Anda di halaman 1dari 6

USAHA MENANGANI ANCAMAN

KOMUNIS
NAMA AHLI:

VARRSHINI

NAQIYYAH

AQIL AMANI

AINUL SOFIA

KRISHA
Keganasan komunis di negara kita telah menyebabkan kesengsaraan dan ketakutan
kepada rakyat. Bagi mengatasi ancaman komunis, British telah menubuhkan pelbagai
pasukan keselamatan

Soalan 1 :
a) Apakah tugas pasukan keselamatan berikut? (2m)
i) Special Constable
Mengawal ladang dan kawasan lombongan serta menjadi barisan hadapan dalam
menghadapi ancaman komunis
(ii)Senoi Praaq

Mengesan tempat persembunyian


komunis di dalam hutan
b) Mengapa kita perlu mengukuhkan pertahanan
negara kita? (4m)
Kita perlulah mengukuhkan pertahanan negara kita supaya tidak mudah diancam oleh pihak
musuh atau dijajah oleh negara lain pada masa akan datang. Kita perlu mengukuhkan
pertahanan negara untuk mendapatkan keamanan dan kesejahteraan negara. Selain itu, kita
juga sentiasa bersedia sekiranya diserang oleh pihak musuh. Sekiranya pertahanan negara
kukuh negara tidak menjadi kucar-kacir.Kita harus mempertahankan negara kita supaya kita
rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai
c)Bagaimanakah keadaan negara kita pada hari ini, sekiranya ancaman
komunis tidak berjaya
diatasi. Berikan hujah anda. (4m)

Sekiranya ancaman komunis tidak berjaya diatasi, negara masih lagi tidak
merdeka kerana berada dalam cengkaman komunis. Rakyat berada dalam
ketakutan kerana pemerintahan yang kejam oleh pihak komunis.
Kehidupan rakyat negara kita berada dalam kesengsaraan. Ekonomi negara
akan merudum kerana hasil ekonomi dirampas oleh komunis. Hal ini
menyebabkan pembangunan negara tidak dapat dijalankan dan seterusnya
menyebabkan negara menjadi mundur. Selain itu kebebasan rakyat akan
disekat atas kekejaman golongan komunis. Bekalan makanan juga akan
dicatukan kerana disekat oleh pihak komunis.
d) Malaysia hari ini berhadapan dengan pelbagai
ancaman baharu yang menjejaskan keamanan dan
keharmonian negara. Sejauh manakah ancaman baharu
telah memberi impak negatif terhadap negara? (4m)

Serangan siber dan ceroboh sistem maklumat menjadi senjata baharu yang
sangat efektif untuk menceroboh mana-mana sistem maklumat atau data
sulit kerajaan, negara, jabatan atau syarikat. Selain itu, media sosial
dijadikan gelanggang menyemai kebencian yang disebabkan oleh
pihak tertentu yang menyebarkan kandungan sensitif seperti isu perkauman,
agama dan institusi diraja.

Anda mungkin juga menyukai