Anda di halaman 1dari 8

Tutorial 4:

Punca dan tindakan yang


perlu diambil untuk
memastikan dirinya
bebas dari masalah
kewangan yang teruk.
Disediakan oleh :
Ku xiao huei PISMP SEM8
Punca menghadapi masalah kawangan
1. Tiada Simpanan Kecemasan
2. Tidak Dapat Membezakan Di Antara Keperluan Dan Kehendak
3. Tidak Tahu Aliran Wang Keluar
4. Citarasa Melebihi Kemampuan
5. Sukar Menolak Tawaran
1. Tiada Simpanan Kecemasan
• Mengikut kajian, 3 daripada 4 rakyat Malaysia tiada simpanan RM1,000 yang boleh
digunakan untuk kecemasan. Padahal kalau diikutkan sifu-sifu kewangan, kita memerlukan
tabung kecemasan sebanyak 3 ke 6 bulan daripada gaji bulanan kita.
• Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan kita. Ini kerana, kita tidak
dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin anda ataupun ahli
keluarga anda akan ditimpa penyakit atau kemalangan. Saya mendoakan anda dan keluarga
sihat sejahtera.
• Namun, sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara-perkara kecemasan,
sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi
ruang dan pilihan untuk anda memikirkan tindakan terbaik yang anda perlu lakukan.
2. Tidak Dapat Membezakan Di Antara
Keperluan Dan Kehendak
• Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan lebih
60% pembeli menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu
bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.
• Satu tips yang baik ialah dengan membuat senarai barang-barang yang anda mahu beli. Kemudian, anda
tanyakan pada diri, adakah ini keperluan atau keinginan?
• Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau
matlamat tugasan anda tercapai. Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat
penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan
dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan.
• Kehendak pula adalah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup
seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang
mampu milik, berkualiti dan mampu membantu anda untuk mencapai sesuatu objektif. Istilah ‘biar papa asal
bergaya’ tidak seharusnya digunapakai.
3. Tidak Tahu Aliran Wang Keluar
• Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah
untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin
dilakukan.
• Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini, tidak kiralah sama
ada menggunakan platform Android atau Apple. Aplikasi sebegini dapat membantu anda
mengenalpasti aliran wang masuk dan keluar pada setiap hari. Pada setiap minggu dan bulan,
anda boleh mengetahui pola perbelanjaan dan seterusnya mengurus perbelanjaan dengan
lebih baik.
• Jika anda tidak menggunakan telefon pintar, anda boleh mengambil masa selama 5-10 minit
setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan anda. Percayalah, anda akan lebih
tenang untuk membelanjakan wang kelak.
4. Citarasa Melebihi Kemampuan
• Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa
kerana ia pasti akan memudaratkan.
• Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran,
menyebabkan para pengguna berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama.
• Jika ada yang menegur-”Wah, kamu memandu kereta BMW. Kayanya.”-pasti timbul perasaan bangga kerana orang memuji
kita kaya.
• Namun kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku
tenang? Mampukah aku tidur dengan lena?
• Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika
sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak
dibelenggu oleh hutang yang menimbun?
• Jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang
ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.
5. Sukar Menolak Tawaran
• Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang
yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual di
kalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.
• Anda perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk memastikan
barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan apa-apa jua alasan
yang diberikan oleh pelanggan.
Rujukan
• Bruce M. Frazee, Rose A. Rudnitski (1995), Integrated Teaching Methods: Teory,
Classroom Applications and Field-Based Connections, New York: Del mar
Publishers.

• Carr, W. & Kemmis, S. (1986), Becoming Critical: Education Knowledge and


Action Research. Lawen, Falmer.

• Day, C. (1999), Developing Teachers: The Challenge of Life-Long Learning,


London: Falmer Press.

Anda mungkin juga menyukai