjaya
menduduki Singapura apabila beliau
mengambil kesempatan terhadap pertikaian
antara Tengku Hussin dengan Yang
Dipertuan Muda Johor.
YDM Johor (Raja Jaafar) telah menyingkirkan
tengku Hussin daripada diangkat menjadi
Sultan Johor-Riau bagi menggantikan
ayahandanya Sultan Mahmud yang mangkat
& telah melantik Tengku Abdul Rahman adik
Sultan Hussin.
Sultan Hussin telah menerima pelawaan
Raffles untuk ditabalkan di Singapura
59
&
Sir Thomas Stamford Raffles
1781 - 1826

Thomas Stamford Raffles memulakan kerjaya dengan


Syarikat Hindia Timur British sebagai seorang kerani.
Seterusnya dihantar ke ke Pulau Pinang (Prince of Wales)
setelah dinaikan pangkat sebagai Assistant Secretary.
Kebolehannya berbahasa Melayu meyebabkan beliau dilantik
menjadi penterjemah kepada Kerajaan British-India.
Pada tahun 1811, diangkat menjadi Lieutenant Gobenor di
Jawa & dinaikan pangkat sebagai Gobenor Sumatra.
Minat yang mendalam terhadap zoologi banyak spesis
tumbuhan & haiwan direkodkan memberi ilham kepada
penubuhan Raffles Museum
60
Perjanjian Inggeris-Belanda
Telah ditandatangani pada 17/3/1824 utk
memastikan penguasaan penuh British ke
atas negeri2 Melayu tanpa gangguan
kuasa lain.
Menyebabkan Kepulauan Melayu
terpecah kpd 2 kawasan.
British diberikan hak ke atas kawasan
utara kepulauan Melayu (Semenanjung
Tanah Melayu, Singapura, Sabah,
Sarawak & Brunei) sementara Belanda di
selatan (semua kepulauan Indonesia)
61
1.Bincangkan bagaimana British campur
tangan di negeri2 Melayu yang lain?
a-Perak b- Kelantan
Selangor Terengganu
Negeri Sembilan Kedah
Pahang Perlis
Johor
2. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar
disentralisasi yang dijalankan oleh British
(1920-1941)?

62
REAKSI AWAL PENDUDUK
TEMPATAN
Faktor utama mendorong perjuangan
penduduk tempatan

Kehilangan kuasa pembesar


Pengenalan sistem pentadbiran barat
Campur tangan dalam agama & adat
Kebiadaban pegawai-pegawai British

63
Pengenalan dan Latar Belakang
Penentangan Penjajah di Tanah Melayu
Melaka merupakan negeri yang terawal yang menentang
penjajah iaitu apabila sultan, pembesar, penglima dan
rakyat Melaka menentang angkatan Portugis di bawah
pimpinan Alfonso de Albuquerqe (1511).
Seterusnya penduduk naning menentang Belanda pada
tahun 1643 yang mengakibatkan Naning
menandatangani perjanjian dengan Belanda dengan
syarat-syarat berikut:
a) Menghantar 1/10 hasil tahunan Naning.
b) 72 ekor ayam & jumlah tertentu kerbau
c) 400 gantang padi (namun tidak pernah
memaksa)

Setelah British mengambil alih pentadbiran Melaka


mendakwa Naning sebahagian dp Melaka & wajib
menghantar hasil tahunan. 64
Penentangan Dol Said di
Naning
Melawan Gabenor Negeri Selat Robert
Fullerton (1826-1830) & penggantinya Robert
Ibbeton (1831-1832) yang memperkenalkan
cukai 1/10 ($4,500) daripada hasil ekonomi
penduduk Naning.
Mendapat bantuan daripada negeri2 jiran seperti
Yamtuan Ali Rembau, Dato Kelana Sungai
Ujong, Penghulu Gemencah, Penghulu Linggi &
Pembesar Seri Menanti.

65
Penentangan Raja Abdullah & co. vs
J.W.W Birch (1875) di Perak

66
Sultan Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch, Raja Chulan
(di atas riba Birch), Dato Laksamana, Swettenham dan Dato
Syahbandar. Dato Sagor (bulatan) berdiri di belakang Sultan
Abdullah. Gambar diambil di Bandar Bahru pada 1875 (Sumber,
Amir Hamidi)

67
Punca Penentangan Terhadap
J.W.W. Birch
Rasa tidak puas hati Raja Abdullah dan
pembesar terhadap tindak tanduk birch yg
kasar (membakar rumah pembesar tempatan
Tengku Panglima Besar & Raja Ngah).
Birch membuat undang2 baharu tanpa
berunding dengan Sultan & pembesar2
tempatan.
Mengusun sistem pungutan cukai & cukai
pajak, candu, arak, cukai perahu, padi &
memotong atap.
Ambil alih hak pungut cukai dengan
menubuhkan pusat pungutan cukai.
68
Hapuskan sistem hamba hutang & melindungi
Penentangan Dato Bahaman & Mat
Kilau
menentang J.P Rodger (1891)

Sir John
Mat kilau B. Imam Abdul Rahman B.
Pickersgill
Rasu Tuanku Imam Nuh
Rodger
69
Punca-punca penentangan :
Pertikaian antara Sultan Ahmad vs Wan Mansur
apabila Sultan Ahmad meletakkan anaknya sebagai
pewaris takhta Pahang & bukannya Wan Mansur
(adik baginda) yg merasakan dirinya lebih layak) &
pembesar2 tempatan.
Pihak British mengutuskan Frank Swettenham utk
menyelesaikan pertikaian Sultan Ahamd & adiknya.
Sistem lesen, permit memungut cukai, sistem kerah
(denda 25$ @ penjara 3 bulan) & cukai tanah
(Undang-undangTanah).
Larangan memakai keris & hapus sistem hamba.
Gantikan penghulu2 tradisi-pegawai British
Pelantikan E.A Wise sebagai majistret & pungut 70
Kelantan Tok Janggut (Hj. Mat
Hassan Munas) vs James Scott
Mason (1915)

71
Pemberontakan Tok Janggut di Pasir
Putih
Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan
tindakan British telah bergabung Tok Janggut.
Penentangan secara terbuka bermula pada April 1915
dipimpin oleh Tok Janggut, Engku Besar Jeram,
Penghulu Adam & Che Sahal Merbol.
Mereka telah menyerang bandar Pasir Putih & berjaya
menguasai bandar itu & telah membakar pejabat2
kerajaan, balai polis & membebaskan orang tahanan.
Pihak British menghantar pasukan bantuan sebagai
serangan balas menyebabkan Tok Janggut terkorban
& Engku Besar cedera.
Jenazah Tok Janggut telah diarak di Pasir Putih &
Kota Baru & akhirnya digantung di Padang Merdeka.
72
73
Punca-punca penentangan Tok
Janggut
Engku Besar Jeram(Tun Ahmad) hilang
kuasa pemerintah Pasir Putih.
Pembahagian Kelantan kepada beberapa
jajahan (daerah) yg ditadbir oleh Ketua
Jajahan & dibantu oleh penggawa &
penghulu. Jajahan yg pertama diwujudkan
ialah Pasir Putih.
Pengenalan sistem tanah baharu orang
ramai perlu membayar sewa tanah secara
tetap & cukai hasil pertanian (padi, kelapa 3
sen sepokok, pinang 1 sen sepokok, sireh
5sen sejunjung & lembu/kerbau 20 sen
seekor.)
Kebiadaban pegawai daerah Pasir Putih Che
74
Penentangan Hj. Abdul Rahman Limbung
di Terengganu (1928)
Gerakan penentangan di Kelantan telah
merebak sehingga ke Terengganu
Punca-punca pemberontakan tani
- Pengenalan cukai tanah (40sen =1 ekar)
- Pengenalan sistem pemerintahan barat
- Pengenalan pas kebenaran membuka tanah
(denda $5), bercucuk tanam, memungut hasil
hutan & cukai kepala.
- Sistem pendidikan barat.

