Anda di halaman 1dari 550

Dengan Kerjasama:

PN. JULIANA BT ALI (Pegawai SISC+, PPD Kinta Utara)


SMK DATO’ HAJI MOHD TAIB CHEMOR
TEKNIK MENJAWAB
SOALAN SEJARAH, STPM
(PENGGAL 1)
1- PENYEDIAAN SKRIP YG BAIK
PERKARA KETERANGAN

Kehendak soalan Jawapan mesti menepati kehendak soalan. Pastikan jawapan tidak terpesong.
Perenggan Tulis satu ISI dalam satu perenggan. Jangan masukkan lebih daripada satu isi
dalam satu perenggan.
Tulisan Mesti kemas dan boleh dibaca. Tulisan penting kerana pemeriksa tidak memahami
maklumat yang disampaikan jika tulisan buruk. Tulisan buruk boleh menjejaskan
pemberian markah.
Struktur jawapan Jawapan mesti berstruktur yakni mempunyai bahagian pengenalan, isi dan
kesimpulan. Jangan memulakan jawapan tanpa pengenalan atau mengakhiri
jawapan tanpa rumusan.
Isi/fakta Berikan isi atau fakta sebanyak mungkin. Huraikan setiap fakta yang diberikan.
Hanya fakta yang berhurai akan diberikan markah. Tiada markah tanpa
huraian. Elakkan daripada melakukan kesilapan fakta. Jangan cipta fakta sendiri.
Kukuhkan fakta yang diberi dengan contoh-contoh yang releven.
Bentuk jawapan Jawapan mesti ditulis dalam bentuk esei. Jangan tulis dalam bentuk point form.
Jawapan perlu menampakkan kematangan calon.
Bahasa Gunakan bahasa yang mudah, jelas, tepat dan ilmiah.
TUGASAN SOALAN = Calon-calon harus memahami maksud kata tugas
dan menyusun jawapan mengikut kehendak soalan.

KATA TUGAS KETERANGAN


Huraikan Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang
lebar/terperinci dan teratur.
Jelaskan/Terangkan Memberi penerangan dengan mengemukakan sebab supaya perkara
itu lebih jelas dan difahami.
Nyatakan Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
penerangan lanjut.
Takrifkan Memberikan maksud istilah dengan sedikit ulasan
Galurkan Huraikan mengikut kronologi masa/peristiwa
Bincangkan Menghuraikan secara kritis tentang tajuk yang diberikan dengan
menyatakan pro/kontra dan baik/buruk dan lain-lain.
Nilaikan Menimbang sesuatu perkara berdasarkan beberapa kriteria
Sejauh manakah Menilai peranan sesuatu faktor dalam sesuatu peristiwa
berbanding dengan faktor-faktor lain.
Bandingkan Melihat persamaan dan perbezaan dalam hal yang dikemukakan.
2- SKALA PEMARKAHAN

GRED MARKAH STATUS


Gred A 18-20 Amat cemerlang
Gred B 14-17 Cemerlang
Gred C 10-13 Baik
Gred D 6-9 Lemah
Gred E 0-5 Amat lemah
DIMENSI DAN KRITERIA PENGGREDAN
JAWAPAN
DIMENSI DAN Amat Cemerlang Baik Lemah Amat
KRITERIA cemerlang lemah

Pengetahuan dan 8 6-7 4-5 2-3 0-1


kefahaman

Taakulan / 6 5 4 3 0-2
Reasoning

Komunikasi 6 5 4 3 0-2
PENGAGIHAN SOALAN
TEMA BILANGAN SOALAN
FORMAT A FORMAT B
T1 1 1
T2 1 2
T3 2 1
T4 2 2
JUM 6 6
T 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022

T1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 ?

T2 1 1 1 2 1 1 2 1 1 ?

T3 2 2 2 1 2 2 1 2 2 ?

T4 2 2 2 2 2 2 2 2 2 ?

F A A A B A A B A A ?
P1- SEJARAH DUNIA

TEMA 2:
TEMA 1:
PEMERINTAHAN &
MASYARAKAT
PENTADBIRAN

TEMA 4:
TEMA 3:
NASIONALISME &
KEMAJUAN &
PEMBENTUKAN NEGARA
PEMBANGUNAN
BANGSA
B1- B2-
MASY. MASY.
FEUDAL AGRARIA

TEMA 1: MASYARAKAT

B3- B4-
MASY. MASY.
MARITIM INDUSTRI
TEMA TAJUK 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021

T1) 1. Masyarakat
MASYA Feudal / C.E
- - England
RAKAT - Jepun / S.J / S.J

2. Masyarakat
Agraria /
- Belanda B
- China /C
3. Masyarakat
Maritim
- Portugal /F
- Jepun /-C
4. Masyarakat
Industri
- England /C /F
TEMA 1, BAB 1 – MASYARAKAT FEUDAL

DEFINISI

CIRI2 / SUSUN
LAPIS MASYARAKAT FEUDAL PERBANDINGAN
MASYARAKAT

England Jepun
2013 Huraikan Struktur masyarakat feudal Jepun dalam
era
pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari 1603 –
√: 1868
2016 Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada
abad ke 16 hingga abad ke-17.
2021 Huraikan STRUKTUR masy.feudal di Jepun pada abad
ke-16 dan 17
Struktur masyarakat
X: (England) Perbandingan
Ciri masy. (Jepun)
- Huraikan Struktur susun lapis masyarakat di England.

Pendahuluan

Isi 1- RAJA Isi 2- BANGSAWAN Isi 3- KNIGHT


-huraian -contoh - huraian -contoh -huraian -contoh

Isi 4- PETANI Isi 5- HAMBA


-huraian -contoh Kesimpulan
-huraian -contoh
raja

bangsawan
gol.pemimpin
Knight
(pahlawan)

petani
gol.dipimpin
hamba
PENGENALAN
Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki
dan mempunyai struktur susun lapis tersendiri . Pada
abad ke 16 dan 17 muncul pemerintahan monarki
mutlak yang menyebabkan lahirnya masyarakat feudal
yang terdiri daripada golongan pemimpin dan
golongan yang dipimpin.
ISI 1 - RAJA
Di England, golongan pemimpin terdiri daripada raja, golongan
bangsawan dan knight. Raja merupakan lapisan yang paling atas.
Di England, raja berkuasa mutlak dalam semua aspek seperti
perundangan, kehakiman, ekonomi dan sosial. Raja mempunyai hak
ke atas semua tanah dalam kerajaannya dan memberi hak pajakan
kepada golongan bangsawan yang dipercayai. Sebagai balasan
golongan bangsawan akan menawarkan bantuan ketenteraan kepada
raja. Raja amat bergantung kepada golongan bangsawan bagi
mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya. Oleh sebab itu,
golongan bangsawan yang taat setia kepadanya akan mendapat
anugerah dan gelaran .
ISI 2- GOL.BANGSAWAN
Selain itu, golongan bangsawan berada di lapisan kedua, iaitu selepas raja.
Mereka membantu raja dalam hal ehwal pentadbiran dan menguruskan
ekonomi. Golongan ini akan menerima tanah secara langsung daripada raja dan
memerintah tanah tersebut. Tanah tersebut boleh diwarisi oleh golongan
bangsawan. Di samping itu, penguasaan dan pentadbiran golongan bangsawan
dikenali dikenali sebagai manor . Golongan bangsawan juga meletakkan undang
- undang bagi mengawal golongan petani yang mengusahakan tanah
pertanian . Mereka menyewa atau memajak sebahagian daripada tanah mereka
kepada golongan bangsawan yang lebih rendah. Golongan bangsawan juga
mengurniakan tanah kepada golongan pahlawan atau knight yang
menyediakan khidmat tentera kepada mereka. Sebagai balasan kepada tanah yang
dikurniakan, mereka dikehendaki membayar cukai, taat setia kepada raja dan
membekalkan bantuan ketenteraan
ISI 3- KNIGHT
Dalam susunan masyarakat feudal, golongan pahlawan yang
dikenali sebagai knight berada di bawah golongan bangsawan.
Golongan ini memberi perkhidmatan dalam bidang ketenteraan
kepada raja atau lord . Mereka mempunyai pasukan tentera yang
bertanggungjawab mempertahan raja dan bangsawan daripada
ancaman musuh . Di samping itu , mereka sering menjalani latihan
ketenteraan untuk meningkatkan kemahiran dalam taktik dan
strategi peperangan . Mereka akan menerima ganjaran dalam bentuk
tanah , harta dan memiliki tanah yang luas diusahakan oleh serf .
Golongan knight juga mempunyai hak untuk mengutip cukai
daripada penduduk di bawah penguasaan mereka
ISI 4- PETANI
Golongan kedua dalam masyarakat feudal di England ialah
golongan dipimpin. Golongan ini diwakili oleh petani dan hamba.
Golongan petani berada di bawah penguasaan golongan bangsawan
dan mewakili sebahagian besar daripada penduduk di England pada
zaman tersebut. Golongan ini dikenali sebagai freeman , villain
sokemen, border dan cottar. Mereka tinggal di kawasan kampung
yang dikenali sebagai manor dan mengusahakan tanah milik tuan
tanah serta membayar sewa kepada tuan tanah dengan menyerahkan
sebahagian daripada hasil pertanian. Petani juga dikehendaki
menawarkan khidmat buruh seperti mengusahakan tanah , membina
bangsal dan menggali parit. Golongan ini juga tertakluk pada undang -
undang kehakiman dan tidak boleh mempunyai hubungan atau interaksi
dengan dunia luar.
ISI 5- HAMBA

Akhir sekali, golongan hamba merupakan


golongan yang paling rendah dalam susun
lapis masyarakat feudal dan mewakili satu
persepuluh daripada jumlah penduduk di
England . Golongan hamba tidak memiliki
tanah dan mempunyai kuasa perundangan
yang terhad .
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem masyarakat feudal di
England terbahagi kepada golongan pemerintah
dan diperintah. Perkembangan yang pesat telah
menyebabkan perubahan yang melahirkan
masyarakat baharu yang berfikiran terbuka.
- Bincangkan ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun
pada abad ke 16 dan 17 . (20m)

Kehendak soalan

-ciri2 masyarakat feudal - Jepun


PENGENALAN
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan yang
ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil oleh
kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan
seseorang adalah mengikut kelas bersusun lapis mengikut
hierarki. Dalam sistem feudal di Jepun terdapat
beberapa ciri - ciri masyarakat feudal di Jepun.
ISI 1 – KEDUDUKAN MAHARAJA
Antara ciri utama bagi masyarakat feudal di Jepun ialah
kedudukan maharaja. Pada zaman Keshogunan Tokugawa,
maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan
dan pentadbiran . Meskipun maharaja merupakan ketua
negara tetapi kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan
shogun. Namun Tokugawa Ieyasu telah mengambil langkah -
langkah untuk mengukuhkan kedudukan untuk mengukuhkan
kedudukan dan pengaruhnya. Beliau memperkenalkan
undang - undang dan peraturan bagi mengurangkan
pengaruh maharaja dan putera raja .
ISI 2- KEDUDUKAN SHOGUN
Ciri kedua, ialah kedudukan shogun. Menjelang zaman Keshogunan
Tokugawa, kuasa pemerintahan terletak pada Shogun. Di samping itu,
Tokugawa Ieyasu mengukuhkan kedudukan dengan menubuhkan
pasukan tentera yang kuat. Tokugawa Ieyasu juga menyerahkan
pentadbiran wilayah kepada vassal yang setia kepadanya . Beliau
juga mengambil langkah meningkatkan kekayaan dengan melibatkan
diri dalam kegiatan ekonomi komersial dan perlombangan serta
mengawal daimyo yang menguasai daerah .
ISI 3- KEDUDUKAN SAMURAI
Di samping itu, golongan samurai mempunyai kedudukan
istimewa dalam masyarakat feudal di Jepun. Mereka terdiri daripada
panglima perang yang bertanggungjawab memelihara keamanan
negara. Selain itu, golongan samurai berkhidmat kepada golongan
bangsawan dan mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.
Mereka digunakan oleh golongan bangsawan untuk
mempertahankan hak dan keselamatan mereka. Tambahan pula,
golongan ini tidak dibenarkan untuk memiliki tanah sebaliknya
mereka bergantung kepada bekalan beras yang diberikan oleh
daimyo. Golongan samurai juga mempunyai minat dalam bidang
kesenian dan kesarjanaan. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia
dalam kalangan pahlawan di Jepun . 
ISI 4- PEMILIKAN TANAH
Seterusnya, ialah pemilikan tanah. Zaman Keshogunan
Tokugawa, wilayah diserahkan kepada vassal yang setia
kepada shogun. Shogun memberikan tanah kepada tuan tanah
(daimyo) yang setia kepadanya. Tuan tanah yang setia akan
mengawasi gerak - geri daimyo yang diragui kesetiaannya.
Tokugawa Ieyasu mengambil langkah untuk merampas tanah
daripada daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah -
tanah yang dirampas diserahkan kepada tentera dan tuan tanah
yang setia kepadanya. Shogun melantik pegawai - pegawai
untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya. Pegawai
yang menguruskan tanah dikenali sebagai Gundai dan Daikan .
ISI 5- KEWAJIPAN PERIBADI
Ciri yang seterusnya ialah kewajipan peribadi. Dalam
masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara
shogun dan daimyo (tuan tanah). Shogun menyerahkan
tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya.
Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam
pentadbiran dan ketenteraan. Dalam hal ini, kedua-dua
pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan
bersama iaitu satu pihak memberi perlindungan manakala
satu lagi pihak menawarkan perkhidmatan dalam
pentadbiran dan ketenteraan . 
ISI 5- MOBILITI SOSIAL
Akhir sekali, mobiliti sosial. Masyarakat feudal di Jepun
pada abad ke-16 dan 17 terdiri daripada beberapa lapisan .
Setiap lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai
kedudukan ekonomi , sosial dan politik yang berlainan.
Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan
keturunan dan sistem kelas. Dalam hal ini, perubahan status
dan mobiliti sosial dalam masyarakat Jepun jarang berlaku.
Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang
dipandang rendah dan tidak berlaku mobiliti sosial .
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem masyarakat feudal di
Jepun mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Selepas itu, kedudukan masyarakat Jepun
dapat dikukuhkan dan sistem ini kekal
sehingga ke hari ini.
SOALAN PERBANDINGAN / BANDINGKAN
-perlu letakkan persamaan & perbezaan

SOALAN BEZAKAN
- perlu letakkan hanya PERBEZAAN
3- Huraikan perbandingan ciri2 masyarakat feudal di England dan
Jepun pada abad ke 16 dan 17 M..
ENGLAND JEPUN
1- KEDUDUKAN RAJA 1- KEDUDUKAN MAHARAJA
- Sistem monarki mutlak = raja berkuasa mutlak - - dianggap - pemerintah dunia rohani - dikaitkan dgn
pentadbiran, perundangan, unsur ketuhanan
kehakiman. tujuan: rakyat setia kpd maharaja
dinasti stuart - keadaan politik = x stabil - sering Peranan M = kETUA AG / KETUA NEGARA
berlaku perang ant wilayah. tp, X berkuasa = pentadbiran
gol.pembesar - sering lawan raja (kuasa raja disekat) -tggal terpencil di Kyoto

2- KEDUDUKAN BANGSAWAN 2- KEDUDUKAN SHOGUN


-Kuasa , merosot. Raja= trlibt akt eko, dpat kuasa pemerintahan sebenar - jalankan tugas atas
nama Maharaja.
kawal gol.ini.
-bahagikan kaw.pemerintahan - berdasarkan gol.yg
* raja - dapat kawal / mutlak sokong / menentang.
wujud peg pentadbir. = trima gaji , terdiri -daimyo menyokong = diberi tanah
dr.rakyat biasa. -daimyo y menentang = ditempatkan - kaw yg dikawal
-kerajaan Bakufu (ketenteraan)
ENGLAND JEPUN
3- KEDUDUKAN KNIGT 3- KEDUDUKAN SAMURAI
- Peranan dlm bdg ketenteraan - pertahankan raja / - kelas pahlawan (tentera)
bgsawan dr musuh - kedudukan istimewa - ada 2 bilah pedang
-terima ganjaran = tanah / harta dr raja/bgsawan peranan = jaga keamanan, keselamatan daimyo,
abad ke-16,17 = peranan berubah shogun
-raja tubuhkan tentera sendri di bwh kawalan baginda - gol.samurai = 3 taraf (tinggi, sederhana, rendah)
* tentera - X gol.knight, tetapi gol.petani & rakyat jg - tinggi - miliki tanah sederhana - samurai berkuda
berkhidmat rendah - berjalan kaki
4- KEWAJIPAN PERIBADI 4- KEWAJIPAN PERIBADI
-wujud hub.peribadi = lord (tuan tanah) + wujud hub peribadi = shogun + daimyo
vassal (penyewa tanah) shogun - serah tanah pd D
hub - berdasarkan ikatan perjanjian (kontrak) D = bantu dlm pentadbiran / ketenteraan
1 pihak - bg perlindungan, 1= perkhidmatan tentera sama2 bekerjasama / membantu
5- MOBILITI SOSIAL
- masy bersusun lapis. - tiap lapisan, eko, politik, dan sosi 5- MOBILITI SOSIAL
yg beza masy - beberapa lapisan - kedudukan eko, poli, sosi yg
perubahan - jrg berlaku berbeza
perubahan dlm poli, eko, sosi = wujudkan mobiliti - ditentukan berdasarkan = keturunan & sistem kelas
jawatan bgsawan - disandang o rakyat mobiliti sosial - jarang berlaku
muncul gol.pertengahan - cth: gol. pedagang - dipndg rendah
ENGLAND JEPUN
6- EKONOMI 6- PEMILIKAN TANAH
- Masy - bergantung pd tanah, tggal dlm - zaman tokugawa = wilyah - beri pd vassal &
daimyo - setia
kg = manor daimyo(setia) - kawal gerak geri daimyo yg diragui
-utama = pertanian cth: tokugawa-rampas tanah - daimyo yg
manor - asas ekonomi feudalisme menentang
sbb: manor hasilkan makanan - semua tanah yg dirmpas - bg pd tentera/tuan tnh setia
peg.dilantik utk urus tanah = Gundai &
lapisan masy /raja Daikan
perdagangan - X, ekonomi terhd (barter)
7- AGAMA 7- AGAMA
-Gereja katolik - berkuasa -dipengaruhi ag.Buddha
memiliki tanah - gereja kongkong sebab: zaman kamakura - kemerosotan
kjaan pusat, kacau bilau, huru hara
kehidupan masy
menyebabkan - rakyat yakin ag.Buddha -
gereja - tekankan aspek kerohanian blh jamin keselamatan
-kurang penekanan pd pahlawan - lbh tenang dgn meditasi kpd
aspek duniawi ag Buddha
-Bandingkan masyarakat feudal di Eropah dan
Asia pada abad ke 16-17M

- Huraikan perbandingan sistem feudal


masyarakat di England dan Jepun pada abad ke
16-17 M

PERSAMAAN PERBEZAAN
PENDAHULUAN:

A- ASPEK POLITIK ISI 3)


Isi 1) kedudukan raja B- ASPEK KETENTERAAN
2) struktur pemerintahan

Isi 4) D- ASPEK EKONOMI


C- PEMILIKAN TANAH Isi 5) golongan petani

Isi 6)
PENGARUH AGAMA
KESIMPULAN:
BAB 2 – MASYARAKAT AGRARIA

1- DEFINISI

China
2- CIRI2
MASYARAKAT MASYARAKAT AGRARIA
Belanda
√:
2015 = Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria
di China pada abad ke 16 hingga abad 17.

2020= Huraikan kemahiran teknologi


pertanian masyarakat agraria di Belanda dari
abad ke 16 hingga abad 17
Menjelang abad ke 16-17, masyarakat agraria memainkan peranan
dalam pertumbuhan ekonomi di Belanda. Merujuk kepada pernyataan
di atas, huraikan ciri2 masyarakat agraria di Belanda. (20m)

Kehendak soalan

-ciri2 masyarakat agraria


- Belanda
* Tanah / kebun
Ciri2 masyarakat agraria di Belanda dapat dilihat melalui:

Isi 1- kegiatan
ekonomi Isi 3- pengetahuan
i)Pertanian Isi 2- petempatan dlm memelihara
ii)Penternakan -huraian -contoh kesuburan tanah
iii)Hortikultur - Huraian - Contoh

Isi 4- kemajuan sistem Isi 5- kemajuan


pengairan teknologi pertanian
-huraian -contoh -huraian -contoh
PENGENALAN
Masyarakat agraria ialah masyarakat
yang bergantung kepada kegiatan
pertanian sebagai sumber kehidupan
mereka. Masyarakat ini muncul di
negara Belanda pada abad ke 16 dan
17. Masyarakat ini dapat dicirikan
daripada beberapa aspek.
ISI 1 – KEGIATAN EKONOMI (PERTANIAN)
Antara ciri2 masyarakat agraria di negara Belanda ialah kegiatan ekonomi.
Kegiatan ini dapat dilihat melalui 3 aspek iaitu pertanian, penternakan dan
hortikultur. Masyarakat Belanda dikatakan adalah masyarakat yang paling banyak
makan sayur di dunia. Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman
sayur- sayuran, bijirin, dan tanaman dagangan. Sayur-sayuran yang ditanam
adalah seperti bebawang, dan lobak. Bijirn yang diusahakan ialah barli, gandum
dan oat. Barli ditanam secara meluas di wilayah Zeeland. Gandum menjadi tanaman
utama di Belanda abad ke-17. Tanaman dagangan ialah hem, biji kol dan madder.
Biji kol diproses untuk menghasilkan minyak dan diusahakan di wilayah Friesland.
Tanaman rumput seperti semanggi ditanam secara meluas di wilayah Waes untuk
dijadikan makanan binatang ternakan seperti lembu. Madder pula diproses untuk
dijadikan serbuk pewarna bagi industri tekstil. Kemunculan industri tekstil pada
ketika itu telah merangsang pertumbuhan tanaman madder. Hasilnya, sebanyak 50
kilang memproses madder telah dibina. Belanda juga menjadi pusat mengumpul
dan mengedar madder.
PENTERNAKAN
Ciri seterusnya, ialah penternakan. Pada abad ke-17, Belanda
menjadi tempat utama ternakan lembu dan kambing.
Permintaan tinggi untuk daging dan produk tenusu
menyebabkan petani melibatkan diri dalam penternakan.
Kegiatan ini diusahakan di wilayah Holland dan Friesland.
Belanda juga merupakan pengeluar hasil tenusu seperti keju
dan mentega terbesar di dunia. Barangan ini turut dieksport
ke England, Perancis dan Sepanyol. Penternakan kambing pula
diternak bagi menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di
bandar. Keju yang dihasilkan di Belanda berkualiti tinggi dan
turut dieskport ke seluruh Eropah termasuk Perancis
HORTIKULTUR
Seterusnya ialah hortikultur. Perkembangan bidang hortikultur
meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-
bungaan. Sayur-sayuran seperti bawang, lobak, dan kubis ditanam
secara bergilir-gilir dengan sayuran lain. Sayuran yang dihasilkan
dihantar ke Amsterdam melalui pengangkutan air. Pelbagai jenis
buah terutama strawberi ditanam dan dieksport ke seluruh
Eropah. Hasilnya, terdapat 23 buah nursery buah-buahan di
negara Belanda. Penanaman bunga tulip turut ditanam secara
meluas di sepanjang Sungai de Maas. Peningkatan harga bunga tulip
secara mendadak akibat permintaan yang tinggi. Hop pula ditanam
dan dibekalkan ke kilang-kilang minuman keras di Amsterdam
dan Rotterdam.
ISI - PETEMPATAN

Selain itu, ciri masyarakat agraria di Belanda


ialah Petempatan. Mereka tinggal di kawasan
pinggir pantai yang subur. Antaranya ialah
Friesland dan Zeeland. Tanah yang subur ini
memudahkan mereka untuk menjalankan
aktiviti pertanian.
ISI - PENGETAHUAN DALAM MEMELIHARA KESUBURAN TANAH
Tambahan pula, petani-petani Belanda mempunyai pengetahuan yang tinggi
dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah
dengan melakukan pemugaran tanah dan menggunakan baja asli daripada
najis ternakan. Mereka juga mengamalkan sistem tanaman giliran dan tanah
rang untuk memelihara kesuburan tanah. Sistem tanaman giliran ini juga
penting bagi memelihara kesuburan tanah pertanian. Selain itu, petani Belanda
turut menjalankan kegiatan menebus guna tanah bagi meluaskan kawasan
pertanian. Hal ini demikian kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur
berada di bawah paras laut menyebabkan sebahagian kawasan ditenggelami air.
Usaha penambakan dibuat bagi tujuan menebus guna tanah untuk akiviti
pertanian. Antara kawasan yang telah di tebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland,
Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland.
ISI- KEMAJUAN DALAM SISTEM PENGAIRAN
Selain itu, berlaku kemajuan dalam sistem pengairan.
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan
terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan
untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran
menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian. Dengan
adanya sistem pengairan, kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan secara insentif. Masyarakat
agraria Belanda juga membina kincir angin untuk
menyalurkan air daripada tanah yang ditebus guna bagi
tujuan pertanian. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan yang
tinggi dalam bidang teknologi pertanian banyak memberi
manfaat kepada sektor pertanian di Belanda.
ISI- KEMAJUAN TEKNOLOGI PERTANIAN
Di samping itu, ciri terakhir masyarakat agraria di Belanda
ialah kemajuan dalam teknologi pertanian. Mereka telah
membina banyak alatan seperti tenggala, tugal dan mesin
untuk menampi bijiran yang dapat mempercepatkan kerja-
kerja petani sekaligus meningkatkan lagi hasil pertanian.
Selain itu, berlaku juga kemajuan pesat dalam teknik dan
kaedah pertanian di Belanda. Antara kemajuan tersebut
ialah sistem penggiliran tanaman, sistem penanaman
rumput ternakan, sistem batas, sistem penanaman deretan,
dan penciptaan peralatan pertanian.
KESIMPULANNYA, masyarakat agraria
di Belanda dapat dilihat melalui pelbagai
ciri. Masyarakat ini memainkan peranan
penting dalam perkembangan ekonomi
menerusi penglibatan dalam bidang
pertanian dan penternakan. Kegigihan
mereka turut menjadikan Belanda
sebagai pembekal utama hasil pertanian
di Eropah pada abad ke-16 dan 17.
Kegiatan ekonomi di negara
Belanda telah melahirkan
pelbagai industri di negara
Belanda pada abad ke 16-17M .
Huraikan pernyataan ini.

1- Pertanian
Industri2 yg muncul
2- penternakan
Pendahuluan
Isi 1- INDUSTRI
TEKSTIL Isi 2- IND.
Isi 3- IND.
MINUMAN
TENUSU
KERAS
Isi 4- IND. SUSU
LEMBU Isi 5- IND. Isi 6-IND. KEJU
MENTEGA

Kesimpulan
Kegiatan pertanian menjadi aktiviti
ekonomi yang penting bagi masyarakat
agraria di Belanda pada abad ke 16-17M.
Huraikan faktor-faktor perkembangan
tersebut.

Faktor
Kegiatan pertanian
perkembangan
PENDAHULUAN

Kemajuan pesat dalam bidang pertanian


menyebabkan lahir masyarakat agraria di negara
Belanda. Perkembangan ini memperlihatkan
bahawa kerajaan Belanda memainkan peranan yang
besar dalam perkembangan ekonomi. Terdapat
pelbagai faktor yg membantu perkembangan
kegiatan pertanian sebagai aktiviti ekonomi
penting masyarakat agraria di Belanda.
Isi 1- pertanian sbg kegiatan utama
Pada abad ke-16, masyarakat agraria mengusahakan ekonomi
utama dalam bidang pertanian. Aktiviti pertanian meliputi
penanaman pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti
bawang, ketumbar, dan lobak. Tanaman bijirin turut
diusahakan seperti barli, gandum dan oat. Masyarakat petani
mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan untuk dijual di
pasar -pasar. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda
menghasilkan gandum antara 1150 kilogram hingga 1900
kilogram bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis,
kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan.
Tanaman jagung pula diusahakan di Amsterdam. Hasil
pertanian ini telah dieksport ke luar negara. Tanaman
dagang seperti hem, biji kol dan mader juga diusahakan di
Zeeland . Masyarakat Belanda juga menanam bunga secara
meluas pada abad ke-17 seperti bunga tulip dan hop yang
ditanam di sepanjang Sungai Maas berikutan permintaan
yang tinggi di pasaran. Masyarakat Belanda juga
menternak binatang secara meluas seperti lembu dan
kambing di kawasan Friesland untuk daging dan hasil
tenusu. Semua aktiviti yg dijalankan telah menjadikan akt
pertanian di Belanda berkembang.
Isi 2- PETEMPATAN
Seterusnya, Petempatan masyarakat agraria Belanda banyak
terletak di kawasan lembah sungai yang subur. Kawasan
pinggir pantai juga mempunyai mendapan tanah lanar yang
subur dan menjadi petempatan masyarakat agraria Belanda.
Antara kawasan petempatan tersebut ialah Friesland,
Zeeland dan Utretch. Sebahagian besar negara Belanda
berada di bawah paras laut. Disebabkan berlakunya
pertambahan penduduk dan keperluan terhadap bahan
makanan, pihak kerajaan telah bertindak menambak tanah
laut untk dijadikan kawasan pertanian.
Abad ke-17 menunjukkan pertambahan tanah
pertanian dan petempatan kepada 36 ribu ekar
yang membawa kepada peningkatan hasil
pertanian. Antara kawasan yang terletak di
kawasan yang ditambak dan ditebus guna ialah
Pulau Zuid-Beveland, Middlezee, oud-Beijerland
dan New-Beijerland. Di Pulau Zuid-Beveland,
usaha menebus tanah diperluas hingga menjadi
5500 hektar.
Isi 3- KEMAHIRAN PENGAIRAN - MEMELIHARA
KESUBURAN TANAH
Kemahiran yg dmiliki oleh masy agraria menjadikan kegiatan ekonomi
prtanian di Belanda berkembang. Ini berikutan Masyarakat Agraria
Belanda membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi
mengairi kawasan pertanian. Masyarakat Belanda juga mendirikan
kincir angin bagi membolehkan air yang berlebihan dari kawasan
tanah rendah dialirkan kewasan pertanian. Masyarakat Belanda juga
menjalankan pelbagai aktiviti seperti memugarkan tanah pertanian
dan menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis ternakan untuk
mengekalkan kesuburan. Mereka mempunyai bekalan baja asli yang
mencukupi dari kawasan penternakan lembu. Selain itu,Petani
Belanda mengamalkan sistem pertanian padang terbuka.
Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagikan kepada tiga
bidang iaitu dalam setiap bidang terdapat jalur-jalur yang
dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan. Dalam
setiap musim, petani hanya mengusahakan dua daripada tiga
bidang tersebut, satu lagi bidang dibiarkan sebagai tanah rang
bertujuan untuk memulihkan kembali kesuburan tanah
sebelum diusahakan pada musim yang berikutnya dan najis
binatang ternakan menjadi baja untuk menyuburkan tanah
apabila digunakan untuk aktiviti penternakan. Semua aktiviti
yg dilakukan ini menjadikan aktiviti pertanian semakin
berkembang.
Isi 4- KAEDAH PERTANIAN
Selain itu, Masyarakat agraria Belanda juga ada kemahiran
dalam memperkenalkan pelbagai kaedah pertanian.
Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam
memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dengan
mengamalkan sistem ini, sistem tanah rang dapat
dimansuhkan. Sistem penggiliran tanaman melibatkan
penanaman pelbagai tanaman mengikut musim seperti
tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan
tanaman bijirin. Selain sistem ini, sistem batas juga
diperkenalkan.
Kedudukan batas juga diubah setiap tahun
supaya tanaman tumbuh dengan subur. Satu
lagi sistem penanaman yang diperkenalkan
ialah penanaman deretan. Antara tanaman
yang ditanam secara deretan ialah jagung,
madder, hop, dan kol. Semua aktiviti ini
telah menyebabkan aktiviti pertanian
berkembang dengan meluas.
Isi 5- TEKNOLOGI PERTANIAN
Faktor terakhir ialah, teknologi dalam pertanian. Masy
agraria telah mencipta pelbagai jenis alatan . Sebagai contoh,
tugal dan tenggala yg digunakan untuk memugar dan
membajak tanah pertanian.Terdapat juga mesin untuk
menampi bijirin. Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti
penambakan tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian
dengan mengeringkan kawasan tambakan laut menggunakan kincir
angin. Contoh wilayah yg telah ditebus guna ialah wilayah Zeeland.
Selain itu, Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan membentuk
sebuah dataran baharu yang dikenali sebagai Beemster Polder. Ini
menjadikan akt pertanian telah berkembang dgn pesat.
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor
yg meningkatkan perkembangan
prtanian di Belanda. Perkembangan ini
telah membawa kepada kemunculan
ekonomi perdagangan di Belanda dan
menjadi inspirasi kepada masyarakat
petani di negara-negara lain di Eropah.
BAB 3 – MASYARAKAT MARITIM

1- DEFINISI

Portugal
2- CIRI2
MASYARAKAT MASYARAKAT MARITIM
Jepun

3- FAKTOR
KEMUNCULAN
2014 = Bincangkan faktor Kemunculan Portugal sebagai

√: kuasa maritim pada√:abad ke-15 dan ke-16 Masihi

2019= Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun


pada abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17 Masihi

Ciri2 masyarakat maritim (Portugal)


X: Faktor kemunculan - Jepun
Sejauh manakah pemerintah memainkan peranan
dalam kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim
pada abad 16 dan 17 M. (20m)

Kehendak
soalan

Faktor
munculnya - Jepun
masy.maritim
Pendahuluan Definisi / konsep

1- peranan pemerintah
Perenggan 1 (ISI UTAMA)

