Anda di halaman 1dari 46

KESALAHAN SINTAKSIS

DALAM PENULISAN
KESALAHAN STRUKTUR/ SINTAKSIS

Ayat Tergantung: Tiada Subjek

CONTOH:
(P) (P)
Pada masa ini, / suka membeli-belah
secara dalam talian.

(P) (S) (P)


Pada masa ini, / generasi muda / suka
membeli-belah secara dalam talian.
KESALAHAN STRUKTUR/ SINTAKSIS
Kata Hubung
Digunakan untuk memulakan ayat:
1. namun 7. justeru,
2. tetapi,…. 8. malahan,
3. Manakala 9. bukan itu sahaja,
4. malah
5. Lantas
6. Lalu
Contoh: Malah, kebanyakan orang tua dijumpai di
tepi-tepi jalan telah ditempatkan di pusat
penjagaan rumah orang tua.
Pembetulan: Kebanyakan orang tua dijumpai di
tepi-tepi jalan telah ditempatkan di pusat
penjagaan rumah orang tua.
KESALAHAN STRUKTUR/ SINTAKSIS
Kata Hubung
Ada digunakan tetapi salah

Contoh:
Jenayah siber harus dibanteras dan
dibendung oleh semua pihak.

Pembetulan:
Jenayah siber harus dibanteras atau
dibendung oleh semua pihak.
KESALAHAN STRUKTUR/ SINTAKSIS
Kata Hubung Berpasangan
1. Ada pasangan tetapi salah
2. Tidak ada pasangan (hadir dalam ayat
bersendirian

Contoh: Contoh:
a. baik… atau/ataupun… f. biar… jangan…
b. baik…mahupun… g. makin…makin…
c. bukan sahaja…tetapi h. semakin… semakin…
juga… i. jangankan…pun…
d. bukan sahaja… j.sungguhpun…namun…
malahan
e. sama ada…
atau/ataupun…
KESALAHAN STRUKTUR/ SINTAKSIS
Kata Hubung Berpasangan

Contoh:
Baik kerajaan dan pihak swasta sewajarnya lebih
serius untuk menangani masalah ini.

Pembetulan:
Baik kerajaan mahupun pihak swasta sewajarnya
lebih serius untuk menangani masalah ini.
@
Baik kerajaan atau/ataupun pihak swasta
sewajarnya lebih serius menangani masalah ini.
KESALAHAN STRUKTUR/ SINTAKSIS
Penanda Wacana
Penggunaan yang salah, pada awal ayat
(memulakan ayat)

(a)Pada masa kini, penglibatan pekerja asing


dalam kegiatan jenayah di negara ini semakin
meningkat dari tahun ke setahun.
(b)Hal ini kerana taraf hidup mereka rendah tidak
dapat menampung keperluan harian mereka di
negara ini.
(c)Selain daripada itu, kurang tindakan undang-
undang yang tegas terhadap pesalah warga
asing.
(d)Oleh kerana itu, pekerja asing bersikap lebih
berani untuk melakukan jenayah di negara ini.
KESALAHAN STRUKTUR/ SINTAKSIS
Penanda Wacana
Penggunaan yang salah, pada awal ayat
(memulakan ayat)

(a)Hal ini dikatakan


(a)Hal ini kerana demikian kerana
(b)Ini kerana (b) Hal ini dikatakan
(c)Pada masa kini
demikian kerana
(d)Selain daripada itu
(c) Pada masa ini
(e)Sejak dari itu
(d) Selain itu
(f) Oleh kerana itu
(g)Lantaran
(e) Sejak itu
(h)Justeru (f) Oleh itu
(g) Kata hubungan
gabungan
KESALAHAN STRUKTUR/ SINTAKSIS
Penanda Wacana
Penggunaan yang salah, pada awal ayat
(memulakan ayat)

(a)Pada masa kini, penglibatan pekerja asing


dalam kegiatan jenayah di negara ini semakin
meningkat dari tahun ke setahun.
(b)Hal ini kerana taraf hidup mereka rendah tidak
dapat menampung keperluan harian mereka di
negara ini.
(c)Selain daripada itu, kurang tindakan undang-
undang yang tegas terhadap pesalah warga
asing.
(d)Oleh kerana itu, pekerja asing bersikap lebih
berani untuk melakukan jenayah di negara ini.
KESALAHAN LEWAH/ STRUKTUR
Kesalahan 1 Pembetulan 1
Kesan kemasukan Kemasukan pekerja
pekerja asing tanpa izin asing tanpa izin
menyebabkan menyebabkan
meningkatnya kadar meningkatnya kadar
jenayah di negara ini. jenayah di negara ini.