75
Penentangan terhadap pemerintahan
Raja Brooke di Sarawak

Sayyid Mashur B.
Libau @ Rentap James Brooke
Muhammad Al-Shahab

76
Penjajahan British ke atas
Sarawak
Sarawak asalnya berada di bawah
Kesultanan Brunei.
Namun di perintah oleh pembesar tempatan
(Menteri Darat, Temenggung & Orang Kaya)
yang dilantik oleh Sultan Brunei.
Pemberontakan orang tempatan terhadap
Brunei akibat pengambilalihan kuasa
pentadbiran tempatan.
Pangeran Muda Hashim dihantar untuk
menyelesaikan pemberontakan gagal &
meminta bantuan James Brooke (1840) &
berjanji menjadikannya Gabenor Sarawak. 77
78
Punca-punca Penentangan:
Rentap vs James Brooke (1853) -
Penghapusan amalan perburuan kepala &
tanggapan Brooke bahawa Rentap &
penduduk Sg Skrang sebagai lanun.
Sharif Masahor & Abdul Ghapur vs Charles
Brooke (1859) - Pembinaan kubu untuk
penguasa Mukah.
Banting vs Charles Brooke (1893)
Penghapusan adat tempatan di Sungai
Batang Lupar
79
Penentangan Datu Paduka Mat
Salleh & Antanom vs Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British
(SBUB) di Sabah

William C.
Datu Muhammed Cowie
Ontoros Anak
Salled Datu Balu Antanom

80
Penjajahan British ke atas
Sabah
Sabah asalnya berada di bawah Kesultanan Brunei
.
Pada 1704, Sultan Brunei telah menyerahkan pantai
timur dan utara Sabah kepada Sultan Sulu kerana
membantunya mematahkan pemberontakan di
Sabah.
Penguasaan british ke atas sabah bermula selepas
perjanjian tahun 1877 antara Kompeni Overbeck &
Dent dengan Sultan Abdul Mumin & Pangeran
Temenggung.
Penguasaan secara total berlaku apabila Overbeck
menjual haknya dlm syarikat kepada Alfred Dent
81
yang akhirnya membawa kepada pengambilalihan
PERTAPAKAN SYARIKAT-SYARIKAT ASING DI SABAH

1865 Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika
Syarikat, C.L.Moses. Tempoh penyewaan 10 tahun

C.L Moses menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company
yang diketuai oleh J.W. Torrey dan T.B. Harris. Torrey gagal memajukan
penanaman kopi dan tebu di Kimanis. Torrey menjual haknya kepada
Von Overbeck

Overbeck menghadapi masalah modal. 1877, beliau meminjam wang daripada


Syarikat Alfred Dent dan Edward Dent. Gabenor Labuan, W.H.Treacher
bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada
Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah
Kekuasaan British
Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumein telah memperbaharui pajakan dengan
Overbeck dan Dent melalui perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun
1877. Baginda menyerahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku

Oleh sebab sebahagian daripada wilayah Sabah adalah di bawah


pemerintahan Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent telah menandatangani
satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam pada tahun 1878. Baginda
menyerahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku

1880, Overbeck telah menjualkan semua haknya kepada Alfred dan Edward
Dent. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
Saham syarikat itu telah dijual kepada rakyat British bagi menambahkan modal
perniagaan. Bagi memperkukuh kedudukan dan memajukan perniagaan,
persatuan tersebut berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada
kerajaan British.
November 1881, kerajaan British telah menganugerahkan piagam kepada
Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. 1882, syarikat itu
dinamakan Syarikat Borneo Utara British. Melalui piagam tersebut, SBUB
mempunyai kuasa mentadbir Sabah. Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden
pertama. Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Kepentingan pemberian piagam :