Perenggan 2 Faktor-faktor LAIN


2- kedudukan geografi
Perenggan 3 3- perdagangan
Perenggan 4 4- kemunculan pelabuhan
Perenggan 5 5- kemajuan teknologi pelayaran
6- dasar kerajaan Jepun
Perenggan 6 7- pengaruh luar

Kesimpulan Kesan yang berlaku selepas itu


PENDAHULUAN
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada
aktiviti berasaskan laut. Masyarakat ini terdiri daripada golongan
pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal dan peneroka. Pada abad
ke 16 dan 17, negara Jepun muncul sebagai antara kuasa maritim
yang sangat hebat di rantau Asia. Ini disebabkan oleh pelbagai
faktor. Namun, peranan yang dimainkan oleh pemerintah ketika
itu merupakan pendorong utama yang menjadikan Jepun sebagai
sebuah kuasa maritim yang hebat.
Isi 1- peranan pemerintah

Faktor utama yang menjadikan Jepun sebagai kuasa maritim ialah


peranan Pemerintah. Golongan pemerintah memainkan peranan
dengan memberikan galakan kepada rakyatnya. Antaranya ialah
Hideyosi yang merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti
perdagangan. Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang
ke seberang laut. Semasa pemerintahan beliau, Jepun berjaya
menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea.
Beliau turut memainkan peranan mengawal kegiatan perdagangan
dengan negara- negara asing dengan mengawal segala aktiviti
perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587. Ekoran itu,
pedagang-pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata telah
menghantar beberapa ekspedisi ke Asia Tenggara.
Pemerintah lain seperti Shogun Tokugawa turut memberi
galakan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
perdagangan maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa
Ieyasu, dasar perdagangan Shuisen diperkenalkan.
Mengikut dasar ini, kapal dagang yang menjalankan
aktiviti perdagangan dengan negara asing perlu memiliki
mohor merah. Ini menyebabkan ramai golongan
bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.
Jelaslah bahawa peranan yang dimainkan oleh pemerintah
Jepun telah menjadi sebab utama kepada kemunculan
masyarakat maritim di negara Jepun.
Isi 2- kedudukan geografi
Namun demikian, terdapat juga faktor lain yang
menyebabkan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim.
Antaranya ialah kedudukan geografi. Jepun terdiri dari
beberapa buah pulau yang dikelilingi laut. Contohnya
seperti Kyushu, Shikoku, Hokaido dan Honshu. Maka,
petempatan mereka didirikan di kawasan pesisiran pantai
kerana bentuk muka buminya yang bergunung-ganang.
Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan
penduduknya terlibat dengan kegiatan ekonomi yang
berasaskan laut. Hal ini menjadi sebab kepada kemunculan
masyarakat maritim di negara Jepun.
Isi 3- perkembangan akt.perdagangan
•Faktor seterusnya ialah perkembangan dalam kegiatan perdagangan. Pada
zaman Ashikaga, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat di Jepun. Ini
dapat dibuktikan apabila pedagang - pedagang Jepun menjalinkan
hubungan perdagangan dengan negara-negara di rantau Asia
Tenggara. Menjelang zaman Tokugawa, pedagang Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara China, Korea,
dan Vietnam. Malahan, para pedagang dari Portugal juga datang ke
Jepun. Hubungan perdagangan ini terus berkembang pesat pada
zaman Nobunaga. Pada zaman ini, lebih ramai pedagang dari
Portugal yang datang ke Jepun. Kemasukan pedagang asing
menyebabkan muncul masyarakat maritm di Jepun, kerana mereka
menjadikan aktiviti perdagangan ini sebagai kegiatan utama mereka.
Isi 4- kemunculan pelabuhan
Tambahan pula, muncul pelabuhan-pelabuhan entrepot di
Jepun. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan ini menjadi sebab
munculnya masyarakat maritim di negara Jepun pada abad
ke-16. Contoh Pelabuhan-Pelabuhan penting ialah, Kyushu,
Nagasaki, dan Shimoda. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi
tumpuan pedagang-pedagang Jepun dan luar negara.
Pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh
di pelabuhan Kyushu. Kehadiran mereka turut mendapat
galakan daripada golongan bangsawan Jepun. Secara tidak
langsung, kemunculan pelabuhan-pelabuhan telah
merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
Isi 5- dasar Maharaja Jepun
Selain itu, dasar Maharaja Jepun yang mengamalkan dasar buka
pintu turut menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di
Jepun. Dasar ini juga telah menyebabkan masyarakat Jepun
terdedah dengan pengaruh luar terutamanya dari negara-negara
barat. Buktinya, menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal
menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun. Selain pedagang,
mubaligh Kristian juga terlibat dalam menyebarkan dakwah kepada
rakyat Jepun. Bukan itu sahaja, hubungan dengan Portugal juga
menyebabkan masyarakat di Jepun menerima teknologi baharu dari
barat iaitu, perkapalan. Dasar yang diamalkan oleh Maharaja Jepun
ini telah merancakkan kegiatan maritim di Jepun dan seterusnya
menjadi faktor kepada kemunculan maritm di Jepun.
Isi 6- teknologi pelayaran
Faktor terakhir ialah kemajuan pesat dalam teknologi
perkapalan. Kemajuan yang dicapai oleh Jepun dalam
teknologi pelayaran dan pembinaan kapal menyebabkan
negara tersebut berjaya muncul sebagai sebuah kuasa maritim.
Kemajuan teknologi ini turut menyebabkan masyarakat Jepun ketika itu
mampu untuk belayar hingga ke negara Korea, China dan Asia
Tenggara. Jepun juga berjaya melahirkan ramai pelayar yang
mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta pengetahuan dalam
ilmu nautika, kartografi dan perkapalan. Pada abad ke-16 M, muncul
pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun. Masyarakatnya
juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal besar yang sesuai
untuk pelayaran jarak jauh. Kapal Shuisen merupakan contoh kapal
layar yang digunakan oleh pedagang Jepun untuk belayar ke Asia
Tenggara.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, galakan yang diberikan oleh


pemerintah Jepun merupakan faktor utama kepada
kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa maritim
yang unggul. Perkembangan ini turut dibantu oleh
pelbagai faktor dalaman dan luaran yang lain.
Perkembangan ini secara langsung turut membantu
memantapkan kedudukan ekonomi dan sosial di
negara Jepun.
Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat
maritim di Jepun dalam bidang ekonomi pada abad
ke 16 dan ke 17. (20m)

Kehendak soalan

- kemajuan - Jepun
masy.maritim (Bidang ekonomi)
K P4 M
Pendahuluan

Isi 1- penggunaan Isi 2- perdagangan Isi 3- kewujudan


mata wang (M) luar negeri (P) persatuan dagang (P)
-huraian -contoh - Huraian - Contoh -huraian -contoh

Isi 4- pengkhususan Isi 5- kemunculan Isi 6- perkembangan


kerja (P) kelas pedagang (K) perindustrian (P)
-huraian - contoh -huraian -contoh -huraian -contoh

Kesimpulan
PENDAHULUAN

Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang


bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan.
Kelahiran masyarakat maritim di Jepun didorong oleh
perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan.

Oleh itu, kemunculan masyarakat maritim


menyebabkan Jepun mengalami perkembangan pesat
dalam bidang ekonomi.
Isi 1- penggunaan mata wang

Antara kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim Jepun dalam bidang
ekonomi ialah penggunaan mata wang. Masyarakat maritim di Jepun telah
menggunakan mata wang dalam aktiviti urus niaga. Hal ini menyebabkan
kegiatan perdagangan dapat berkembang dengan sangat pesat. Kehadiran
pedagang-pedagang asing menyebabkan penggunaan mata wang telah
meningkat. Buktinya Kerajaan Jepun mengimport mata wang tembaga bagi
memastikan bekalan mencukupi. Pedagang Jepun juga membekalkan mata
wang tembaga kepada negara Vietnam. Ini dapat dilihat apabila Maharaja
Vietnam memohon untuk mendapatkan bekalan mata wang tembaga
daripada Jepun pada akhir abad ke 17. Penggunaan mata wang yang sangat
meluas ini turut mendorong pembinaan kilang pembuatan mata wang di
Nagasaki. Terbuktilah bahawa mata wang merupakan salah satu kemajuan
yang dicapai oleh masyarakat maritim di Jepun.
Isi 2- perkembangan sektor perlombongan
Kemajuan kedua yang dicapai oleh masyarakat
maritim di Jepun ialah perkembangan dalam sektor
perlombongan. Ini disebabkan oleh penggunaan mata
wang yang sangat meluas di Jepun sehingga
berkembangnya kegiatan perlombongan dalam
kalangan masyarakat maritim. Pengeluaran seperti
emas, perak dan tembaga sangat diperlukan untuk
menghasilkan mata wang ini. Terbuktilah bahawa hal
ini mendorong kemajuan dalam kegiatan
perlombongan di negara Jepun.
Isi 3- perkembangan perindustrian

Seterusnya ialah perkembangan dalam sektor industri.


Jelas bahawa menjelang abad ke 16, sektor perindustrian
mengalami perkembangan yang sangat pesat. Industri yang
berkembang pesat di Jepun adalah industri tekstil, tembikar,
industri kertas dan barang logam. Manakala menjelang abad
ke 17, industri tembikar, porselin dan tekstil merupakan
industri penting di Jepun. Sebagai contoh, industri kain kapas
berkembang di Kinai dan industri sutera berkembang di
Fukushima. Kesannya, kedudukan ekonomi Jepun bertambah
kukuh menerusi perkembangan perindustrian.
Isi 4- perdagangan luar negeri

Kemajuan seterusnya ialah perdagangan luar negeri. Masyarakat


maritim di Jepun terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan dunia
luar. Pedagang Jepun telah menjalankan perdagangan dengan negara
Asia Tenggara.
Buktinya, hubungan perdagangan dapat dilihat antara Jepun dengan
Vietnam yang berkembang pesat pada abad ke 16. Jepun turut
menjalin hubungan perdagangan dengan China dan Korea sejak
abad ke 3 sehinggalah abad ke 16 dan 17. Antara barangan yang
diimport ialah gula, ubat, sutera dan timah. Seterusnya, Jepun turut
menjalinkan hubungan dengan negara-negara barat seperti
Sepanyol, Portugal, Belanda dan British. Kesannya, Jepun mengalami
pertumbuhan yang sangat pesat dalam bidang ekonomi.
Isi 5- kewujudan persatuan dagang
Selain itu, ialah kewujudan persatuan dagang.
Perkembangan yang sangat pesat dalam aktiviti perdagangan
telah mendorong penubuhan persatuan-persatuan dagang.
Persatuan ini ditubuhkan oleh golongan-golongan pedagang
yang datang ke Jepun. Buktinya, orang Belanda telah
menubuhkan Persatuan Dagang di Kyushu pada tahun
1609. Persatuan kewangan yang dikenali sebagai “Mujinko”
juga turut ditubuhkan. Impaknya, perkembangan berkenaan
telah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Jepun
sehingga tertubuhnya pusat pertukaran wang di bandar-
bandar besar di negara Jepun.
Isi 6- pengkhususan kerja
Kemajuan terakhir yang dicapai oleh masyarakat maritim Jepun ialah
pengkhususan kerja. Hal ini kerana masyarakat maritim di Jepun melibatkan
diri dalam kegiatan ekonomi seperti pertukangan, perlombongan dan
perdagangan. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan
golongan artisan. Contohnya, golongan artisan menghasilkan
tembikar dan porselin yang menarik dengan menggunakan teknologi
dari Korea. Sebahagian pula melibatkan diri dalam industri tekstil
dan menghasilkan kain sutera yang bermutu tinggi. Pengkhususan
kerja yang wujud ini menjadikan mereka lebih mahir dalam bidang
masing-masing. Tegasnya, terbuktilah bahawa kewujudan
pengkhususan kerja dalam kalangan masyarakat maritim di Jepun
merupakan antara kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat banyak kemajuan yang


dicapai oleh masyarakat maritim dalam
pertumbuhan ekonomi di Jepun. Pedagang-
pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan
perdagangan dengan negara-negara luar iaitu
Korea, China dan Vietnam dan hal ini dapat
memantapkan kedudukan ekonomi Jepun.
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung
kepada aktiviti kelautan. Bincangkan pernyataan ini dengan
merujuk kepada masyarakat maritim Portugal pada abad ke 17.
(20m)

Kehendak soalan

CIRI2 (bukti masy.maritim - akt laut)


PENDAHULUAN

Portugal merupakan salah sebuah negara maritim di Eropah.


Disebabkan masyarakat maritim di Portugal menjalankan
aktiviti laut, tempat tinggal mereka juga berhampiran dengan
laut. Oleh sebab itulah, Portugal memilih untuk tinggal di
persisiran pantai dan dapat menjalankan aktiviti
kelautan dengan mudah.
ISI 1- KEGIATAN EKONOMI
Antara aspek yg menunjukkan masyarakat maritim di Portugal
berasaskan laut ialah melalui aktiviti ekonomi mereka. Antara
kegiatan utama yang mereka jalankan ialah aktiviti perdagangan.
Kegiatan ini telah berkembang luas di Lautan Atlantik apabila
sebuah kapal Portugal tiba di Pantai Brazil dan Amerika Selatan.
Mereka turut membawa pelbagai barangan untuk diperdagangkan.
Seterusnya, Portugal juga muncul sebagai pelabuhan pembekal
kerana mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan para pedagang,
iaitu Pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Pelabuhan ini dijadikan
sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan
dagangan. Kegiatan ekonomi perdagangan ini membuktikan bahawa
masyarakat maritim di Portugal bergantung kepada aktiviti kelautan.
Di samping itu, masyarakat maritim di Portugal juga
terlibat dalam kegiatan laut seperti aktiviti
menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
Aktiviti ini dijalankan dengan pesat sehingga
perikanan menjadi salah satu pekerjaan bagi
masyarakat maritim Portugal untuk meneruskan
kehidupan. Oleh itu, jelaslah bahawa melalui
kegiatan ekonomi yang dijalankan, masyarakat
maritim di Portugal adalah masyarakat yang
berasaskan kepada aktiviti kelautan.
ISI 2- ILMU PELAYARAN / KELAUTAN
Seterusnya, masyarakat Portugal dikaitkan dengan laut kerana
mereka menguasai ilmu pelayaran dan kelautan. Putera Henry
merupakan tokoh yang memainkan peranan dalam mendedahkan
masyarakat maritim dengan ilmu ini. Beliau telah membina sekolah
pelayaran dan memberikan latihan kepada masyarakat tentang
ilmu-ilmu berkaitan laut. Penubuhan sekolah ini telah membantu
masyarakat Portugal terdedah kepada pelbagai ilmu yang berkaitan
laut. Antara ilmu yang dikuasai oleh mereka adalah ilmu pelayaran.
Ilmu pelayaran adalah ilmu yang mengajar bagaimana untuk
menggerakkan kapal dari 1 tempat ke tempat yang lain. Bagi
memudahkan pelayaran, alatan seperti kompas, astrolab dan carta
pelayaran turut dicipta. Alatan-alatan ini telah membantu pelayar
Portugal menentukan kedudukan kapal ketika berada di tengah
laut. Seterusnya, adalah ilmu kartografi yang merupakan ilmu
pengetahuan dan teknologi dalam pembuatan peta pelayaran.
Sebagai bukti, mereka telah berjaya mencipta peta benua
Eropah yang membantu para pelaut Portugal untuk melancarkan
ekspedisi. Dengan mempunyai peta pelayaran ini dapat
memudahkan masy.maritim di Portugal pergi belayar ke
tempat-tempat yg ingin mereka tuju dgn merujuk kpd peta
tersebut. Tambahan pula, masy.ini turut menguasai ilmu
astronomi yg menjadikan bulan, bintang dan matahari sebagai
panduan untuk membawa kapal ke sesuatu tempat. Dengan
penguasaan ilmu pelayaran ini membuktikan bahawa masyarakat
maritim di Portugal bergantung kepada aktiviti laut.
ISI 3- KEMAHIRAN BINA DAN BAIKI KAPAL

Melalui pendedahan ilmu pelayaran, masyarakat maritim


turut menguasai ilmu nautika. Ini menjadikan masyarakat
maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam membina
dan membaiki kapal. Sebagai bukti, masyarakat maritim
Portugal berjaya membina kapal jenis Caravel yang
mempunyai berat seberat 2000 tan. Kapal jenis ini dibina
dengan menggunakan teknologi yang sangat tinggi. Kapal
ini dicipta untuk pelayaran bagi jarak jauh. Dengan
terciptanya kapal ini, jelas menunjukkan bahawa masyarakat
maritim di Portugal bergantung kepada aktiviti laut.
ISI 4: PETEMPATAN
Di samping itu, petempatan masyarakat maritim di Portugal berada
di kawasan pesisir pantai, pulau-pulau dan lembah sungai.
Petempatan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat ketika itu
bergantung hidup dengan sumber laut seperti menangkap ikan,
berdagang dan mengutip hasil laut. Selain itu, terdapat juga
pelabuhan yang menjadi tempat tinggal mereka. Antara pelabuhan
yang menjadi tumpuan mereka ialah Pelabuhan Lisbon dan Antwerp.
Pelabuhan ini memainkan peranan sebagai tempat
mengumpul dan mengedar barangan. Melalui petempatan
ini jelas membuktikan bahawa masyarakat maritim Portugal
merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti
laut.
ISI 5: PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
Bukti terakhir ialah melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
Penglibatan dalam kegiatan ini adalah hasil usaha Putera Henry yang mahukan
masyarakat di Portugal mahir dalam bidang pelayaran. Usaha beliau telah
berjaya melahirkan ramai pelayar-pelayar hebat seperti Vasco da Gama,
Bartholomew Diaz, dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah banyak
menjelajah negara-negara lain seperti Kepulauan Madeira, pantai barat Afrika,
Tanjung Harapan dan berjaya menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi.
Masyarakat Portugal turut melancarkan beberapa ekspedisi untuk
mencari jalan laut ke Timur. Semua kejayaan ini telah meletakkan
asas bagi Portugal melakukan penjelajahan ke negara-negara Asia
Tenggara, China dan Jepun. Melalui aktiviti ini, jelas membuktikan
bahawa masyarakat maritim Portugal merupakan masyarakat yang
bergantung kepada aktiviti laut.
KESIMPULAN

Kesimpulannya , kemunculan masy.maritim di


Portugal berkait rapat dengan kelautan kerana
masy.ini banyak menjalankan aktiviti berasaskan
laut demi meneruskan kelangsungan hidup.
Oleh itu, Portugal telah muncul sebagai sebuah
negara maritim yg sangat maju.
BAB 4 – MASYARAKAT INDUSTRI

DEFINISI

FAKTOR RP MASYARAKAT INDUSTRI FAKTOR RP


(ENGLAND) (JERMAN)
2018

CIRI-CIRI
(2017-E)
Ciri masy.industri - 2017
√: Faktor kemunculan masy.industri
England - 2018

Ciri masy - Jerman


X: Faktor kemunculan masy. industri - Jerman
Soalan - Bincangkan ciri-ciri masyarakat
industri di Jerman pada abad ke 18-19
masihi. (20m)

Kehendak soalan

-ciri2 masyarakat industri di


Jerman
PENGENALAN

Masyarakat industri merujuk kepada


masyarakat yang terlibat dalam bidang
perindustrian. Masyarakat ini muncul semasa
tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap
kedua. Kemunculan masyarakat industri di
Jerman dapat dilihat dengan ciri-ciri tertentu
pada abad ke 18 hingga 19 Masihi.
1-kegiatan ekonomi
Antara ciri masyarakat industri di Jerman ialah
menjalankan kegiatan ekonomi yang tertumpu
kepada pengeluaran barangan secara besar-
besaran. Aktiviti ekonomi mereka bergantung
kepada sektor perindustrian dan perlombongan.
Masyarakat industri ini mahir dalam
mengendalikan mesin yang digunakan secara
meluas. Antara aktiviti ekonomi yang diusahakan
oleh masyarakat industri ialah perusahaan kilang
tekstil, arang batu dan juga kimia.
Sebagai contoh, industri tekstil tertumpu
di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
Pada masa yang sama, Bandar Berlin
mengeluarkan mesin-mesin yang mampu
meningkatkan lagi industri tekstil di
Jerman. Tegasnya, ciri masyarakat industri
Jerman yang utama adalah bertumpukan
kegiatan ekonomi berasaskan industri
pengeluaran barangan secara besar-besaran.
2-pengkhususan kerja
Selain itu, masyarakat industri Jerman mempunyai
pengkhususan kerja yang tersendiri. Masyarakat
ini tertumpu dalam sektor pekerjaan perkilangan
dan mempunyai pekerjaan yang tetap. Berbeza
dengan sebelum ini, mereka hanya bekerja
sebagai petani dan dikongkong oleh tuan tanah.
Pengkhususan pekerjaan dengan menggunakan
mesin secara meluas telah membolehkan
pengeluaran dilakukan secara besar-besaran.
3-mobiliti sosial
Seterusnya, masyarakat industri Jerman menunjukkan
berlakunya mobiliti sosial. Ini dibuktikan dengan
wujudnya kelas pekerja dan individu yang mempunyai
kepentingan. Golongan kelas pertengahan juga muncul
sebagai ciri utama dalam perkembangan mobiliti sosial
masyarakat industri Jerman. Sebagai contoh kelas
pertengahan ialah golongan yang memiliki kilang, para
peniaga, peguam dan juga jurutera. Selain itu, golongan
ini bersedia menerima risiko untuk mendapatkan
kekayaan. Tegasnya, mobiliti sosial merupakan salah satu
ciri yang terdapat dalam masyarakat industri Jerman.
4-kemajuan teknologi
Berikutnya, ciri masyarakat industri di Jerman ialah
masyarakat yang mengalami kemajuan dalam bidang
teknologi. Kemajuan ini dilihat dalam aspek
perkembangan sistem pengangkutan dengan pembinaan
jalan-jalan kereta api. Ketika itu, firma Jerman telah menjadi
pengeluar utama kereta api di Jerman. Bukan itu sahaja, Jerman
turut menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk
tanaman. Sebagai contoh, seorang ahli kimia Jerman telah
menjalankan beberapa uji kaji dan menemui formula untuk
menghasilkan baja tiruan atau baja kimia. Jelasnya, kemajuan
teknologi telah berlaku dalam masyarakat industri Jerman.
5- proses pembandaran
Seterusnya, ialah masy industri Jerman mengalami proses
pembandaran. Perkembangan dalam bidang perindustrian
telah membawa kepada perpindahan penduduk dari kawasan
luar Bandar ke kawasan Bandar. Keadaan ini telah
mewujudkan proses pembandaran yang mana masyarakat
mulai tinggal di bandar. Proses pembandaran ini telah
menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Sebagai
contoh, proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar
seperti Saxony, Silesia dan Berlin. Hal ini juga telah membawa
kepada pertambahan peluang pekerjaan di kawasan industri.
Buktinya, bilangan pekerja dalam industri telah meningkat .
6-kemunculan masy literasi
Ciri yg terakhir ialah muncul masyarakat literasi. Masyarakat
literasi ialah masyarakat yang terdiri daripada kelompok
masyarakat yang memiliki ilmu dalam bidang pendidikan. Hal
ini adalah kerana kemajuan dalam industri telah
menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya
hidup yang mewah. Seterusnya membawa kepada
pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan serta
kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan.
Oleh sebab itu, masyarakat ini memperjuangkan pula hak asasi dan
kebajikan golongan pekerja. Tegasnya, masyarakat industri di Jerman
telah berubah menjadi masyarakat literasi apabila kehidupan mereka
terlibat dalam sektor perindustrian.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, masyarakat industri di Jerman
dapat dicirikan melalui pelbagai aspek. Masy
ini dilihat sebagai masyarakat yang gigih
berusaha dalam memajukan lagi ekonomi
negara mereka. Perkembangan industri di
negara Jerman telah melahirkan perubahan
politik dan mewujudkan masyarakat sosialis.
Soalan – Sejauh manakah penyatuan Jerman
menjadi asas kepada kemunculan masyarakat
industri di Jerman pada akhir abad ke 19 masihi.
(20m)

Kehendak soalan

-faktor2 kemunculan masyarakat


industri di Jerman
PENGENALAN
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat
yang terlibat dalam bidang perindustrian.
Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada
ledakan revolusi industri selepas di England pada
1860-an hingga 1914. Perkembangan ini
meletakkan asas bagi kemunculan masyarakat
industri di Jerman. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan munculnya masyarakat industri di
Jerman.
1-penyatuan Jerman
Antara faktor utama kepada kemunculan masyarakat industri di
Jerman ialah Penyatuan Jerman. Jerman disatukan pada tahun 1871
oleh Otto von Bismark. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai
sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah. Penyatuan Jerman
ini telah membawa kepada kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan ,
kemajuan dalam ekonomi dan kestabilan politik. Hal ini turut menyebabkan
wujudnya keseragaman dalam sistem mata wang, sistem cukai, dan
perundangan. Keadaan ini sekaligus telah merangsang pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman. Selepas tahun 1878, kerajaan mengamalkan dasar
memberi perlindungan kepada sektor perindustrian. Contohnya, sistem
pengangkutan dan komunikasi seperti jaringan keretapi, jalan raya, telegraf dan
pos dimajukan. Selepas sahaja penyatuan Jerman, pelbagai sektor telah
mengalami kemajuan yang sangat pesat. Hal ini telah merangsang pertumbuhan
industri di Jerman. Oleh itu, penyatuan Jerman merupakan asas utama kepada
pembentukan masyarakat industri di Jerman.
2-penghapusan sistem guild
Namun demikian, terdapat juga faktor-faktor lain yang
mendorong perkembangan masyarakat industri di Jerman.
Antaranya ialah penghapusan sistem guild. Sebelum
penyatuan Jerman, seseorang yang ingin terlibat dalam
bidang industri perlu mempunyai pengalaman dalam guild
selama beberapa tahun. Ia merupakan syarat wajib. Sistem
ini menjadi penghalang kepada perkembangan perindustrian
di Jerman. Contohnya, pada tahun 1811, kerajaan bertindak
menghapuskan monopoli dan keistimewaan guild melalui
Peraturan 1811. Ini menyebabkan ramai yang melibatkan diri
dalam sector industri di Jerman. Tuntasnya, penghapusan ini
telah menjadi asas bagi kemunculan masyarakat industri di Jerman.
3-kemajuan dalam penyelidikan
Faktor seterusnya ialah Kemajuan dalam bidang penyelidikan.
Hal ini telah merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di
Jerman. Banyak makmal penyelidikan telah dibina oleh
syarikat kimia dan elektrik di Jerman bagi membolehkan ahli-
ahli Kimia dan Fizik menjalankan kajian dan penyelidikan.
Penyelidikan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta
pelbagai peralatan dan inovasi baharu. Buktinya,
perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai
pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir
abad ke-19. Jelaslah, kemajuan ini telah menyebabkan Jerman
muncul sebagai negara gergasi dalam dalam perindustrian.
4-kekayaan bahan mentah
Selain itu, kekayaan sumber bahan mentah di Jerman turut
melahirkan masyarakat industri di Jerman. Antara bahan mentah yang
banyak terdapat di Jerman ialah seperti arang batu, bijih besi, dan
bijih timah. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam
menggerakkan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1875,
Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan telah meningkat
kepada 287 juta tan pada tahun berikutnya. Pada tahun 1872, Jerman
telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke negara Eropah. Di
samping itu, bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam kuantiti yang
besar di Jerman. Menjelang tahun 1871, Jerman menghasilkan 375 000 tan
garam kalium. Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120 000 orang bekerja
dalam industri perlombongan. Contoh kawasan perlombongan arang batu dan
bijih besi yang terkenal di Jerman ialah lembah Ruhr, Lorainne dan Silesia.
Tuntasnya, kekayaan bahan mentah telah menyebabkan sektor perindustrian
Jerman menjadi maju, dan sekaligus melahirkan masyarakat industri.
5- kemunculan bank
Kemunculan institusi perbankan menjadi faktor yang besar dalam
perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Hal ini disebabkan
kerajaan menyediakan pinjaman jangka panjang bagi meransang
pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Menjelang pertengahan
abad ke-19 Joint Stock Bank ditubuhkan di Jerman dengan memberi
bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri. Bank-bank ini
berperanan menggalakkan penggabungan perniagaan, memberi
bantuan modal kepada pengusaha industri, menggalakkan
pertumbuhan industri perlombongan, dan membangunkan sistem
pengangkutan darat dan laut. Oleh itu, ramai dalam kalangan
rakyat Jerman yang melibatkan diri dalam sektor industri. Tegasnya,
perkembangan industri perbankan telah menggalakkan pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman dan sekaligus menjadi antara factor kepada munculnya
masyarakat industri di Jerman.
6- penghijrahan penduduk ke bandar
Faktor terakhir ialah Penghijrahan penduduk dari kawasan luar
bandar ke bandar. Hal ini telah membantu perkembangan
sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, tiga
perempat daripada penduduk Jerman tinggal menetap di luar
bandar. Pada tahun 1871, terdapat 8 buah bandar di Jerman
dengan bilangan penduduk seramai 100 ribu orang. Buktinya,
selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang
dengan pesat dan membawa kemunculan bandar baharu di
seluruh negara seperti kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.
Jelaslah, pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan
penduduk menyebabkan industri berkembang pesat di Jerman.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, kemunculan masyarakat industri di
Jerman didorong oleh pelbagai faktor. Namun,
penyatuan Jerman telah menjadi asas utama kepada
kemunculan masyarakat ini. Perkembangan ini telah
menyebabkan berlakunya revolusi perindustrian yang
mengandungi tiga ciri utama iaitu kemajuan teknologi,
pembangunan kejuruteraan manusia dan kemajuan
kewangan. Hal ini telah menjadikan Jerman maju
dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang
teknologi.
Soalan - Bincangkan konsep masy industri dan
faktor –faktor kemunculan masyarakat industri di
Jerman pada akhir abad ke 19 masihi.
(20m)

Kehendak soalan

konsep
-faktor2 masyarakat
masyarakat
industri di Jerman (15m)
industri (5m)
Definisi revolusi perindustrian
Pendahuluan secara umum
WAJIB
CERITAKAN
Perenggan 1 i- Konsep masyarakat industri
KONSEP TERLEBIH
DAHULU
Perenggan 2 ii- Faktor kemunculan
masyarakat industri di Jerman
Perenggan 3 2- penyatuan Jerman
Perenggan 4 3- kemajuan pengangkutan
4- kemunculan bank
Perenggan 5
5- kemajuan penyelidikan
Perenggan 6 6- kekayaan bahan mentah

Kesimpulan Kesan yang berlaku selepas itu


B5- B6- B7- RAJA
CHINA MUTLAK &
RUSIA
BERPELEM-
BAGAAN
TEMA 2:
PEMERINTAHAN &
PENTADBIRAN B10-
B8- KJAAN PENYATUAN
REPUBLIK B9- NG. NG.BGSA
DI PERSEKU- (ITALI &
PERANCIS TUAN USA JERMAN)
TEMA TAJUK 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021
5. Institusi pemerintahan
China - maharaja / (M)
- pembesar
6. Pemerintahan beraja
Rusia / (R)
- sistem beraja / (P)
-sistem pembesar
-Perbandingan peranan pmbesar (C+R)
7. Raja mutlak & raja
TEMA berpelembagaan (P & E)
(2) -factor /E
PEMERIN -prbandingan /E
TA-HAN & 8. Kemunculan kjaan
PENTADBI republik di Perancis
RAN - pembentukan republik di /
Perancis
-sstem pemerintahan kesatuan
9. USA
-faktor perang kemerdekaan /
Sstm
- struktur pemerintahan
-perang saudara
10- Penyatuan Itali dan /I /I
Jerman /J /J
2016 Huraikan peranan maharaja dalam sistem
√: pemerintahan negara China pada zaman Dinasti Ching

- Peranan pembesar China


X: - Perbandingan peranan
pembesar China dan Rusia
- Bincangkan peranan pembesar di
China dalam pelbagai aspek pada
abad ke-16 hingga abad ke-20.