Kesalahan 2 Pembetulan 2
Langkah untuk
Antara langkah untuk
menangani
menangani kemalangan
kemalangan jalan raya
jalan raya termasuklah
dengan mempergiat
mempergiat kempen
kempen keselamatan
keselamatan jalan raya.
jalan raya.
KESALAHAN LEWAH/ STRUKTUR
Kesalahan 3 Pembetulan 3
Antara punca-punca Antara punca/ Satu daripada
penglibatan remaja dalam punca penglibatan remaja
penyalahgunaan dadah dalam penyalahgunaan
adalah disebabkan dadah ialah kurangnya kasih
kurangnya kasih sayang sayang daripada ibu bapa.
daripada ibu bapa.

Kesalahan 4 Pembetulan 4
Kepentingan kemajuan
Kemajuan dalam bidang
dalam bidang
pelancongan dapat
pelancongan dapat
mewujudkan pelbagai
mewujudkan pelbagai
peluang pekerjaan
peluang pekerjaan
kepada rakyat tempatan
kepada rakyat tempatan
BAHAGIAN B:
PEMBACAAN KRITIS & ANALITIS
JUMLAH MARKAH

30%
TIP MENJAWAB (10 markah)

1. Jawapan mesti dalam petikan


2. Jawapan mesti lengkap dari segi isi.
3. Jawapan boleh ditulis dalam bentuk poin
kerana tiada markah bahasa.
6. Jika soalan 4 markah maka berikan 4 isi. Isi
tidak boleh disertakan dengan huraian.
7. Hanya 4 isi terawal akan disemak. Isi kelima
dan seterusnya tidak disemak walaupun betul.
TIP MENJAWAB (10 markah)

Jelaskan harapan yang dinyatakan oleh penulis dalam


petikan di atas.
[6 markah]

Panduan menjawab :
1. Soalan ini meminta calon memberikan 6 harapan
2. Kata-kata berbentuk harapan harus digunakan semasa
menghuraikan isi seperti, “perlulah”, “haruslah”,
“hendaklah”, “wajarlah”, “mestilah” dan sebagainya.
3. Jawapan tanpa kata-kata harapan diberikan markah “0”
walaupun betul dari segi isi.
TIP MENJAWAB (20 markah)
1. Jawapan calon mesti di luar teks.
2. Jawapan yang diambil daripada teks
diberikan markah “0”
3. Calon mesti beri sekurang-kurangnya 3
isi.
4. isi ditulis dalam bentuk berperenggan (50
patah kata bagi satu perenggan.
5. Jawapan mesti terus kepada isi. Tidak
perlukan pendahuluan dan penutup.

Perenggan 1 = Isi 1 (50 patah kata)


Perenggan 2 = Isi 2 (50 patah kata)
Perenggan 3 = Isi 3 (50 patah kata)
CONTOH JAWAPAN LENGKAP

IU Apa?
(2 m) (Sebab/ Kesan/ Langkah/ Kepentingan)

H Bagaimana? / Mengapa?
(1 m) (Penjelasan)

C Contoh? Bukti?
(1 m) (Siapa? Di mana? Bila? Apa?)

HC Kesan? Hasil? Tujuan?


(1 m)
PEPERIKSAAN 3 SEMESTER 1

Kita harus mencari jalan yang berkesan


untuk memperbaik kedudukan kita
dalam penilaian tersebut.
Berdasarkan langkah yang sesuai untuk
mencapai hasrat itu. Panjang jawapan anda
hendaklah tidak melebihi 150 patah
perkataan.
CONTOH JAWAPAN CALON 1
Langkah yang sesuai untuk memperbaiki
kedudukan kita dalam penilaian tersebut
IU ialah pihak berkuasa perlulah
menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
Hal ini dikatakan demikian untuk
memantau atau memastikan tiada
H sebarang masalah yang melibatkan
pencemaran air.

Contohnya, pihak berkuasa memantau


C di setiap sungai

Tegasnya, langkah ini boleh mencapai


HC hasrat tersebut.
CONTOH JAWAPAN CALON 1
Langkah yang sesuai untuk memperbaiki
IU kedudukan kita dalam penilaian tersebut
(0m) ialah pihak berkuasa perlulah
menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
Hal ini dikatakan demikian untuk
H memantau atau memastikan tiada
(1m) sebarang masalah yang melibatkan
pencemaran air.

