Anda di halaman 1dari 10

CERPEN SEKEPING TANAH

SINOPSIS
Hisyam menemui abangnya, Harun untuk berbincang tentang sebidang tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. Hisyam bercadang untuk
membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya itu kerana
kakaknya, Halimah juga bersetuju dengan cadangannya.
Gambarkan suasana dalam rumah di mana Hisyam dan Harun sedang
berbincang dan Harun tidak berapa gembira)
Halimah bersetuju dengan tindakan Hisyam itu kerana dia berasa tidak selesa
menetap di rumah pusaka itu kerana takut akan timbul masalah. Hisyam
menyatakan kepada Harun bahawa dia bercadang untuk menubuhkan
perusahaan keluarga iaitu membangunakan kondo di tanah pusaka itu.
(Gambarkan suasana Halimah- wanita pertengahan umur bersetuju dengan
tindakan Hisyam) Fikiran mereka terbayang kondo bertingkat di tanah pusaka
itu)
Namun begitu Harun mula mempersoalan adiknya tentang faktor kewangan
dan tahap pendidikan yang dimiliki oleh adiknya. Hisyam menyakinkan
bahawa mereka boleh mebuat pinjaman bank dan itu boleh diuruskan oleh
kakaknya seorang pengurus bank.
Harun terasa disindir apabila Hisyam memberitahu menguruskan anak-anak juga rumit
sama seperti menguruskan syarikat keluarga. Hal ini kerana nak-nak Harun iaitu Salleh
terlibat dalam najis dadah dan Musa pula sering ditangkap kerana berlumba haram.
(tunjukkan gambar mat rempit dan penagih)
Manakala keadaan sebaliknya untuk Hisyam yang hanya seorang pemandu teksi tetapi
Zaki, Linda dan Nora semuanya berjaya dalam kehidupan. Harun bertegas supaya
Hisyam melupakan angan-angannya itu. (tunjukkan Zaki doktor jantung, Linda pensyarah,
Nora belajar di Universiti)
Akibat kedegilan abangnya, Hisyam menemui Halimah. Kedua-dua bercadang
meneruskan pembangunan tanah itu tanpa pengetahuan abangnya. Mereka melantik
seorang penguam untuk membeli tanah yang telah djualnya itu dan memulakan sebuah
Syarikat Binajaya Sdn Bhd.
Sebulan selepas itu, mereka menjual tanah pusaka itu dengan harga RM 6 625 000.
Harun gembira kerana dia mendapat 2 625 000 dan Hisyam mendapat 2 625 000
manakala Halimah mendapat 1 325 000. Rumah pusaka itu didermakan kepada sebuah
keluarga di Sungai Penchala.
(Tunjukkan di meja mereka menandatangani persetujuan)
Pada minggu itu juga sebuah papan tanda terpacak menyatakan tentang pembinaan
kondo mewah 25 tingkat. Hati Harun terdetik juga ini mungkin projek adiknya apabila
melihat nama adiknya tertera pada papan tanda itu sebagai Pengurus Syarikat Binajaya.
Namun begitu dia tidak berbuat apa-apa kerana dia cuma melihat pembanguan tersebut
dan berfikir nama itu mungkin bukan nama adiknya.
(seorang memandu dan terkejut melihat papan tanda Syarikat Binajaya – pengurus
Hisyam bin Sulaiman)
Setelah tiga tahun berlalu, Kondo 25 tingkat itu siap dibina, majlis penyerahan kunci
dijalankan. Harun ayang ke tempat tersebut terkejut apabila melihat Halimah dan Hisyam
di situ. Harun berasakan diri dia telah ditipu oleh kedua-dua mereka.
(Tunjukkan majlis penyerahan kunci di mana Hisyam dan Halimah menyerahkan kunci)
(Harun sangat terasa dan sedih terutamanya duitnya tinggal 1 juta shj)
Harun melahirkan perasaan kecewanya kepada Hisyam dan merasakan dirinya telah
ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam menerangkan perkara sebenar kepada
abangnya. Harun yang masih tidak berpuas hati cuba berhubung dengan pengusaha
pembangunan kondo tersebut. Dia terpukul dengan tindakannya sendiri tiga tahun lepas.
Gambarkan suasana rumah mewah Halimah dan Hisyam sedang berbincang sambil
menghirup kopi). Halimah memberitahu tentang anak harun dengan menunjukkan surat
khabar.
Halimah dan Hashim dikejutkan dengan berita daripada surat khabar tentang penangkapan
Musa yang terlibat dengan kes pembunuhan. Harun terpaksa membelanjakan wang yang
banyak untuk pembelaan anaknya. Hisyam pula menyerahkan pengurusan Syarikat Binajaya
kepada kakaknya memandangkan kakaknya berpendidikan tinggi. Hisyam pula meneruskan
kerjayanya sebagai pemandu teksi keran pekerjaan itu sebati dengan jiwanya. Selepas
perbincangan itu, Hisyam membawa kakaknya menaiki teksi untuk menikmati Tom yam di
sebuah kedai. Mereka akan meneruskan perusahaan mereka
TEMA
Konflik adik-beradik dalam mempertahankan harta pusaka warisan
keluarga
PERSOALAN
1. Keberanian mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan
2. Kepentingan berfikir sebelum mengambil sesuatu keputusan
3. Kerjasama antara adik beradik untuk menjayakan sesuatu projek
4. Kebijaksanaan merancang masa depan
WATAK DAN PERWATAKAN
Hisyam
1. Adik bongsu kepada Harun dan Halimah
2. Pemandu teksi dan mempunyai tiga orang anak-anak yang Berjaya
3. Patuh dan bersopan apabila bercakap dengan abang dan kakak
4. Berpandangan jauh
5. Tidak mahu tanah pusaka jatuh ke tangan orang lain
HARUN
1. Anak sulung dan Bapa kepada dua orang anak lelaki
2. Seorang yang cepat marah dan merajuk
3. Seorang yang sensitive
HALIMAH
1. Anak kedua
2. Pengurus sebuah bank
3. Bijak dan teliti dalam bidang perniagaan
4. Seorang yang prihatin dan bijak

Anda mungkin juga menyukai