Peranan pembesar China


ISI 1 : Agama
ISI 5 : Ekonomi
ISI 2 : Pentadbiran
ISI 6 : Kehakiman
ISI 3 : Perundangan
ISI 7 : Ketenteraan
ISI 4 : Pendidikan
PENDAHULUAN:
Pembesar di negara China merujuk kepada
pegawai kerajaan yang dilantik oleh
maharaja. Mereka adalah orang kedua
terpenting dan berada pada paras kedua
selepas kedudukan maharaja. Pembesar
berperanan dalam beberapa aspek
dalam pentadbiran negara.
ISI 1 : Agama
Antara peranan pembesar di China ialah dalam aspek
keagamaan. Pembesar dilantik sebagai ketua agama di
peringkat wilayah. Mereka Dilantik oleh maharaja untuk
menguruskan hal ehwal keagamaan seperti mengetuai
upacara ritual dan kerohanian di peringkat pusat dan wilayah.
Pembesar pusat dilantik untuk mengetuai Lembaga Upacara yang
mengendalikan upacara diraja dan upacara korban.
ISI 2 : Pentadbiran.
Dalam aspek pentadbiran pula, golongan pembesar berperanan dalam
mencadangkan pelantikan dan pemecatan seseorang pegawai
kerajaan kepada maharaja. Pembesar juga akan mengurus kenaikan
pangkat bagi kaki tangan awam. Golongan pembesar juga
membantu maharaja dalam pentadbiran dengan memegang jawatan
dalam beberapa buah jabatan kerajaan seperti, Jabatan awam,
Jabatan hukuman, Jabatan perkhidmatan , Jabatan hasil &
cukai dan Jabatan upacara & istiadat. Pembesar Juga dilantik
sebagai gabenor dan majistret bagi peringkat provinsi.
Mereka dibantu oleh pesuruhjaya kewangan, kehakiman dan
pendidikan.
ISI 3 : Perundangan.
Seterusnya, pembesar juga berperanan dalam aspek
perundangan. Pembesar bertanggungjawab dengan
membantu maharaja menggubal undang-undang,
menetapkan dasar negara, dan menguatkuasakan
arahan dan titah perintah maharaja. Golongan
pembesar turut menyediakan draf undang-undang dan
warkah diraja. Peranan ini akan dijalankan oleh
pembesar yang menganggotai Sekreteriat Agung.
ISI 4 : Pendidikan
Pembesar-pembesar China terdiri daripada golongan cerdik pandai.
Oleh itu, para pembesar memainkan peranan dalam aspek
pendidikan. Mereka akan membantu maharaja mengendalikan
peperiksaan perkhidmatan awam. Golongan pembesar juga
diberikan tanggungjawab untuk menguruskan Akademi Hanlin.
Akademi Hanlin merupakan perpustakaan yang menyelenggara
kitab-kitab serta ensiklopedia yang mengumpul maklumat tentang
pemerintah China dan menerbitkan biografi pemerintah.
ISI 5 : Ekonomi
Di samping itu, pembesar turut berperanan dalam aspek ekonomi. Pembesar akan
memberikan nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan
percukaian. Golongan pembesar akan menganggotai Lembaga Hasil dalam
Negara (LHDN). Tugas pembesar yang menganggotai LHDN ialah mengutip
cukai dan mengurus pendaftaran tanah. Semua hasil cukai tersebut akan
diserahkan kepada maharaja. Di peringkat provinsi, Pesuruhjaya dilantik
untuk menguruskan hal ehwal kewangan. Terdapat juga pesuruhjaya yang
menguruskan garam, cukai dan bijirin. Majistret daerah pula ditugaskan
untuk mengutip cukai di peringkat daerah.
ISI 6 : Kehakiman
Selain itu, pembesar juga berperanan dalam aspek kehakiman. Golongan
pembesar mempunyai kuasa untuk membicarakan kes di peringkat pusat dan
wilayah. Mereka akan menganggotai Lembaga Keadilan yang menguruskan
hal ehwal kehakiman negara. Pembesar yang menganggotai lembaga
keadilan mempunyai kuasa dalam Menjatuhkan hukuman, Memberi
pengampunan dan Membicarakan kes - kes rayuan. Di peringkat provinsi,
Pesuruhjaya kehakiman akan mengendalikan hal ehwal kehakiman dan
Majistret daerah pula akan membicarakan kes di peringkat daerah.
ISI 7 : Ketenteraan
Peranan pembesar yang terakhir ialah dalam aspek ketenteraan. Dalam
aspek ketenteraan, pembesar pusat dilantik sebagai anggota Lembaga
Peperangan. Mereka akan menguruskan pelantikan dan pemecatan
pegawai tentera. Manakala, Pembesar wilayah pula dilantik sebagai
komander tentera. Mereka dibenarkan menubuhkan pasukan tentera di
peringkat wilayah masing-masing. Pembesar ini berperanan memulihkan
keamanaan dan kestabilan politik di wilayah masing-masing. Pembesar
juga dikehendaki menyediakan bantuan ketenteraan kepada
pemerintahan pusat.
Kesimpulannya, pembesar berperanan dalam
pelbagai aspek dalam membantu maharaja.
Namun begitu, terdapat persaingan dalam
kalangan pembesar untuk menguasai
kerajaan pusat yang membawa kepada
keruntuhan kerajaan Manchu.
- Bincangkan pelaksanaan sistem
pembesar di China pada abad
ke-16 hingga abad ke 20.
PENDAHULUAN

Definisi pembesar
ISI-ISI
2- Peringkat
ISI-ISI
Wilayah
1- Peringkat Pusat - peranan
- sekretariat agung 3- ketua tentera
- majlis tertinggi 4- gol.intelektual
- lembaga penapis
PENGENALAN
Pembesar merujuk kepada pegawai-pegawai
kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat
jawatan tertentu. Mereka merupakan golongan
terpenting selepas kedudukan raja. Pembesar
China terdiri daripada pembesar di peringkat
pusat dan peringkat wilayah.
P1- PEMBESAR PUSAT
Bagi pentadbiran peringkat pusat, terdapat 3 fasa pentadbiran, iaitu
pentadbiran awam, ketenteraan dan tempatan. Golongan pembesar
akan memegang jawatan2 penting dan berkhidmat dalam beberapa
jabatan kerajaan. Mereka akan menganggotai Sekretariat Agung,
Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri) dan Lembaga Penapis.

Tugas Sekretariat Agung ialah membantu maharaja dalam


menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam
pentadbiran pusat. Golongan pembesar pusat akan
memaklumkan kepada maharaja tentang perjalanan enam
badan kementerian tersebut.
Kedua, ialah Majlis Tertinggi. Majis ini menjadi
badan penasihat yang penting kepada
maharaja.Majlis ini dibahagikan kepada enam
kementerian. Setiap kementerian akan dikawal
oleh seorang pegawai kanan atau dikenali sebagai
Shangschu. Shanschu pula akan dibantu oleh
beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan
berdasarkan kementeriannya. Enam kementerian
tersebut ialah kementerian Personal, Kementerian
Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang,
Kementerian Keadilan dan Kementerian Kerja Raya.
Terakhir ialah Lembaga Penapis atau
Censoreta. Pembesar yg bertugas akan
menjadi mata dan telinga maharaja. Mereka
akan memaklumkan segala aktiviti
pembesar2 lain kepada maharaja untuk
maharaja mengambil tindakan yang
sewajarnya.
Sehubungan dengan itu peranan pembesar
Cina di peringkat pusat sangat penting dalam
mencorakkan sistem pemerintahan Cina.
P2- pembesar wilayah
Di peringkat wilayah, Gabenor akan dilantik
untuk mentadbir wilayah. Mereka diberi kuasa
autonomi dalam pentadbiran wilayah. Mereka
akan berhubung secara langsung dengan
pemerintahan pusat.
Tugas gabenor ialah mentadbir wilayah,
menjaga keamanan , dan mengutip cukai
untuk dihantar kepada pemerintahan pusat.
Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi
wilayah yang telah ditetapkan. Gabenor harus
bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan
pemerintahan pusat. Gabenor akan dibantu oleh pegawai
daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan
Hakim . Dasar yang digubal akan dilaksanakan di peringkat
wilayah oleh pembesar bawahan dalam Jabatan Hal Ehwal
Negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi 6 jabatan
yang dibentuk di bawahnya, iaitu Jabatan Kakitangan, Jabatan
Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan
Kerja Awam. Oleh yang demikian, kuasa autonomi pembesar
wilayah mampu mengawal keamanan dengan mengikat
kesetiaan rakyat kepada maharaja.
P3- KETENTERAAN
Seterusnya ialah ketenteraan. Bahagian ini bertanggungjawab
memastikan keamanan wilayah. Mendapat tempat istimewa dalam
kerajaan. Pembesar di peringkat wilayah akan dibantu oleh
pembesar tempatan yang dikenali sebagai gentry. Ketua tentera
memiliki angkatan tentera sendiri. Mereka bertanggungjawab
menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintahan pusat di
samping menjaga wilayah mereka sendiri. Contohnya, pentadbiran
ketenteraan berada di bawah 5 ketua suruhanjaya tentera yang
mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu. Kesannya
dengan kekuatan militeri yang ada, menyebabkan maharaja amat
bergantung kepada golongan ini demi keselamatan baginda dan
negara.
P54- GOL.INTELEKTUAL
Yang terakhir, sistem pembesar di China hanya memilih golongan
pembesar dlm kalangan golongan intelektual yg mendapat pendidikan
Confucius. Mereka perlu Lulus dalam peperiksaan awam dan diberi
menjawat jawatan kerajaan dan di istana. Golongan terpelajar
(sarjana) mempunyai darjat paling tinggi. Golongan ini dipilih sebagai
pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka
lulus. Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak
memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan. Mereka
ditempatkan di kementerian2 penting dan menganggotai Imperial
Secratariat yang bertanggungjawab membuat dasar negara dan
Imperial Cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu
dasar . Dapat dilihat, sebahagian besar pembesar China merupakan
golongan intelektual yang menjadi tulang belakang maharaja.
KeSIMPULANNYA, Kemerosotan nilai etika dan
moral ajaran confucius dalam sistem pembesar
semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah
membawa kepada kemerosotan tanggungjawab
pembesar. Keruntuhan Dinasti Ch’ing turut sama
mengakhiri sistem pembesar di China.
Bandingkan peranan pembesar di
China dan di Rusia yang diamalkan
sejak abad ke 16

PERANAN PEMBESAR
PERBANDINGAN
(Rusia + China)
PENGENALAN
Institusi pemerintahan di China dan Rusia memperlihatkan raja
melaksanakan pemerintahan dengan bantuan dan sokongan
institusi pembesar. Umumnya, golongan pembesar adalah
pegawai-pegawai yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk
melaksanakan semua tugas yang telah diberikan kepadanya.
Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam
melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam
pengenalan sebagai pembesar
P1- menjadi penasihat raja
Kedua-dua buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat
pembesar sebagai agen yang membantu kepada pemerintah dalam
mentadbir negara. Kedua-dua buah negara ini menjadikan
pembesar sebagai penasihat kepada raja. Secara amnya, raja atau
maharaja menggunakan kaedah lantikan yang tertentu untuk
melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Pembesar di China
hanya dilantik setelah melalui Sistem Peperiksaan Awam.
Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas
nasihat pegawai dari Kementeriaan Adat dan hanya dilantik jika
mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan. Mereka
yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi
pembesar di China.
Hal ini berbeza dengan Rusia, iaitu kebanyakan golongan
bangsawan akan dilantik menjadi pembesar dan biasanya
telah lama berkhidmat dengan cemerlang dalam
ketenteraan. Pembesar di Rusia juga dikenali dengan istilah
Boyar. Pembesar Rusia adalah terdiri daripada golongan
aristokrat dan tuan tanah yang selalu setia kepada Tsar.
Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan
ketenteraan kepada Maharaja Rusia. Pembesar Rusia dilantik
untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem
peperiksaan awam seperti yang dijalankan di China.
Pembesar Rusia juga akan dilantik jika mempunyai pengikut
yang ramai.
P2- terlibat dalam pentadbiran pusat
Seterusnya ialah terlibat dalam pentadbiran pusat. Pentadbiran pusat di
China memperlihatkan Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada
beberapa unit atau institusi iaitu Sekretriat Agung, Majlis Tertinggi (Enam
Badan Kementeriaan) dan Lembaga Penapis. Institusi Sekretariat Agung
terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja
menyelia dan menyelaras enam badan kementeriaan dalam pentadbiran pusat
serta memaklumkan perjalanan enam badan kementeriaan tersebut.
Seterusnya, maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang terdiri daripada
golongan pembesar iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau
maharaja. Ahli majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran China dan terbahagi kepada 6 badan
kementeriaan. 6 badan kementeriaan ini menguruskan hal ehwal China mengikut
pengkhususan masing-masing. Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi
memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.
Manakala sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu
pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zeeskii Sabor dan Prikazi.
Duma ialah penasihat tertinggi, Zemskii Sabor adalah Majlis
Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula
merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang
diluluskan oleh Duma. Pembesar pusat ini juga berperanan untuk
menasihati Tsar dalam pentadbiran negara, menyelaraskan hal
ehwal pentadbiran negar serta membantu Tsar untuk
menggubal dan meluluskan dasar negara. Contohnya semasa
pemerintahan Peter The Great, pembesar pusat akan menasihatinya.
Pada zaman Alexander I, baginda telah melantik Jawatankuasa
Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara. .
P3- menjalankan pemerintahan daerah dan wilayah
Selain itu, pembesar berperanan dalam menjalankan pentadbiran daerah
dan wilayah. China memperlihatkan sktruktur organisasi pentadbiran
peringkat wilayah yang diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh
2 pegawai iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Pemerintahan daerah
pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas
kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir oleh 6 orang menteri yang dibantu
oleh gabenor setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.
Tentera pula mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu, manakala
pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua
peringkat. Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti Ching mempunyai
persamaan dengan pentadbiran daerah di Rusia semasa era Catherine yang
mempunyai khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan dalam pentadbiran.
Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.
. Manakala pemerintahan peringkat wilayah di Rusia
berbeza dengan China. Pentadbir wilayah di Rusia
dijalankan oleh Zemstvo Wilayah dan ahli Zemstvo
dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah. Di peringkat daerah
mempunyai majlis perundangan tempatan iaitu majlis
daerah. Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat
kampung yang diserahkan kepada komun atau mir. Majlis
Kampung didirikan di peringkat kampung dan Majlis
Kampung dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk
memungut cukai yang telah ditetapkan. Pada zaman
pemerintahan Tsarina Catherine Agung, pembesar daerah
telah disusun semula. .
P4- terlibat dengan penggubalan dasar
Di samping itu, ialah terlibat dengan penggubalan sesuatu dasar. Di China,
golongan pembesar yang menganggotai Imperial Sektrariat ialah mereka yang
bertanggungjawab membuat dasar negara manakala Imperial Cancelory pula
bertanggungjawab meminda sesuatu dasar. Selain itu, pembesar wilayah
yang dilantik daripada kalangan bijak pandai iaitu golongan gentry turut
dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan
kebenaran Lembaga Adat Istiadat. Berbeza dengan keadaan di Rusia,
penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah
dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam
sistem pembesar di Rusia. Pada zaman Alexander I, Majlis Tertinggi telah
menasihatinya dalam hal ehwal berhubung dengan dasar negara. Semasa
pemerintahan Alexander II, golongan pembesar dilantik sebagai anggota
Dewan Perhimpunan Wilayah dan mereka membantu Tsar berhubung
penggubalan dasar di peringkat pusat.
P5- terlibat dengan penyiasatan
Peranan terakhir bagi pembesar ialah terlibat dalam tugas
penyiasatan. Raja atau maharaja di kedua-dua buah negara
mempunyai organisasi khas untuk menyiasat perlakuan
pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan
komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. China
memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate
yang menjadi mata dan telinga maharaja. Kuasa utama mereka
terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung
amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan. Rusia
pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga
Tsar.
Tugas Polis Rahsia Khas adalah mengawal penyebaran unsur
propaganda yang menggugat pememerintahan Tsar, demontrasi
masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia.
Polis Rahsia Khas telah digunakan sejak zaman Nicholas 1 untuk
menyekat penulisan yang berbaur penentangan dan menentang
kewibawaanya. Pada era Alexander II, Polis Rahsia
menangkap mereka yang mengkhianati Tsar. Pada zaman
Nicholas II juga menggunakan polis rahsia dalam
pemerintahan, yang akan memberi maklumat dari kawasan
luar bandar atau bandar. Mereka mendapat latihan khas
untuk berhadapan dengan gerakan bawah tanah yang
menghasut rakyat dan menyebarkan propaganda di Rusia..
Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini
menunjukkan banyak persamaan dan perbezaan
mengikut era pemerintahan raja atau maharaja.
Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut
menyumbang kepada kejatuhan sistem pembesar di
kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia
berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik.
Penamatan pemerintahan Dinasti Ching turut
menghapuskan sistem pembesar di China, yang
kemudiannya bertukar kepada sistem pemerintahan
bercorak republik dan komunis.
BAB 6- INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA

2015 Huraikan peranan maharaja Rusia sehingga Revolusi


Rusia pada abad ke 16 dan 17 M.
√: 2018 Huraikan peranan pembesar dalam era pemerintahan
Peter The Great di Rusia dari aspek pemerintahan,
kehakiman dan ketenteraan
- Huraikan faktor yg menyebabkan tercetusnya Revolusi Rusia 1905 semasa
pemerintahan Tsar Nicholas II
- Sejauh manakah Peristiwa Ahad Berdarah mencetuskan Revolusi Rusia
1905.

- Sejauh manakah Peristiwa Ahad Berdarah


mengubah pentadbiran Rusia kepada monarki
berpelembagaan semasa pemerintahan Tsar
Nicholas II.

ISI JAWAPAN= SAMA, CARA MENJAWAB BERBEZA


PENDAHULUAN
penutup
Tsar Nicholas II merupakan Tsar yang terakhir
memerintah negara Rusia. Beliau meneruskan
pemerintahan autokrat seperti yang dilakukan
oleh ayahnya. Perkembangan ini telah
menyebabkan tercetusnya Revolusi 1905.
ISI-ISI
P1- P2-
P3- PERANG
PERKEMBANGAN PERKEMBANGAN
RUSIA-JEPUN
INDUSTRI POLITIK

P4- PERISTIWA P5-


AHAD BERDARAH KEBANGKITAN
GOL.PEKERJA
ISI-ISI (1) PERKEMBANGAN
PERINDUSTRIAN
Faktor yang pertama ialah perkembangan perindustrian yang
begitu pesat. Sergei White bertanggungjawab untuk
membangunkan sektor perindustrian di Rusia.Beliau merupakan
Menteri Kewangan dan Perdagangan. Beliau memainkan peranan
dalam mendapatkan pinjaman dari luar luar untuk
membangunkan sektor perindustrian. Beliau juga menggalakkan
pelabur-pelabur asing seperti dari negara Jerman , Perancis dan
Inggeris untuk melabur dalam bidang perindustrian di Rusia.
Beliau juga mendapatkan peruntukan wang untuk
membina landasan kereta api Trans-Siberia. Dasar Sergei
White telah menyebabkan berlaku perkembangan pesat
dalam industri kapas , bulu , arang batu , besi dan keluli.
Perkembangan ini telah menyebabkan muncul golongan
pekerja dan kapitalis. Golongan kapitalis tidak berpuas
hati dengan dasar yang diperkenalkan oleh Tsar Nicholas
II.
2) PERKEMBANGAN POLITIK

Faktor yang kedua ialah perkembangan politik yang


telah menyebabkan muncul parti-parti politik seperti
Parti Buruh Sosial Demokrat Rusia , Parti Revolusiner
Sosial dan Parti Liberal. Selepas penubuhan Parti Buruh
Sosial Demokrat Rusia , golongan pekerja mengadakan
mogok dan tunjuk perasaan.
Tsar Nicholas II bimbang terhadap pengaruh parti
tersebut dalam kalangan pekerja. Tsar Nicholas II
telah mengambil langkah dengan menghantar
ejen-ejen rahsia ke kilang bagi menghapuskan
pengaruh tersebut. Eje-ejen tersebut telah
menubuhkan kesatuan sekerja bagi mengawal
parti tersebut
3) PEPERANGAN (RUSIA VS
JEPUN)
Faktor yang ketiga ialah peperangan antara Rusia
dan Jepun. Peperangan ini berlaku kerana pihak ingin
menjaga kepentingan ekonomi dan pertahanan di
Manchuria dan Korea. Perang bermula apabila Jepun
melancarkan serangan terhadap kapal-kapal laut Rusia di
Port Arthur pada 8 Februari 1904. Rusia telah
mengalami kekalahan teruk dalam perang tersebut.
Seramai 90000 tentera Rusia telah terkorban dan 40000
ditawan. Kekalahan yang dialami oleh tentera Rusia
menyebabkan rakyat mempersoalkan kekuatan
pasukan tentera kerajaan pusat. Kewibawaan Tsar
Nicholas II sebagai pemimpin turut terjejas.
Perkembangan ini telah menyebabkan rakyat mahu
menghapuskan pemerintahan autokratik Tsar.
4) PERISTIWA AHAD
BERDARAH
Faktor yang keempat ialah Perisiwa Ahad Berdarah.
Pada 22 Januari 1905, Paderi Gapon telah mengetuai
satu perarakan untuk menyampaikan memorandum
kepada Tsar Nicholas II. Antara isi kandungan
memorandum tersebut adalah waktu bekerja lapan jam
sehari , sistem pendidikan yang seragam dan upah yang
sama untuk lelaki dan perempuan.
Tentera telah menggunakan kekerasan untuk menyuraikan
perhimpunan tersebut yang telah menyebabkan lebih kurang
130 orang telah terkorban dan 299 orang
tercedera.Perkembangan ini menyebabkan rakyat hilang
kepercayaan terhadap Tsar. Selepas peristiwa itu , kegiatan
mogok dan tunjuk perasaan diadakan di seluruh Rusia.
Rakyat juga telah berubah sikap dan ingin menamatkan
pemerintahan autokatik Tsar.
5) KEBANGKITAN
GOL.PEKERJA
Faktor yang terakhir ialah kebangkitan golongan pekerja.
Selepas peristiwa Ahad Berdarah , pekerja telah
melancarkan mogok dan tunjuk perasaan di seluruh Rusia.
Tunjuk perasaan turut diadakan di bandar-bandar utama
seperti St.Petersburg dan Moscow. Keadaan pekerja kembali
teratur apabila kesatuan pekerja ditubukan yang dikenali
sebagai Soviet atau Majlis.
Kesimpulannya , penentangan daripada rakyat
menyebabkan Tsar Nicholas II akur kepada tuntutan
rakyat. Beliau mengisytiharkan manifesto yang
dikenali sebagai Manifesto Oktober dan
memperkenalkan sistem pemerintahan monarki
berperlembagaan.
Huraikan pembaharuan yang
dilaksanakan oleh Tsar
Alexander II semasa
pemerintahannya antara tahun
1855 hingga tahun 1881.
ISI-ISI
P1- pembaharuan
P2- pentadbiran
ASPEK POLITIK dalm pentadbiran
undang-undang
-zemstov-

P3- pembinaan
ASPEK EKONOMI
landasan k.api

P4- dikri P5- media cetak


P6- bidang
ASPEK SOSIAL pembebasan (kebebasan
ketenteraan
hamba penerbitan)
Tsar Alexander II menaiki takhta pemerintahan
Rusia pada abad ke-19. Tsar Alexander II bertindak
untuk memulihkan keadaan politik di Rusia. Beliau
telah menamatkan Perang Crimea dan menjalankan
pelbagai pembaharuan dari pelbagai aspek.
P1- pembaharuan dalm pentadbiran
ASPEK POLITIK -zemstov-

Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II ialah


dalam aspek politik. Tsar Alexander II melakukan pembaharuan
dalam pentadbiran kerajaan tempatan di Rusia. Bagi mengukuhkan
kuasanya dalam mengawal golongan bangsawan, beliau telah
meluluskan undang-undang pada tahun 1864. Melalui undang-
undang ini,setiap daerah daripada 34 buah wilayah akan mempunyai
Majlis Perundangan Tempatan atau Majlis Daerah yang dikenali
sebagai Zemstov.
Penduduk bandar dan kaum petani diberi hak untuk memilih ahli
majlis daerah zemstov. Ahli majlis zemstov kemudian akan memilih
anggota zemstov wilayah. Majlis daerah zemstov bertanggungjawab
mengutip cukai,memelihara jambatan,jalan
raya,pendidikan,kesihatan awam dan memilih pegawai undang-
undang. Majlis ini memiliki kuasa politik yang terhad. Majlis ini
berjaya memecahkan monopoli golongan bangsawan dalam
dewan perhimpunan.
P2- pentadbiran undang-undang

Tsar Alexander juga menjalankan pembaharuan dalam


pentadbiran undang-undang. Prinsip-prinsip perundangan barat
digunakan dalam pentadbiran undang-undang di Rusia.
Pentadbiran hakim dan majistret diasingkan daripada jabatan
kerajaan yang lain. Bagi menjamin keadilan semua lapisan
menerima semua undang-undang yang sama tanpa mengira taraf
sosial kes-kes mahkamah dibicarakan secara terbuka.
Sistem perbicaraan yang menggunakan juri telah
diperkenalkan. Perbicaraan mengenai perkara-perkara
awam dan jenayah dipindahkan kepada pegawai-pegawai
pentadbir kuasa mahkamah yang dibentuk mengikut
corak barat. Jaksa pendamai,hakim-hakim daerah dan
sebuah senat dibentuk untuk menjalankan tugas sebagai
Mahkamah Rayuan.
ASPEK EKONOMI P3- pembinaan landasan k.api

Melalui aspek ekonomi, pembangunan ekonomi juga dilaksanakan


oleh Tsar Alexander II. Tumpuan diberi kepada pembinaan landasan
kereta api yang membantu perkembangan industri. Hubungan
diplomatik yang baik antara Rusia dan Perancis menyebabkan
Perancis memberi pinjaman kewangan untuk membangunkan
industri di Rusia. Perkembangan infrastruktur ini meningkatkan
eksport bijirin. Industri besi dan dan keluli turut berkembang
selaras dengan pembinaan landasan kereta api.
P4- dikri pembebasan
ASPEK SOSIAL
hamba

Selain itu, Tsar Alexander II juga memberikan tumpuan


terhadap aspek sosial negara. Baginda telah mengambil langkah
untuk memberi kebebasan sepenuhnya kepada golongan hamba.
Pada mac 1861,beliau telah mengisytiharkan dikri pembebasan
hamba. Menurut titah perintah emansipasi,semua hamba yang
dimiliki secara persendirian dan kerajaan pusat dibebaskan.
Golongan hamba yang bekerja di ladang mesti diberikan tanah yang
diambil dari tuan-tuan tanah.
Tuan tanah akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan pusat.
Pelaksanaan dikri ini mengukuhkan kedudukan Tsar
Alexander II kerana golongan tuan tanah hilang pengaruh
mereka apabila mereka hilang tanah dan hamba yang
mengusahakan tanah mereka. Golongan petani pula terikat
kepada komun yang merupakan wakil kerajaan pusat yang
mengutip cukai dan menghalang pengaruh negatif tersebar
dalam kalangan petani.
P5- media cetak
(kebebasan penerbitan)

Perubahan juga dilakukan kepada media cetak.


Tsar Alexander II telah memberikan kebebasan
penerbitan dan penapisan kerajaan juga
dilonggarkan. Kesan daripadanya penerbitan
akhbar dan majalah bertambah daripada 6 kepada
16 buah akhbar dan 156 buah majalah bulanan.
P6- bidang ketenteraan

Tsar Alexander II telah memperkenalkan beberapa


perubahan dalam bidang tentera. Rakyat daripada
semua lapisan masyarakat diwajibkan berkhidmat
sebagai anggota pasukan tentera. Terdapat dua
kategori tentera,iaitu tentera tetap yang berkhidmat
selama 6 tahun, manakala berkhidmat sebagai
tentera sukarela selama 5 tahun.
Kesimpulannya, pada zaman pemerintahan
Tsar Alexander II banyak pembaharuan
dijalankan. Namun terdapat pegawai-
pegawai yang tidak menyokong Tsar. Ini
pembawa kepada peristiwa pembunuhan
Tsar Alexander II.
BAB 7: RAJA MUTLAK & BERPELEMBAGAAN

2019- Bincangkan kedudukan dan kuasa raja di


√: England pada abad ke 17 M
2021- Bincangkan perkembangan sistem pemerintahan
raja berperlembagaan di England dari tahun 1660
hingga 1699.

- Sistem beraja mutlak


X: - Perbandingan sistem beraja mutlak dan
raja berpelembagaan
- Bincangkan dasar pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh Raja
Louis XIV di Perancis
- Jelaskan langkah2 yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk
mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
- Raja Louis XIV (1643-1715) melaksanakan pemerintahan monarki
di Perancis. Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakannya
dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis.

SEMUA JAWAPAN
ADALAH SAMA
PENGENALAN
Raja Louis XIV ditabal sebagai pemerintah Perancis
pada tahun 1643. Baginda Memerintah selama 72tahun
dan menjalankan pemerintahan secara mutlak. Baginda
telah mengambil beberapa langkah untuk
mengukuhkan pemerintahan monarki.

RAJA LOUIS XIV


1- dasar dlm ng
Raja Louis XIV menjalankan dasar pentadbiran yang
membawa keamanan Perancis dengan memperkenalkan
pelbagai langkah untuk menyusun semula pentadbiran.
Antara lainnya , baginda memperkenalkan 4 majlis utama
iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan
dan Majlis Privy. Majlis Negara berperanan menguruskan
hal ehwal luar negara. Majlis Despatches mengurus semua
hal ehwal tempatan kecuali kewangan, Majlis Kewangan
mengurus hal percukaian, tarif, perbelanjaan dan
pendapatan negara dan Majlis Privy berperanan dalam
menguruskan bidang pentadbiran keadilan.
Baginda juga mengukuhkan pengurusan pentadbiran dengan melantik
menteri berkebolehan seperti Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois
sebagai menteri Penerangan dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraaan.
Selain itu baginda menggunakan khidmat pegawai berkebolehan bagi
mengukuhkan kuasa di provinsi bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di
pelbagai provinsi Perancis. Baginda juga tidak memberikan pencen kepada
pengikut raja melainkan mereka tinggal di istana. Hal ini menyebabkan
mereka tinggal menetap di istana untuk memperoleh sokongan. Melalui
dasar negara yang dipraktikkan, Perancis menjadi negara industri dan kuasa
militer yang hebat.
2. Dasar Ekonomi Merkantilisme :

Raja Louis XIV telah melaksanakan dasar ekonomi


merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai
.
negara yang kuat dan agung. Menteri baginda iaitu Louis
Colbert telah menjalankan dasar merkantilisme dengan tekun.
Antaranya ialah memulakan industri baharu, memansuhkan
tarif tempatan,tol,mengurangkan kadar bunga ke atas
hutang kerajaan,mengawal upah,dan harga kebanyakan
barangan.
3. Dasar Ketenteraan:
Selain itu, Louis juga mengambil beberapa langkah dalam aspek
ketenteraan. Baginda telah meminta bantuan Louvois, untuk
melakukan reformasi dalam aspek ketenteraan. Louis
menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang
ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan.
Oleh itu, Raja mempunyai kawalan penuh ke atas angkatan tentera.
Pegawai –pegawai tentera yang dilantik adalah berdasarkan kepada
sistem merit. Kerajaan bertanggungjawab dalam merekrut tentera,
menyediakan perumahan, dan bekalan untuk mereka. Baginda
juga menyediakan sepasukan bala tentera yang terdiri daripada
4000 tentera. Kesannya, tentera Perancis muncul sebagai tentera
terkuat di Eropah ketika itu.
4. Dasar Agama:

• Dalam aspek agama pula, Louis memaksa golongan bukan


katolik iaitu Huguenot ( Calvinis Perancis) untuk menerima
agama Katolik. Pada tahun 1598, Edict of Nantes telah
ditandatangani yang memberikan kebebasan kepada rakyat
untuk menganut agama pilihan mereka. Tetapi, Louis XIV
bertindak membatalkan Edict of Nantes. Seramai 200 000
Huguenot meninggalkan Perancis, dan berpindah ke England,
Holand dan Amerika.
5. Dasar Luar Negara :

• Dasar terakhir yang dilakukan oleh Louis XIV adalah dalam aspek
dasar luar negara. Tujuan dasar ini adalah untuk meluaskan
wilayah negara Perancis. Semasa pemerintahan baginda, wilayah
kekuasaan telah meluas sehingga ke Sungai Rhine dengan
menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera
Jerman, negara Spanish Netherlands ( Belgium Moden) dan
United Province (kerajaan Belanda hari ini.). Kesannya, wilayah
Perancis telah tersebar dengan meluas.
KESIMPULAN
• Raja Louis XIV mengukuhkan pemerintahan
monarkinya bukan sahaja melalui dasar dalam negara
tetapi melalui dasar-dasar lain. Semua dasar yang
dijalankan berjaya mengukuhkan kedudukan sistem
tersebut. Kesannya Perancis muncul sebagai negara
yang kuat dan berpengaruh di Eropah.
TOKOH-TOKOH MENTERI YANG
DILANTIK
Negara England merupakan antara negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan raja
berpelembagaan. Galurkan rentetan peristiwa
yang menyebabkan munculnya pemerintahan
raja berpelembagaan di England semasa
pemerintahan raja-raja dari Dinasti Stuart.