1. British dapat memperluaskan pengaruhnya


2. Menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah

1888, SBUB menandatangani Perjanjian


Perlindungan Borneo Utara
yang menjadikan Sabah negeri naungan British
British bertanggungjawab terhadap hal ehwal
luar Sabah
Punca-punca penentangan:
1. Mat Salleh vs Syarikat Borneo Utara British (1896-
1898)
- Pembangunan Inggeris yang menyusahkan rakyat
tempatan spt pengenalan cukai kepala dan surat pas
perahu serta sekatan2 terhadap pembesar tempatan.
2. Ontoros Antanom vs Syarikat Borneo Utara British
(1915)- Pemberontakan Rundum (1910)
- Tindakan British yang cuba menghapuskan amalan
pemotongan kepala musuh di kalangan masyarakat
Murut yang di anggap simbol kemuliaan dan
pembukaan Pejabat Daerah di Rundum dan
Pensiangan.
- Pembinaan jalan merentasi hutan Rundum dikhuatiri
menganggu roh nenek moyang serta orang2
tempatan dikerah untuk pembinaan jalan tersebut
(dijadikan buruh paksa). 85
Gerakan Kesedaran Menentang
Penjajah di Tanah Melayu
Gerakan kesedaran di kalangan orang
Melayu muncul dengan cara yg lebih
sistematik berbanding penentangan2 awal &
menerusi organisasi yg lebih tersusun.
Menjelang abad ke-20, gerakan kesedaran
dikalangan orang Melayu semakin ketara &
semangat nasionalisme semakin membara
kesan daripada:
Pengaruh nasionalisme di Filipina
Perang Rusia-Jepun
Pengaruh Gerakan Pemuda Turki
Pengaruh Sarekat Islam Indonesia yg berjaya
membangkitkan semangat nasionalisme di 86
Indonesia & Tanah Melayu
Kebangkitan Nasionalisme
Nasionalisme Melayu
Merujuk kepada usaha membangkitkan
kesedaran di kalangan orang Melayu
tentang peri pentingnya membebaskan
tanah air daripada penjajahan Inggeris.

87
Nasionalisme Cina & India
Faktor-faktor kebangkitan
Cina :
a) Perang China-Jepun
b) Pembaharuan 100 hari (wuxu bianfa) oleh Kang
Yu-
Wei (hasil tulisan kolot ke moden)
c) Gerakan Revolusioner (1911) Dr. Sun Yat Sen
(jatuhkan
Dinasti Manchu)
d) Parti Kuomintang & Parti Komunis Malaya.
India :
a) Pergerakan Ghadr (Kebangkitan orang Punjabi)
b) Perjuangan Parti Kongres India (Gandhi)
c) Parti2 yg membela nasib kaum India 88
Tahap-tahap perkembangan
Nasionalisme Melayu
1. Tahap Keagamaan (1906 1926)
- Golongan berpendidikan Islam dari
Timur Tengah
a) Kaum Muda

Syed Sheikh Al Hadi


89
Pemeliharaan dan Pelajaran (1908)
Tahap keagamaan-samb.
Haji Abbas bin Muhammad Taha
Menerbitkan akhbar Neracha
Idea Kaum Muda disebarkan melalui
majalah Al-Imam (1906-1908)
Kaum Muda menubuhkan madrasah untuk
menyampaikan idea iaitu:
Madrasah al Masyhur al Islamiah di Pulau
Pinang
Madrasah al Diniah Kampung Lalang di
Padang Rengas
Madrasah Ihya Assyariff di Gunung 90
Tahap keagamaan-samb.
Kaum Tua
Terdiri daripada golongan ulama dan pegawai
agama
Tidak menerima idea islah Kaum Muda
Berpegang kuat kepada adat dan agama
Islam
Menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah
Benar

