Anda di halaman 1dari 37

THAHARAH

UST. NURHASAN, S.Ag, M. Ag


KESUCIAN = THOHAROH

THAHARA/
KESUCIAN

BATHINIYA
LAHIRIYAH H
MACAM-MACAM BERSUCI
LAHIRIYAH

WUDHU’

MANDI
JUNUB
• HAID MANDIKA
• NIFAS/WILADAH N MAYAT
• BERSETUBUH
• MIMPI BASAH
PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI )
1. Adalah: Menghilangkan hadas dan najis dari
badan, pakaian dan tempat supaya dapat
menunaikan ibadah khususnya ibadah sholat.

2. Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam


ajaran Islam.Tanpa bersuci ibadah tidak diterima.Di
antara cara bersuci ialah : wuduk , mandi dan
membersihkan najis dari badan dan pakaian.
JENIS-JENIS BERSUCI

1- Menyucikan badan dari hadas kecil

2. Menyucikan badan dari hadas besar

3. Istinja’
1- Menyucikan badan dari hadas kecil

Yaitu; menyucikan badan dari hadas kecil


dengan berwuduk atau bertayammum.
Orang yang berhadas kecil diharamkam
mengerjakan solat atau menyentuh al-
Qur’an.
2. Menyucikan badan dari hadas besar

Orang yang berjunub atau berhadas besar


hendaklah membersihkan dirinya dengan
mandi.
Mereka yang berhadas besar ialah mereka
yang melakukan persetubuhan ,orang yang
haid dan nifas. Orang yang berhadas besar
juga diharamkan mengerjakan
solat,puasa,haji,duduk di dalam
masjid,menyentuh dan membaca al-Quran.
3. Istinja’

Menghilangkan kotoran dari najis kecil


(kencing) atau najis besar(tahi) dari
tempat keluarnya dengan sesuatu yang
bersih seperti air,kertas,batu,tisu dan
sebagainya sehingga najis itu bersih.
Istinja’ itu mestilah menghilangkan
najis,baunya dan rasanya.
Cara-cara beristinja’
1. Istinja’ dilakukan 3 kali ulang,kalau masih belum
suci boleh di ulangi lagi sehingga bersih.

2. Alat untuk beristinja’ itu mestilah dapat


membersihkan tempat najis yang keluar.

3. Sekiranya batu mestilah diambil sekurang-


kurangnya 3 biji .
JENIS-JENIS AIR
1. Air Mutlak (Air yang suci lagi menyucikan )

2. Air Musta’mal (Air yang telah digunakan )

3. Air Mutannajis ( Air yang kotor)

4. Air Musyammas (air yang terjemur pada


matahari)
1. Air Mutlak ( Air yang suci lagi
menyucikan )

Air ini boleh digunakan untuk


minum,mandi dan berwuduk dan boleh
juga digunakan untuk membasuh.
Contoh air mutlak ialah; air telaga,air
sungai,air hujan,air mata air,air laut dan
sebagainya,
2. Air Musta’mal (Air yang telah digunakan )

Air yang suci tetapi tidak dapat menyucikan


yaitu air yang telah berubah salah satu
sifatnya,contoh seperti air kopi,air teh dan
sebagainya.
Termasuk juga dalam golongan ini air yang
kurang dari dua kolah, yaitu air yang sudah
digunakan untuk berwuduk atau
menghilangkan najis.
Ukuran 2 kollah

60 X 60 x60 Cm
3. Air Mutannajis ( Air yang kotor)

Air yang najis yaitu air yang sudah


berubah semua sifatnya warna,rasa atau
baunya dan bercampur dengan najis.
4. Air Musyammas (air yang terjemur pada matahari)

Yaitu air yang terjemur pada terik


matahari dalam tempat selain tempat
daripada emas atau perak.Air ini makruh
digunakan untuk badan tetapi boleh
digunakan untuk membasuh pakaian.
JENIS – JENIS NAJIS

1. Najis Mughallazah (najis berat)

Yaitu najis anjing dan babi.