KRONOLOGI – RAJA
BERPELEMBAGAAN
ISI-ISI 5- Menggantung Clarendon Code

1- Raja James I 6- Undang2 Habeas Corpus Act

2- Raja Charles I 7- Masalah pewarisan takhta

3- Pengisytiharan Hak 8- Revolusi Cemerlang

4- Perang saudara 9- Pengisytiharan undang2


PENGENALAN

Negara England merupakan antara negara Eropah


yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki
mutlak. Namun semasa pemerintahan dinasti Stuart,
berlaku ketegangan antara pemerintah dan parlimen
yang membawa kepada kemunculan sistem raja
berpelembagaan di England.
1- Raja James I
Semasa pemerintahan Raja James I, parlimen
menghadkan bidang kuasa raja. Oleh itu, apabila
baginda menghadapi masalah kewangan dan
parlimen pula enggan meluluskan peruntukan
tambahan, baginda telah menaikkan cukai ke atas
rakyat.
2- Raja Charles I

Semasa pemerintahan Raja Charles I, hubungan


antara parlimen dengan raja semakin tegang.
Memandangkan baginda sukar untuk mendapat
peruntukan daripada parlimen, baginda telah memaksa
rakyat memberikan saguhati kepadanya. Sesiapa yang
enggan, akan dipenjarakan.
3- Pengisytiharan Hak
Tindakan Raja Charles I bertentangan dengan hasrat parlimen
telah menyebabkan kuasa raja dihadkan. Parlimen
. telah memaksa
baginda menandatangani ‘Pengisytiharan Hak’ pada tahun 1628
yang melarang raja daripada menggunakan angkatan tentera
diraja demi kepentingan sendiri, rakyat tidak boleh
dipenjarakan tanpa sebab, dan raja juga tidak dibenarkan
memungut cukai tanpa mendapat kebenaran daripada parlimen.
3. Dasar Ketenteraan:
4- Perang saudara
Ketegangan dengan parlimen menyebabkan raja Charles I
menangkap pemimpin-pemimpin parlimen. Tindakan ini
mencetuskan perang saudara antara penyokong raja dengan
penyokong parlimen. Kemenangan akhirnya berpihak kepada
parlimen di bawah pimpinan Oliver Cromwell. Kemenangan
tersebut menyebabkan Raja Charles I kehilangan kuasa dan
akhirnya dijatuhi hukuman pancung.
5-Dasar
4. Menggantung
Agama: Clarendon Code
• Seterusnya, Raja Charles II meluluskan undang-
undang dengan menggantung Clarendon Code
yang mengisytiharkan Anglican sebagai agama rasmi
bagi England pada tahun 1672. Namun baginda
terpaksa menarik balik penggantungan tersebut
kerana ditentang oleh rakyat England.
6- 5.Undang2 Habeas
Dasar Luar Negara : Corpus Act

• Pada tahun 1679, Parlimen England meluluskan undang-


undang berhubung hak asasi manusia iaitu Habeas
Corpus Act. Undang-undang ini mensyaratkan
seseorang yang ditangkap mesti dibawa ke muka
pengadilan. Undang-undang ini juga menyekat raja
memenjarakan tahanan politik dengan sesuka hati.
7- Masalah pewarisan takhta
Raja James II beragama katolik tetapi isteri
pertamanya beragama protestan. Mereka dikurniakan
seorang anak perempuan bernama Mary yang dikahwinkan
dengan Raja William dari Holland. Raja James II
kemudiannya berkahwin dengan isteri keduanya yang
beragama katolik. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Oleh itu, baginda ingin melantik anak lelakinya sebagai
pemerintah England. Namun, hasrat tersebut ditentang
oleh anggota parlimen keranan mereka tidak mahu
mempunyai seorang raja yang beragama Katolik.
8- Revolusi Cemerlang
Oleh itu, anggota parlimen England memohon
Mary dan suaminya, William of Orange kembali ke
England dan merampas takhta daripada
ayahandanya. Raja William dan Mary bersama 15
ribu tenteranya telah mendarat di England. Raja
James II yang enggan menentang telah melarikan
diri ke Perancis bersama keluarganya. Insiden ini
dikenali sebagai Revolusi Cemerlang kerana
insiden ini tidak menumpahkan darah.
9- Pengisytiharan undang2

Revolusi Cemerlang membawa kepada


pengisytiharan beberapa undang-undang oleh
parlimen. Undang-undang Pengisytiharan Hak dan
Undang-Undang Toleransi yang memberi
kebebasan beragama kepada golongan Puritan
diperkenalkan.
Undang-undang Pengisytiharan Hak menetapkan
bahawa, parlimen mesti mengadakan persidangan dari
semasa ke semasa, rakyat mempunyai hak untuk
menghadapkan raja ke muka pengadilan, orang yang
beragama Roman Katolik tidak boleh menjadi raja
England pada masa akan datang dan parlimen berhak
mengenakan cukai dan bukannya raja.
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, pelbagai peristiwa telah
berlaku sehingga berjaya menjatuhkan kerajaan
beraja mutlak di England. Ini menjadikan negara
England antara negara Eropah yang
mengamalkan sistem pemerintahan raja
berpelembagaan.
BAB 8- KEMUNCULAN KJAAN REPUBLIK DI
PERANCIS
2016- Bincangkan 3 transformasi dalam bidang politik
hasil daripada penubuhan kerajaan republik di
√:
Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis.

X: - Sistem negara kesatuan


Galurkan rentetan peristiwa yang menyebabkan
berlakunya Revolusi Perancis pada tahun 1789
sehingga tertubuhnya negara republik di Perancis.

PERISTIWA
(KRONOLOGI)
1- persidangan 2- penubuhan
parlimen perhimpunan
kebgsaan
3-
pemberontakan
rakyat
ISI-ISI 4- persidangan PK

6- pengisytiharan
5- melarikan diri kjaan republik
PENGENALAN
Revolusi Perancis merupakan peristiwa politik yang amat
signifikan dalam sejarah Eropah. Corak pemerintahan kerajaan
Perancis pada abad ke-18 adalah dalam tangan raja, Majlis Diraja
dan Indendant. Semua kata pemutus adalah dalam tangan diraja.
Keadaan ekonomi masih bercorak feudal dan golongan petani
tertindas. Pada masa yang sama, berlaku perkembangan intelektual
yang membangkitkan pemikiran bebas di Perancis. Perkembangan
ini membawa kepada sebab-sebab awal meletusnya Revolusi
Perancis. Revolusi ini telah meletakkan asas bagi perubahan yang
berlaku dalam sistem politik di Eropah serta kemunculan sistem
pemerintahan bercorak republik di Perancis.
1- persidangan parlimen
Pada tahun 1789, Raja Louis XVI mengadakan persidangan
parlimen di Versailles. Namun, persidangan tersebut gagal kerana
timbul perbezaan pendapat berhubung tentang cara pengundian
dalam kalangan anggota dewan. Hal ini kerana setiap dewan
mempunyai 1 undi dalam parlimen. Ini kerana keahlian Dewan
Ketiga adalah mewakili 96% rakyat Perancis tetapi usul yang dibawa
oleh Dewan Ketiga boleh ditolak sekiranya terdapat kesepakatan
yang berlaku antara Dewan Pertama dan Dewan Kedua. Oleh itu,
Dewan Ketiga telah menuntut agar setiap anggota diberikan undi. Selain itu,
Dewan Ketiga menuntut agar ketiga-tiga dewan mengadakan persidangan
bersama dan undian majority harus diterima. Walau bagaimanapun, tuntutan
Dewan Ketiga ditolak oleh Raja Louis XVI.
2- penubuhan perhimpunan kebangsaan
Penolakan ini menyebabkan Dewan Ketiga menubuhkan Perhimpunan
Kebangsaan. Dewan Pertama dan Dewan Kedua dijemput untuk menyertai
perhimpunan tersebut. Dewan Ketiga mendakwa bahawa mereka
mempunyai hak untuk bercakap dan bertindak bagi seluruh rakyat
Perancis. Perkembangan ini menandakan bermulanya perselisihan antara
Dewan Ketiga dengan golongan raja, bangsawan dan paderi. Penubuhan
Perhimpunan Kebangsaan telah menyebabkan Marie Antoinnette
mendesak Raja Louis XVI mengambil tindakan tegas terhadap
Dewan Ketiga. Ini menyebabkan anggota Perhimpunan
Kebangsaan mengadakan pertemuan di sebuah gelanggang tenis.
Dalam pertemuan tersebut,mereka bersumpah untuk terus
mengadakan persidangan sehingga perlembagaan baharu digubal.
3- pemberontakan rakyat
Seterusnya, Raja Louis XVI mengemukakan ugutan untuk
menumpaskan Perhimpunan Kebangsaan. Namun, tindakan Raja
Louis XVI ini hanya membangkitkan kemarahan . rakyat. Ini telah
mendorong mereka melancarkan pemberontakan, rusuhan dan
tunjuk perasaan. Pada 14 Julai 1789, penunjuk perasaan
menggempur penjara Bastille yang merupakan lambang kezaliman
rejim lama. Ramai tahanan politik dibebaskan dari penjara Bastille.
Kejatuhan Bastille telak memberi semangat kepada pemberontak
untuk terus melancarkan tunjuk perasaan di Perancis. Kesannya,
revolusi telah tersebar, sehinggakan golongan petani telah bertindak
memansuhkan semua bentuk perjanjian dengan tuan-tuan tanah.
4- persidangan PK
Pada 4 Ogos 1789, perhimpunan kebangsaan telah mengadakan
persidangan dan telah menggubal perlembagaan baharu bagi
Perancis. Perhimpunan Kebangsaan ini mengambil beberapa
tindakan seperti menghapuskan hak keistimewaan golongan
feudal,menghapuskan pembayaran cukai kepada
gereja,mengambil alih tanah-tanah gereja dan membatalkan
gelaran yang dikurniakan kepada golongan bangsawan. Pada 27
Ogos 1789, Perhimpunan Kebangsaan telah meluluskan
Perisytiharan Hak-Hak Manusia. Mereka mengemukakan
“Kebebasan,Persamaan dan Persaudaraan”. Antara kandungan
perisytiharan ini ialah kerajaan bertanggungjawab mempertahankan
hak manusia, semua manusia adalah sama di sisi undang-undang
dan menjamin kebebasan beragama.
5- melarikan diri
Perkembangan ini telah menyebabkan ramai golongan
bangsawan melarikan diri dan meninggalkan Perancis.
Golongan ini dikenali sebagai golongan emigres. Pada masa
yang sama, Raja Louis XVI bersama isterinya mengambil
keputusan untuk melarikan diri ke negara lain. Usaha
mereka tidak berjaya dan mereka telah ditahan oleh
golongan Revolusioner berhampiran sempadan di
Varennes.Pada bulan Julai 1791, Raja Louis XVI terpaksa
menerima perlembagaan baharu yang diluluskan oleh
Perhimpunan Kebangsaan. Menurut perlembagaan baharu
itu, sebuah kerajaan berperlembagaan ditubuhkan.
6- pengisytiharan
5. Dasar Luar Negara : kjaan republik

Situasi politik yang berlaku di Perancis ini membimbangkan


negara-negara Eropah yang mengamalkan pemerintahan beraja.
Oleh itu, Raja Prussia dan Raja Austria membantu Raja Louis XVI
dengan memulihkan keamanan di Perancis. Golongan
Revolusioner merasa terancam lalu Perancis mengisytiharkan
perang terhadap Austria pada April 1792. Pada Ogos 1792,
golongan Revolusioner menahan Raja Louis XVI dalam penjara.
Pada bulan September 1792,Perhimpunan Kebangsaan
digantikan dengan Constitutional Convention dan seterusnya
membawa kepada pengisytiharan kerajaan republik di Perancis.
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, rasa tidak puas hati rakyat kepada
pemerintahan Raja Louis XVI menyebabkan
pemerintahan monarki tumbang. Perkembangan ini
merintis jalan ke arah penubuhan kerajaan bercorak
republik di Perancis.
Bincangkan ciri-ciri sistem pemerintahan
negara kesatuan Perancis antara abad
ke-18 hingga 19 M.

CIRI SISTEM PEMERINTAHAN


= NG. KESATUAN PERANCIS
1- kuasa penuh 2- sesuai
kjaan pusat diamalkan –
ng.kecil
3- membentuk
pentadbiran
baru
CIRI 4- penubuhan
majlis

5- Datuk Bandar - wakil


PENGENALAN
•Negara kesatuan merupakan sebuah negara
yang memberikan kuasa yang luas kepada
kerajaan pusat. Negara kesatuan di Perancis
terbentuk sebaik sahaja sistem feudal
dihapuskan, iaitu setelah Raja Louis XVI
dipancung. Terdapat pelbagai ciri-ciri sistem
pemerintahan ini.
1- kuasa penuh kjaan pusat
Antara ciri-ciri sistem pemerintahan negara kesatuan Perancis ialah
kuasa penuh terhadap kerajaan pusat untuk menguruskan
pemerintahan. Bagi memudahkan pentadbiran, kerajaan kesatuan
telah membahagikan negara kepada beberapa wilayah untuk
mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan ejen kerajaan
pusat. Namun, kuasa ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh
kerajaan pusat. Kerajaan pusat juga boleh membatalkan undang-
undang yang telah diluluskan di peringkat wilayah. Bentuk seperti
ini adalah merupakan sistem sentralisasi, iaitu pemerintah pusat
memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari
pusat ke wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksanakan tugas
berdasarkan ketetapan pusat.
2- sesuai dilaksanakan – ng.kecil
Ciri kedua ialah kerajaan kesatuan sesuai
dilaksanakan di Perancis kerana mempunyai jumlah
penduduk yang sedikit, dan keadaan geografinya
yang kecil. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas
lebih memudahkan komunikasi dua hala dan
keputusan juga boleh dibuat secepat mungkin. Oleh
itu, setelah revolusi Perancis berlaku, pelbagai
perubahan turut berlaku di Perancis.
3- membentuk pentadbiran
baru
Ciri ketiga ialah membentuk pentadbiran baru. Setelah
pemerintahan beraja dihapuskan pada tahun 1790, negara
.
Perancis telah dibahagikan kepada 83 department
(wilayah), dan setiap wilayah dibahagikan pula kepada
cantons (daerah). Daerah pula dibahagikan kepada
(commune). Pentadbiran department diketuai oleh Prefect
yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefect bertanggungjawab
secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan
berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan
tempatan.
4- penubuhan majlis
Ciri seterusnya ialah menubuhkan sebuah majlis, iaitu
General Council di setiap department. Ahli-ahlinya dilantik
oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan
institusi tempatan yang menghubungkan penduduk
tempatan dengan kerajaan pusat. Commune pula
berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai
oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk
Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal
Council). Institusi Commune berperanan mengendalikan perkara-
perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti
meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk
dan menguruskan pendaftaran perkahwinan.
5- datuk bandar - wakil
•Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di
kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk
menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar
jurutera awam, menguruskan pekerja di kawasannya
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, segala keputusan
yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau
dibatalkan oleh kerajaan pusat. Commune merupakan
institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan
kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran,
mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan
dan sebagainya.  
KESIMPULAN
•Kesimpulannya, pemerintahan berbentuk
kesatuan diamalkan di Perancis. Ini bertujuan
untuk mengukuhkan kekuasaan golongan
pemerintah dan hal ini terbukti walaupun
anatomi diberikan kepada pentadbir di peringkat
wilayah, namun kekuasaannya amat terbatas. Ia
boleh terbubar sekiranya dasar yang
dilaksanakan tidak selari dengan kerajaan pusat.
Huraikan struktur organisasi pentadbiran
Kerajaan Republik Ketiga (1875-1945) di
Perancis.

STRUKTUR PENTADBIRAN
= REPUBLIK KETIGA PERANCIS
1- parlimen 2- dewan senat

3- dewan Struktur
perwakilan pentadbiran 4- presiden

5- kabinet
PENGENALAN
Kerajaan Republik Ketiga ditubuhkan di Perancis pada
tahun 1875. Pemerintahan Kerajaan Republik Ketiga
berlanjutan hingga Perang Dunia Kedua tamat pada
tahun 1945. Struktur pemerintahan Kerajaan Republik
Ketiga terdiri daripada Parlimen dan Kabinet. Parlimen
terdiri daripada dua badan iaitu Dewan Senat dan
Dewan Perwakilan. Setiap badan mempunyai tugas dan
peranan masing-masing.
1- parlimen
Struktur pertama pentadbiran dalam kerajaan
Republik Ketiga ialah parlimen. Dalam pemerintahan
republik di Perancis, Parlimen merupakan badan
perundangan tertinggi. Parlimen Perancis terdiri
daripada dua badan utama iaitu Dewan Senat dan
Dewan Perwakilan. Kuasa Parlimen termasuklah
menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
Bagi anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan pula
mereka terlibat secara langsung dalam pemilihan Presiden.
2- dewan senat
Struktur kedua ialah Dewan Senat. Sistem
pemerintahan republik memperlihatkan peranan
Dewan Senat sebagai badan terpenting dalam
Parlimen Perancis. Keanggotaan ahli Dewan Senat
berjumlah 300 orang, di mana 75 orang daripada
anggota dewan ini dilantik oleh Perhimpunan
Kebangsaan. Tempoh yang ditetapkan untuk anggota
Dewan Senat memegang jawatan ialah selama
sembilan tahun, manakala seramai 100 orang
anggotanya akan ditukar setiap tiga tahun sekali.
3- dewan perwakilan
Struktur organisasi pentadbiran kerajaan republik
Perancis seterusnya ialah Dewan Perwakilan.
. Sepertimana
Dewan Senat, Dewan Perwakilan juga berperanan penting
dalam Parlimen, malah anggotanya paling ramai.
Keanggotaannya terdiri daripada 584 orang perwakilan.
Setelah dipilih, anggota Dewan Perwakilan akan berkhidmat
untuk tempoh empat tahun. Pemilihan anggota Dewan
Perwakilan hanya dilakukan oleh orang dewasa sahaja.
4- presiden
Di samping itu, Presiden juga merupakan salah satu komponen
dalam struktur pentadbiran republik Perancis. Jawatan Presiden
bagi kerajaan republik Perancis dipilih setiap 7 tahun sekali.
Tanggungjawab memilih Presiden akan diputuskan melalui undi
anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Presiden
bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan
menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain. Presiden
juga mempunyai kuasa membubarkan Parlimen dan mengarahkan
pilihanraya diadakan semula. Selain itu, Presiden
bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal keselamatan negara
dengan menerajui pasukan tentera laut, tentera udara serta
tentera darat Perancis.
5- kabinet
Struktur orgnisasi kerajaan republik Perancis yang terakhir ialah
Kabinet. Kabinet Perancis diketuai oleh seorang Perdana Menteri
yang dilantik oleh Presiden. Perdana Menteri dipilih daripada
kalangan anggota Dewan Perwakilan. Antara fungsi Kabinet ialah
merangka dasar pentadbiran negara dan membuat keputusan
dalam isu-isu penting. Kabinet turut mempunyai kuasa
memeterai dan menolak sebarang perjanjian dengan negara lain.
Di samping itu, Kabinet juga bertanggungjawab melantik
pegawai-pegawai kerajaan dan menguatkuasakan undang-
undang negara. Walaupun Presiden merupakan ketua ketenteraan,
tetapi kuasa mengawal dan mengawasi pasukan tentera laut, tentera udara
serta tentera darat berada di bawah tanggungjawab Kabinet..  
KESIMPULAN
•Kesimpulannya, pemerintahan berbentuk
kesatuan diamalkan di Perancis. Ini bertujuan
untuk mengukuhkan kekuasaan golongan
pemerintah dan hal ini terbukti walaupun
anatomi diberikan kepada pentadbir di peringkat
wilayah, namun kekuasaannya amat terbatas. Ia
boleh terbubar sekiranya dasar yang
dilaksanakan tidak selari dengan kerajaan pusat.
BAB 9- PEMBENTUKAN NEGARA USA

2020- Huraikan sistem kerajaan


persekutuan yang diamalkan di Amerika
√:
Syarikat sejak abad ke-18.
-Huraikan faktor pembentukan USA.
-Sejauh manakah Peperangan Tujuh
Tahun meletakkan asas kepada
pembentukan negara Persekutuan
Amerika Syarikat pada abad ke 18 hingga
19?
1- peperangan 7 2- campur tangan
tahun England

3- pengenalan 4- peristiwa
akta baru
FAKTOR pembuangan Teh
Boston

5-perang kemerdekaan
PENGENALAN
•Orang Red Indian merupakan kaum asli penduduk
Amerika Syarikat. Selepas penemuan negara
Amerika, orang Eropah dari pelbagai negara
berlumba-lumba untuk mendirikan petempatan di
sana. Terdapat pelbagai faktor yang meletakkan
asas pembentukan negara Amerika Syarikat.
1- peperangan 7 tahun
Peperangan Tujuh Tahun merupakan faktor utama kepada
pembentukan negara Amerika Syarikat. Peperangan ini berlaku
antara negara Perancis dengan England. Pada tahun 1763, Perancis
dikalahkan oleh England. Keadaan ini memaksa Perancis untuk
menandatangani Perjanjian Paris. Menerusi perjanjian ini, beberapa
wilayah terpaksa diserahkan kepada England. Namun peperangan ini
telah menelan perbelanjaan yang sangat besar bagi negara England. Oleh itu,
England memaksa koloni-koloninya di Amerika untuk menanggung
sebahagian daripada perbelanjaan tersebut. Tindakan ini menimbulkan
kemarahan rakyat. Perkembangan ini menyebabkan penduduk melancarkan
gerakan untuk membebaskan Amerika daripada England. Jelaslah bahawa
peperangan ini menjadi asas utama kepada pembentukan negara USA.
2- campur tangan England
Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang membawa
kepada pembentukan negara Amerika Syarikat. Antaranya
ialah, campur tangan England dalam hal ehwal koloni. Raja
George III mengamalkan dasar campur tangan dalam hal
ehwal penduduk dan tidak mengendahkan bantahan yang
dikemukakan oleh penduduk koloni. Sebaliknya,
mengambil langkah-langkah yang lebih tegas untuk
mendapatkan wang daripada mereka. Perkembangan ini
menyebabkan penduduk bangkit untuk menamatkan
pemerintahan England di Amerika.
3- pengenalan akta baru
Seterusnya ialah pengenalan akta baharu. Penduduk koloni
membantah akta-akta baharu yang diluluskan oleh Parlimen
England. Contohnya, Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem,
dan Akta Teh. Tujuannya adalah bagi membolehkan.
cukai
dipungut daripada penduduk koloni Amerika. Selain itu, undang-
undang yang menghendaki penduduk koloni membayar
perbelanjaan tentera England yang berkhidmat di Amerika juga
telah diluluskan. Penduduk koloni membantah kerana berpendapat
parlimen tidak berhak mengenakan cukai kerana koloni-koloni
tersebut tidak diwakili sesiapa di parlimen. Akibat risau dengan
keadaan yang berlaku, kerajaan England telah menarik balik semua
akta kecuali Akta Teh.
4- peristiwa pembuangan Teh Boston
Faktor seterusnya ialah peristiwa pembuangan teh Boston.
Pada tahun 1773, Lord North meluluskan Akta Teh yang
membenarkan SHTI menjual teh kepada penduduk di koloni
tanpa membayar cukai. Penduduk pula dipaksa membeli
teh daripada England melalui SHTI. Perkembangan ini
menimbulkan kemarahan penduduk. Mereka telah membuang
kotak-kotak berisi teh ke dalam laut. Peristiwa ini dikenali
sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston. Sebagai
tindak balas, England menutup pelabuhan Boston pada
tahun 1774. Peristiwa ini menyebabkan penduduk koloni mahu
menuntut kemerdekaan daripada England.
5- pertemuan di Philadelphia
Faktor terakhir ialah Perang Kemerdekaan. Pada bulan
September 1774, pemimpin 13 buah koloni mengadakan
pertemuan di Philadelphia. Mereka membuat keputusan
untuk menubuhkan Kongres. Pada Julai 1775, Kongres
membuat keputusan untuk mengisytiharkan peperangan
terhadap England. Pasukan tentera koloni melancarkan
peperangan pada April 1776 di Lexington. Pada tahun
1781, tentera England di bawah pimpinan Jeneral Cornwallis
dikalahkan dalam pertempuran di Yorktown. Akibat
kekalahan tersebut, England telah menyerahkan kesemua
13 jajahan dan mengakui kemerdekaan bagi koloni-koloni
tersebut.
•Kesimpulannya peperangan tujuh tahun
meletakkan asas utama bagi
pembentukan negara Amerika Syarikat
dengan diikuti oleh faktor-faktor yang lain.
Justeru itu, perlembagaan baharu turut
digubal bagi melicinkan pentadbiran negara
sehingga negara Amerika menjadi salah
sebuah negara terulung di dunia.
BAB 10- PENYATUAN ITALI DAN JERMAN
2013- Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck
bagi
√: menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman
selepas penyatuan Jerman pada tahun 1871.
2014 Galurkan proses penyatuan Itali pada abad ke 19 M
2017 Bincangkan usaha Otto von Bismarck untuk
menyatukan Jerman pada abad ke 19 M
2019 Kejayaan penyatuan negara bangsa Itali disebabkan
1- sebarkan idea 2- mempopularkan
nasionalisme idea penyatuan Itali

3- JELASKAN PERANAN YG
DIMAINKAN MAZZINI 4-
menubuhkan DLM MENYATUKAN ITALI menandatangani
Young Italy dokumen

5- melancarkan
pemberontakan
PENGENALAN
•Mazzini merupakan tokoh nasionalis yang memperjuangkan
penyatuan Itali. Beliau berasal dari Genoa (1805-1872) dan dilahirkan
dalam keluarga yang amat mementingkan pendidikan. Beliau
berkelulusan dalam jurusan undang-undang tetapi lebih bersemangat
memperjuangkan idea-idea kebangsaan dan kebebasan. Mazzini yakin
bahawa keadaan politik di Itali hanya boleh diubah melalui revolusi,
bertentangan dengan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan
Piedmont. Menurut Mazzini, usaha ke arah penyatuan Itali harus
dilakukan oleh bangsa Itali sendiri tanpa melibatkan bantuan dan campur
tangan bangsa lain. Beliau berpendapat matlamat utama penyatuan Itali
ialah penubuhan negara republik. Terdapat beberapa peranan yang
diberikan oleh Mazzini bagi perjuangan menyatukan Itali . .
1- menyebarkan idea nasionalisme
Antaranya ialah menyebarkan idea-idea nasionalisme. Selain
seorang pejuang, beliau juga merupakan seorang penulis yang
berkaliber. Hasil penulisannya telah banyak memberikan kesedaran
serta galakan kepada rakyat Itali tentang penyatuan Itali. Mazzini
merupakan tokoh yang terawal menyebarkan kesedaran
nasionalisme dalam kalangan rakyat Itali. Beliau juga bergiat
secara aktif menerusi kegiatan politik untuk menyatukan Itali. Beliau
mempopularkan idea-idea seperti menyatukan Itali ke arah
pembentukan sebuah negara republik, menggulingkan
pemerintahan asing dari bumi Itali, menubuhkan pertubuhan-
pertubuhan untuk mencapai matlamat mereka, dan menegaskan
bahawa usaha penyatuan harus dilakukan oleh rakyat Itali sendiri.
2- mempopularkan idea penyatuan Itali
Seterusnya, beliau mempopularkan idea penyatuan Itali
dalam kalangan rakyat Itali. Mazzini berpendapat usaha
penyatuan Itali harus dilakukan oleh rakyat Itali sendiri.
Beliau menegaskan bahawa setiap bangsa mempunyai tugas
istimewa yang akan memberi sumbangan ke arah
penyempurnaan tugas untuk kemanusiaan. Tugas ini bagi
Mazzini merupakan unsur kebangsaan yang dianggap suci.
Beliau juga tidak mahu campur tangan dan bantuan kuasa-
kuasa asing dalam usaha penyatuan Itali. Malah, beliau
berasa tidak puas hati dengan pendekatan diplomatik yang
digunakan oleh Count Cavour untuk menyatukan Itali.
3- menubuhkan Young ItalY
Di samping itu, beliau juga menubuhkan pertubuhan yang dikenali
sebagai Young Italy. Kegagalan revolusi yang dilancarkan pada tahun 1820-
1821 dan 1830 menyedarkan Mazzini tentang keperluan menubuhkan
pertubuhan bersifat nasional yang mendapat sokongan meluas daripada
.
rakyat. Beliau menyebarkan masalah yang dihadapi oleh Itali untuk
pengetahuan masyarakat antarabangsa. Mazzini juga meyakinkan rakyat
tentang keperluan untuk menyelaraskan perjuangan menentang Austria. Pada
tahun 1831, Mazzini menubuhkan pertubuhan Young Italy. Pertubuhan ini
merupakan pertubuhan nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan
seperti golongan pertengahan, pekerja, pensyarah universiti dan pegawai
tentera dari seluruh Itali. Keahlian pertubuhan ini dianggarkan seramai 60,000
orang pada tahun 1833. Pada tahun 1834, beliau mengasaskan pertubuhan
Young Europe di England. Pertubuhan-pertubuhan ini memainkan peranan
dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat Itali.
4- menandatangani dokumen
Mazzini juga menandatangani dokumen Pact Of
Young Europe pada tahun 1834. Dokumen
tersebut menegaskan setiap bangsa mempunyai
tugas istimewa yang memberi sumbangan ke
arah kemanusiaan semasa dalam buangan di
Switzerland. Beliau juga menyokong perjuangan
pemuda di Eropah seperti di Hungary dan
Poland.
5- melancarkan pemberontakan
Peranan terakhir beliau ialah melancarkan pemberontakan. Mazzini
merupakan tokoh nasionalis yang merancang dan memimpin
pemberontakan menentang kuasa-kuasa asing di bumi Itali. Pada tahun
1833, beliau merancang serangan terhadap wilayah Savoy dari Switzerland
dan terlibat dalam pemberontakan di Cosenza pada tahun 1843. Pada
tahun 1857, Mazzini merancang pemberontakan di Genoa. Selain itu,
Mazzini juga memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di
Piedmont yang bertujuan untuk menubuhkan kerajaan berpelembagaan.
Walau bagaimanapun, gerakan tersebut gagal. Mazzini telah dibuang
negeri ke Switzerland dan beliau sampai ke England. Ketika di England,
beliau telah menguruskan sebuah sekolah anak-anak orang Itali yang
dibuang negeri. Jelasnya, walaupun pemberontakan tersebut menemui
kegagalan, namun ia telah berjaya menyemai semangat perpaduan dan
nasionalisme dalam kalangan rakyat Itali.
•Kesimpulannya, Mazzini merupakan tokoh
nasionalis memainkan peranan dan memberi
sumbangan besar dalam usaha penyatuan Itali.
Beliau menggunakan pelbagai pendekatan
dalam mengatur gerakan menyatukan Itali.
Walaupun usahanya tidak berjaya, namun
rakyat Itali terinspirasi untuk menubuhkan
negara bangsa Itali melalui usaha tokoh-tokoh
lain.
1- kongres Vienna 2- Zolverien

Terangkan proses
3- penyatuan negara bangsa
pemerintahan di Jerman sehingga tahun 4- dasar
William I 1870 Bismarck

5- melancarkan
peperangan
PENGENALAN
Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan
negara bangsa moden di Eropah. Pada waktu ini, muncul
idea tentang hak rakyat, kerajaan berpelembagaan dan
negara bangsa moden. Negara Jerman merupakan salah
satu contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke-19.
Pada peringkat awal, penyatuan Jerman terhalang oleh
beberapa faktor. Walaupun wujud faktor-faktor
penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap bermula
pada tahun 1815 iaitu selepas tamat Perang Napoleon
melalui Kongres Vienna.
1- kongres Vienna
Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di
bawah pemerintahan masing-masing. Pada awal abad ke-19M,
Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah
melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah. Perancis
telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan
mencantum negeri-negeri kecil di Jerman. Selepas Perancis kalah
pada tahun 1815, Kongres Vienna telah dibentuk dan menetapkan
Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada
penaklukan Perancis. Persidangan ini membuat keputusan untuk
membahagikan Jerman kepada 39 buah negeri. Pemimpin dari negeri Austria
telah dilantik sebagai ketua Pergabungan Negara Jerman. Justeru keadaan ini
menyebabkan negeri-negeri di Jerman mengadakan kerjasama ekonomi yang
turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.
2- zollverien
Prusia memiliki sistem pemerintahan yang cekap dan mempunyai
kedudukan ekonomi yang kukuh. Kuasa politik dipegang oleh tuan-
tuan tanah atau junkers. Junkers menggalakkan perdagangan di
negeri-negeri di Jerman dengan menubuhkan kesatuan ekonomi
yang dipanggil Zollverein. Zollverein memperkenalkan sistem mata
wang, sistem ukuran dan sistem timbangan yang standard.
Penubuhan ini menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang
pesat di seluruh Jerman di bawah pimpinan Prusia. Menjelang tahun
1854, semua negeri di Jerman menyertai kesatuan ekonomi ini
kecuali Austria. Kesannya, kegiatan perdagangan pesat membangun
dan negeri-negeri Jerman memandang Prusia sebagai pemimpin
politik Jerman. .
3- pemerintahan William I
Prusia dilihat berpotensi memainkan peranan ke arah penyatuan
Jerman. Pada tahun 1861, William I ditabalkan sebagai Raja Prusia
menggantikan abangnya, Raja Frederick William IV. Raja William I percaya
Prusia boleh memimpin menyatukan Jerman. Beliau bercadang
.
memperbesarkan angkatan tentera Prusia dan memperkenalkan beberapa
cukai baru. Menteri Pertahanan Prusia ketika itu mencadangkan supaya
menambah pegawai tentera, mengambil jumlah rekrut yang ramai dan
memanjangkan perkhidmatan tentera sukarelawan kepada 3 tahun.
Bagaimanapun, golongan nasionalis liberal bimbang angkatan tentera Prusia
akan dikuasai oleh golongan junkers. Oleh itu mereka mengundi untuk tidak
membenarkan kerajaan mengenakan cukai ke atas rakyat di Dewan
Perwakilan. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara raja dengan
Parlimen yang dikuasai oleh golongan liberal menjadi tegang.
4- Dasar Bismarck
Akibat kecewa dengan kegagalan tersebut, Raja William I bertindak
melantik Perdana Menteri baharu, iaitu Otto Eduard von Bismarck
(1862). Tugas utama Bismarck ialah memujuk ahli-ahli Parlimen
supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Apabila Parlimen
menolak usul perbelanjaan tentera, Bismarck membelakangkan
keputusan parlimen dan melaksanakan dasar kutipan cukai.
Matlamat Bismarck adalah mengukuhkan dominasi Prusia dalam hal
ehwal Jerman, menentang liberalisme serta demokrasi dan
mengekang kebebasan akhbar. Bismarck mengamalkan realpolitik
iaitu amalan politik yang menggunakan pelbagai cara untuk
menumpaskan musuh-musuhnya.
Tindakan seperti menipu, berkompromi,
berkawan semula, mengugut, menekan,
serta berperang digunakan untuk
mencapai matlamat politiknya, iaitu
menyatukan Jerman. Bismarck berpegang
kepada matlamat menghalalkan semua
cara walaupun cara yang jahat.
5- melancarkan peperangan
Proses terakhir ialah melalui siri-siri peperangan. Sebagai Perdana Menteri,
Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan
memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh
Austria. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam 3
peperangan. Bismarck melancarkan peperangan terhadap Denmark pada
tahun 1864 bagi menguasai wilayah Holstein dan Schleswig. Peperangan
terhadap Denmark dilancarkan bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh
negara tersebut. Selepas mengalahkan Denmark, Bismarck melancarkan
peperangan terhadap Austria pada tahun 1866. Austria berjaya dikalahkan
dan ini mendorong Bismarck melancarkan pula serangan ke atas Perancis
pada tahun 1870. Kejayaan Bismarck menewaskan negara tersebut
menyebabkan negeri-negeri Jerman dapat disatukan. Tuntasnya,
kebijaksanaan Bismarck dalam mengatur strategi peperangan membolehkan
Jerman menewaskan musuh dan berjaya menyatukan Jerman.
•Kesimpulannya, proses penyatuan Jerman
berlaku dalam tempoh yang panjang. Usaha
pelbagai pihak disertai kekuatan semangat
kebangsaan jelas telah berjaya menyatukan
Jerman, di samping peranan Bismarck yang
merupakan tokoh yang bertanggungjawab
dalam pembentukan negara Jerman. Kejayaan
ini dteruskan melalui proses pengukuhan negara
bangsa Jerman selepas tahun 1871.
B11- SISTEM B12-
EKO. PERKEMBA-
FEUDALISME & NGAN
KAPITALISME
EKONOMI

TEMA 3:
PEMERINTAHAN &
PENTADBIRAN
B13- B14-
PERKEMBA- KEMAJUAN
NGAN PENDIDIKAN
INTELEKTUAL
TEMA 3 : KEMAJUAN & 18 19 20 21
PEMBANGUNAN
13 14 15 16 17 Soalan
1 SISTEM EKONOMI X1 Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah
. A. Fuedalisme Asia i. C X5 Barat dari abad ke-16 hingga ke-18
ii. J X4 X2 Bincangkan pelaksanaan Merkantilisme di England pada abad ke-17 Masihi
B. Feudalisme Eropah X3 Jelaskan perubahan ekonomi di Amerika Syarikat pada abad ke-19
i. Jerman X4 Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad
ii Perancis ke-16 Masihi.
C. Kapitalisme i. England X5 Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Dinasti Ming untuk
X2 X6 memajukan perdagangan dan pertanian pada abad ke 16.
ii. USA X1 X3 X6 Bincangkan kemajuan ekonomi kapitalisme yang dicapai oleh Amerika
Syarikat pada abad ke 18 hingga abad ke 19.
2 PERKEMBANGAN
EKONOMI
A. Perdagangan &
Perniagaan / P + B
B. Pertanian X2 X1 Jelaskan Faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad ke-18
- Belanda - England X1 Masihi
X2 Bincangkan factor yg membawa perkembangan ekonomi pertanian di
England
C. Perindustrian X1 Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Meiji untuk
- Jerman memajukan sector perindustrian pada abad ke 19 dan abad ke 20.
- Jepun X1
3 INTELEKTUAL X1 Sejauh manakan zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa
A. Perkembangan Ilmu X1 X2 X3 perubahan lanskap politik, ekonomi dan social di Eropah.
i. England X2 Bincangkan Perkembangan pemikiran dan pendidikan humanisme di Eropah
ii. Perancis pada abad ke-16 hingga ke-17 Masihi.
X3 Bincangkan perubahan pemikiran yg berlaku ke atas masy.Eropah selepas
zmn Renaisans
B. Sumbangan Tokoh X3 X1 Huraikan tiga idea Adam Smith dalam bukunya yang berjudul The Wealth of
- Charles Louis Montesquie Nation.
- Jean Rousseau X2 X2 Huraikan idea2 Jean Rousseau di Perancis
BAB 11- EKONOMI Berasaskan = hak
FEUDALISME pemegangan tanah
DI EROPAH
- sistem barter
akt perdagangan -
feudalisme =
merosot
vassal - lord rakyat/serf
-Perancis
manor - pertanian -Jerman
Bincangkan kegiatan ekonomi
feudalisme di Perancis.