C Contohnya, pihak berkuasa memantau di


(0m) setiap sungai

HC Tegasnya, langkah ini boleh mencapai


(0m) hasrat tersebut.
CONTOH JAWAPAN CALON 2
Di samping itu, pihak kerajaan hendaklah
IU menguatkuasakan undang-undang

Rakyat akan takut membuang sampah


H ke dalam sungai

Contohnya, menghadapkan masyarakat


yang membuang sampah ke dalam
C sungai dan menyebabkan pencemaran
sungai.

Kesannya, paras kebersihan air sungai


HC di negara kita akan meningkat.
CONTOH JAWAPAN LENGKAP 2
IU Di samping itu, pihak kerajaan hendaklah
(0m) menguatkuasakan undang-undang.

H Rakyat akan takut membuang sampah


(1m) ke dalam sungai

Contohnya, sesetengah masyarakat


C membuang plastik ke dalam sungai dan
(0m) menyebabkan pencemaran sungai.

HC Kesannya, paras kebersihan air sungai


(0m) di negara kita akan meningkat.
CONTOH JAWAPAN CALON 3
Langkah yang sesuai untuk mencapai
hasrat itu ialah kilang-kilang perindustrian
IU tidak membuang bahan buangan sisa
kimia ke dalam sungai.
Bahan buangan sisa kimia adalah
H berbahaya kerana mengandungi bahan
kimia.

Sebagai contoh, bahan kimia seperti


C bahan radioaktif

Kesannya dapat memelihara kualiti dan


HC kejernihan air sungai
CONTOH JAWAPAN CALON 3
Langkah yang sesuai untuk mencapai
IU hasrat itu ialah kilang-kilang perindustrian
(1m) tidak membuang bahan buangan sisa
kimia ke dalam sungai.
Bahan buangan sisa kimia adalah
H berbahaya kerana mengandungi bahan
(1m) kimia.

C Sebagai contoh, bahan kimia seperti


(0m) bahan radioaktif

HC Kesannya dapat memelihara kualiti dan


(1m) kejernihan air sungai
Petikan 1

rewang
SOALAN 1
…Jelaskan maksud rewang. [2]

JAWAPAN 1
Rewang merupakan suatu aktiviti
kerjasama dalam melaksanakan
urusan kenduri-kendara. [2]
SOALAN 2
Mengapakah penulis berpendapat bahawa
pupusnya amalan rewang akan membawa
kerugian kepada masyarakat? [3]

JAWAPAN 2
- dapat memupuk silaturahim, bukan sahaja
antara jiran malah antara penduduk sesebuah
kampung. [1]
- dapat menghidupkan semangat bekerjasama,
bantu-membantu, [1]
- dapat mengeratkan semangat perpaduan dan
hubungan persaudaraan dalam kalangan
masyarakat. [1]
SOALAN 3
…Berikan dua sebab rewang sudah jarang
diamalkan oleh masyarakat desa. [3]