Cara mencuci ; barang –barang yang terkena najis ini
hendaklah dicuci dengan menyamak yaitu membasuh
dengan air sebanyak 7 kali.Basuhan pertama hendaklah
dengan air bercampur dengan tanah.
JENIS – JENIS NAJIS
2. Najis mukhaffafah (najis ringan)

Yaitu najis yang ringan seperti kencing bayi Laki-laki yang


berusia kurang dari 2 tahun yang hanya minum susu
ibunya saja.
Cara menyucinya ialah dengan memercikkan air di tempat
terkena kencing itu.
JENIS – JENIS NAJIS
3. Najis Mutawassitah (najis pertengahan)

Yaitu najis pertengahan .Termasuk dalam kumpulan ini ialah


air kencing ,tahi, darah,nanah,muntah,air mazi (iaitu air putih
jernih yang keluar dari kemaluan ketika nafsu berahi
meningkat),wadi (air putih jernih yang keluar dari kemaluan
sesudah buang air kecil ketika kerja berat),arak dan susu
binatang yang tidak boleh dimakan.
Cara menyucinya ialah basuh dengan air bersih hingga hilang
baunya,rasanya,dan warnanya.Jika sudah dibasuh berulang-
ulang kali tetapi baud an warnanya tidak juga hilang adalah
dimaafkan.
WUDUK
Pengertian wuduk

Wuduk menurut bahasa artinya bersih dan


indah.Menurut syarak artinya membersihkan
aggota wuduk untuk menghilangkan hadas
kecil. Bagi orang yang hendak menunaikan
sholat, wajib baginya berwuduk dahulu kerana
berwuduk adalah syarat sahnya sholat.
Fardhu Wuduk
Fardu Wuduk ada enam perkara

Pertama : Niat.
Iaitulah berniat dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.membaca
lafaz adalah sunat.ucapan niat:

‫حدثــالصغـر لـــلهـ تــــعـاــلى‬


‫نــويـترـفعـ اــل ا‬
“ Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat hadas yang kecil kerana Allah
Taala”

Kedua : Membasuh muka


Iaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya rambut kepala hinggga
ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
Fardhu Wuduk
Ketiga : Membasuh kedua tangan hingga mata siku dimulai
dengan tangan kanan kemudian tangan kiri.

Keempat : Membasuh atau menyapu sebahagian dari kepala.


Sekurang-kurangnya membasahkan 3 helai rambut dikepala.

Kelima : Membasuh kedua kaki hingga ke matakaki dimulai dari


kaki kaki kemudian kaki kiri.

Keenam : Tertib, yaitu melakukan wuduk mengikut turutan dan


berturut-turut.
SYARAT-SYARAT WUDUK

1. Beragama Ilslam
2. Mumaiyiz yaitu seseorang yang telah dapat
membedakan antara yang bersih dengan yang kotor.
3. Suci dari haid dan nifas
4. Dengan air yang suci lagi menyucikan
5. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalangi air
sampai kekulit (anggota wuduk) seperti getah,minyak
dan sebagainya.
6. Mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat
SUNAT-SUNAT WUDUK
1. Membaca Bismillah
2. Membasuh kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air kehidung
5. Menyapu seluruh kepala
6. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan dalam
7. Membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali
8. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
9. Bersiwak (Sikat gigi)
10.Membaca doa selepas berwuduk (Allahummajni minattauwabina
wajalni minal muthathoh hiriin,..........)
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu qubul dan dubur


seperti kentut,kencing dsbnya.
2. Hilang ingatan dengan sebab gila atau pitam atau
tidur yang tidak tetap kedudukannya
3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang
bukan muhrimnya.
4. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan atau
perut anak jari. Pada kemaluan sendiri atau orang
lain.
TAYAMMUM
Tayammum ialah: Menyapu tanah dan kedua tangan
hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu .
Tayammun adalah sebagai ganti wuduk atau mandi wajib
khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air
kerana sebab-sebab tertentu Yaitu:

1. Uzur kerana sakit yang tidak boleh terkena air

2. Tidak ada air atau ada air, yang cukup untuk minum
saja.
Syarat-syarat tayammum
1. Masuk waktu solat sedangkan air tidak ada,

2. Tidak ada air walaupun sudah berusaha


mencarinya.