ISI 1- pertanian
ISI 2- perdagangan

ISI 5-
ISI 3-
ISI 4- institusi pertukangan
perindustrian
kewangan
Pengenalan
• Sistem ekonomi feudalisme yang wujud
sejak Zaman Pertengahan adalah berasaskan
hak pemegangan tanah. Kegiatan ekonomi
masyarakat pula berpusat sekitar kawasan
petempatan pertanian (manor).
• Menjelang abad ke 16-18, kegiatan ekonomi
feudalisme berkembang dalam pelbagai
aspek.
ISI 1- pertanian
o Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama di Perancis.
Aktiviti pertanian masih mengamalkan sistem manor yang
dikongkong oleh tuan tanah. Petani mengamal sistem tanah
lapang dan membahagikan tanah kepada 3 bahagian untuk
pusingan dalam proses penanaman.
oMereka menggunakan kaedah tradisional dan petani dibebankan
dengan pelbagai cukai seperti cukai tanah (taille), cukai keluarga
( pol tax ) dan cukai harta ( vingtieme ). Ditambah lagi dengan
pelbagai cukai lain seperti ( cukai tak langsung ) seperti cukai garam,
cukai feudal, cukai dapur, cukai jalan dan jambatan dan sebagainya.
o
Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, Menteri Kewangannya
menjalankan pembaharuan pertanian dengan menghapuskan
amalan tradisional, memberi bijih benih percuma,
membiayai penternakan, mengadakan kemudahan sistem
pengangkutan dan membina sistem pengairan. Namun
begitu, golongan petani pada asasnya tidak mendapat hasil
kekayaan dihasilkan kerana ditindas oleh tuan tanah.
ISI 2- perdagangan
Perkembangan kedua dapat dilihat melalui aktiviti
perdagangan. Perancis telah meluaskan perdagangan
sehingga ke Amerika Utara dan India. Ini dapat
meningkatkan perdagangan Perancis di luar negara.
Hasil industri di Perancis dieksport ke luar negara seperti
hasil kraf, sutera dan pakaian bersulam. Gandum dan
arak Perancis juga mendapat permintaan yang tinggi di
sekitar Laut Mediterenean.
Kegiatan ini juga turut berkembang di bandar Perancis
seperti Champagne, Lyon dan Beaucaire.
Pedagang Perancis juga membuat pelaburan di luar
seperti membuka ladang tebu sehingga Perancis berjaya
menjadi pengeluar gula yang terbesar di Eropah.
Kepesatan ini disebabkan oleh galakan kerajaan yang
memberi pelbagai inisiatif dan bantuan.
Contohnya, menyediakan kemudahan kepada para
pedagang, seperti menyediakan gudang dan hentian
dagang kepada para pedagang.
Bantuan kewangan dalam bidang perkapalan juga turut
disediakan. Semua kemudahan ini menjadikan aktiviti
perdagangan di Perancis lebih pesat berkembang.
ISI 3- perindustrian
Seterusnya ialah kegiatan perindustrian. Industri yang
berkembang maju di Perancis adalah industri tekstil seperti
kain bulu, linen dan kain sutera di Utara Perancis. Biasanya
kain ini dikeluarkan oleh petani petani di kampung dan dibeli
oleh saudagar kain dari bandar untuk diwarnakan
menggunakan mesin. Ini menjadikan Perancis mampu
mengeksport hasil industri ke luar Eropah pada abad ke
18.
 Kepesatan dalam bidang perindustrian ini menyebabkan
munculnya golongan saudagar baru sebagai kuasa politik
dan mampu menyaingi kedudukan golongan aristokrat.
ISI 4- institusi kewangan
Perkembangan perdagangan adalah didorong oleh
perkembangan institusi kewangan di Perancis.
Pedagang tidak lagi perlu membawa wang dengan
banyak untuk urusan perdagangan. Penubuhan institusi
kewangan ini banyak memudahkan urusan
perdagangan dan kutipan cukai di Perancis. Sistem
perbankan di Perancis berkembang pesat abad ke-18
dengan penubuhan institusi kewangan dan perbankan
seperti Paris Bourse, Caisse d’ Escompte dan Loterie
Royale.
ISI 5- Pertukangan
 Industri kraftangan berkembang pesat semasa
pemerintahan Raja Louis XIV. Industri menghasilkan
barangan seperti gelas, sutera dan pakaian
bersulam telah berkembang. Tukang-tukang mahir
menubuhkan kesatuan tukang untuk mengawal
kualiti barang yang dihasilkan. Tambahan pula,
petukang di Perancis mampu menghasilkan barangan
pertukangan yang bermutu tinggi dan berjaya
menyaingi hasil hasil pertukangan dari luar dengan
harga yang lebih murah dan berkualiti.
Kesimpulan
• Tuntasnya Perancis masih mengamalkan sistem
ekonomi feudal khususnya dalam bidang
pertanian. Namun yang menariknya, ekonomi
perdagangan, industri dan institusi kewangan turut
berlaku.
• Walau bagaimanapun, kemajuan ini tidak dinikmati
sepenuhnya oleh golongan petani sehingga mereka
bangkit melancarkan pemberontakan.
Huraikan kedudukan golongan petani dalam
sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di
Perancis pada abad ke-16 hingga 18

ISI 1- amalan ISI 2- pemilikan ISI 3- pembayaran


serf tanah sewa tanah

ISI 4- pembayaran
ISI 5- eksploitasi raja
benalities dan bangsawan
Pengenalan
• Golongan petani di Perancis dikawal oleh golongan
bangsawan dan raja. Golongan bangsawan dan raja
pada masa ini mempunyai kedudukan yang
dominan. Oleh itu mereka bertindak menguasai dan
mengeksploitasikan petani-petani demi
mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka.
Terdapat beberapa faktor yang menjelaskan
kedudukan golongan petani di Perancis pada abad
ke 16 hingga 18.
ISI 1- amalan serf
Pertama ialah, amalan serf atau perhambaan. Ia diamalkan secara
berleluasa di sesetengah kawasan di Perancis. Golongan serf ialah
petani yang menjadi hamba kepada golongan bangsawan dan raja.
Mereka mengerjakan tanah kebangsaan atau lord dan terikat dengan
sistem manor. Mengikut sistem ini petani serf mempunyai beberapa
kewajipan iaitu mengusahakan tanah terutamanya pada musim
menuai. Selain itu, mereka juga membaiki jalan raya, membekalkan
kayu api dan membayar cukai kepada golongan bangsawan. Pada
masa ini kekayaan sesebuah negara ditetapkan berdasarkan keluasan
ladang pertanian. Selain itu, petani ini juga membuat pertanian tanah
lapang ataupun open field.
ISI 2- pemilikan tanah
Isi yang seterusnya ialah, pemilikan tanah. Selepas sahaja amalan
serf dihapuskan, munculnya golongan Metayers dan orang bebas.
Golongan Metayers merupakan petani-petani yang menyewa
tanah daripada golongan bangsawan. Mereka ini ialah golongan
yang bebas daripada kongkongan sistem manor. Golongan
metayers ini juga mempelbagaikan pekerjaan mereka selain
daripada bertani. Contohnya seperti penternakan lembu.
Manakala Golongan bebas pula adalah golongan petani yang
memiliki tanah sendiri dan bebas daripada sistem manor. Walau
bagaimanapun, mereka turut membayar cukai tahunan kepada
bangsawan yang menguasai wilayah mereka.
ISI 3- pembayaran sewa tanah

Selain itu, kedudukan golongan petani boleh


dilihat daripada pembayaran sewa tanah.
Hanya golongan Metayers sahaja yang menyewa
tanah daripada golongan bangsawan. Oleh itu
mereka perlu menderma wang yang diperoleh
daripada hasil penjualan tanah kepada golongan
bangsawan.
ISI 4- pembayaran benalities

Isi yang keempat ialah, pembayaran benalities. Di


Perancis golongan petani dikehendaki memberikan
sumbangan dalam bentuk perkhidmatan kepada
golongan bangsawan. Antara perkhidmatan yang
disediakan oleh golongan bangsawan ialah
penggunaan kilang tepung, kilang wain dan alat
pembakar roti. Golongan petani harus
menyumbangkan tenaga mereka di tempat yang telah
disediakan.
ISI 5- eksploitasi raja dan
bangsawan
Isi Yang terakhir ialah, eksploitasi daripada golongan
raja dan bangsawan. Raja dan bangsawan
mengeksploitasikan kedudukan golongan petani dengan
sengaja mengelakkan mereka daripada membunuh haiwan-
haiwan yang merosakkan kawasan pertanian para petani.
Contohnya seperti arnab, serigala, dan burung gagak. Pada
masa yang sama, golongan bangsawan dan raja juga
memburu di kawasan pertanian pada musim pemburuan.
Oleh itu, petani tidak dibenarkan mengusahakan tanah
pertanian ketika musim perburuan raja.
Kesimpulan
Kesimpulannya, perkembangan sistem
ekonomi feudalisme di Perancis berkembang
dengan begitu ketara dengan perubahan dalam
pelbagai sektor seperti pertanian, perdagangan
dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
kedudukan golongan petani masih lagi dikuasai
oleh golongan raja dan bangsawan.
Bincangkan perkembangan sistem ekonomi
feudalisme di Jerman pada abad ke-16 hingga
17 Masihi.

ISI 1- pertanian ISI 2- industri

ISI 3- ISI 4- kegiatan


perdagangan perbankan
Jerman = masih
pertanian - kegiatan utama -
amalkan ekonomi sumber pendapatan
feudalisme

kjaan - perubahan
tujuan: hidup c/tangan

ISI 1- pertanian ISI 2- industri


petani - tertindas ISI 3- ISI 4- kegiatan
perdagangan perbankan
Pendahuluan
Pada abad ke-16, Jerman masih mengamalkan sistem
ekonomi feudalisme yang mengutamakan pertanian sebagai
kegiatan utama dan sumber pendapatan negara. Melalui
campur tangan kerajaan, sistem ekonomi feudalisme di Jerman
telah mengalami perkembangan.Ini dapat dilihat dalam 4
bidang utama iaitu pertanian, perindustrian, perdagangan
dan perbankan.
ISI 1- pertanian
o Jerman mengamalkan sistem pertanian sebagai kegiatan
utama. Contoh tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan
kekacang. Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang
diperbuat daripada kayu, sabit untuk menebas rumput dan
binatang ternakan untuk menggembur tanah. Selepas
tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan ke tanah-
tanah ini dan tiada tanaman lain yang ditanam. Petani-petani
Jerman juga dibebankan dengan cukai tanah.
Mereka hanya menurut perintah dan ditindas
oleh tuan tanah dan hidup dalam kemiskinan.
Penindasan ini membawa kepada
pemberontakan bagi mengubah taraf hidup
mereka. Walaupun pemberontakan ini gagal,
namun beberapa perkembangan dalam bidang
pertanian telah berlaku. Antaranya ialah:
a) pembinaan terusan, contoh Terusan Frederick William

b) pengecualian cukai selama 10 tahun kepada petani

c) menggalakkan penternakan lembu susu

d) melaksanakan pembahagian tanah kepada petani

e) wujudkan pengkhususan pekerjaan


• -Perkembangan ini telah menyebabkan berlakunya
peningkatan hasil pengeluaran di Jerman.
ISI 2- industri

Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16. Kain


dan teknik pengeluaran sutera yang diimport oleh pedagang Arab telah
berkembang luas ke seluruh Eropah. Jerman juga mengusahakan
perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung kepada kain import
dari Asia. Selepas perang 30 tahun, industri tekstil berkembang di
desa, di mana masyarakat desa mengeluarkan pakaian berasaskan kain

bulu dan linen.


Manakala, masyarakat bandar menggunakan mesin untuk
mewarna & memutihkan kain dan kemudian memasarkannya.
Kegiatan industri mengalami perkembangan apabila kerajaan
mengadakan pembaharuan seperti
a) pembinaan jalan raya di Hesse.
b) menambah tenaga buruh (mengambil tentera sbg tenaga
buruh dan dibayar gaji)
c) wujudkan kerjasama dengan pihak swasta/ persendirian
-Perkembangan ini membawa kepada kepesatan ekonomi di
Jerman.
ISI 3- perdagangan

Perdagangan tertumpu di bandar2. Pelabuhan di Venice


telah menjalankan perdagangan entreport iaitu
membawa masuk barangan logam, bulu binatang,
barangan kulit dan kain bulu. Barangan yang dieksport
pula seperti rempah ratus, kertas, sutera, dan lain2.
Perkembangan yang pesat berlaku apabila bandar-
bandar di Jerman menjadi pusat pemasaran lembu dan
bijirin, pusat pentadbiran dan penempatan pedagang.
Kegiatan perdagangan semakin berkembang di
Jerman iaitu barangan dagangan dibawa melalui
jalan darat dari utara Itali ke pelabuhan entreport

Jerman Selatan. Perkembangan ini telah menyebabkan


Jerman terlibat dengan kegiatan perdagangan
antarabangsa secara giat.
ISI 4- kegiatan perbankan

Bank-bank Jerman banyak menyumbangkan bantuan


kewangan kepada pedagang. Peruntukan modal ini telah
merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan
Sepanyol dan Portugal. Barangan buatan kilang Jerman
dipasarkan di Lisbon. Perkembangan perbankan ini telah
melahirkan keluarga yang kaya di Jerman. Mereka telah
melaburkan modal dalam aktiviti perlombongan dan
perkapalan. Perkembangan perbankan telah menyebabkan
urusan perdagangan dan ekonomi feudalisme Jerman
semakin maju.
Kesimpulan
• Kepesatan perkembangan ekonomi
feudalisme di Jerman banyak didorong oleh
peranan yang dimainkan oleh golongan petani.
Hal ini membawa kepada kemajuan ekonomi
Jerman ke tahap yang sangat baik.
BAB 12- PERKEMBANGAN EKONOMI

- Huraikan faktor-faktor
perkembangan perniagaan
dan perdagangan di
Portugal pada abad ke
16M.
PENDAHULUAN P1- GALAKAN P4- KEMAJUAN DLM
PUTERA HENRY PENEMUAN BARU

P2- KEADAAN P5- KEMUNCULAN


POLITIK TOKOH PELAYAR
PORTUGAL

P3- PERANG SALIB


PENUTUP
PENGENALAN:
P1- GALAKAN PUTERA HENRY
P2- KEADAAN POLITIK
P3- PERANG SALIB
P4- KEMAJUAN DLM PENEMUAN BARU
P5- KEMUNCULAN TOKOH PELAYAR PORTUGAL
- Faktor-faktor yang
mendorong perkembangan
perdagangan di Belanda

FAKTOR PERKEMBANGAN
PERDAGANGAN
PENDAHULUAN P1- kedudukan
P2 – kekurangan
strategik Belanda di
sumber alam.
laluan maritim.
P3- kemunculan P4- kemudahan
industri pembuatan sistem perbankan

P6- sistem mata


P5- insurans maritim
wang
PENUTUP
PENGENALAN

Perkembangan Renaisans dan Reformation di


Eropah mempengaruhi perkembangan ekonomi
masyarakat di Eropah. Perdagangan di Belanda terdiri
daripada perdagangan dalam negeri, perdagangan
luar negara, dan perdagangan maritim. Menjelang
abad ke 17, perdagangan di Belanda semakin
berkembang disebabkan beberapa faktor.
P1- kedudukan strategik Belanda di laluan maritim.

Antara faktor perkembangan perdagangan di Belanda


ialah, kedudukan strategik Belanda di laluan maritim.
Belanda terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di
Eropah dan dapat menghubungkan bahagian Timur
Laut dan Barat Daya Eropah. Kedudukan yang strategik
ini menyebabkan negara Belanda memainkan peranan
sebagai pusat pengedaran barang dagangan di benua
Eropah.
P2 – kekurangan sumber alam.
Faktor kedua perkembangan perdagangan di Belanda ialah
kekurangan sumber alam. Negara Belanda bukan merupakan negara
yang kaya dengan sumber alam. Oleh itu, Belanda tidak mampu
mengeluarkan barang keperluan yang mencukupi untuk penduduknya
kecuali produk tenusu hasil daripada perkembangan penternakan di
negara tersebut. Contohnya seperti keju, mentega dan susu. Dengan
demikian, negara tersebut terpaksa mengimport barangan keperluan
untuk penduduknya. Hasil daripada perkembangan ini menyebabkan
munculnya aktiviti perdagangan yang melibatkan Belanda dengan
P3- kemunculan industri pembuatan
Kemunculan industri pembuatan merupakan factor
perkembangan perdagangan yang seterusnya. Kekurangan
sumber alam di Belanda menyebabkan muncul industri-
industri yang menghasilkan produk daripada bahan yang
diimport. Industry tersebut memberikan tumpuan kepada
penghasilan produk seperti barangan tekstil dan kertas, dan akan
dieksport semula ke negara-negara lain. Kesan daripada
perkembangan industry ini telah merancakkan lagi aktiviti
P4- kemudahan system perbankan
Faktor keempat ialah kemudahan sistem perbankan.
Menjelang abad ke 17, muncul institusi-institusi perbankan di
Belanda. Institusi-institusi ini menyediakan modal dan memberi
pinjaman kepada peniaga-peniaga yang terlibat dalam kegiatan
perdagangan. Justeru itu, bidang perdagangan telah
berkembang dengan pesat di negara Belanda. Contohnya,
penubuhan Wisselbank yang merupakan institusi pertukaran mata
wang telah ditubuhkan di Amsterdam. Bank ini telah mengambil alih tugas
dan peranan yang dimainkan oleh pengurup wang.
Di samping itu, bank ini juga berperanan menyelaraskan
urusan peminjaman wang dan memperkenalkan system
pembayaran menerusi cek. Selain itu, sebuah bank lain turut
ditubuhkan di Amsterdam yang berperanan untuk memberikan
pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil. Dengan mengenakan
kadar faedah yang rendah, bank ini membantu pedagang dan
peniaga kecil yang terlibat dalam kegiatan perdagangan.
Oleh itu, Belanda telah berkembang dengan pesat dalam bidang
perdagangan.
P5- insurans maritim
Selain itu, pengenalan insurans maritim telah menyebabkan
perkembangan perdagangan di Belanda. Insurans maritim diperkenalkan
bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam perdagangan
menggunakan laluan laut. Insurans ini bertujuan untuk menanggung
risiko yang dihadapi oleh pedagang-pedagang semasa menghantar
barangan melalui jalan laut. Contohnya, premium insurans yang
dikenakan adalah antara 5 peratus hingga 11.4 peratus daripada harga
barangan. Kesannya, perdagangan menjadi semakin berkembang
kerana pedagang-pedagang boleh membuat tuntutan di atas risiko yang
mereka hadapi semasa menghantar barangan.
P6- sistem mata wang
Faktor terakhir ialah sistem mata wang. Menjelang abad ke 17, tidak
terdapat keseragaman dalam penggunaan mata wang di Belanda.
Setiap daerah di Belanda memiliki mata wang masing-masing. Namun
demikian, wilayah-wilayah seperti Hoorn, Medemblik, dan Enkhuizen
mempunyai mata wang yang standard. Pengeluaran mata wang di
wilayah-wilayah tersebut diawasi oleh pemerintah. Selain itu, mata wang
seperti Pound Flemish, Ducatoon, Dollar Rix juga digunakan dalam urus
niaga. Penggunaan mata wang ini memudahkan lagi urusniaga
perdagangan di Belanda dan seterusnya memperkembangkan lagi
aktiviti perdagangan di Belanda.
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor-
faktor yang menyebabkan perkembangan
perdagangan di Belanda. Perkembangan
ini menjadikan negara Belanda sebuah
negara yang terkenal di serata dunia
Huraikan faktor-faktor perkembangan
pertanian di Belanda pada abad ke 17
dan 18.

faktor perkembangan
Belanda
pertanian
Pendahuluan

Isi 1- akt.
Isi 2- sistem Isi 3- kesuburan
menebus guna
tanaman bergilir tanah
tanah
Isi 4- sistem
Isi 5- sistem Isi 6- kemajuan
tanaman
batas alat pertanian
deretan

Kesimpulan
PENDAHULUAN

Sektor pertanian mengalami perkembangan pesat


di Belanda. Peningkatan penduduk di kawasan
bandar menyebabkan permintaan untuk sayur-
sayuran dan hasil tenusu meningkat.

Terdapat beberapa faktor perkembangan


pertanian di Belanda.
Isi 1- aktiviti menebus guna tanah

Perkembangan pesat dalam sektor pertanian disebabkan oleh


aktiviti menebus guna tanah. Melalui aktiviti ini sebahagian
besar tanah yang berada di bawah paras laut di tebus guna untuk
menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang pertengahan kurun ke-
17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna
untuk tujuan pertanian.
Menerusi kegiatan tebus guna kawasan tanah, seluas 1772 ekar
telah ditebus untuk menjalankan aktiviti antara tahun 1765
hingga 1789. Aktiviti menebus guna tanah menyebabkan
keluasan kawasan tanah pertanian meningkat di Belanda.
Isi 2- sistem tanaman bergilir

Faktor kedua kemajuan dalam bidang pertanian adalah


disebabkan pengenalan sistem tanaman bergilir.
Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas
di wilayah Waes pada tahun 1644. Dalam sistem
penggiliran tanaman yang diamalkan di Negara
Belanda, sistem tanah rang di mansuhkan. Melalui
sistem ini, kesuburan tanah pertanian dipelihara dan
hasil pertanian turut meningkat.
Isi 3- kesuburan tanah
Seterusnya, faktor yang mendorong perkembangan aktiviti
pertanian di Belanda ialah Kesuburan tanah. Kajian
menunjukkan sebahagian besar daripada tanah di negara
Belanda amat subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti
pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan petani-petani
Belanda memperoleh hasil pertanian yang banyak. Petani-
petani di Belanda mempunyai pengetahuan dalam
memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalankan pelbagai
langkah untuk memelihara kesuburan tanah. Antaranya ialah :
Melakukan pemugaran tanah, Penggunaan baja asli seperti najis
ternakan , membuang rumput dan tanaman perosak.
Isi 4- sistem penanaman deretan

Di samping itu ialah Penanaman dalam


deretan. Kaedah ini telah dipraktikkan di
Belanda sejak abad ke-14 lagi. Sistem ini
digunakan dalam penanaman tanaman seperti
jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau.
Penanaman dalam deretan menyebabkan
berlaku peningkatan dalam pengeluaran
hasil pertanian.
Isi 5- sistem batas

Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan


sistem penanaman dengan membuat batas. Melalui
sistem ini, saliran yang baik dapat diwujudkan bagi
memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Selain
itu, kedudukan batas diubah setiap tahun bagi
memastikan kesuburan tanah dipelihara. Pengenalan
sistem batas menyebabkan penanaman dalam
deretan atau jajaran diperkenalkan.
Isi 6- kemajuan alat pertanian

Faktor terakhir ialah disebabkan oleh kemajuan


dalam teknologi peralatan. Petani-petani di
Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan
seperti tenggala beroda dan mesin menampi
bijirin. Penemuan peralatan-peralatan baharu ini
menyebabkan keluasan tanah pertanian meningkat.
Hal ini turut memberikan kesan peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian.
Kesimpulannya, pelbagai faktor telah menyebabkan
pertanian berkembang di Belanda. Hal ini
menyebabkan pelbagai industri berasaskan
pertanian telah muncul dan berkembang pesat di
Belanda. Perkembangan ini juga menyebabkan
Belanda muncul sebagai sebuah negara yang maju
dalam bidang pertanian di Eropah.
Huraikan faktor-faktor perkembangan
perindustrian di negara Jerman pada
abad ke 19 M.

faktor perkembangan
JERMAN
PERINDUSTRIAN

Lihat semula slide masy.industri = jawapan sama


B13- PERKEMBANGAN
INTELEKTUAL

-Kemunculan Zaman Pencerahan telah


menyebabkan perkembangan pemikiran dan
kemajuan ilmu dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial pada abad ke-18 Masihi. Bincangkan.
ISI
- Raja-raja = sebagai ‘enlightened despot’
-Perubahan dlm peranan raja
POLITIK -Perubahan dlm pentadbiran, percukaian,
dan kehakiman

- Majukan sektor pertanian, perdagangan &


EKONOMI
perindustrian

- kehidupan lebih baik untuk generasi akan


BIDANG datang.
SOSIAL - Kuasa Pope dikurangkan
- Kuasa menapis surat khabar diambil
daripada gereja dan ditadbir oleh negara
Pendahuluan:
Menjelang abad ke-18 Masihi muncul zaman
yang dikenali sebagai Zaman Pencerahan atau
Zaman Enlightment. Zaman ini melahirkan
masyarakat yang bersifat terbuka berdasarkan
konsep toleransi, kebebasan dan tidak
dikongkong oleh gereja. Tegasnya zaman ini
telah meninggalkan kesan dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial.
PERKEMBANGAN POLITIK
Aspek pertama yang dapat dilihat ialah daripada aspek politik.
Raja-raja enlighted despot seperti Federick The Great dari Prussia,
Joseph II dari Austria dan Peter The Great dari Rusia telah
memerintah dengan penuh kesedaran dan menggunakan kuasa
politik untuk membaiki taraf hidup manusia. Antara tindakan
yang mereka lakukan adalah : - Raja-raja melaksanakan pemusatan
kuasa untuk menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh
provinsi. Dalam teori politik, mereka percaya bahawa kuasa ialah
suatu kepercayaan daripada masyarakat. Doktrin ini telah
menggalakkan penentangan yang radikal terhadap pemerintahan
mutlak. Pemerintah melihat negara sebagai entiti suci dan raja
memajukan negara tanpa batas.
Seterusnya dalam aspek politik juga, dapat dilihat Pembaharuan
dalam sistem pentadbiran. Contohnya Raja Frederick Agung telah
mewujudkan perkhidmatan awam yang cekap dan
menyeragamkan undang-undang. Raja Joseph II pula telah
membebaskan golongan serf yang terikat di bawah sistem
feudalisme. Ketika itu, raja-raja berusaha untuk menggantikan
pegawai tradisi dengan birokrat yang terlatih untuk
memodenkan pentadbiran negara tanpa campur tangan raja.

Ketiga ialah perubahan dalam Sistem percukaian. Contohnya


raja-raja telah menghapuskan imuniti golongan bangsawan
daripada membayar cukai. Pentaksiran cukai adalah berdasarkan
kemampuan penduduk..
Zaman Pencerahan juga menyaksikan reformasi
dalam bidang kehakiman. Contohnya kod
undang-undang yang seragam diperkenalkan
berasaskan prinsip yang rasional dan
berperikemanusiaan. Pemerintah menolak
hukuman berat dan penyeksaan terhadap
pesalah. Tegasnya Undang-undang pada zaman ini
berteraskan prinsip semua warganegara adalah
sama di sisi undang-undang.
PERKEMBANGAN EKONOMI
Kesan kedua kemunculan zaman pencerahan ialah
perkembangan dalam bidang ekonomi. Ini dapat dilihat
daripada 3 sektor iaitu sektor pertanian, perindustrian dan
perdagangan. Dalam sector pertanian, kerajaan telah
mengambil langkah memajukan sektor pertanian seperti
meluaskan kawasan pertanian, membuka kawasan
pertanian baru, memperkenalkan tanaman baru dan
kaedah pertanian baru. Sistem Serfdom yang tidak
berperikemanusiaan telah dihapuskan. Petani-petani
dibenarkan meninggalkan manor dan mula melibatkan diri
dalam bidang industri di bandar.
Seterusnya ialah perkembangan dalam sektor perindustrian .
Contohnya raja-raja telah mengambil langkah seperti
menghapuskan dasar-dasar yang menghalang pertumbuhan
industri. Contohnya ialah menghapuskan sistem ekonomi
merkantilisme, keistimewaan provinsi dan imuniti bandar.
Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sungai, terusan dan
pelabuhan dibangunkan.

Yang terakhir ialah perkembangan dalam sector perdagangan.


Pemerintah juga mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan
sistem perdagangan bebas. Contohnya sekatan kastam dalam
negeri dikurangkan bagi merangsang pertumbuhan
perdagangan.
PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan terakhir yang dapat dikesan ialah
perkembangan dalam bidang sosial. Hasil daripada
kemunculan zaman pencerahan memperlihatkan
perkembangan idea-idea falsafah yang amat berpengaruh
dalam masyarakat. Mereka percaya bahawa kehidupan
akan menjadi lebih baik daripada zaman nenek moyang
mereka dan mereka berusaha menyumbang kepada
kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Seterusnya ialah Pengurangan kuasa gereja. Raja-raja
mengambil langkah untuk mengurangkan kuasa gereja..
. Contohnya mengurangkan kuasa Pope dalam hal
pelantikan pegawai-pegawai institusi gereja. Di samping itu,
agen-agen dari Rom hilang kuasa untuk melawat monastri
gereja. Institusi monastri dihapuskan dan hak milik
institusi itu dirampas.
Kesan terakhir yang dapat dilihat dalam aspek sosial
ialah Sistem pendidikan dimodenkan. Sistem pendidikan
dimodenkan contohnya pendidikan di peringkat universiti,
sekolah rendah dan menengah telah diperluaskan. Mata
pelajaran praktikal dan kaedah moden disatukan untuk
melatih pegawai-pegawai awam.
Kesimpulannya, Zaman
Pencerahan telah meninggalkan kesan
yang mendalam dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial. Perubahan-
perubahan tersebut telah meletakkan
asas bagi kemunculan Eropah yang
lebih maju dan progresif. .
- Sejauh manakah gerakan renaissans
mempengaruhi perkembangan zaman pencerahan
di Eropah pada abad ke-18 M.
-Jelaskan faktor-faktor berlakunya Gerakan
Pencerahan di Eropah pada abad ke-18 Masihi.
-Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlaku
perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu di Eropah pada
abad ke-18 Masihi.

