Anda di halaman 1dari 13

BAB 4

OPERASI SET
CONTOH 1
Satu Tinjauan Yang Melibatkan 32 Orang Pelajar Menunjukkan Bahawa 22
Daripadanya Meminati Matematik Dan 17 Orang Daripadanya Meminati
Sains.Hitung Bilangan Pelajar Yang Meminati
(A) Kedua-dua Subjek
(B) Matematik Sahaja
(C) Sains Sahaja
CONTOH 2
Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan 30 orang pelajar hadir ke sekolah.
Hitung bilangan pelajar yang hadir
(a) pada hari Rabu dan Khamis
(b) Pada ketiga-tiga hari
CONTOH 3
Dalam Tinjauan Ke Atas 70 Orang Ahli Persatuan, Didapati 40 Orang Daripada
Mereka Merupakan Ahli Persatuan Sejarah , 34 Orang Merupakan Ahli Persatuan
Geografi Dan 10 Orang Bukan Ahli Persatuan Sejarah Atau Geografi.Hitung
Bilangan Ahli Yang Menyertai Kedua-dua Persatuan Itu.
CONTOH 4
Satu soal selidik dijalankan terhadap 30 orang murid untuk mengetahui warna
kegemaran mereka.12 orang murid suka warna merah jambu, 8 orang murid suka
warna ungu dan 5 orang murid suka kedua-dua warna merah jambu dan
ungu.Hitung

(a) Jumlah murid yang menyukai warna merah jambu atau ungu.
(b) Jumlah murid yang tidak menyukai kedua-dua warna tersebut.
CONTOH 5
Satu kajian telah dijalankan terhadap 400 orang murid untuk mengetahui cara
mereka datang ke sekolah.Daripada kajian tersebut, 140 orang murid menaiki
bas, 100 orang menaiki basikal, 132 orang menaiki kereta, 16 orang menaiki
kedua-dua bas dan basikal sahaja, 20 orang menaiki kedua-dua bas dan kereta
sahaja, 12 orang menaiki kedua-dua basikal dan kereta sahaja dan 96 orang
menaiki bas sahaja.
(a) Lukis gambar rajah Venn untuk mewakili maklumat di atas.
(b) Hitung
(i) Bilangan murid yang menaiki ketiga-tiga kenderaan tersebut.
(ii) Bilangan murid yang tidak menggunakan ketiga-tiga kenderaan tersebut.
CONTOH 6
Dalam sebuah kelas yang mengandungi 3O orang murid, didapati 20 orang murid
adalah Persatuan Pengakap, 15 orang murid ahli Kelab Matematik dan 3 orang
murid bukan ahli kelab dan persatuan tersebut.Cari bilangan murid yang
menganggotai kedua-dua kelab dan persatuan tersebut.
Latihan
SOALAN 1

Dalam sebuah temubual bersama 100 orang murid tingkatan 5, seramai 68 orang
murid memilih nasi lemak (N) sebagai makanan kegemaran, manakala 43 orang
murid pula memilih burger (B). Selain itu, seramai 23 orang murid memilih
kedua-dua jenis makanan tersebut.
(a)Lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan di bawah.
(b)Hitung bilangan pelajar yang tidak memilih kedua-dua makanan tersebut.
Jawapan:
(a) (b)
SOALAN 2

Daripada 150 orang pelajar yang ditemubual, seramai 94 pelajar mempunyai


aplikasi Facebook (F), 63 pelajar mempunyai aplikasi Instagram (I), 51 pelajar
mempunyai aplikasi Telegram (T), 13 pelajar mempunyai aplikasi Facebook dan
Telegram sahaja, 4 pelajar mempunyai aplikasi Instagram dan Telegram sahaja,
8 pelajar mempunyai aplikasi Facebook dan Instagram sahaja, dan 10 pelajar
mempunyai aplikasi Telegram sahaja dalam telefon pintar masing-masing.
(a) Lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan di bawah.
(b) Hitung bilangan pelajar yang memiliki ketiga-tiga aplikasi tersebut.
(c) Hitung bilangan pelajar yang tidak memilih ketiga-tiga aplikasi tersebut.
Jawapan :

(a) (b)

(c)
SOALAN 3

Gambar rajah Venn di sebelah menunjukkan set M = {Ahli persatuan Matematik}, set S = {Ahli persatuan
Sains}, dan set B = {Ahli persatuan Bahasa}. Diberi n(M) = 50, n(S) = 42, n(B) = 41, dan n(M ∩S) = 15, hitung,

(a) nilai x dan nilai y.


(b) jumlah semua pelajar yang terlibat dalam semua set di atas.

Jawapan:
(a) (b)
SOALAN 4

Sebuah kedai membuat tinjauan tentang jenis makanan mee segera yang sering
menjadi pilihan pelanggan. Daripada 80 orang pelanggan yang terlibat, 55%
daripadanya memilih mee segera jenama A manakala 52.5% orang pelanggan
memilih mee segera jenama B. Diberi bahawa bilangan pelanggan yang memilih
kedua-dua jenama mee segera adalah dua kali ganda bilangan pelanggan yang
tidak memilih kedua-dua mee segera tersebut. Hitung,
(a)bilangan pelanggan yang memilih kedua-dua jenama mee segera tersebut.
(b)bilangan pelanggan yang hanya memilih mee segera jenama B.

Jawapan:
(a) (b)

Anda mungkin juga menyukai