JAWAPAN 3
- berkurangnya tenaga muda untuk
melakukan tugas-tugas rewang
- anggota masyarakat mencontohi cara
hidup masyarakat bandar, termasuk
dalam urusan majlis perkahwinan.
SOALAN 4
Mengapakah khidmat katering kini lebih menarik
perhatian mereka yang mahu mengadakan majlis
kenduri-kendara?
[2]
JAWAPAN 4
- ia lebih mudah.
- tuan rumah tidak perlu bersusah payah untuk
urusan menyediakan makanan dan peralatan
untuk menjayakan majlis perkahwinan
- segala-galanya atas tanggungjawab orang yang
menyediakan khidmat tersebut.
- anggota masyarakat kita kini sibuk dengan
urusan individu
PERENGGAN 1
Rewang – satu perkataan yang pada suatu waktu dahulu kerap kita
dengar, terutamanya di kampung atau di desa, khususnya semasa majlis
kenduri perkahwinan diadakan. Kini perkataan itu sudah jarang didengar
malah sesetengah anak muda mungkin tidak pernah mendengarnya. Rewang
merupakan 1. satu aktiviti kerjasama dalam melaksanakan
urusan kenduri-kendara. Antaranya, melapah atau memotong dan
memasak haiwan yang disembelih untuk penyediaan jamuan perkahwinan,
dan seterusnya menjayakan segala urusan kenduri-kendara semasa majlis
berlangsung. Tugas tersebut melibatkan kaum wanita dan juga lelaki. Kaum
wanita melakukan kerja yang lebih ringan, seperti memotong lada dan
bawang, membersihkan sayur-sayuran, memarut kelapa, mengupas kentang,
dan sebagainya. Kaum lelaki pula melakukan kerja yang lebih berat, seperti
melapah lembu atau kerbau dan memasak lauk-pauk. Kerja-kerja tersebut
dijalankan secara sukarela dan melibatkan jiran-jiran atau sebahagian
daripada penduduk kampung.
PERENGGAN 2
Kini, rewang sudah amat jarang dilakukan,
termasuk di desa-desa. Majlis kenduri
perkahwinan kini tidak lagi memerlukan
rewang sebagaimana dahulu kerana telah
digantikan oleh khidmat katering. Pengusaha
katering menyediakan sajian makanan
sebagaimana yang ditetapkan oleh tuan rumah
yang mahu mengadakan majlis tersebut.
Pengusaha katering juga menyediakan khemah,
pinggan mangkuk, dan sebagainya.
PERENGGAN 3
Pada masa ini, khidmat katering lebih menarik
perhatian kerana 4. ia lebih mudah. 4. Tuan rumah
tidak perlu bersusah payah untuk urusan
menyediakan makanan dan peralatan untuk
menjayakan majlis perkahwinan kerana 4. segala-
galanya atas tanggungjawab orang yang
menyediakan khidmat tersebut. Keadaan ini berlaku
disebabkan 4. anggota masyarakat kita kini sibuk
dengan urusan individu; tiada masa untuk
melakukakan kerja gotong-royong seumpama rewang
itu.
PERENGGAN 4
Kita tidak dapat menafikan bahawa keadaan ini
merupakan satu pengaruh yang dibawa oleh
kehidupan masyarakat bandar. Penduduk bandar yang
dikatakan bersifat individualistik dan terlalu mengejar
kejayaan dalam kerjaya tiada masa untuk melakukan
kerja-kerja amal yang bersifat gotong-royong seperti
itu. Realiti di desa pula, yang memperlihatkan 3.
berkurangnya tenaga muda untuk melakukan
tugas-tugas rewang mendorong 3. anggota
masyarakatnya untuk mencontohi cara hidup
masyarakat bandar, termasuk dalam urusan majlis
perkahwinan.
PERENGGAN 5
Pada hakikatnya, berkurangnya aktiviti rewang dalam
masyarakat merupakan satu gejala yang menunjukkan
bahawa akan lupus satu daripada unsur budaya tradisi. Jika
ini berlaku maka ia merupakan satu kerugian kepada
masyarakat kita. Hal ini dikatakan demikian kerana
rewang sebenarnya 2. dapat memupuk silaturahim, bukan
sahaja antara jiran malah antara penduduk sesebuah
kampung. Aktiviti rewang 2. dapat menghidupkan
semangat bekerjasama, bantu-membantu, di samping 2.
mengeratkan semangat perpaduan dan hubungan
persaudaraan dalam kalangan masyarakat. Dengan
pupusnya rewang, pupuslah satu daripada ruang
pemupuk semangat kerjasama.
SOALAN 5

Pada pandangan anda, jika amalan rewang


diteruskan, apakah kebaikan kepada
kalangan masyarakat? Kemukakan hujah
yang bernas untuk menyokong pandangan
anda.
Jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150
patah perkataan. [20]
JAWAPAN LATIHAN 1
IU dapat memupuk silaturahim
(2m) kalangan masyarakat yang terlibat

HI Saling bekerjasama dalam menjalankan


(1m) sesuatu pekerjaan

Contohnya, semasa menjalankan kerja


CTH masak-memasak, mereka bergurau-
(1m) senda dan berbual bicara

HC Oleh itu, semangat ukhuwah anggota


(1m) masyarakat menjadi kukuh.
JAWAPAN LATIHAN 1
IU Dapat mengurangkan kos dalam
(2m) mengadakan kenduri-kendara

HI Aktiviti rewang tidak memerlukan


bayaran khas. Jika ada, hanya sebagai
(1m) sagu hati dan bukan dalam bentuk wang.

Contohnya, kerja menyediakan pelamin


CTH dan penyediaan makanan dibuat
(1m) bersama-sama

HC Jadi, perbelanjaan kenduri-kendara


(1m) dapat dijimatkan.
JAWAPAN LATIHAN 1
IU Dapat mengekalkan unsur budaya
(2m) tradisi