JAWAPAN SAMA
CARA MENJAWAB - BEZA
ISI
4- revolusi sains
1- Pengaruh renaissans
- kelahiran semula
5- kegiatan penerokaan
2- pengaruh dan penjelajahan
reformasi

3- pengaruh 6- kemunculan kelas


ahli falsafah pertengahan
PENGENALAN
Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang
dikenali sebagai Enlightenment atau
Zaman Pencerahan. Zaman ini
menyaksikan kemunculan gerakan
intelektual yang dipelopori oleh pemikir-
pemikir politik, ekonomi dan sosial .
Terdapat beberapa faktor yang membawa
kepada kemunculan zaman ini di Eropah
pada abad ke-18.
P1- GERAKAN RENAISSANS
Antaranya ialah Gerakan Renaissans melahirkan semangat
ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam kalangan masyarakat.
Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu
pengetahuan seperti sains, seni lukis seni bina, dan
sebagainya.. Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang
bersedia untuk menghadapi perubahan yang lebih besar.
Oleh itu, gerakan Renaisans sememangnya menjadi
pemangkin utama kepada Zaman Pencerahan di Eropah pada
abad ke-18.
P2 – GERAKAN REFORMASI
Kedua ialah, Gerakan reformasi.Reformasi ini
menamatkan konsep dunia Kristian dan melahirkan
aliran2 baru spt Protestan, dan Anglican. Gerakan ini
menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa
autonomi dan bebas daripada kongkongan gereja. Ini
menjadikan munculnya negara mutlak dengan pemerintah
sbg ketua agama dan ketua negara. Perkembangan ini
membolehkan idea baru seperti rasionalisme berkembang
luas.
P3- PENGARUH AHLI FALSAFAH
Seterusnya ialah, pengaruh ahli falsafah. Kemunculan
ahli2 falsafah seperti Rousseau dan Montesquie turut
mempengaruhi perkembangan zaman ini. Golongan ini
terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki semangat
ingin tahu yang kuat. Mereka memberi penekanan kepada
pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik. Oleh itu,
peranan ahli falsafah dalam menjana pemikiran
rasionalistik dan saintifik telah memberi pengaruh besar
terhadap perkembangan Zaman Pencerahan di Eropah.
P4 - REVOLUSI SAINS
Selain itu, Revolusi Sains. Revolusi ini menyebabkan
penekanan terhadap ilmu dan akal. Hal ini membawa
kepada kemunculan idea-idea baharu yg menggalakkan para
saintis melakukan penyelidikan saintifik. Kemajuan ini juga
menyebabkan perubahan daripada kepercayaan karut dan
mitos kepada kuasa akal dan sains. Kesannya lahir tokoh
saintis yang terkenal seperti Francis Bacon, John Locke,
dan Isaac Newton. Idea mereka telah tersebar secara meluas
pada zaman tersebut.
P5- KEGIATAN PENJELAJAHAN & PENEROKAAN
Di samping itu, kegiatan penjelajahan dan
penerokaan. Kegiatan ini menyebabkan lahir
keinginan untuk memperoleh idea dan maklumat
tentang bangsa dan budaya lain yg membawa kepada
kegiatan menjelajah negara2 lain. Perkembangan ini
melahirkan corak pemikiran baharu yang berasaskan
empiris dan sebab musabab. Oleh itu, kegiatan
penerokaan dan penjelahan juga menjadi asas kepada
Zaman Pencerahan di Eropah.
P5- PERANAN KELAS PERTENGAHAN
Faktor terakhir ialah muncul kelas pertengahan. Jumlah
gol.profesional meningkat berbanding zaman sebelumnya.
Surat khabar dan majalah yang diterbitkan JUGA
BERTAMBAH.
Perkembangan ini menyebabkan berlaku permintaan yang
tinggi untuk kamus, ensiklopedia dan karya-karya disiplin
ilmu pengetahuan. Tegasnya, peranan kelas pertengahan juga
menyebabkan berlaku penyebaran ilmu pengetahuan yang
menjadi asas kepada perkembangan Zaman Pencerahan di
Eropah
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor
berlakunya Zaman Pencerahan di Eropah.
Keadaan ini telah menjadikan Eropah
sebagai tempat munculnya idea2 baru.
Perkembangan ini telah menjadikan
Eropah sebagai sebuah negara yang maju
dalam pelbagai aspek.
Bincangkan idea yang diketengahkan oleh
Adam Smith pada Zaman Pencerahan di
England pada abad ke-18 Masihi.

P1- EKONOMI P2- MENGKRTTIK P3- TEORI


EKO.
MODEN FAEDAH MUTLAK
MERKANTILISME

P4- TEORI P5- TEORI


P6- TEORI
PENGKHUSUSAN PENGUMPULAN
MODAL PERCUKAIAN
ANTARABANGSA
PENGENALAN

Pada abad ke-18 Masihi muncul ramai ahli ekonomi di


England. Mereka mengemukakan idea-idea bagi
menyelesaikan masalah ekonomi selepas negara
berkenaan mengalami Revolusi Perindustrian. Antara ahli
ekonomi yang terkenal ialah Adam Smith. Beliau
dilahirkan di Kirckcaldy, Fife, Scotland pada tahun 1723
dan meninggal dunia pada 17 Julai di Edinburgh. Beliau
telah memberi sumbangan idea dalam Zaman
Pencerahan terutamanya dalam bidang ekonomi moden.
P1- EKONOMI MODEN
Beliau ialah pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Buktinya
beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang
individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi
tanpa bimbingan atau arahan negara. Tambahan lagi sesebuah
negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Menurut
beliau, kerajaan tidak harus melibatkan diri dalam hal ehwal
ekonomi dan perdagangan. Adam Smith menyebarkan doktrin
laissez-faire di England dengan menubuhkan institusi yang
dikenali sebagai School of Political Economy. Idea perdagangan
bebas yang disebarkan oleh Adam Smith mendapat perhatian ahli-
ahli ekonomi seperti Ricardo dan Thomas Maltus.
P2 – MENGKRTTIK EKO.MERKANTILISME
Idea kedua beliau ialah mengkritik sistem ekonomi
merkantilisme yang diamalkan di Eropah. Beliau menolak
tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal
koloni tanah jajahan. Menurut beliau, semua tanah jajahan
akan berkembang jika diberi kebebasan untuk menjalankan
aktiviti masing-masing. Beliau turut menyelar tindakan
negara-negara bangsa mengawal tanah-tanah jajahan secara
politik. Tindakan sedemikian akan meningkatkan beban
kewangan negara induk. Kritikan ini turut ditujukan kepada
monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris
P3- TEORI FAEDAH MUTLAK
Idea seterusnya ialah menganjurkan teori yang dikenali sebagai
faedah mutlak dalam karya Wealth of Nation. Beliau
menyarankan agar sesebuah negara menghasilkan barangan
yang mempunyai permintaan yang tinggi, sukar diperoleh
dalam pasaran dan terhad pengeluarannya. Beliau berpendapat
negara harus mengelak daripada menghasilkan barangan
yang boleh diperoleh dengan harga yang murah di tempat lain.
Sesebuah negara perlu membuat pengkhususan dalam
pengeluaran barangan yang mempunyai faedah mutlak. Dua
faktor yang mempengaruhi faedah mutlak iaitu faktor iklim dan
struktur tanah..
P4 – TEORI PENGKHUSUSAN ANTARABANGSA
Selain itu, Adam Smith juga menyarankan agar
sesebuah negara melakukan pengkhususan
antarabangsa. Menurut beliau, pengkhususan
antarabangsa akan memacu kemajuan sesebuah
negara. Pengkhususan antarabangsa juga
membolehkan sesebuah negara menghasilkan
lebihan produk yang boleh dipasarkan ke luar
negara. Perkembangan ini dapat meningkatkan
sumber pendapatan dan kekayaan negara.
P5 – TEORI PENGUMPULAN MODAL
Di samping itu, Adam Smith berpendapat bahawa proses
pengumpulan modal harus dilakukan terlebih dahulu daripada
pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama
terjadinya proses pembangunan ekonomi. Beliau menyatakan
bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan
keuntungan. Secara ringkasnya tiada siapa yang akan menjalankan
perniagaan sekiranya mendapat kerugian. Pembeli dan peniaga
perlu sama-sama mendapat keuntungan. Modal ini boleh diguna
untuk perdagangan dan pertumbuhan stok dalam modal membawa
kepada persaingan antara pengusaha. Apabila modal sudah
berkembang maka terjadilah peningkatan dalam kemakmuran.
P6 – TEORI PERCUKAIAN
Idea yang terakhir ialah tentang Teori percukaian. Menurut
beliau, kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara tidak
menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah
negara. Rakyat patut menyokong negara yang memberi
kebebasan mengikut kebolehan sendiri. Antara amalan
ekonomi tersendiri yang dipercayai ialah kekayaan negara
dinilai dari segi stok emas dan perak. Selain itu, negara patut
mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta
mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi
kepada pengeksport dan melindungi industri domestik.
Kesimpulannya, Adam Smith telah banyak
memberikan idea-idea melalui dua karya beliau
yang terkenal iaitu The Theory of Moral
Sentiments (1759) dan The Wealth of Nations
(1776). Semua idea ini telah banyak memberikan
sumbangan dalam bidang ekonomi moden yang
digunapakai sehingga ke hari ini dan doktrin yang
diketengahkan beliau sesuai bagi menguruskan
ekonomi sesebuah negara.
BAB 14: KEMAJUAN PENDIDIKAN

1- Huraikan institusi pendidikan di


negara Jerman pada abad ke-18
dan 19 M

Institusi pendidikan - JERMAN


P1- SEKOLAH RENDAH P2 – SEK. MENENGAH

P3- SEK. TEKNIKAL P4- UNIVERSITI


PENGENALAN

Sistem pendidikan yang diamalkan di


Jerman pada abad ke-18 dan 19 terdiri
daripada beberapa peringkat iaitu sistem
pendidikan di peringkat rendah,
menengah, teknikal dan universiti.
Terdapat pelbagai institusi pendidikan
di negara Jerman.
1- SEKOLAH RENDAH
Antara institusi pendidikan yang terdapat di Jerman ialah
sekolah rendah. Sekolah rendah ditubuhkan pada akhir abad
ke-18 di seluruh Prusia. Semasa pemerintahan Raja Frederick
William I, lebih kurang 1000 buah sekolah rendah dibina dan
1800 sekolah baharu didirikan. Sekolah rendah (volksschulen)
terbuka kepada semua lapisan penduduk di Jerman.
Pengajian di sekolah rendah meliputi agama, membaca,
menulis dan mengira. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun
dikehendaki mendaftar di sekolah-sekolah rendah dan berlanjutan
sehingga mencapai umur 14 tahun. Dasar kerajaan mewajibkan
kanak-kanak menerima sistem pendidikan telah menyebabkan
kadar buta huruf di Jerman amat rendah.
2- SEKOLAH MENENGAH
Institusi kedua ialah sekolah menengah. Ia terdiri daripada
dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam.
Pengajian di gymnasium mengutamakan pembelajaran
bahasa Latin dan Greek. Sekolah gymnasium
menyediakan pelajar–pelajar untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat universiti. Sekolah-sekolah awam pula
menekankan pembelajaran matematik, sains dan bahasa
ibunda. Pelajar-pelajar sekolah awam dilatih untuk
menjalani kehidupan seharian dengan teratur. Pengajian
di sekolah-sekolah menengah meliputi jangka masa selama
9 tahun.
3- SEKOLAH TEKNIKAL
Selain itu ialah institusi bagi pendidikan teknikal.
Kerajaan Jerman memberi keutamaan kepada pendidikan
dalam bidang teknologi. Penekanan diberikan kepada mata
pelajaran teknikal di sekolah. Sekolah-sekolah teknik seperti
politeknik dan sekolah perdagangan telah ditubuhkan.
Penekanan dalam bidang teknologi adalah selaras dengan
usaha untuk membangunkan sektor perdagangan dan
perindustrian di Jerman. Perkembangan ini telah
menyebabkan sistem pembelajaran tradisional telah
diubah suai dengan memberi penekanan kepada mata
pelajaran teknikal.
4- UNIVERSITI
Akhir sekali ialah penubuhan institusi universiti. Kerajaan
Jerman telah memberi penekanan kepada penubuhan
pengajian tinggi atau universiti. Kerajaan negeri
memberikan dana dan bantuan kewangan kepada institusi
pengajian tinggi. Terdapat 4 fakulti iaitu Teologi, Undang-
undang, Falsafah dan Perubatan. Fakulti Falsafah meliputi
matematik, sains dan geografi. Antara universiti yang
tersohor ialah Universiti Berlin. Ia merupakan universiti
terbesar di Jerman dan mempunyai 200 orang professor serta
5000 orang pelajar. Ramai sarjana-sarjana tersohor dijemput
berkhidmat di universiti ini untuk melahirkan ramai tenaga
kepakaran dalam bidang penyelidikan.
Kesimpulannya, kemunculan
pelbagai institusi pendidikan
melambangkan kemajuan yang dicapai
oleh masyarakat Jerman dalam bidang
pendidikan. Ia berjaya melahirkan
ramai golongan bijak pandai yang
seterusnya memajukan Jerman dalam
pelbagai bidang.
- Huraikan perubahan yang berlaku
dalam sistem pendidikan di Jerman
mulai abad ke 18 hingga abad 19.

mesti jelaskan
perubahan yg berlaku
P1- DASAR P4- SISTEM
PENDIDIKAN PENDIDIKAN

P2 – KOD UNDANG-
P5 – PENUBUHAN U
UNDANG

P3- INSTITUSI P6- ASPEK


PENDIDIKAN KURIKULUM
P1- DASAR PENDIDIKAN

Antara aspek perubahan dalam sistem pendidikan Jerman ialah dasar


pendidikan. Menjelang abad ke-18, pentadbiran sekolah-sekolah
terletak di bawah penguasaan gereja. Namun begitu, ia mengalami
perubahan pada abad ke-19 di mana sistem pendidikan di Jerman
berada di bawah kawalan dan penguasaan kerajaan sepenuhnya.
Bagi tujuan tersebut, seorang inspektor telah dilantik oleh kerajaan
pusat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap sekolah-sekolah
dan menghantar laporan tersebut ke Berlin Consistory.
Segala hal ehwal pendidikan di Jerman pula terletak di bawah
Menteri Pendidikan, dan kerajaan pusat akan mengawal
semua dasar pengurusan sekolah. Mata pelajaran,
penggunaan buku teks, dan pelantikan guru-guru akan
ditetapkan oleh kerajaan pusat. Oleh itu, bagi memudahkan
kawalan kerajaan pusat, Jabatan Pendidikan Awam
ditubuhkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar
pendidikan di Jerman mula mengalami perubahan.
P2 – KOD UNDANG2
Perubahan seterusnya yang berlaku dalam sistem pendidikan di
Jerman ialah pengenalan kod undang-undang pendidikan.
Pada abad ke 18, Raja Frederick William telah mengeluarkan
‘Advisory Order’ yang mewajibkan ibu bapa menghantar
anak-anak ke sekolah. Ibu bapa yang gagal menyekolahkan
anak-anak mereka akan dikenakan bayaran denda.
Seterusnya, baginda juga turut mengisytiharkan undang-
undang sekolah bagi wilayah Prusia Timur.
Undang-undang ini mengandungi semua maklumat berkaitan
pembinaan sekolah, yuran pengajian, bantuan kerajaan dan
gaji guru. Semasa pemerintahan Raja Frederick II pula,
baginda memperkenalkan undang-undang penyelenggaraan
sekolah. Undang-undang ini dikenali sebagai General Land-
Schule Reglement yang merupakan undang-undang
persekolahan pertama bagi seluruh Prusia. Undang-undang ini
meletakkan asas bagi pengenalan sistem persekolahan
rendah di Prusia.
P3- INSTITUSI PENDIDIKAN

Penyatuan dan pembentukan negara bangsa


Jerman telah membawa kepada berlakunya
perubahan dalam institusi pendidikan di negara
Jerman. Ini dapat dilihat dengan pembinaan
sekolah-sekolah di seluruh Jerman. Raja yang
memerintah ketika itu memperuntukkan sejumlah
wang bagi tujuan pembinaan sekolah.
Ini dapat dilihat dengan pembinaan sekolah rendah
sebanyak 1000 buah sekolah, dan 8000 buah
sekolah baharu turut didirikan. Kerajaan Jerman turut
memberikan penekanan kepada pendidikan
teknologi untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam
bidang perindustrian dan perdagangan. Bagi tujuan
tersebut, sekolah-sekolah teknik telah ditubuhkan.
P4- SISTEM PENDIDIKAN
Sistem pendidikan di Jerman juga diubah suai kepada beberapa
peringkat iaitu, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan
teknikal. Mulai abad ke-18, Jerman telah mewajibkan pendidikan
peringkat rendah yang memakan masa selama lapan tahun yang
dikenali sebagai volksschule. Pendidikan ini bukan hanya
menekankan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
malah meliputi pembelajaran seperti geografi, sejarah, dan
gimnastik.
Selain itu, terdapat 2 aliran pendidikan di peringkat
sekolah menengah, iaitu sekolah gymnasium dan
sekolah awam yang mengambil masa selama 9 tahun.
Pengajian di gymnasium memberikan tumpuan
kepada bahasa latin dan greek, yang bertujuan untuk
menyediakan pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran
ke peringkat universiti.
Manakala sekolah awam pula memberikan penekanan kepada
pelajaran matematik, sains, dan bahasa moden yang bertujuan
untuk melahirkan para pelajar yang dapat menjalani kehidupan
seharian dengan teratur. Sistem pendidikan di Jerman turut
memberikan penekanan kepada aliran teknikal, iaitu pendidikan
dalam bidang teknologi. Ini telah menyebabkan sistem
pembelajaran tradisional diubah suai kepada mata pelajaran
teknikal selaras dengan usaha untuk membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan.
P5- PENUBUHAN U

Pendidikan di Jerman juga turut memberikan penekanan


kepada penubuhan universiti. Antaranya ialah Universiti Berlin.
Penubuhan unversiti ini mendapat kelulusan daripada kabinet dan
diberikan geran kewangan oleh kerajaan Jerman untuk memulakan
operasi. Kebanyakan universiti di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-
kerajaan negeri. Antara pengajian yang ditawarkan di universiti ialah
teologi, undang-undang, perubatan, dan falsafah.
Pengajian di fakulti falsafah pula meliputi bidang
matematik, sejarah, geografi, kesusasteraan, dan
sains. Pentadbiran universiti akan dikendalikan oleh
seorang rektor yang akan dipilih oleh professor.
Kesannya, kerajaan Jerman berjaya melahirkan ramai
sarjana yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai
bidang.
P6- ASPEK KURIKULUM
Selain itu, perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan
Jerman juga dapat dilihat dalam aspek kurikulum di peringkat
sekolah rendah, menengah dan universiti. Pendidikan di sekolah
rendah adalah berasaskan kepada teori Pestalozzi yang
memberikan penekanan kepada perkembangan mental kanak-
kanak dan latihan menggunakan deria. Bagi melahirkan
semangat patriotik, mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan
Bahasa Jerman diajar di peringkat ini.
Pelajar juga didedahkan dengan nilai-nilai moral, hormat-
menghormati dan rendah diri dengan diajar mata pelajaran
agama. Menjelang abad ke-19, kerajaan telah menyeragamkan
kurikulum pembelajaran di sekolah-sekolah menengah, dan
memberikan penekanan kepada mata pelajaran kemanusiaan
kepada para pelajar. Pengajian di peringkat universiti pula
menekankan pelbagai pengkhususan bidang ilmu pengetahuan
kepada para pelajar, seperti kimia, fizik, zoologi, undang-undang
dan sebagainya.
P7- ASPEK PENGAJAR
Sistem pendidikan di Jerman turut mengalami perubahan
dalam aspek tenaga pengajar. Menjelang abad ke-18, guru-
guru mempunyai kedudukan yang sangat rendah dalam
kalangan masyarakat Jerman. Malah, golongan seperti
tukang kasut, tukang jahit, dan pengawal keselamatan,
diberikan latihan untuk mengajar akibat kekurangan guru
terutamanya di luar bandar.
Selepas itu, Raja Frederick II telah mengubah sistem
pendidikan tersebut dengan menggubal undang-
undang yang mengandungi syarat-syarat kelayakan
bagi seorang guru. Undang-undang tersebut
menyatakan bahawa guru-guru yang tidak
mempunyai kelayakan akan dipecat daripada
Oleh itu, kerajaan mengambil langkah dengan mengundang
tokoh-tokoh pendidik untuk memberikan latihan perguruan
kepada guru-guru yang layak, dengan tujuan melahirkan
tenaga pengajar yang mahir. Kerajaan turut mengadakan
seminar guru-guru dengan menjemput tokoh pendidik
terkenal seperti Francke. Kesannya, banyak pusat latihan
perguruan ditubuhkan di negara Jerman seperti di Austria,
Saxony, dan Saxe-Weimar. Menjelang abad ke-19, kerajaan
Jerman telah menghantar 17 orang guru ke Switzerland bagi
mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran
Pestalozzi. Mereka turut dilantik sebagai pengarah Institut
Latihan Perguruan di Jerman.
Kesimpulannya, sistem pendidikan Jerman telah
mengalami perubahan dalam pelbagai aspek.
Kesan peranan yang dimainkan oleh kerajaan pada
ketika itu telah melahirkan pelajar yang berkualiti
dari segi teori dan teknikal, sekaligus memenuhi
kehendak pasaran kerja sehingga ke hari ini.
BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM
PENDIDIKAN DI JERMAN PADA ABAD KE 18
HINGGA 19 MASIHI.

-SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN MENGALAMI


PERKEMBANGAN YG PESAT PADA ABAD KE 18 DAN
19M. BINCANGKAN PERNYATAAN INI

ISI SAMA DGN SOALAN PERUBAHAN


- Cuma X wajib nyatakan perubahan untuk
soalan ini.
- Bincangkan dasar pendidikan
di Jerman pada abad ke 18-19
masihi.

DASAR2 BRKAITAN
PENDIDIKAN
P1- DASAR BERKAITAN
P4- DASAR
PENDIDIKAN R
BERKAITAN
PENDIDIKAN U
P2- DASAR BERKAITAN
PENDIDIKAN M P5 – DASAR UTK
M'BANGUNKAN LAT.
P3- DASAR PERGURUAN
BERKAITAN
PENDIDIKAN T
P1- DASAR BERKAITAN PENDIDIKAN RENDAH
Menjelang akhir abad ke 18M, sekolah-sekolah rendah
ditubuhkan di seluruh Prussia. Pada awal abad ke 19M,
langkah-langkah diambil untuk memantapkan pendidikan
rendah di Jerman. Sekolah rendah dikenali sebagai
Volksschulen dan terbuka kepada semua lapisan penduduk di
Jerman. Kanak-kanak berumur 7 tahun dikehendaki mendaftar di
sekolah-sekolah rendah. Pendidikan sekolah rendah berlanjutan
sehingga kanak-kanak mencapai umur 14 tahun. Mata pelajaran
yang diajar di sekolah rendah ialah membaca, menulis, mengira,
geografi, sejarah dan gimnastik. Mata-mata pelajaran ini amat
penting dalam menjadi asas kepada melahirkan pelajar yang dapat
menyumbang kepada kemajuan Negara di masa depan.
P2 – DASAR BERKAITAN PENDIDIKAN M
Pendidikan menengah pula terdiri daripada dua aliran iaitu
sekolah gymnasium dan sekolah awam. Sekolah gymnasium
menyediakan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat Universiti. Sekolah awam melatih pelajar-pelajar untuk
menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur. Kerajaan Jerman di
bawah pemerintahan Raja Frederic Wiliam III memberi penekanan yang
lebih kepada sekolahsekolah awam ini. Sekolah gymnasium menekankan
pembelajaran bahasa Latin dan bahasa Greek manakala sekolah awam
memberi penekanan kepada pembelajaran matematik, sains tabii,
bahasa ibunda dan bahasa-bahasa moden. Peringkat menengah
merupakan peringkat pelajar mula mengembangkan potensi
masingmasing. Oleh itu, di peringkat menengah, mata pelajarannya jauh
lebih mencabar berbanding sekolah rendah.
P3- DASAR BERKAITAN PENDIDIKAN T
Kerajaan Jerman amat memberi keutamaan kepada
pendidikan dalam bidang teknologi. Untuk
mencapai matlamat itu, sekolah-sekolah teknik
seperti politeknik dan sekolah-sekolah
perdagangan ditubuhkan. Di sekolah-sekolah teknik
ini mata pelajaran berbentuk teknikal diajar dengan
matlamat untuk membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan. Fokus kerajaan
Jerman adalah menjadi Negara Industri. Oleh itu,
bertepatanlah mata pelajaran teknikal diberikan
keutamaan.
P4- DASAR BERKAITAN PENDIDIKAN U
Institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-
kerajaan negeri. Kerajaan negeri memberikan dana dan bantuan
kewangan kepada institusi pengajian tinggi. Terdapat empat fakulti
iaitu Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Falsafah. Pendidikan
di Fakulti Falsafah meliputi Matematik, Sejarah, Geografi,
Kesusasteraan, & Sains Tabii Antara universiti yang ditubuhkan di
Jerman ialah Universiti Berlin, Universiti Munich, Universiti
Breslau, Universiti Bonn dan Universiti Strasburg. Peringkat
universiti merupakan kemuncak pembelajaran bagi pelajar.
Pemberian dana oleh kerajaan dapat memastikan system
pembelajaran yang berkualiti dapat dihasilkan.
P5- DASAR M'BANGUNKAN LAT.PERGURUAN
Bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di
Jerman, pusat-pusat latihan perguruan telah
dibina untuk melatih guru-guru baru.
Pusat-pusat latihan perguruan dibina di Austria,
Saxe-Weimar dan Saxony. Contoh Pusat-pusat
latihan perguruan amat penting dalam
menghasilkan tenaga pengajar yang berkualiti
seterusnya menghasilkan pelajar-pelajar yang
berkualiti juga.
Kesimpulannya, menjelang abad ke 18 dan
19, sistem pendidikan yang teratur dan
sistematik dapat dibentuk di Jerman.
Kemunculan pelbagai institusi pendidikan
melambangkan kemajuan yang dicapai
oleh masyarakat Jerman dalam bidang
pendidikan.
- Bincangkan perubahan yang
berlaku dalam dasar pendidikan di
Perancis pada abad ke-18 dan ke-19
Masihi..

perubahan yg berlaku
-DASAR PEND. PERANCIS
P1- DASAR PENDIDIKAN
NAPOLEON
P4- DASAR PENDIDIKAN
P2 – DASAR KJAAN REPUBLIK KEDUA
PENDIDIKAN KJAAN
REAKSIONER
P5 – DASAR PENDIDIKAN
P3- DASAR PENDIDIKAN PD ABAD KE-19
LOUIS PHILIPPE
PENGENALAN
Perkembangan sistem pendidikan awam di Perancis dapat
dikesan sejak kebangkitan Revolusi 1789. Sistem ini
mengalami perubahan yang pesat pada pertengahan
abad ke-18 dan ke-19 Masihi. Dasar pendidikan di
Perancis telah mengalami perubahan dan perkembangan
mengikut ideologi golongan pemerintah Perancis ketika
itu. Perubahan penguasaan daripada pihak gereja oleh
kerajaan turut mempengaruhi perkembangan sistem
pendidikan. Akhirnya muncul sistem pendidikan
kebangsaan yang mengutamakan kepentingan negara.
P1- DASAR PENDIDIKAN NAPOLEON
Pada akhir abad ke-18, timbul kesedaran untuk mewujudkan sistem
pendidikan popular dalam kalangan pemimpin. Kesedaran ini lahir
daripada perkembangan idea demokrasi dalam kalangan masyarakat.
Walau bagaimanapun, idea ini tidak dapat di laksanakan sepenuhnya
apabila tampuk pemerintahan negara dikuasai oleh Napoleon. Dasar
pendidikan di Perancis berubah semasa pemerintahan Napoleon.
Beliau telah memperkenalkan pendidikan yang seragam di
seluruh Perancis. Institusi pendidikan terdiri daripada sekolah
rendah, sekolah menengah seperti Lyceum dan kolej awam, sekolah
tinggi, sekolah teknik dan universiti. Pada tahun 1808, Napoleon
turut menubuhkan pusat latihan guru. Para pelajar akan
menjalankan kaedah dan latihan praktikal pada tahun akhir.
Kerajaan turut menyediakan peruntukan seperti buku-buku sekolah
dan memberi insentif kepada guru-guru sekolah rendah. Dari segi
kurikulum pula, peringkat sekolah rendah diajar membaca, menulis
dan mengira. Manakala pada peringkat sekolah menengah terdiri
daripada mata pelajaran bahasa kuno, retorik, logik, matematik,
lukisan dan sains. Kurikulum peringkat universiti pula terdiri
daripada pengajian sastera, sains, perubatan, undang-undang
dan teologi. Beliau berjaya menyatukan institusi Pendidikan di
bawah satu badan induk yang dikenali sebagai Universiti Perancis.
Walau bagaimanapun, sistem pendidikan ini tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya kerana Napoleon lebih mengutamakan
kepada dasar peluasan kuasa.
P2 – KERAJAAN REAKSIONER
Selepas zaman pemerintahan Napoleon, Perancis
dikuasai oleh Kerajaan Reaksioner. Pemerintahan
kerajaan ini telah melakukan perubahan terhadap
dasar pendidikan negara. Dasar Pendidikan mereka
berteraskan teologi dan moral. Oleh itu, sistem
pendidikan dikuasai oleh golongan gereja. Selepas
Revolusi 1830, pendidikan diletakkan di bawah
penguasaan kerajaan. Menjelang Zaman Republik
Kedua, sistem pendidikan awam terus dimantapkan.
P3- LOUIS PHILIPPE
Selepas Revolusi 1830, berlaku perubahan dalam sistem
pendidikan Perancis. Pada masa tersebut, pemerintahan
negara diterajui oleh Louis Philippe. Beliau telah
mengambil langkah-langkah untuk memantapkan semula
sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh
Napoleon. Antara perubahan besar yang dilakukan ialah
membebaskan sistem pendidikan daripada kongkongan
gereja. Sebaliknya, sistem pendidikan diletakkan di bawah
penguasaan kerajaan. Selaras dengan perkembangan ini,
sistem pendidikan kebangsaan yang seragam diperkenalkan.
P4- KERAJAAN REPUBLIK KEDUA
Menjelang pertengahan abad ke-19, dasar pendidikan turut
berubah. Beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan
Republik Kedua untuk memantapkan sistem pendidikan.
Antaranya ialah mengkaji semula undang-undang
berhubung dengan sistem pendidikan.. Oleh itu, Majlis
Tertinggi yang diketuai oleh Menteri Pendidikan
ditubuhkan untuk mengurus sistem pendidikan di Perancis.
Bagi melicinkan pengurusan pendidikan, wilayah
dibahagikan kepada 17 daerah atau akademi. Sebuah
Majlis Akademi turut ditubuhkan di setiap daerah dan diletakkan di
bawah pengawasan Menteri Pendidikan.
Di samping itu, sebuah majlis turut ditubuhkan
di peringkat wilayah yang dianggotai oleh
seorang ketua, inspector akademi dan
inspector bagi sekolah rendah. Jelaslah
bahawa Dasar Pendidikan pada zaman ini lebih
mengutamakan kepada cara pengurusan
dengan memperbaharui undang-undang yang
sedia ada.
P5- ABAD KE-19

Perkembangan dalam pendidikan berterusan dan


menjelang akhir abad ke-19, Langkah-langkah telah
diambil oleh kerajaan dengan mewajibkan pendidikan
kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 14 tahun. Selain itu
kerajaan juga memperkenalkan pendidikan percuma
kepada kanak-kanak di Perancis.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan


oleh pemerintah telah menyebabkan berlaku
perkembangan dalam sistem pendidikan
Perancis. Perubahan ini membawa Perancis
kepada sebuah negara yang berkembang dan
berjaya membina masyarakat yang saintifik
dan berteknologi.
TEMA 4- NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA

BANGSA.
BAB 15 - REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP
PELUASAN KUASA BARAT DAN KESAN
PENJAJAHAN BARAT
BAB 15 - PELUASAN KUASA BARAT

CHINA INDIA

2013 - Kesan Dahagi India


2017 - Faktor perang candu 1
2018 - langkah = dahagi
2020- kesan imperialisme C
i- CHINA
Perang Candu Gerakan
-pertama (faktor/ Menguatkan
Diri.
kesan) - langkah2
- kedua (faktor) - faktor kegagalan

Pemberonta- Gerakan
kan Boxer Gerakan Pembaharuan
-faktor Islah Ching
- kesan = Abad 20
- Terangkan transformasi yang dilakukan
oleh China susulan daripada kegagalan
menghadapi imperialisme barat pada tahun
1861 hingga 1895.

GERAKAN MENGUATKAN DIRI


- poli (diplomatik)
- ekonomi
- sosial (pendidikan, pengangkutan)
- ketenteraan
: Bincangkan faktor kegagalan Gerakan
Menguatkan Diri yang dijalankan di negara
China.

: Nilaikan punca-punca kegagalan rancangan


transformasi yang dipraktikkan oleh kerajaan
Manchu.
P1- KETIADAAN P2 – TENTANGAN GOL.
PENDAHULUAN PEMIMPIN YG CEKAP KONSERVATIF

P3- MASALAH P4- KETIADAAN


KEWANGAN PENYELARASAN

P5- KESAN
P6- PEMODENAN
IMPERIALISME BARAT
TERHAD
& JEPUN

P7- KELEMAHAN
MANCHU PENUTUP
PENDAHULUAN
Kekalahan China – Perang
Candu – kesan besar

Latar Abad ke-19 -Kuasa


belakang barat berlumba - China
Gerakan
Menguatkan
Diri Gerakan Menguatkan
Diri - gagal
- Rancangan
Pemodenan
Timbul kesedaran -
China
Kerajaan Manchu - gagal melahirkan pemimpin cekap –
menyingkirkan pemimpin yang berkaliber – cth: Putera
Kung
Maharani Dowager -
Gerakan – bersifat anti-
P1- KETIADAAN
menemui PEMIMPIN YG CEKAP pemodenan
memegang tampuk
kegagalan pemerintahan
selepas itu

Kesannya - kerajaan pusat - X memberikan bantuan


dan kerjasama – pegawai yg terlibat.
Tentangan daripada gol. konservatif - Istana Ching. Golongan
konservatif – gol. yang menentang usaha untuk memodenkan
negara China.
Ditambah dengan -
Sebab:
dikongkong oleh P2- TENTANGAN DARI
pemerintahan
adat resam GOL. KONSERVATIF Maharani Dowager -
tradisional & ajaran bersifat anti-
Confucius. pemodenan.