91
Matlamat Perjuangan
a) Meningkatkan kemajuan orang
Melayu yang beragama Islam
Menuntut ilmu pengetahuan keduniaan
dan akhirat
Menceburi bidang perniagaan walau pun
secara kecil-kecilan kerana Islam
menggalakkan perniagaan.
Taraf ekonomi orang Melayu dapat
ditingkatkan.
92
.
b) Menegakkan agama Islam
Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran
Islam sebenar
Menentang ajaran kurafat dan bidaah yang
menyeleweng daripada ajaran dan akidah Islam
sebenar.
Meninggalkan amalan taklid buta (taklid al ama)
Mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran dan
hadis.

c) Emansipasi wanita
Meningkatkan taraf wanita
Wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri
sendiri
Tinggalkan amalan tradisi (golongan wanita hanya
duduk di dapur)
Membebaskan diri dan negara daripada penjajahan
93
2. Tahap Sosial dan Ekonomi
(1926 1938)
Atas kesedaran orang Melayu
ketinggalan dalam ekonomi.
Di pelopori oleh golongan elit Melayu
yang berpendidikan Melayu dari Maktab
Perguruan Sultan Idris & golongan
berpendidikan Inggeris.
Melalui pertubuhan2 spt, Kesatuan
Melayu Singapura & Persaudaraan
Sahabat Pena (PASPAM) 94
Persaudaraan Sahabat Pena (PA
SPAM
Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh Syed Alwi, SM Zainal
Abidin & Sheikh Abdullah Al-Maghribi.
Dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan
ruangan utk ahlinya menulis & kemukakan pendapat.
Cogan kata Hidup Bahasa Hidup Bangsa.
Menggalakkan ahli-ahlinya bertukar pendapat.
Mengadakan persidangan kebangsaan yang pertama di
Taiping, Perak
Menghimpunkan ahlinya dr seluuh Tanah Melayu.
Semangat kenegerian dipecahkan dan konsep
kebangsaan terbentuk.
Persidangan di peringkat kebangsaan seterusnya
diadakan di P. Pinang, Singapura, Ipoh & Seremban.
95
Pertubuhan Orang Cina
Sebelum Perang Dunia Ke-2, orang Cina di Tanah
Melayu menumpukan perhatian kepada keadaan
yang berlaku di negara asal mereka.
Antara pertubuhan Cina di Tanah Melayui. Hsing
Chong Hui dan Chung Ho Tang.
Terdapat orang Cina yang memberi perhatian
kepada politik tempatan - terdiri daripada orang Cina
yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat atau Cina
Peranakan warganegara British.
Persatuan Orang Cina Peranakan di Negeri-negeri
Selat ditubuhkan.
Tokoh penubuhan persatuan orang Cina Peranakan
termasuklah:
i. Tan Jiak Kim,
ii Lim Boon Keng
iii. Song Ong Siang 96
Pertubuhan Orang India
Terpengaruh dengan negara asal mereka
sebelum Perang Dunia Kedua.
Nehru, pemimpin Parti Kongres India pernah
berucap di Kuala Kangsar
semasa lawatan beliau ke Tanah Melayu
pada tahun 1937.
Golongan cerdik pandai India yang
berpendidikan Inggeris telah menubuhkan
persatuan India di bandar utama
sepertiTaiping, Kuala Lumpur, Seremban dan
Pulau Pinang
Persatuan India Pusat Tanah Melayu
pimpinan A.M.Soosay ditubuhkan.
Persatuan ini menggabungkan 97
3. Tahap Politik (1938)
Juga di pelopori oleh golongan berpendidikan
Melayu dan Inggeris.
Perjuangan ekoran tekanan daripada bangsa
lain & isu pengagihan kuasa pada tahun
1920-an.
Penubuhan persatuan2 ini juga merupakan
kesan daripada perjuangan parti Nasional
Indonesia yang dipimpin oleh Soekarno.
Ibrahim Yaakob & Ishak Hj Muhammad
menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
bagi melindungi hak orang2 Melayu &
menentang British.
Penubuhan persatuan2 Melayu di setiap 98

Anda mungkin juga menyukai