Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN B – SOALAN STRUKTUR

SOALAN 1
C. Undang-undang Darurat wajar dilaksanakan bagi menangani ancaman komunis
kepada negara. Berikan hujah anda. ( 4 MARKAH )
Undang-undang Darurat wajar dilaksanakan bagi menangani ancaman komunis kepada
negara kerana undang-undang ini mampu melindungi orang awam daripada ancaman
komunis agar orang awam dapat hidup dengan aman dan harmoni. Hal ini dapat,
memutuskan bantuan kepada komunis. Kesannya, kita dapat memastikan keselamatan
negara terjamin. Kesimpulannya, undang-undang Darurat dapat menangani ancaman
komunis di negara kita dan kita juga dapat melindungi hak negara.

SOALAN 2
B. Mengapakah kita perlu mengukuhkan pertahanan negara kita? ( 4 MARKAH )
Kita pelu mengukuhkan pertahanan negara kita untuk mengekalkan kedaulatan negara
supaya tidak berlaku ancaman terhadap negara. Hal ini juga untuk melindungi rakyat
dari ancaman luar. Kesannya, kita dapat menjamin keselamatan dan kedaulatan negara
daripada ancaman komunis. Kesimpulannya, dengan memperkukuhkan pertahanan
dapat meningkatkan tahap keupayaan negara.

C. Bagaimanakah keadaan negara kita pada hari ini, sekiranya ancaman komunis tidak
berjaya diatasi. Berikan hujah anda. ( 4 MARKAH )
Sekiranya ancaman komunis tidak berjaya diatasi, keadaan negara kita pada hari ini
akan menjadikan hidup rakyat dalam huru-hara dengan penduduk sentiasa hidup dalam
ketakutan. Hal ini kerana komunis sentiasa mengancam serta pembunuhan setiasa
berlaku. Kesannya, keadaan politik negara tidak stabil dan negara akan mengalami
kemelesetan ekonomi. Kesimpulannya, ancaman komunis dapat menjejaskan
kehidupan rakyat dan negara.
BAHAGIAN C – SOALAN ESEI
SOALAN 1
C. Malaysia hari ini berhadapan dengan pelbagai ancaman baharu yang menjejaskan
keamanan dan keharmonian negara. Sejauh manakah ancaman baharu telah memberi
impak negatif terhadap negara? ( 4 MARKAH )
Ancaman baharu telah memberi banyak impak negatif terhadap negara. Antaranya
ialah penyalahgunaan dan penyeludupan dadah yang dilakukan bagi kepentingan diri
sendiri. Akitviti penyalahgunaan dan penyeludupan dadah ini dijadikan sebagai sumber
pendapatan bagi rakyat yang tidak bertanggungjawab. Aktiviti ini juga telah semakin
berleluasa terutamanya kepada remaja yang tidak mempunyai pekerjaan. Sebagai
contoh, penjual dadah akan menyeludup dadah daripada negara lain seperti Thailand.
Kesannya, hal ini dapat menjejaskan maruah negara kerana aktiviti ini merupakan kes
yang melanggar undang-undang. Hal ini juga dapat menjadikan negara mudah
dimasuki oleh orang asing untuk megaut hasil dalam negara. Kesimpulannya, aktiviti
penyalahgunaan dan penyeludupan dadah ini memberi banyak impak negatif kepada
rakyat dan keselamatan negara.

SOALAN 2
C. Andaikan anda sebgai rakyat yang mengalami peristiwa semasa zaman darurat.
Apakah sumbangan anda untuk membantu menghapuskan ancaman komunis?
( 4 MARKAH )
Sumbagan saya untuk membantu menghapuskan ancaman komunis ialah saya akan
bekerjasama dengan kerajaan untuk bersama-sama menghapuskan ancaman komunis
yang telah menjejaskan kedaulatan negara. Saya akan membantu kerajaan dengan
memberi maklumat berkaitan pergerakan komunis agar kerajaan dapat memikirkan
cara untuk menghadapi ancaman tersebut. Saya juga akan sentiasa membawa kad
pengenalan untuk memastikan kerajaan mengenal pasti sama ada antara rakyat yang
menyamar. Sebagai contoh untuk membantu kerajaan menghadapi ancaman komunis
ini ialah dengan mematuhi undang-undang Darurat. Kesannya, dengan mematuhi
undang-undang Darurat kita dapat membanteras ancaman komunis. Ini juga dapat
menjadikan negara bebas daripada ancaman komunis. Kesimpulannya, kita sebagi
rakyat perlulah bersatu padu untuk mematuhi undang-undang darurat demi untuk
membebaskan negara daripada ancaman komunis.

Anda mungkin juga menyukai