Maharani Dowager - membelanjakan wang - bagi


mengindahkan istananya - gol. sarjana dan pegawai
kerajaan - X menyokong program pemodenan.
Permasalahan kewangan - disebabkan oleh bencana alam
- banjir & kemarau

Mengakibatkan
- menambahkan peruntukan kewangan
beban kewangan P3- MASALAH
- disalurkan untuk
KEWANGAN
- prog. pemodenan X menangani bencana
dapat alam
dilaksanakan.
perbelanjaan - menangani peperangan & pemberontakan – terbeban
dengan pembayaran ganti rugi - kuasa barat selepas kekalahan dalam
Perang Candu.
kegagalan - disebabkan ketiadaan
penyelarasan - atr kerajaan pusat +
kerajaan di peringkat wilayah.
Usaha pemodenan
Sebab: pentingkan
- oleh pegawai di
pertahanan wilayah P4- KETIADAAN
PENYELARASAN peringkat wilayah -
-mempertahankan X kerjasama +
kedudukan mereka. sokongan daripada
kerajaan pusat.
Pemimpin-pemimpin wilayah – X
memberikan kerjasama - kerajaan pusat .
Eg: Li Hung Chang
Dasar imperialisme - Gerakan
Menguatkan Diri tidak mencapai
kejayaan.

Kesan: Peperangan yang


P5 – KESAN
menyekat usaha IMPERIALISME BARAT
dilancarkan -
pemimpin - & JEPUN keadaan politik di
pemodenan di China - X stabil.
China.
peperangan - China terpaksa
menanggung kos
perbelanjaan perang
China - tidak bersedia - melakukan
pembaharuan-pembaharuan radikal -
memodenkan negara
Kesan: hasil X bersedia -
pemodenan - melakukan rombakan
P6- PEMODENAN
terhad dalam TERHAD / menyusun semula
bidang institusi tradisional -
ketenteraan & memodenkan
teknologi sahaja. negara.

Eg: hanya meminjam teknologi


barat -untuk memodenkan negara.
X – sistem pentadbiran
P7- KELEMAHAN X - kawal amalan rasuah –
KERAJAAN MANCHU
pegawai kjaan
- penyalahgunaan dana

- Kesimpulannya, usaha memajukan negara dalam Gerakan


Menguatkan Diri bagi menjamin kedaulatan wilayah
menemui kegagalan disebabkan pelbagai faktor.
KESIMPULAN
- Kegagalan ini menyebabkan masyarakat China mula
mengubah tanggapan kepada kepimpinan Manchu yang
akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Manchu
: Huraikan faktor-faktor berlakunya
Pemberontakan Boxer di China pada abad ke-19

Sejauh manakah sentimen anti orang asing


mendorong tercetusnya Pemberontakan Boxer
di China pada tahun 1899?
peristiwa pembunuhan - 2 org mubaligh kristian

cetuskan pergaduhan - ahli boxer


- cina kristian

Jerman - hantar pasukan tentera


- benarkan Kiaochaw sbg pangkalan tentera

ahli boxer - serang Cina bakar gereja - kedai -


kristian (tali barut penjajah)rumah
penyelesaian: PROTOKOL BOXER
PENDAHULUAN P1- SENTIMEN ANTI P2 – SENTIMEN ANTI
ORANG ASING KRISTIAN

P3- PENGUASAAN P4- MASALAH


EKO.OLEH KUASA ASING KEWANGAN

P5- BENCANA ALAM P6- SOKONGAN ISTANA

PENUTUP
PENGENALAN
Pada tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali
sebagai Pemberontakan Boxer di negara China. Gerakan Boxer
berasal daripada sebuah kongsi gelap Cina dikenali sebagai I Ho
Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan keharmonian). Orang
Barat menamakan Boxer kerana mereka mengamalkan sejenis
tinju Cina yang disertai ilmu sihir. Pemberontakan Boxer
merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan
oleh kuasa asing terhadap kerajaan China. Perasan antiorang
asing merupakan faktor UTAMA tercetusnya pemberontakan
ini, di samping beberapa faktor lain.
1- sentiment anti orang asing
FAKTOR UTAMA yang mencetuskan Pemberontakan Boxer
ialah Sentimen anti orang asing. Pencerobohan yang
dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat sejak Perang Candu
Pertama (1839-1842) menimbulkan semangat antiorang
asing dalam kalangan rakyat Cina. Sentimen ini juga
meningkat ekoran tindakan kuasa-kuasa Barat berlumba-
lumba mendapatkan konsesi di China. Malah tindakan
kuasa-kuasa Barat merebut konsesi telah menjatuhkan
maruah orang Cina dan mencemarkan kedaulatan kerajaan
China.
Semangat anti orang asing menebal dalam kalangan sarjana
dan pembesar China. Tokoh-tokoh istana seperti Maharani
Dowager, Putera Chuang dan Kang-I mengamalkan sikap
antiorang asing terhadap kuasa-kuasa Barat dan Jepun di
China. Maharani Dowager Tzu Hsi bertindak menamatkan
Hak Wilayah Asingan yang telah diberikan kepada kuasa-
kuasa asing di China. Rakyat dan pihak istana telah
berganding tenaga untuk mengusir orang asing dari China.
Jelas ternyata, sentimen antiorang asing merupakan faktor
penting yang menyebabkan tercetusnya pemberontakan
Boxer.
2- sentiment anti kristian
Namun demikian, terdapat juga faktor-faktor lain penyebab kepada
pemberontakan ini. Antaranya ialah sentiment anti-Kristian.
Melalui Perjanjian Whangpoa dan Konvensyen Peking, telah
membenarkan golongan mubaligh Kristian menjalankan aktiviti
keagamaan di pelabuhan-pelabuhan dan di kawasan pedalaman.
Penyebaran agama Kristian telah mencemaskan golongan
konservatif yang menganggap ajaran Kristian amat bertentangan
dengan ajaran Confucianisme, Buddhisme dan Taoisme yang
diamalkan sejak turun-temurun. Di samping itu, mubaligh-mubaligh
Kristian juga telah campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang
melibatkan orang-orang Cina yang bukan beragama Kristian.
Golongan mubaligh Kristian juga memperjuangkan hak-hak
istimewa bagi penganut-penganut agama Kristian, malah
tindakan mubaligh-mubaligh Kristian campur tangan dalam hal
ehwal tempatan menimbulkan kemarahan orang Cina. Orang Cina
yang telah beragama Kristian dibenci kerana mereka bersikap
sombong dan menganggap diri mereka lebih tinggi dan mulia.
Perkembangan ini menyebabkan hubungan orang Cina beragama
Kristian dan orang Cina bukan Kristian menjadi renggang. Mereka
juga dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana diperalat oleh
orang asing. Tuntasnya, kebencian terhadap orang Kristian telah
mendorong orang Cina melancarkan Pemberontakan Boxer.
3- penguasaan ekonomi
Faktor seterusnya ialah Penguasaan ekonomi oleh kuasa-kuasa
asing. Kemasukan barang-barang asing telah menyebabkan
perusahaan tempatan seperti perusahaan tekstil dan pertukangan
tangan mula merosot. Pasaran tempatan mula dikuasai oleh orang-orang
asing kerana barangan buatan Barat lebih murah dan bermutu tinggi
berbanding dengan barangan tempatan. Kemasukan pelabur-pelabur asing
telah menyebabkan pengusaha-pengusaha tempatan hilang sumber
pendapatan. Tambahan pula, bilangan penduduk tempatan yang
menganggur meningkat. Penguasaan ekonomi negara China oleh kuasa-
kuasa asing telah menimbulkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap
orang-orang asing. Justeru, penguasaan ekonomi oleh kuasa asing
merancakkan sentimen antiorang asing dalam kalangan orang Cina bagi
melancarkan Pemberontakan Boxer.
4- masalah kewangan
Selain itu, Kerajaan China juga menghadapi masalah kewangan
dan ekonomi yang serius. Masalah kewangan timbul kerana
terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membayar ganti
rugi perang kepada kuasa-kuasa Barat. Bagi menghadapi masalah
ini, kerajaan China telah mengenakan cukai-cukai baharu.
Kerajaan China telah bertindak memperkenalkan cukai-cukai
baharu yang membebankan rakyat. Perkembangan ini telah
menyebabkan golongan petani dan penganggur menyertai
pemberontakan bagi menghalau orang asing dari negara China.
Jelaslah bahawa masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan
China telah memberi kesan kepada rakyat Cina untuk
melancarkan pemberontakan.
5- bencana alam
Di samping itu, Kejadian bencana alam seperti banjir dan
kemarau yang melanda China menyebabkan rakyat terpaksa
menanggung pelbagai jenis penderitaan. Antara bencana alam
yang melanda China adalah seperti pada tahun 1898, berlaku
banjir di wilayah-wilayah di sekitar Sungai Yangtze dan Sungai
Hwang Ho. Kesannya, wilayah terjejas teruk adalah Szechuan,
Shantung, Kiangsi dan Anhwei. Kemarau juga melanda di bahagian
utara negara China termasuk Peking. Bencana alam ini
menyebabkan kebuluran dan kemusnahan harta benda.
Masyarakat Cina menyalahkan orang asing sebagai punca segala
bencana alam yang melanda negara mereka.
Mereka berpendapat projek-projek pembangunan seperti
pembinaan landasan kereta api, pemasangan kabel telegraf dan
pembinaan kilang telah mengganggu keharmonian alam dan
menyinggung perasaan dewa dewi mereka. Selain tu,
penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh mubaligh-
mubaligh Kristian telah mengganggu roh nenek moyang dan
golongan pendeta. Mereka percaya bahawa bencana yang
melanda negara mereka merupakan balasan daripada dewa-dewi.

Tuntasnya, kepercayaan bahawa bencana alam yang berlaku


disebabkan oleh orang asing mendorong mereka melancarkan
Pemberontakan Boxer.
6- sokongan istana
Faktor terakhir ialah Sokongan yang diberikan oleh kerajaan
Manchu. Pada 20 Jun 1900, kerajaan Manchu secara rasmi telah
memberikan sokongan kepada pemberontak untuk mengusir
keluar orang Barat dari negara China. Maharani Dowager Tzu His
telah mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai-pegawai
istana untuk memberikan bantuan senjata kepada pemberontak.
Sokongan daripada pihak istana menggalakkan ahli-ahli Boxer
menyerang orang asing dan orang Cina yang beragama Kristian.
Jelaslah bahawa pemberontakan Boxer juga tercetus disebabkan
sokongan yang diberikan oleh pihak istana.
- Kesimpulannya, perasaan anti orang asing yang
menebal dalam kalangan rakyat China merupakan
sebab utama tercetusnya Pemberontakan Boxer.
Pemberontakan ini telah memberikan kesedaran
kepada kerajaan Manchu untuk melakukan
pembaharuan sebagai langkah untuk menguatkan
diri bagi menghadapi ancaman kuasa-kuasa asing.
Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi
kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan
kerajaan Republik di negara China.
Gerakan Pembaharuan Ching pada abad ke-20
merupakan usaha kerajaan Manchu bagi
mempertahankan negara daripada imperialisme
barat. Bincangkan .
PENDAHULUAN

P1- PERLEMBAGAAN P4- SOSIAL

P2- PENTADBIRAN P5– KETENTERAAN

P3- EKONOMI P6- PENDIDIKAN

PENUTUP
Dilancarkan selepas – kegagalan
PENDAHULUAN Pemberontakan Boxer - untuk
memodenkan China
Kerajaan – mengarahkan pegawai –
-Latar belakang kemukakan cadangan
Gerakan Cadangan – Liu Kun I – laksanakan
Pembaharuan pelbagai pembaharuan
Ching

Pembaharuan yg dilaksanakan – meliputi


semua aspek
Manchu – memperkenalkan sistem pemerintahan
berpelembagaan – menyekat penjajahan asing
J/kuasa ditubuhkan – mgkaji perlembagaan
P1-
PERLEMBAGAAN ng.asing- Aggota – dihantar – ke barat –
mengkaji perlembagaan
Meluluskan undang2 – Majlis Perhimpunan Wilayah –
persidangan
Perhimpunan nasional – mesyuarat – penubuhan parlimen
Pembaharuan – pentadbiran – penubuhan
P2-
kementerian
PENTADBIRAN
= pemerintahan yg teratur
Eg: kementerian polis, k.kewangan, k.luar ngeri dll
Kementerian Perdagangan – ditukar nama –
P3- EKONOMI kemeterian pertanian,
perindustrian&perdagangan
Mendirikan maktab teknikal – lat.dlm perusahaan
Galakan – bina kilang / penggunaan barangan tempatan
Kesan: 130 kilang dibina
Mengadakan pameran perindustrian - Dewan dibina – mempromosi barangan
tempatan
Kjaan- bina landasan k.api

Melakukan pembaharuan – sosial


Cth: Tarik balik –i) larangan perkahwinan – Manchu +
P4- SOSIAL
Cina
ii) Larangan – amalan hisap candu
iii) Hapuskan amalan – ikat kaki - wanita
Melantik Yuan Shih Kai – pembaharuan
dlm ketenteraan
Utk kukuhkan – system pertahanan
Lgkah2 pembaharuan:
Menggaji pakar tentera – Jepun
& Jerman
i) Merombak semula-
P5 – KETENTERAAN struktur agkatn tentera
Mghantar – pegawai tentera –
Jepun & Jerman – berdasarkan model
-tubuhkan kementerian
pertahanan barat
ii) Besar&memodenkan agkatan tntera –
iii) memperkenal senjata moden –
iv)tubuhkan agkatan tentera kerahan (Jerman) –
penubuhan sek.tentera – utk latih agota tentera.
Matlamat – utk latih peg.kjaan (lbh
cekap) - Manchu – perkenalkan sistem
pendidikan moden – model pend.Jepun
Kementerian pend. –
P6 – ditubuhkan –
KESAN: byk sek &
menguruskan
maktab - PENDIDIKAN
pelaksanaan sis.pend
didirikan – menyelia sekolah
Peperiksaan prkhidmatan awam – kitab
klasik – dimansuh – perkenalkan sekatan
pelajaran- moden - Pelajar – menuntut – di
ngara2 luar – Jepun, Eropah, USA
- Kesimpulannya, terdapat banyak
langkah2 pembaharuan yg telah
dilakukan oleh pihak kerajaan
Manchu bagi memodenkan China.
KESIMPULAN - Meskipun pelbagai program
dilaksanakan, namun gerakan ini
tidak berjaya sehingga membawa
kepada ancaman daripada kuasa2
lain.
Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang
dilaksanakan sepanjang gerakan pemulihan 100
hari dan nyatakan sebab kegagalan gerakan itu.

pembaharuan Sebab kegagalan


Analisis reaksi masyarakat tempatan China terhadap
peluasan kuasa barat selepas perang pada abad ke-19.

kehendak soalan:

Gerakan menguatkan diri


(langkah2)

REAKSI MASYARAKAT Gerakan Islah

Pemberontakan Boxer
PENDAHULUAN

Menjelang abad ke-19, Reaksi masyarakat


China terhadap kuasa barat bermula selepas
kekalahan dalam perang candu pertama dan
kedua. Terdapat pelbagai reaksi yang dilakukan
oleh masyarakat China selepas perang pada
abad ke-19.
P1- GERAKAN MENGUATKAN DIRI - rancangan
memodenkan
Antara reaksi pertama yg dilakukan ialah gerakan menguatkan diri.
Gerakan ini bertujuan untuk membendung penguasaan kuasa barat
dan menghalang pemberontakan dari dalaman. Kerajaan cuba
menguatkan negara dengan pelbagai langkah yang merangkumi aspek
ketenteraan, ekonomi, komunikasi, pendidikan, dan diplomatik.
Dalam bidang ketenteraan, kerajaan cuba mewujudkan kilang
membuat senjata dan akademi tentera. Dalam bidang ekonomi,
kerajaan menubuhkan pelbagai jenis industri kecil seperti perusahaan
tekstil, lombong arang batu, dan pertanian.
Kerajaan juga membangunkan sistem komunikasi dalam aspek perhubungan
dan pengangkutan dengan membina jalan kereta api dan memperkenalkan
perkhidmatan pos dan telifon. Selain itu, kerajaan turut memajukan bidang
pendidikan dengan menubuhkan maktab bahasa untuk mempelajari bahasa
asing. Para pelajar juga akan dihantar ke negara barat bagi tujuan
mempelajari teknologi dari negara barat. Dalam bidang diplomatik pula,
China menubuhkan Jabatan Tsungli Yamen dan menubuhkan Pejabat
Perwakilan Asing. Kuasa asing turut dibenarkan membuka pejabat kedutaan
di China. Namun demikian, gerakan ini gagal mencapai kejayaan seperti yang
diharapkan.
P2- GERAKAN ISLAH
Gerakan ini diketuai oleh Kang Yu Wei yg bertujuan untuk
mengubah institusi sosial dan politik China berasaskan
model barat. Ajaran Kung Fu-tze ditafsirkan semula oleh
Kang Yu Wei untuk menyokong islah yang radikal misalnya
memperkenalkan sistem beraja berasaskan perlembagaan.
Terdapat percubaan juga untuk menyusun semula kerajaan
untuk menghapuskan rasuah dan meminda sistem
peperiksaan. Terdapat lebih daripada 110 dikri dikeluarkan
sepanjang pembaharuan ini. Antaranya ialah dalam bidang
pendidikan, pentadbiran dan ekonomi.
Dalam bidang pendidikan,Kang Yu Wei berpendapat cara
penulisan esei yang hanya berkaitan ajaran Confisios
semasa peperiksaan awam perlu diubah kepada penulisan
isu-isu semasa. Beliau juga mencadangkan untuk
menubuhkan Univrsiti Kemaharajaan di Peking dan
Sekolah Moden yg akan mengajar pengajaran China dan
barat. Sekolah perubatan turut dicadangkan untuk dibina.
Dalam pentadbiran pula, beliau mahu sistem pemerintahan
monarki berpelembagaan diwujudkan. Ini adalah untuk
menyesuaikan dengan pentadbiran barat. Selain itu, terdapat juga
tindakan agresif untuk mnghapuskan badan kerajaan dan
jawatan2 yg tidak penting . Antaranya ialah Gabenor di beberapa
daerah, Pengarah Urusan di Sg.Kuning, intendant dan penjaga
garam. Beliau juga menyarankan untuk membentuk kerajaan yg
maju, pentadbiran yg cekap, menhapuskan gaya kerja yg lembap,
dan menyusun kerja2 baru.
Dalam aspek ekonomi, ia mengandungi cadangan
untuk mewujudkan sistem kapitalis iaitu sistem yg
berteraskan modal sebagai elemen utama. Oleh itu,
pembaharuan ini telah mengeluarkan cadangan untuk
membina jalan kereta api dan membangunkan bidang
pertanian.
Namun begitu, gerakan islah 1898 juga gagal kerana
terlampau radikal. Golongan elit China masih tidak
boleh menerima sesuatu yg bertentangan dgn amalan
tradisional mereka, termasuklah tentangan daripada
Maharani Dowager.
P3 -PEMBERONTAKAN BOXER (1899)
Reaksi masy China yg trakhir ialah mengadakan
pemberontakan Boxer. Pemberontakan ini bertujuan
menghalau orang asing dari China dan membunuh orang
Cina yg beragama kristian. Anggota gerakan ini
menganggap org asing bertanggungjawab terhadap
keruntuhan kerajaan Manchu. Tindakan kuasa barat yg
berlumba2 utk mendapatkan konsesi menyebabkan
wujudnya kebimbangan masyarakat Cina. Oleh itu mereka
perlu menamatkan hak wilayah asingan yg diberikan
kepada kuasa barat.
Antara faktor yg menyebabkan pemberontakan ini terjadi
ialah, agama kristian yg disebarkan telah mencemaskan
golongan konservatif yg menganggap ajaran kristian
bertentangan dengan ajaran yg telah mereka amalkan
sekian lama. Selain itu, mubaligh kristian cuba campur
tangan dalam kes-kes mahkamah yg melibatkan org Cina.
Mereka juga cuba campur tangan dalam hal ehwal
tempatan. Seterusnya, orang Cina yg memeluk agama
kristian telah cuba menimbulkan permusuhan dengan
rakyat China. Semua tindakan Ini telah menimbulkan
kemarahan orang Cina. Pasaran tempatan China juga turut
terjejas. Ini kerana pasaran tempatan telah dikuasai oleh
Hal ini kerana barangan buatan barat lebih berkualiti
dan murah berbanding barangan tempatan.
Kemasukan pelabur asing telah menyebabkan
pengusaha tempatan hilang sumber pendapatan.
Bilangan penduduk yg menganggur ketika itu juga
turut meningkat. Hal ini telah memberikan impak
negatif terhadap ekonomi China. Ini menyebabkan
ramai golongan petani dan penganggur menyertai
gerakan ini. Namun demikian, gerakan ini berjaya
ditumpaskan oleh pasukan tentera bersekutu yg
terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, negara China telah membuktikan
kesungguhan untuk menghalang kuasa barat.
Namun kesemua usaha yg dilakukan tidak
berjaya, walaupun ada usaha yg dilakukan secara
kekerasan. Penguasaan kuasa barat terhadap
China telah mengubah landskap China,
terutamanya dalam aspek politik.
: Jelaskan peluasan kuasa barat di India yang
telah membawa transformasi sosial, ekonomi,
dan pendidikan dari tahun 1828 hingga 1856.

Kehendak soalan: APA YG DILAKUKAN OLEH BARAT?

PERLU NYATAKAN NAMA PEG.BARAT, APA YG MEREKA


LAKUKAN
DLM ASPEK SOSI, EKO, PEND
PENDAHULUAN
- Amalan suttee
P1- SOSIAL - Amalan thuggee
- Akta perkahwinan semula
– mengurangkan kakitangan
P2- EKONOMI -mengurangkan elaun

P3- PENDIDIKAN - Sistem pendidikan barat

PENUTUP
PENGENALAN
Pada abad ke 18, British mula meluaskan kuasa
di India. Peluasan kuasa ini pada peringkat awal
dilakukan oleh SHTI. Seterusnya, peluasan kuasa
dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Peluasan kuasa ini telah dilakukan dalam 3
bidang utama iaitu social, ekonomi dan
pendidikan.
P1- TRANSFORMASI SOSIAL

Transformasi social banyak dilakukan di India. Antaranya dengan


penghapusan adat dan perhambaan. Ketika Lord William
Bentick memegang jawatan sebagai Gabenor Jeneral India, beliau
telah mengambil tindakan untuk mengharamkan amalan Suttee,
iaitu amalan yang mana balu-balu Hindu yang kematian suami
dikehendaki mengorbankan diri dengan dibakar bersama-sama
mayat suami semasa upacara pengebumian. Selain itu, beliau juga
bertindak menghapuskan amalan Thuggee, yakni perbuatan
merompak dan pembunuhan yang dilakukan kumpulan-kumpulan
kongsi gelap yang berpengaruh terhadap golongan saudagar dan
pengembara.
Bentick juga melantik Kolonel Sleeman untuk
menghapuskan kumpulan-kumpulan kongsi gelap
yang bertindak membunuh pengembara dan saudagar.

Usaha Bentick diteruskan oleh Lord Dalhousie. Beliau


memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula Janda.
Akta ini membenarkan balu-balu yang beragama Hindu
untuk berkahwin semula. Transformasi ini diusahakan
juga oleh Lord Ellenhorough dengan bertindak
mengharamkan amalan perhambaan di India.
P2 – TRANSFORMASI EKONOMI
Seterusnya, transformasi ekonomi juga dilakukan oleh
Gabenor British di India. Contohnya, Lord William
Bentick telah mengambil beberapa tindakan drastik bagi
mengurangkan perbelanjaan kerajaan ekoran daripada
masalah kewangan yang dihadapi SHTI berikutan Perang
Inggeris-Burma I. Beliau bertindak mengurangkan
kakitangan kerajaan dan menamatkan kerja askar-
askar yang berkhidmat dengan SHTI. Selain itu, beliau
turut bertindak mengurangkan elaun yang diberikan
kepada pegawai-pegawai dan kakitangan awam.
P3- TRANSFORMASI BIDANG PENDIDIKAN
Selain itu, dengan kekuasaan British, India turut
mengalami transformasi dalam bidang Pendidikan. Hal
ini telah dilakukan oleh beberapa pegawai British yang
memerintah India. Semasa pentadbiran Lord William
Bentick, beliau menjadikan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dalam institusi pendidikan tinggi.
Beliau turut menubuhkan pusat pengajian tinggi seperti
Kolej Perubatan Calcutta dan Institut Ephinstone di
Bombay.
Di samping itu, Lord Ellenborough pula
memperkenalkan Akta Pendidikan 1854. Akta ini
meletakkan asas bagi penubuhan institusi pendidikan
secara berperingkat seperti sekolah rendah, menengah,
kolej dan universiti. Jabatan Pendidikan turut ditubuhkan
di setiap daerah untuk mentadbir dan mengendalikan
institusi-institusi pendidikan tersebut. Akta ini juga
memperuntukkan peruntukan pemberian geran dan
bantuan kewangan bagi sekolah-sekolah yang
ditubuhkan oleh pihak swasta.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pihak British telah melakukan
banyak transformasi dalam 3 bidang utama iaitu
bidang sosial, ekonomi dan pendidikan. Perubahan
ini telah mengubah persepsi masyarakat India dari
segi adat dan meningkatkan ekonomi India. Namun,
ketidakpuasan terhadap transformasi ini telah
membawa kepada tercetusya Dahagi India pada
tahun 1857.
- Campur tangan dalam adat resam masyarakat
tempatan merupakan faktor utama tercetusnya
Peristiwa Dahagi India 1857. Nilaikan kenyataan
tersebut.

Faktor Dahagi India


-Campur tangan adat resam Faktor2 lain
(faktor utama)
Adat resam P1- Amalan suttee
- utama - Amalan thuggee
P2- Amalan membunuh bayi P
Selain campur tangan adat resam, terdapat - Akta perkahwinan semula
juga faktor-faktor lain yang menyebabkan
tercetusnya Peristiwa Dahagi. – sistem pendidikan barat
P3- PENDIDIKAN
P4- teknologi barat
(k/api,telegraf)

P5- EKONOMI akta pengambilan khidmat awam

P6 perasaan xpuas hati sepoi2 India


PENGENALAN
•Pada tahun 1857, berlaku penentangan
terhadap pemerintahan British yang dikenali
sebagai Dahagi India. Orang India
menganggap Dahagi sebagai perjuangan
untuk membebaskan negara daripada
pemerintahan British.
Terdapat banyak faktor-faktor berlakunya
peristiwa Dahagi.
P1- CAMPUR TANGAN DALAM ADAT RESAM

Campur tangan dalam adat resam masyarakat tempatan


merupakan faktor utama tercetusnya Peristiwa Dahagi India 1857.
Antara adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India ialah
amalan suttee, amalan thuggee, amalan membunuh bayi
perempuan dan larangan berkahwin semula bagi balu-balu
Hindu. Amalan suttee merupakan adat yang diamalkan oleh
penduduk beragama Hindu sejak turun-temurun. Mengikut adat ini,
balu yang kehilangan suami perlu mengorbankan diri dengan
membakar diri bersama-sama mayat suami. Namun demikian,
British telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan
amalan ini. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan penduduk
yang beragama Hindu terhadap pemerintahan British.
Adat resam yang seterusnya ialah amalan thuggee.
Amalan ini merupakan aktiviti merompak dan
membunuh yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan
agama yang bersenjata terhadap saudagar dan
pengembara. Kumpulan ini menyamar dan melakukan
pembunuhan atas nama Dewi Kali. Amalan ini mendapat
sokongan daripada golongan agama walaupun
menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk. Oleh
itu, pihak British iaitu Lord William Bentick telah
mengharamkan amalan ini, dan ini menimbulkan
kemarahan daripada golongan agama.
Seterusnya, pihak British telah bertindak campur
tangan dalam amalan membunuh bayi perempuan.
Amalan ini merupakan adat turun temurun bagi
masyarakat India. Mereka menganggap bayi
perempuan adalah beban kepada keluarga apabila
besar kelak. Hal ini kerana keluarga anak perempuan
perlu membayar dowry (mas kahwin) yang tinggi
kepada bakal suami mereka. British melihat amalan
ini sebagai amalan yang tidak berperikemanusiaan
dan telah mengambil tindakan dengan
mengharamkan amalan ini.
Adat resam terakhir yang diamalkan oleh masyarakat India ialah
pengharaman berkahwin semula bagi balu-balu India. Amalan
ini tidak dipersetujui oleh pihak British kerana menganggap ia
adalah suatu penindasan terhadap wanita-wanita India. Oleh itu,
pihak British telah memperkenalkan Akta Kahwin Semula bagi
balu-balu India. Tindakan ini menyebabkan penduduk tempatan
marah kerana menganggap pihak British telah menghina amalan
tradisi yang telah mereka amalkan selama ini.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa campur tangan


British dalam adat resam masyarakat tempatan di India
merupakan faktor utama tercetusnya Peristiwa Dahagi
India.
P2 – PENGENALAN SISTEM PENDIDIKAN BARAT
Selain campur tangan adat resam, terdapat juga faktor-faktor lain
yang menyebabkan tercetusnya Peristiwa Dahagi. Antaranya ialah
pengenalan sistem pendidikan barat. Tindakan British mengubah
sistem pendidikan di India menyebabkan masyarakat tidak berpuas
hati. Antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak British ialah
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah dan kolej serta menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran dan kehakiman. Malahan,
jawatan-jawatan penting dalam kerajaan hanya diberikan kepada penduduk
tempatan yang berpendidikan Inggeris. Semua perubahan ini tidak disukai
oleh rakyat kerana menganggap ia adalah cubaan British untuk
menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat India.
P3- TEKNOLOGI BARAT
Seterusnya, British telah memperkenalkan teknologi barat dalam sistem
perhubungan dan pengangkutan di India. Antara teknologi barat yang
diperkenalkan oleh British ialah pembinaan kereta api dan sistem
telegraf. Amalan kasta telah menjadi amalan masyarakat India sejak turun
temurun. Namun demikian, pengenalan sistem pengangkutan ini telah
mengancam amalan kasta yang mereka amalkan kerana masyarakat India
hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ketiga. Ini menjejaskan
kedudukan masyarakat India daripada kasta tinggi kerana mereka
terpaksa menaiki gerabak ketiga bersama-sama penduduk kasta
rendah. Oleh itu, masyarakat India menganggap British tidak
menghormati adat resam agama Hindu yang mereka amalkan.
P4- Akta Pengambilan Khidmat Awam
Semasa pentadbiran British, Akta Pengambilan Khidmat Awam
diperkenalkan. Akta ini telah memberikan kuasa kepada pihak
British untuk menghantar tentera berkhidmat di dalam dan luar
negara. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka
tidak diberikan elaun tambahan untuk berkhidmat di luar negara.
Tentera India juga menentang pentadbiran British kerana amalan
diskriminasi yang diamalkan oleh British dalam kenaikan pangkat
dan jawatan dalam tentera. Mereka juga diberikan gaji yang lebih
rendah dan layanan yang kurang baik daripada pihak British.
Hal ini mengakibatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sepoi
India terhadap pemerintahan yang diperkenalkan oleh British. .
P5– PENGENALAN SISTEM PENDIDIKAN BARAT
Faktor terakhir ialah Perasaan tidak puas hati dalam
kalangan sepoi-sepoi India, yang menyebabkan tercetusnya
Dahagi India. British telah melantik sepoi-sepoi India
daripada kalangan Brahmin dan Rajput yang berada dalam
golongan kasta tinggi. Mereka diarahkan ke luar negara
untuk bertugas. Ini telah menimbulkan kemarahan kerana
tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka
yang berkasta tinggi. Mereka percaya bahawa kesucian
kasta mereka akan hilang apabila menyeberangi lautan.
Kemarahan mereka memuncak apabila mendapat
tahu bahawa minyak yang digunakan untuk
membersihkan senapang Riffle Royal Enfield
mengandungi lemak babi dan lemak lembu.
Mereka yang menggunakan senapang tersebut perlu
menggigit hujung peluru yang telah disapu dengan
lemak babi dan lemak lembu. Hal ini menyebabkan
sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam
merasakan British sengaja menghina agama
mereka.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, campur tangan British dalam
adat resam masyarakat tempatan India
merupakan faktor utama dalam mencetuskan
kemarahan rakyat. Selain faktor tersebut,
terdapat juga faktor-faktor lain yang membawa
kepada tercetusnya peristiwa Dahagi, yang
akhirnya berjaya membubarkan Syarikat HIndia
Timur Inggeris (SHTI) pada tahun 1857..
BAB 16- PERANG DUNIA PERTAMA

/: Faktor (2013) Kesan(2016)

Soalan 2013: Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia


Pertama yang tercetus pada tahun 1914.

Soalan 2016 : Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap aspek


politik dan ekonomi negara Jerman.
1- Perlumbaan 2- Imperialisme kuasa2
senjata barat

3- Kebangkitan 4- Pengaruh autokrasi


nasionalisme

FAKTOR PERANG DUNIA 1

5- Pakatan tentera 6- Krisis balkan


Kuasa Bersekutu
PEPERANGAN
Kuasa Pusat
ANTARA :

• British @ Britain ● Jerman


• Perancis ● Austria
• Rusia • Itali - tarik diri
(Kerajaan Uthmaniyah)

ME
NANG USA = sertai
PERMUSUHAN DI ANTARA AUSTRIA-HUNGARY DAN SERBIA TELAH
MENIMBULKANKehendak soalanDI- faktor
KETEGANGAN RANTAUperang
BALKAN. SEJAUH
dunia 1 INI YG MENYEBABKAN
MANAKAH KEBENARAN KENYATAAN
BERLAKUNYA PERANG DUNIA PERTAMA. HURAIKAN.

ISI UTAMA - KONFLIK DI BALKAN


ISI 2
ISI 3
ISI 4 ISI-ISI LAIN
ISI 5
ISI 6
- KONFLIK DI BALKAN

Wilayah Balkan
Serbia, Greek,
Slavia & Romania

Dipegang oleh
Turki Uthmaniyah
KRISIS BALKAN
• Permusuhan Austria-Hungary VS Serbia menimbulkan
ketegangan di rantau Balkan.

