Anda di halaman 1dari 19

Patah

PATAH TULANG
Definisi
– sebarang kepatahan atau keretakan
pada tulang.

Sebab Patah
-Kekuatan hentakan tepat (direct force)
-Kekuatan hentakan sipi (indirect force)
• Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan
tulang yang memberikan bentuk dan
sokongan kepada tubuh.
• Terdapat 206 ruas tulang dan dibahagi
kepada 4 jenis:-
– Tulang panjang -
lengan/paha
– Tulang pendek -
pergelangan tangan
– Tulang leper - bahu/punggung
– Tulang pelbagai bentuk - tulang
belakang
JENIS-JENIS PATAH

Patah tebu (Green stick fracture)


– kepatahan separa di mana
tulang patah dan
membengkok
- Darah tidak mengalir keluar
- selalu terjadi kepada
kanak-kanak.
Patah remuk (Comminuted)
-Kepatahan tulang yang
menjadi serpihan kecil
akibat dari impak yang
sangat kuat.
Patah melintang (Tranverse)
-kepatahan yang mendatar
atau merentas disebabkan
oleh aktiviti yang sangat
lasak.
Patah terpusing (Spiral)
-Kepatahan yang disebabkan
dari daya putaran yang kuat
dan menghasilkan kepatahan
seperti “spring”.
Patah menyerong (Oblique)
-kepatahan yang bersudut
tajam yang disebabkan dari
hentakan kuat secara
tiba-tiba.
Patah lesung (Impacted)
-patah yang tulangnya
cucuk-mencucuk antara
satu sama lain.

-kepatahan yang terjadi


akibat terjatuh dari tempat
yang tinggi dan terpecah
dari pelbagai sudut.
Bahagian Patah
1. PATAH TERBUKA

Tulang yang patah keluar menembusi


kulit dan menyebabkan luka dan
pendarahan.
2. PATAH TERTUTUP

Tulang yang patah tidak keluar dan


boleh menyebabkan pendarahan
dalaman
TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG
 Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.

 Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.

 Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.

 Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.

 Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau


otot.

 Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.


Patah Tulang Belakang (Back
Bone)
• Kecederaan pada tulang belakang boleh
mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord)
yang terdapat di dalamnya tercedera.
• Kecederaan ini adalah serius dan perlu
diberikan perhatian dan rawatan yang teliti
untuk mengelakkan kecederaan menjadi
bertambah buruk yang boleh mengakibatkan
lumpuh atau mati.
• Kecederaan tulang belakang
biasanya berlaku disebabkan oleh
trauma (kemalangan) sama ada
kemalangan jalan raya, jatuh dari
tempat tinggi dan sebagainya.
Tanda-tanda
1. Pergerakan anggota badan tertentu akan
menjadi lemah atau langsung tidak dapat
digerakkan.
2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau
langsung tiada.
3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak.
4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada.
5. Tidak sedarkan diri.
PRINSIP RAWATAN SECARA AM
Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti
berikut :

• Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang


mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan
pendarahan yang banyak.

• Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam.


Lakukan rawatan ditempat kejadian.

• Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang


cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
• Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan
sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.

• Haling / ampu pergerakan anggota yang patah


menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.

• Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh


dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas
akibat pembebatan yang terlalu ketat.
ANDUH ATAU BALUTAN PATAH
Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai