Anda di halaman 1dari 11

AHLI KUMPULAN :

ELYA FAHADA
ARISSYA BALQIS
HANIS HUMAIRA
ADZRA AMIRA
NURIN ATIKAH
CERPEN

SEKEPING TANAH
 TEMA
 Tema cerpen ini ialah konflik adik-beradik dalam
pertahankan harta pusaka warisan keluarga. Hubungan
kekeluargaan Harun adik-beradik diuji dengan harta
pusaka peninggalan ayah mereka,iaitu sebidang tanah di
sebuah bandar. Hisyam bersepakat dan berkolaboratif
dengan kakaknya,Halimah untuk membangunkan tanah
pusaka peningalan arwah ayah mereka itu walaupun
mendapat tentangan daripada abang sulung mereka,
Harun.
 PERSOALAN
 KEBIJAKSANAAN MERANCANG MASA DEPAN
CONTOHNYA : Hisyam mengemukakan cadangannya kepada Harun dan
Halimah berhubung dengan hasratnya untuk
membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah
ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi tanah
pusaka ayah itu pada masa depan.

 KEGIGIHAN DALAM MENCARI REZEKI


CONTOHNYA : Hisyam gigih menyara keluarganya dengan bekerja
sebagai pemandu teksi

 KEHIDUPAN WARGA KOTA YANG PENUH DENGAN PELBAGAI

CABARAN
CONTOHNYA : Anak-anak lelaki Harun,iaitu Saleh terlibat dalam
penagihan dadah manakala Musa terlibat dalam akitiviti
lumba haram.
 LATAR
 LATAR MASA
 WAKTU MALAM
CONTOHNYA : Hisyam menemui kakanya,Halimah untuk berbincang
tentang perjualan tanah pusaka peninggalan arwah
ayah mereka pada waktu malam.

 WAKTU PETANG
CONTOHNYA : Harun memberhentikan keretanya di seberang jalan
bersetantang dengan tapak kondo yang bakal didirikan
untuk melihat dengan jelas nama adiknya yang tentera
pada papan kenyataan tapak kondo itu.

 WAKTU TENGAH HARI


CONTOHNYA : Hisyam dan Halimah menuju ke restoran tomyam yang
terletak di Jalan Daud, Kampung Baru untuk makan
tengah hari.
 LATAR TEMPAT
 RUMAH HARUN
CONTOHNYA : Hisyam dan Harun berbincang tentang sebidang tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka di rumah Harun.

 RUMAH HALIMAH
CONTOHNYA : Hisyam dan Halimah berbincang mengenai sebidang
tanah pusaka perninggalan arwah ayah mereka di rumah
Halimah dan mereka bersetuju untuk membangunkan
tanah pusaka itu.

 RUMAH HISYAM
CONTOHNYA : Hisyam menerima panggilan daripada abangnya, Harun
yang tidak berpuas hati dengan sikapnya yang
merahsiakan penubuhan Syarikat Binajaya Sdn.Bhd.
daripada pengetahuan abangnya itu.
 LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang bijak merancang masa depan.

CONTOHNYA : Hisyam mengemukakan cadangannya kepada Harun dan


Halimah berhubung dengan hasratnya untuk
membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah
mereka di bandar kerana memikirkan potensi tanah
pusaka itu pada masa depan.

 Masyarakat yang berani mengambil risiko untuk kesejahteraan


masa depan

CONTOHNYA : Hisyam berani membuat pinjaman bank untuk membeli


tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya semula yang
dijual, seterusnya membangunkan tanah pusaka itu
dengan pembinaan kondo mewah.
 Masyarakat yang amanah dan bertanggungjawab dalam memikul
tugas.

CONTOHNYA : Hisyam menjalankan tugasnya sebagai Pengurus


Syarikat Binajaya Sdn.Bhd. dengan amanahnya dan
jujurnya sebelum menyerahkan jawatan itu kepada
kakaknya ,Halimah.
 NILAI
 KASIH SAYANG
CONTOHNYA : Harun sanggup membiayai kos guaman bagi kes bunuh
yang melibatkan anaknya, Musa disebabkan kasih sayang
yang mendalam terhadap anaknya itu.

 KEBERANIAN
CONTOHNYA : Hisyam berani membuat pinjaman bank untuk membeli
tanah pusaka ayahnya yang dijual itu semula, seterusnya
membina sebuah kondo mewah.

BALAS KASIHAN
CONTOHNYA : Halimah bersimpati dengan nasib abangnya,Harun yang
dihimpit masalah akibat permasahan anaknya, Musa
yang dihukum penjara akibat disabitkan dengan
kesalahan membunuh.
PENGAJARAN
 Kita hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan
hidup dan keluarga.
CONTOHNYA : Hisyam mengemukakan cadangannya kepada Harun dan
Halimah berhubung dengan hasratnya untuk
membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah
mereka di bandar kerana memikirkan potensi tanah
pusaka itu pada masa depan.

 Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam


menjalankan tugas.
CONTOHNYA : Hisyam mengurus projek pembinaan Kondo Jaya di
bawah Syarikat Binajaya Sdn.Bhd.dengan amanahnya
dan jujurnya walaupun dia tidak memiliki kelulusan
yang tinggi
 Kita mestilah rasional dalam membuat keputusan.
CONTOHNYA : Hisyam bersepakat dengan Halimah untuk memajukan
tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka
disebabkan harga tanah yang melambung tinggi di
bandar itu.

 Kita hendaklah berani mengambil risiko untuk kesejahteraan


kehidupan masa depan.
CONTOHNYA : Hisyam berani membuat pinjaman bank untuk membeli
tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya semula
yang dijual, seterusnya membangunkan tanah pusaka
itu dengan pembinaan kondo mewah.

 Kita hendaklah gigih mencari rezeki walaupun diuji dengan pelbagai


dugaan dan cabaran.
CONTOHNYA : Hisyam gigih menyara kehidupan keluargannya dengan
bekerja sebagai pemandu teksi.

Anda mungkin juga menyukai