HI Rewang merupakan amalan budaya


tradisi masyarakat desa dan manfaatnya
(1m) dapat terus dirasai.
Contohnya, amalan ini boleh diterapkan
CTH juga untuk aktiviti yang lain seperti
(1m) aktiviti gotong-royong untuk membaiki
rumah.
Jadi, nilainya bukan dalam bentuk
HC kebendaan kerana banyak manfaatnya
(1m) dapat diperoleh daripadanya.
BAHAGIAN C:
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Jenayah siber bukan sahaja merupakan


suatu jenayah yang sukar dibendung tetapi
juga amat berbahaya. Pada pendapat anda,
apakah faktor berlakunya jenayah tersebut
dan apakah pula kesannya?
PENDAHULUAN
Pada masa ini, jenayah siber bukan sahaja merupakan
suatu jenayah yang sukar dibendung malah amat
berbahaya kepada segelintir yang menjadi mangsa jenayah
siber ini. Jenayah siber ini merupakan jenayah yang
melibatkan nyawa kepada segelintir pihak yang lain.
Tegasnya, jenayah siber ini berlaku kepada remaja
lingkungan umur 18 hingga 25 tahun yang terlibat kepada
jenayah siber yang sering menjadi bualan ramai kini.
Kesannya, pelbagai anasir-anasir negatif akan berlaku
sekiranya jenayah siber ini semakin berleluasa dan tidak
diambil perhatian oleh ramai pihak. Maka, pelbagai faktor
yang berlakunya jenayah siber tersebut.
PENDAHULUAN
//Pada masa ini, jenayah siber bukan sahaja merupakan
suatu jenayah yang sukar dibendung malah amat
berbahaya kepada segelintir yang menjadi mangsa jenayah
siber ini. //Jenayah siber ini merupakan jenayah yang
melibatkan nyawa kepada segelintir pihak yang lain.
[//Tegasnya, jenayah siber ini berlaku kepada remaja
lingkungan umur 18 hingga 25 tahun yang terlibat kepada
jenayah siber yang sering menjadi bualan ramai kini.]X
//Kesannya, pelbagai anasir-anasir negatif akan berlaku
sekiranya jenayah siber ini semakin berleluasa dan tidak
diambil perhatian oleh ramai pihak. //Maka, pelbagai
faktor yang berlakunya jenayah siber tersebut^. P=1
PERENGGAN ISI
Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini
berlaku adalah kurang didikan daripada ibu bapa. Ibu bapa
yang sibuk dengan kerjaya masing-masing tanpa
mengambil tahu dan memantau aktiviti harian anak-anak
mereka sehingga anak-anak mereka terabai. Hal ini
dikatakan demikian kerana, ibu bapa yang selalunya sibuk
memang tidak dinafikan bahawa mereka telah lepas tangan
terhadap tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa yang
memantau anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak berasa
dirinya diabaikan oleh orang tuanya yang sibuk dengan
kerjaya sentiasa menyebabkan anak-anak lari dari rumah
dan bergaul dengan orang yang tidak dikenali di luar sana
PERENGGAN ISI
[//Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini
berlaku adalah kurang didikan daripada ibu bapa. //Ibu bapa
yang sibuk dengan kerjaya masing-masing tanpa mengambil
tahu dan memantau aktiviti harian anak-anak mereka sehingga
anak-anak mereka terabai. //Hal ini dikatakan demikian
kerana, ibu bapa yang selalunya sibuk memang tidak dinafikan
bahawa mereka telah lepas tangan terhadap tanggungjawab
mereka sebagai ibu bapa yang memantau anak-anak.
//Sebagai contoh, anak-anak berasa dirinya diabaikan oleh
orang tuanya yang sibuk dengan kerjaya sentiasa
menyebabkan anak-anak lari dari rumah dan bergaul
dengan orang yang tidak dikenali di luar sana]TR IS=0
PENUTUP
Kesimpulannya, jenayah siber harus dibendung dan
dibanteras. Saya berharap agar masyarakat dan pihak
berkuasa bekerjasama untuk membanteras jenyah siber.
Hal ini dikatakan demikian kerana jenayah ini
memberikan kesan kepada semua lapisan masyarakat dari
segi keselamatan dan kewangan. Sekiranya anda menjadi
mangsa segera laporkan kepada pihak berkuasa supaya
mereka dapat ditangkap dan dihukum melalui undang-
undang. Untuk memastikan penggunaan siber yang
selamat dan bebas dari jenayah, masyarakat harus
berganding bahu membanteras jenayah siber.
PENUTUP
//Kesimpulannya, jenayah siber harus dibendung dan
dibanteras. Saya berharap agar masyarakat dan pihak
berkuasa bekerjasama untuk membanteras jenayah
siber. //Hal ini dikatakan demikian kerana jenayah ini
memberikan kesan kepada semua lapisan masyarakat dari
segi keselamatan dan kewangan. //Sekiranya anda menjadi
mangsa segera laporkan kepada pihak berkuasa supaya
mereka dapat ditangkap dan dihukum melalui undang-
undang. //[Untuk memastikan penggunaan siber yang
selamat dan bebas dari jenayah, masyarakat harus
berganding bahu membanteras jenayah siber.] UL
K=1

Anda mungkin juga menyukai