3. Tanah suci dan berdebu

4. Menghilangkan najis dari badannya dengan


beristinja’ sebelum bertayammum.
Rukun Tayammum

1. Berniat untuk bertayammum

‫نــويـتاــلتيمم الــستباـحة فـــرـضاــلصالة‬


“ Sengaja aku tayammum kerana mengharuskan fardu solat”

2. Menekankan kedua tapak tangan ke atas bedu yang suci.


3. Menyapu muka dengan tebu tadi.
4. Menekan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi
kemudian menyapu dua tapak tangan sampai kesiku.
5. Tertib
Sunat Tayammum
1. Membaca Basmalah

2. Mengadap kiblat

3. Mendahului menyapu anggota kanan

4. Mengejakan dengan berturut-berturut


Perkara yang membatalkan Tayammum

1. Semua perkara yang membatalkan


wuduk
2. Mendapatkan air sebelum memulai
solat (bagi orang yang tidak uzur)
3. Apabila orang yang uzur boleh
menggunakan air.
MANDI WAJIB ATAU MANDI JUNUB
Mandi wajib ialah; mandi yang wajib dilakukan bagi
mengangkat hadas yang besar setelah berlaku salah satu
daripada sebab-sebab yang menyebabkan wajibnya mandi
wajib.

Sebab-sebab wajib mandi;

1. Melakukan persetubuhan yaitu memasukkan kepala


hasafah ke dalam faraj meskipun tidak keluar air mani.

2. Keluar air mani walaupun tidak bersetubuh


MANDI WAJIB ATAU MANDI JUNUB
3. Mati kecuali mati syahid

4. Suci daripada Haid, apabila seseorang perempuan telah


suci daripada haidnya maka wajiblah dia mandi dengan
segera.

5. Suci dari darah nifas yaitu darah yang keluar sesudah


melahirkan anak.

6. Wiladah yaitu melahirkan anak


Rukun Mandi Wajib
1. Niat iaitu dengan lafaz niatnya:

‫حدثــالكـبر لـــلهـ تــــعـاــلى‬


‫نــويـترـفعـ اــل ا‬
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah
Ta’ala”

2. Menghilangkan semua najis dari anggota badan.

3. Meratakan air ke seluruh badan


Sunat-sunat mandi wajib
• 1. Membaca bismillah.
2. Mencuci faraj dan dubur dengan air bersih
3. Kalau ada najis ditubuh badan hendaklah
dibersihkan terlebih dahulu.
4. Sunat berwuduk
5. Menjirus air kebadan dimulakan dari
sebelah kanan.
Perkara yang dilarang bagi orang
yang berhadas besar.
1. Mengerjakan solat,termasuk juga sujud
syukur,sujud tilawah,membaca khutbah
jumaat.
2. Melakukan tawaf di Baitullah.
3. Menyentuh dan membaca al-Quran
4. Berhenti di dalam masjid atau berulang-
alik di dalamnya.
5. Berpuasa dan sebagainya.
Sholat Wajib/Fardhu
• Fardhu terbagi dua:

1. Fardhu Ain (Individual)

2. Fardhu Kifayah (Kolektif)


Rukun Sholat Wajib/Fardhu
Takbirotul Membaca s.
Niat ikhrom Al-Fatihah

Rukuk I’tidal Sujud


Duduk diantara Tahiyat
dua sujud akhir
Sholawat
wassalam

Anda mungkin juga menyukai