• bimbang rakyat
• menganggap negara
daripada
Serbia menghasut keturanan Serb
rakyat berketurunan melancarkan
Serb berjuang revolusi ekoran
membebaskan diri kebangkitan
daripada negara Serbia
pemerintahan Austria
PENGENALAN
Perang Dunia Pertama meletus pada awal bulan Ogos
1914. Peperangan ini bermula apabila Jerman
menyerang Belgium. Amerika Syarikat pula mula
menyertai perang ini pada tahun 1917 yang memihak
kepada kuasa Britain dan Perancis. Konflik antarabangsa
ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap
sejarah dunia. Terdapat banyak faktor yang
menyebabkan tercetusnya peperangan ini. Namun, tidak
dapat dinafikan bahawa krisis Balkan merupakan faktor
utama berlakunya Perang Dunia Pertama.
Perenggan 1 krisis Balkan
Faktor UTAMA tercetusnya perang dunia pertama ialah, ketegangan di
rantau Balkan.
Permusuhan antara Austria-Hungary dengan Serbia menimbulkan
ketegangan di rantau Balkan. Austria menakluk Bosnia yang menyebabkan
Serbia marah. Oleh itu, Austria menganggap negara Serbia menghasut rakyat
yang berketurunan Serb berjuang membebaskan diri daripada
pemerintahan Austria. Permusuhan ini bertambah kuat apabila berlaku kes
pembunuhan putera Austria bersama isteri di Sarajevo. Kerajaan Austria-
Hungary menuduh Serbia terlibat dengan pembunuhan ini. Austria-Hungary
telah bertindak balas mengisytiharkan perang ke atas Serbia yang
menyebabkan Rusia bertindak balas memberi bantuan kepada sekutunya.
Keadaan semakin tegang apabila Jerman turut campur tangan membantu
Austria-Hungary dan mengisytiharkan perang terhadap Rusia.
Perancis turut sama menyertai konflik ini dengan harapan
akan memperoleh kembali dua buah wilayahnya Alsace
dan Lorraine yang berada di tangan Jerman. Keadaan
semakin meruncing apabila Jerman menceroboh Belgium
untuk menyerang Perancis manakala Britain pula
menyertai Rusia dan Perancis.

Krisis yang berlaku di Balkan ini telah menyebabkan


peperangan berlaku serta merta yang membawa kepada
meletusnya Perang Dunia Pertama.
2- Perlumbaan senjata
Namun demikian terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi
penyumbang kepada Perang Dunia Pertama. Antaranya ialah
perlumbaan senjata .
Negara2 Eropah bersaing untuk memajukan alat kelengkapan
perang masing-masing. Persaingan ini melahirkan perasaan syak
wasangka dalam kalangan negara2 tersebut. Contohnya, Britain
telah membina kapal perang canggih jenis Dreadnought.
Menjelang abad 20, Britain mempunyai 8 buah kapal perang. Ini
menjadi ancaman kepada kuasa2 barat yang lain. Oleh itu, kuasa
besar yg lain turut mengeluarkan perbelanjaan yg besar untuk
meningkatkan kekuatan tentera. Perlumbaan senjata antara
kuasa barat ini menjadi pemangkin kepada Perang Dunia Pertama.
DREADNOUGHT
3- Imperialisme kuasa2 barat
Faktor seterusnya ialah imperialisme kuasa2 barat.
Selepas berlakunya Revolusi Perindustrian, kuasa barat
berlumba untuk menguasai tanah2 jajahan bagi
mendapatkan bahan mentah. Penguasaan tanah jajahan ini
meningkatkan kemegahan mereka sebagai kuasa terhebat di
dunia. Contohnya, Jerman dan Perancis bergaduh
untuk menguasai Morocco. Begitu juga dengan usaha
Jerman untuk memperoleh tanah jajahan di Asia dan
Afrika. Persaingan ini menimbulkan permusuhan dalam
kalangan kuasa barat yang seterusnya mencetuskan
peperangan.
4- Kebangkitan nasionalisme
Selain itu, kebangkitan semangat nasionalisme juga menyumbang factor
kepada terjadinya Perang Dunia Pertama..
Kebangkitan semangat yang melampau menimbulkan permusuhan dalam
kalangan negara-negara bangsa di Eropah. Pada abad ke-20, muncul seorang
pemikir Jerman yang mempelawa agar golongan muda meluaskan pengaruh
dan kuasa Jerman. Di samping itu, Jerman turut menganggap diri mereka
sebagai bangsa tuan yang paling berkuasa di dunia. Ini menyebabkan orang
Jerman tidak dapat menerima kebangkitan negara2 lain, seperti Perancis.
Melalui idea pemikir Jerman tersebut juga, ia turut mendorong Perancis
mendapatkan kembali wilayah mereka yang diserahkan kepada Jerman.
Pendidikan Sejarah yang dilaksanakan di Perancis juga menggesa rakyatnya
membuat persiapan seandainya Perancis terlibat dalam peperangan.
Oleh itu, semangat nasionalisme yang melampau telah mencetuskan Perang
Dunia Pertama.
5- Pengaruh autokrasi
Di samping itu, ialah pengaruh autokrasi. Pengaruh ini dikaitkan
dengan politik negara Jerman. Ketika itu, negara Jerman dikuasai
oleh golongan tentera. Oleh itu, golongan aristokrat dan elit
menggunakan peperangan untuk mengukuhkan kuasa mereka.
Contohnya, Maharaja Jerman, bercita-cita untuk mewujudkan
empayar Jerman yang kuat dan berpengaruh di benua Eropah.
Oleh itu, baginda membelanjakan kekayaan negara untuk
mengukuhkan sistem pertahanan negara, seperti membina kapal
perang, peluru berpandu, dan meriam besar. Landasan kereta api
yang menghubungkan Berlin dan Baghdad turut dibina bagi
mengukuhkan pengaruh Jerman di Timur Tengah. Usaha ini
menimbulkan perasaan curiga dan kebimbangan negara-negara lain.
5- Pakatan tentera
Kemunculan pakatan tentera antara negara-negara Eropah
juga turut menjadi sebab terjadinya Perang Dunia Pertama.
Ini telah menyebabkan negara-negara Eropah terbahagi
kepada 2 blok yang saling bertentangan. Pada peringkat
awal, Sistem Pakatan dibentuk apabila Jerman berjaya
mengalahkan Perancis pada tahun 1870. Tujuan pakatan ini
adalah untuk menyekat mana-mana kuasa yang lebih kuat
daripada lawannya atau mengimbangi kuasa antara
negara-negara terbabit.
Contoh pakatan yang dibentuk ialah, Perikatan Triple
Alliance di antara negara Jerman, Austria dan Itali.
Kepentingan wujudnya keadaan ini adalah untuk
memastikan kestabilan politik antara kuasa-kuasa
berkenaan selepas kejatuhan kerajaanTurki
Uthmaniyah.
Namun, selepas tahun 1900, situasi mula berubah
apabila timbulnya perasaan saling mencurigai
antara kuasa-kuasa berkenaan terutamanya selepas
kejatuhan kerajaan Islam tersebut.

Hal ini telah mencetuskan perang Dunia Pertama.


NAMA PERIKATAN TAHUN NEGARA ANGGOTA

Perikatan Berdua 1879 Jerman , Austria


Perikatan Bertiga 1882 Jerman, Austria, Itali
Perikatan Rusia - Perancis 1894 Rusia, Perancis
Pakatan Mesra 1904 Perancis, Britain
Pakatan Bertiga 1907 Rusia, Perancis, Britain
Kuasa - Kuasa Tengah 1914 • Jerman, Austria, Turki -Bulgaria menyertai pada
1915
Pihak Berikat 1914 • Britain, Perancis, Rusia, Serbia, Jepun -Itali menyertai
pada 1915
• Amerika, China menyertai pada 1917

Pakatan Tiga Pihak 1940 • Jerman, Itali, Jepun


• Dikenali sebagai Kuasa-kuasa Paksi
Pihak Berikat 1942 26 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Britain,
Perancis, Rusia, Australia, Belgium, China, Kanada, New
Kesimpulannya, ketegangan yang berlaku di
Rantau Balkan merupakan sebab utama
kepada meletusnya Perang Dunia Pertama.
Peperangan ini telah meninggalkan
perubahan yang amat ketara dalam sistem
politik, ekonomi dan sosial antarabangsa.
Peperangan ini berjaya melumpuhkan
kekuatan Jerman dan meletakkan asas bagi
peletusan Perang Dunia Kedua.
Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama
terhadap politik dan ekonomi Rusia.
BAB 17- PERANG DUNIA KEDUA
2014 – Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan
Jerman dalam Perang Dunia Kedua.
2020 – Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua
terhadap
politik dunia pada abad ke-20.
2021 - Sejauh manakah Perjanjian Versailles yang
ditandatangani selepas tamat Perang Dunia
Pertama menjadi faktor yang mencetuskan
Perang Dunia Kedua.
Bincangkan kesan-kesan Perang Dunia kedua dari aspek
politik, ekonomi dan sosial ke atas Negara Jepun.

kehendak KESAN PERANG D.2 = JEPUN


soalan (POLI, EKO, SOSI)
1- Pembubaran angkatan tentera
POLITIK
2- Pengenalan unsur demokrasi
3- Pemulihan ekonomi (Akta
Pembaharuan
Tanah 1946)
EKONOM
4- Hapus Monopoli Ekonomi gol. Zaibatsu
I
5- Akta Kesatuan Sekerja 1945
6- Dasar hubungan luar berasaskan
ekonomi dengan Amerika Syarikat
7- Penyusunan semula sistem pendidikan
SOSIAL
8- Pengaruh budaya barat
PENGENALAN
Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman bertindak
melancarkan serangan terhadap Poland pada 1
September 1939. Peperangan ini berakhir apabila Jepun
menyerah kalah secara rasmi pada 2 September 1945.
Setelah Jepun kalah, Amerika telah menduduki Jepun
selama 6 ½ tahun dari 2 September 1945 hingga 28
April 1952. Pendudukan Amerika telah memberi kesan
dari segi politik, ekonomi dan sosial ke atas negeri
Jepun.
A- ASPEK POLITIK PEMBUBARAN AGKATAN TENTERA
Antara kesan pertama dalam bidang politik ialah pembubaran angkatan
tentera. Pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat
melalui Supreme Commander for the Allied Powers – SCAP. Salah satu tugas
utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun. Ini adalah
untuk memastikan bahawa negeri Jepun tidak akan lagi mengancam
keamanan dan keselamatan dunia. Jentera perang Jepun turut dimusnahkan.
Kilang-kilang membuat senjata telah ditutup. Semua tentera dan orang
awam Jepun di seberang laut yang berjumlah kira-kira 3 juta telah dibawa
balik ke negeri Jepun. Pembicaraan orang Jepun yang dianggap penjenayah perang
telah diadakan. Hasilnya, seramai 7 pemimpin Jepun telah digantung dalam bulan
2- PENGENALAN DEMOKRASI
Kesan kedua ialah Pengenalan unsur-unsur demokrasi. Satu
perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada tahun 1947.
Negeri Jepun telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen.
Diet terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Councillor dijadikan kuasa
perundangan negara yang tertinggi. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas
hal-hal kewangan. Perlembagaan baru mensyaratkan bahawa Perdana
Menteri Jepun harus dipilih daripada kalangan ahli Diet. Majoriti
menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli Diet. Kuasa kerajaan pusat
telah diagihkan dan pilihan raya tempatan digalakkan. Pihak-pihak
berkuasa tempatan diberi kuasa yang lebih dalam hal-hal cukai dan
perundangan. Kementerian Dalam Negeri yang menguasai polis dan
pentadbiran tempatan telah dibubarkan. Perlembagaan baru ini telah
menjamin hak-hak asasi seperti persamaan dari segi undang-undang,
2- PENGENALAN DEMOKRASI
Kesan kedua ialah Pengenalan unsur-unsur demokrasi.
Satu perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada
tahun 1947. Negeri Jepun telah mengamalkan semula sistem
kerajaan berparlimen. Diet terdiri dari Dewan Rakyat dan
Dewan Councillor dijadikan kuasa perundangan negara yang
tertinggi. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas hal-hal
kewangan. Perlembagaan baru mensyaratkan bahawa
Perdana Menteri Jepun harus dipilih daripada kalangan ahli
Diet. Majoriti menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli
Diet. Kuasa kerajaan pusat telah diagihkan dan pilihan raya
tempatan digalakkan.
Pihak-pihak berkuasa tempatan diberi kuasa yang lebih dalam hal-
hal cukai dan perundangan. Kementerian Dalam Negeri yang
menguasai polis dan pentadbiran tempatan telah dibubarkan.
Perlembagaan baru ini telah menjamin hak-hak asasi
seperti persamaan dari segi undang-undang, kebebasan
pemikiran, kebebasan akhbar dan hak-hak suami dan isteri
yang sama. Orang tahanan politik juga turut dibebaskan.
Perlembagaan baru Jepun telah mengubah kedudukan
Maharaja Jepun yang dianggap sebagai suci. Maharaja Jepun
dijadikan hanya lambang negara dan perpaduan rakyat
Jepun. Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa
berkaitan pentadbiran negara.
B- ASPEK EKONOMI PEMULIHAN EKONOMI
Kesan seterusnya dalam aspek ekonomi ialah Pemulihan ekonomi
Jepun. Beberapa pembaharuan ekonomi yang bertujuan
menggalakkan pembahagian pendapatan yang lebih luas di
kalangan rakyat Jepun telah diperkenalkan. Pihak USA telah
melaksanakan satu program pembaharuan tanah yang bertujuan
menambahkan pemilikan tanah oleh petani-petani. Melalui Akta
Pembaharuan Tanah 1946, pihak berkuasa telah membeli tanah-
tanah kepunyaan tuan-tuan tanah. Tanah-tanah ini kemudiannya
dijual dengan harga rendah kepada petani-petani. Program
tersebut membolehkan 3 juta orang petani memperolehi tanah
seluas 5 juta ekar. Ia juga berjaya menstabilkan ekonomi luar
bandar Jepun.
- Hapus Monopoli Ekonomi golongan Zaibatsu

Selain itu, menghapuskan monopoli ekonomi golongan


zaibatsu. Pihak USA juga mengambil langkah-langkah untuk
menghapuskan monopoli ekonomi negeri Jepun oleh golongan
zaibatsu. 83 buah syarikat induk zaibatsu telah dibubarkan. Harta-
harta zaibatsu telah dibekukan. Ahli-ahli keluarga dan eksekutif
zaibatsu telah disingkirkan. Pihak berkuasa juga telah
menggalakkan penubuhan kesatuan2 sekerja.
C- ASPEK SOSIAL MENYUSUN SISTEM PENDIDIKAN
Di samping itu, kesan terhadap Jepun juga dapat dilihat dalam aspek
sosial. Pihak berkuasa USA telah menyusun semula sistem
pendidikan Jepun dengan berasaskan model Amerika Syarikat.
Antaranya ialah mewajibkan Pendidikan kepada rakyat Jepun
bermula ketika usia 6 tahun. Kursus-kursus lama mengenai etik
(perkembangan fahaman ketenteraan) telah digantikan dengan
kursus-kursus sains sosial. Pentadbiran pendidikan pula diletakkan
di bawah kerajaan tempatan. Beberapa universiti turut ditubuhkan.
Buku-buku teks telah ditulis semula dan kaedah-kaedah pengajaran
baru diperkenalkan. Penekanan dalam buku-buku teks diberi ke atas
aspek demokrasi dan hak-hak individu.
PENGARUH BUDAYA BARAT

Kesan terakhir yang dapat dilihat ialah pengaruh


budaya barat dalam kalangan masyarakat Jepun.
Kesan yang paling ketara ialah Pergaulan antara
lelaki dan wanita menjadi lebih bebas. Pengaruh
ini hasil daripada pengaruh budaya barat yang masuk
ke negara Jepun, khususnya negara Amerika
Kesimpulannya, pendudukan Amerika di negeri
Jepun telah berjaya dan diterima baik oleh rakyat
Jepun. Ia telah membantu negeri Jepun
memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem
kerajaan berparlimen. Kesannya, Jepun mencapai
semula kemerdekaannya pada 28 April 1952.
BAB 18- PERANG DINGIN

2014 - Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap


politik antarabangsa.
2015 - Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika
Syarikat di Eropah semasa era Perang Dingin
dari tahun 1945 hingga tahun 1955
2018 - Sejauh manakah perbezaan ideologi antara
Rusia dengan Amerika Syarikat menjadi
penyebab berlaku Perang Dingin pada abad ke 20.
Perang Dingin telah membawa perubahan landskap
terhadap politik dunia pada abad ke-20. Huraikan
pernyataan ini dengan contoh-contoh yang releven. .

kehendak
KESAN PERANG DINGIN
soalan
PENGENALAN
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara negara-
negara Komunis yang diketuai oleh Soviet Union dengan
negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika
Syarikat. Perang ini melambangkan konflik antara
negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional
melalui cara-cara politik, ekonomi, dan psikologi.
Peperangan yang berlanjutan hingga ke tahun 1980an
ini telah membawa perubahan landskap terhadap politik
dunia.
1- KEMUNCULAN PERIKATAN TENTERA
Perubahan pertama yang berlaku terhadap landskap dan politik
dunia akibat Perang Dingin ialah kemunculan Perikatan Tentera.
Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat.
Kebangkitan Soviet Union menyebabkan negara-negara Eropah
Barat mewujudkan perikatan tentera. Antara Perikatan Tentera yang
diwujudkan ialah Persetiaan Dunkirk dan Perjanjian Brusells.
Perikatan Tentera diwujudkan untuk menjalinkan kerjasama dalam
bidang ketenteraan dan ekonomi dalam kalangan negara-negara
Eropah Barat. Jelaslah bahawa berlaku perubahan terhadap arena
politik antarabangsa apabila muncul perikatan-perikatan tentera di
antara negara-negara Eropah.
2- PENUBUHAN NATO, WARSAW DAN SEATO
Seterusnya, ialah tertubuhnya Pakatan NATO dan
WARSAW. Pada tahun 1949 pula, Blok Komunis menyertai
China selepas Parti Komunis China (PKC) memenangi
Perang Saudara di mana PKC dipimpin oleh Mao Tse-Tung.
Kerana perbezaan pengamalan sistem politik dan ekonomi,
kedua-dua blok bersiap sedia dengan sebarang
kemungkinan seperti perang kilat. Amerika Syarikat (AS)
membentuk pakatan tentera yang digelar North Atlantic
Treaty Organisation (NATO). NATO disertai oleh negara-
negara yang mengalami ancaman daripada komunis.
Sebagai balasan, Blok Komunis menubuhkan Pakatan
WARSAW yang beranggotakan seluruh negara-
negara Eropah Timur. NATO dan Pakatan WARSAW
ini masing-masing mempunyai senjata nuklear.
Manakala satu lagi pakatan iaitu South-East Asia
Treaty Organisation (SEATO) yang disertai oleh
Amerika Syarikat, Australia, Britain, New Zealand,
Perancis, Filipina, Pakistan dan Thailand ditubuhkan
bagi menghalang komunis ataupun kerajaan Rusia
dan China berpengaruh di Asia.
3- DUNIA TERBAHAGI KPD 2 BLOK
Selain itu, perubahan dapat dilihat apabila dunia telah terbahagi
kepada 2 blok yang berbeza iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis.
Blok Dunia ini menyaksikan negara-negara yang sehaluan yang akan
bertindak bersama menjaga kepentingan anggotanya. Dapat dilihat
bahawa, Jerman telah berpecah kepada dua iaitu Jerman Timur dan
Jerman Barat di mana ini melambangkan bagaimana blok-blok ini
wujud. Jerman Barat diduduki oleh Tentera Berikat manakala
tentera Rusia berpihak di Jerman Timur. Sistem demokrasi
diamalkan oleh Jerman Barat dan Jerman Timur pula mengamalkan
sistem komunis. Tembok Berlin telah dibina bagi memisahkan dua
negara Jerman, di mana ibu kota lama Jerman dibahagikan dua
kepada Kuasa Berikat dan Tentera Rusia.
4- PERLUMBAAN SENJATA & KETENTERAAN
Perkembangan politik dunia diperhebatkan lagi dengan
perlumbaan senjata dan ketenteraan oleh negara-negara
kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia. Pertelagahan
dua kuasa besar ini menyebabkan masing-masing mahu
memberi perhatian terhadap keupayaan ketenteraan.
Akibatnya berlaku perlumbaan senjata tetapi masing-
masing cuba mengelakkan perselisihan yang mungkin akan
tercetusnya peperangan yang lebih besar. Amerika Syarikat
dan Rusia menggunakan pelbagai inisiatif bagi
memperjuangkan kepentingan masing-masing termasuklah
melakukan kegiatan subversif, pengintipan , dan berperang
melalui sekutu-sekutu mereka sehingga melibatkan benua
Asia. Contohnya yang berlaku di China, AS cuba membantu
Chiang Kai-Shek menentang Parti Komunis China (PKC).
Namun, PKC memenanginya dan membawa kepada
penyatuan Amerika Syarikat dengan Jepun yang
sebelumnya adalah negara musuh yang sangat ditakuti. Ini
kerana, Amerika Syarikat mahu membantu Jepun
menggugat keselamatan China. Ternyata bahawa
perlumbaan senjata antara dua kuasa besar ini mewarnai
perkembangan politik dunia pada abad ke-20.
5- KEMUNCULAN NAM
Terakhir ialah Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunia
ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar. Negara-negara
dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok komunis atau blok
kapitalis. Blok Komunis dan blok kapitalis berusaha
mempengaruhi negara-negara dunia ketiga dengan menawarkan
bantuan pertahanan dan ekonomi. Negara-negara dunia ketiga
tidak mahu memihak kepada blok komunis mahupun blok
kapitalis. Perkembangan ini menyebabkan tertubuhnya
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan.
Matlamat utama NAM adalah mengekalkan keamanan dunia
tanpa menyokong blok Barat ataupun blok Komunis.
Kesimpulannya, Perang Dingin yang bermula di benua
Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain di dunia.
Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan
berakhir ekoran keruntuhan negara-negara komunis di
Eropah Timur pada tahun 1989. Biarpun politik dunia
dipengaruhi oleh Perang Dingin, tetapi banyak negara
yang tidak mahu melibatkan diri dalam persengketaan
tersebut. Persaingan antara dua kuasa besar iatu Rusia
dan Amerika Syarikat telah mewujudkan pakatan
ketenteraan yang telah membawa perubahan kepada
landskap politik dunia.
BAB 19 - DEKOLONISASI

CHINA
INDIA
-2015
-2016
-2019
BAB 19 - DEKOLONISASI DAN PENGEMBALIAN
KEDAULATAN

2015 - Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada


tahun 1911
2016 - Terangkan kaedah perjuangan Mahatma Gandhi
dalam menuntut kemerdekaan di India.
2019 - Bincangkan peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi
China 1911
2021 - Bincangkan faktor yang mendorong kebangkitan
nasionalisme di India pada abad ke 19.
Gerakan 4 Mei 1919 di China merujuk kepada
demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar Universiti
Peking. Huraikan faktor-faktor tercetusnya gerakan
tersebut.

kehendak
FAKTOR GERAKAN 4 MEI
soalan
PENGENALAN
Gerakan 4 Mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan
oleh pelajar-pelajar Universiti Peking pada 4 Mei 1919. Gerakan
ini merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat China dan
juga merupakan sebahagian daripada gerakan intelektual yang
berlaku antara tahun 1917-1923. Lebih kurang 5000 pensyarah
dan mahasiswa Universiti Peking mengadakan demonstrasi
membantah keputusan Perjanjian Versailles. Perkembangan
tersebut telah menyebabkan rusuhan dan pemogokan
diadakan di seluruh negara Terdapat beberapa faktor yang
mencetuskan Gerakan 4 Mei 1919.
1- KETIDAKSTABILAN POLITIK
Antara faktornya ialah berlakunya ketidakstabilan politik di negara
China. Keadaan politik di negara China tidak stabil selepas kerajaan
Manchu digulingkan. Perselisihan faham timbul dalam kalangan
pemimpin-pemimpin di China menyebabkan mereka tidak dapat
membentuk sesebuah kerajaan yang kukuh. Mereka juga gagal
mengatur program-program bagi membangunkan negara yang
mundur. Pada masa itu, perselisihan faham antara Presiden Yuan
Shih-kai dengan Dr. Sun Yat Sen memburukkan lagi keadaan politik di
China. Keadaan politik semakin meruncingkan apabila munculnya zaman
hulubalang selepas kematian Yuan Shih-Kai. Pergolakan politik ini
menyebabkan rakyat tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap
kerajaan yang seterusnya membawa kepada berlakunya Gerakan 4 Mei 1919.
2- KEMUNCULAN GOL.SAUDAGAR DAN PEKERJA
Faktor kedua ialah Kemunculan golongan saudagar dan pekerja.
Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), perusahaan besi dan
keluli berkembang pesat di China. Pihak Berikat memerlukan
bekalan besi dan keluli serta kelengkapan perang. Perkembangan
tersebut menyebabkan permintaan untuk bekalan besi dan keluli
meningkat dan muncul golongan saudagar dan pekerja. Golongan
saudagar dan pekerja tidak berpuas hati dengan pergolakan politik
yang berlaku di China dan juga amalan rasuah serta
penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Perkembangan ini menyebabkan golongan saudagar dan pekerja
melibatkan diri dalam Gerakan 4 Mei.
3- PERKEMBANGAN INTELEKTUALISME
Seterusnya ialah berlakunya perkembangan intelektualisme yang
mencetuskan Gerakan 4 Mei 1919. Antara tahun 1903 hingga
1919, semakin ramai pelajar China dari luar negeri pulang ke
tanah air. Mereka menyedari pelbagai kepincangan yang berlaku
di dalam negara mereka. Mereka mula mengatur langkah-
langkah untuk melakukan pembaharuan bagi membangunkan
negara mereka. Dalam masa itu, Universiti Peking memainkan
peranan sebagai pusat perkembangan intelektual di China.
Tenaga pengajar universiti tersebut memainkan peranan
menyebarkan idea baharu kepada pelajar-pelajar. Mereka yang
terpengaruh dengan idea baharu berperanan dalam kebangkitan
Gerakan 4 Mei.
4- FAKTOR LUAR NEGARA
Selain itu, peristiwa yang berlaku di luar negara turut
mempengaruhi timbulnya Gerakan 4 Mei. Peristiwa penting
yang memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik
yang berlaku di Rusia pada tahun 1917. Kejayaan Revolusi
Bolshevik telah Berjaya menggulingkan kerajan Tsar Russia
dan membentuk sebuah kerajaan yang moden. Selain itu,
revolusi sosial yang tercetus di Finland, Jerman, Australia,
dan Hungary turut mempengaruhi pencetusan Gerakan 4
Mei. Jelaslah bahawa situasi yang berlaku di luar negara
turut mempengaruhi Gerakan 4 Mei 1919
5- PENGAMBILAN WILAYAH SHANTUNG
Faktor terakhir ialah tindakan Jepun mengambil wilayah Shantung di China
. Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung daripada Jerman pada
Perang Dunia Pertama dan menempatkan pasukan tenteranya bagi
mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut. Pada 18 Januari 1915, Jepun
telah mengemukakan tuntutan yang dikenali sebagai “21 permintaan”
untuk dilaksanakan oleh China dan menjadikan negeri China sebagai
protektorat Jepun. Antara perkara-perkara yang terkandung dalam
tuntutan tersebut ialah; China tidak menyerahkan atau memajak mana-
mana wilayahnya kepada kuasa ketiga; China dikehendaki melantik
penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan, ketenteraan, dan
pasukan polis dan China harus menerima keputusan yang dicapai oleh
Jepun dengan Jerman berhubung dengan hak-hak Jerman di wilayah
Shantung.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai factor yang mencetuskan
Gerakan 4 Mei. Perkembangan ini telah menyebabkan pihak
berkuasa bertindak membebaskan pelajar-pelajar yang ditangkap
pada 7 Mei 1919. Dalam masa yang sama, Presiden Hsu Shih-
Chang mengarahkan perwakilan China yang menyertai
Persidangan Versailles supaya menolak syarat-syarat Perjanjian
Versailles. Pada 28 Jun 1919, perwakilan China tidak menghadiri
upacara menandatangani Perjanjian Versailles. Tindakan
perwakilan China yang meninggalkan Versailles tanpa
menandatangani Perjanjian Versailles membuktikan Gerakan 4
Mei telah mencapai matlamatnya.
BAB 20 – PERHUBUNGAN LUAR
2017= Soviet Union dan Amerika Syarikat berperanan
besar dalam usaha penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa
bersatu. Bincangkan usaha yang telah diambil oleh kedua-
dua kuasa besar tersebut dan sumbangannya terhadap
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga tahun 1950.
2019 - Sejauh manakah kejayaan menghapuskan dasar
aparteid menjadi kejayaan utama pertubuhan Komanwel.

X: NATO
Jelaskan penglibatan United Kingdom dan Amerika
Syarikat dalam NATO pada abad ke-20 masihi

P1-
P2- PERTAHANAN P3- PENGLIBATAN
PENGLIBATAN
& KETENTERAAN USA
UK

P4- USA adalah


P5– KERJASAMA
NATO, NATO
BERSAMA
adalah USA
PENGENALAN
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau NATO
ditubuhkan pada April 1949. Pada peringkat awal,
hanya 12 buah negara sahaja yang menganggotai
pertubuhan ini. NATO ditubuhkan dengan matlamat
untuk membendung komunis dan mewujudkan sistem
pertahanan bersama.
Oleh itu, USA + UK telah banyak memainkan peranan
dalam pertubuhan ini.
1-penglibatan UK dalam pembentukan NATO
Seterusnya, penglibatan United Kingdom adalah amat
penting kerana United Kingdom telah memainkan
peranan utama dalam proses pembentukan NATO.
Buktinya adalah dengan merujuk kepada koleksi surat-
surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari
tahun 1946 hingga 1951, dan dokumen yang dihasilkan. UK
memang menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan
besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini
bermakna UK berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka
walaupun mereka merupakan ‘pemain utama’ dalam proses
pembentukan NATO ini.
2- pertahanan & ketenteraan
Ketika itu, United Kingdom diterajui oleh Parti Buruh. Mereka
telah menyusun strategi bagi memastikan pertubuhan
antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh
Amerika Syarikat. Berdasarkan pengalaman UK, sesuatu
pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh USA
seperti yang berlaku ke atas LIGA BANGSA. Presiden Harry Truman
juga belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di
Eropah dan pihak United Kingdom perlu membuat perancangan
bagi jangka panjang untuk melibatkan Amerika dalam soal
keselamatan di Eropah. Oleh itu, kewujudan NATO adalah
bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.
3- penglibatan USA
Penglibatan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai
satu kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam
pertahanan dan keselamatan. Tujuan penubuhan NATO
adalah untuk menghalang kebangkitan semula kuasa
ketenteraan Jerman di Eropah. Hal ini juga untuk
menyekat ideologi komunis di Eropah dan seterusnya
mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap
ketidakmampuan PBB sama ada dari segi pendekatan dan
strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai
konflik antarabangsa.
Bagi mencapai matlamat NATO, strategi yang digunakan ialah
mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua
negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap
negara anggota. NATO yang bertujuan untuk membendung
pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union termasuk
negara-negara Eropah Timur yang prokomunis juga telah
menambah kekuatan ketenteraan. Oleh itu, NATO telah mengesahkan
kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di
Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari
Moscow dapat disekat dengan berkesan. Tambahan pula pada tahun 1949
Soviet Union telah meletupkan bom atomnya yang pertama. Penyertaan
Amerika Syarikat dalam NATO jelas bertujuan untuk memastikan
pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan berkesan.
4- USA adalah sinonim dengan NATO, dan NATO adalah
USA
Amerika Syarikat menunjukkan kekuasaannya dalam
NATO sewaktu terlibat dalam Perang Dingin dengan
Soviet Union. Amerika menggunakan negara-negara
kesatuan NATO sebagai negara penampan kepada
penularan kuasa Soviet Union di Eropah Barat. Kekuasaan
Amerika Syarikat di Eropah Barat melalui pertubuhan NATO
sangat dominan terutama dalam setiap operasi ketenteraan
yang mereka jalankan. Di samping itu, hubungan di antara
United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi akrab selepas
perang dingin. Ianya boleh dilihat melalui tiga bentuk hubungan
bilateral iaitu perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan
Di samping itu, komitmen berterusan Amerika
dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan
keutuhan dan kestabilan NATO sebagai institusi
yang berperanan memelihara keamanan dan
keselamatan dunia secara praktikal bukan sahaja
di Eropah malah di seluruh dunia. NATO dianggap
oleh Soviet sebagai Amerika dan Amerika adalah
NATO, bukannya sebuah kesatuan negara-negara
Eropah barat.
5-Kerjasama bersama
Anggota-anggota NATO juga bersetuju bahawa sebuah
serangan bersenjata terhadap salah satu atau lebih
daripada mereka di Eropah mahupun di USA akan
dianggap sebagai serangan terhadap semua anggota.
Setiap anggota berhak untuk mempertahankan diri
secara bersama-sama. Oleh itu, Amerika Syarikat telah
membantu mempertahankan kedaulatan negara-negara
anggota NATO daripada ancaman dan serangan musuh.
- Kesimpulannya, komitmen berterusan USA+UK
dalam NATO dilihat sbg kunci kestabilan NATO. Ini
bermakna, NATO didominasikan oleh US
berbanding negara-negara lain.

- Walaupun hubungan UK + USA akrab selepas


Perang Dingin, namun turut terjejas kesan
pengenalan Atomic Energy Act of 1945.
Bincangkan hubungan UK dan India dalam
KOMANWEL sehingga tahun 1955.

Penubuhan NATO mempunyai kepentingan dari sudut


keselamatan dan ketenteraan. Bincangkan.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai